Biasa kita lihat bila bertandang ke rumah sesiapa, pada hari raya mahupun hari biasa, ada kanak-kanak yang suka masuk bilik orang tanpa minta izin, berlari-lari dalam rumah, buka peti sejuk tuan rumah. Tanpa sedar anak ini melampau batas dan keterlaluan kerana tiada yang menegur.
Mak Ayah Wajib Tegur 5 Perangai Anak Ini
Kebanyakan perangai anak ni memang mencabar kesabaran mak ayah kan. Kadang-kadang kita boleh diamkan je tapi kadang-kadang ada perangai anak yang melampau dan keterlaluan!
Yang keterlaluan ni memang kena ditegur. Tak boleh dah guna alasan ” alahhh..biasa la budak budak “. Sebab tanpa teguran, perangai tak elok ni akan melekat dan menjadi ‘wiring otak’ yang kekal dan susah diubah.
Ni 5 perangai anak yang kita kena tegur daripada kecil:
1. SUKA MASUK BILIK ORANG
Memang anak yang penuh dengan rasa ingin tahu (curiosity) ni akan sangat suka ‘explore’ tempat yang baru. Sifat ‘curiosity’ ni bagus tapi kita kena bimbing sifat tu supaya anak kita boleh teruskan sifat ‘curiosity’ nya tanpa ganggu privasi orang lain.
Ni la adab yang kurang ada pada kanak kanak zaman sekarang. IQ tinggi tapi EQ dan Interpersonal skills tak dipeduli.
2. SUKA MENYAMPUK ORANG TUA SEDANG BERCAKAP
Ads
Memang anak yang tengah teruja ni akan main sembur je bertanya tanpa tengok masa dan tempat. Suka bertanya tu bagus tapi kalau kita tengah bercakap dengan orang lain pun dia nak menyampuk, tu boleh jadi masalah.
Kenapa?
Anak yang suka menyampuk ni biasanya suka sangat nak cari perhatian ( entitle for attention ) dan sangat susah nak lawan perasaan ditolak ( unable to tolerate frustation ). Tu la kenapa kalau anak menyampuk, saya terus tegur dan bagitahu dia untuk tunggu saya habis bersembang dulu.
Daripada situ pun saya dah boleh latih anak ‘self control’. Anak yang tinggi Self Control insyaAllah akan lebih berjaya suatu hari nanti.
3. SUKA MAIN KASAR
Ads
Jangan pandang ringan kalau anak kita suka tumbuk atau cubit kawan kawannya. Tanpa teguran, sifat ni boleh jadi habit yang kekal dan berterusan sampai remaja dan dewasa.
Teguran tu pula mesti ‘on the spot’. Nampak je anak berkasar dengan sepupu dan kawannya, kita kena terus tegur dan ajar dia cara yang betul nak bergaul. Kalau kita cuma ketawa dan anggap ianya permainan semata semata bahkan siap puji puji pula, otak anak kita akan anggap ianya ‘social reward’ dan susah nak diubah sampai la dia dah besar nanti.
4. BUAT BUAT TAK DENGAR
Kalau anak tak dengar sebab mengelamun tu lain cerita tapi kalau dia buat buat tak dengar dengan sengaja itu namanya POWER PLAY.
Masa ni la anak nak uji autoriti kita. Mak ayah yang kurang autoriti akan cepat mengalah dan membiarkan je anak menguasai dirinya. Lama kelamaan kita akan nampak anak akan semakin degil dan susah dengar cakap. Itulah yang terjadi bila kita kurang autoriti pada anak anak kita sendiri.
Ads
5. ANAK TERLALU PEMENDAM
Ada juga anak yang sangat susah nak menangis. Kalau dia sakit ataupun sedih dia ketap je bibir supaya tak menangis.
Pernah kan kita dengar falsafah “Boys dont cry ” kan?
Salah sebenarnya falsafah tu. Kita kena bagi signal pada otak anak kita bahawa ianya okey untuk meluahkan emosi terpendam mereka.
Tu la kenapa kalau anak menangis, jangan la duk tengking mereka. Menangis adalah cara anak kita mengekspresi emosi sedih mereka.
Cuma kita kena bantu mereka untuk kawal emosi tu je supaya ianya tak berubah menjadi amukan dan tantrum. Tengking boleh selesaikan tangisan, tapi parut dan luka psikologinya itu yang akan berpanjangan!
Jom ajar pasangan kita 5 info kat atas ni. Rasanya ramai lagi mak ayah yang belum tahu ilmu dan info ni kan.
Pernah tak kita sebagai ibu bapa terhenti sejenak dan bertanya, “Apa sebenarnya yang anak aku minat?” Kadang-kadang, jawapannya datang dalam bentuk yang kita tak sangka – seperti tendangan kecil yang penuh semangat di gelanggang Taekwondo. Dalam video penuh inspirasi dari saluran Bintang Kecil, kita dihidangkan dengan bukti nyata bagaimana minat anak-anak boleh berkembang menjadi sesuatu yang hebat – asalkan kita sebagai ibu bapa berada di sisi mereka, menyokong sepenuh hati.
Kanak-kanak adalah seperti kain putih – penuh potensi, menanti untuk dicorakkan. Minat mereka, walaupun kecil, adalah tanda permulaan kepada sesuatu yang besar. Dalam video ini, kita melihat bagaimana minat kepada seni bela diri Taekwondo memberi ruang kepada anak-anak untuk mengekspresikan diri mereka. Mereka belajar tentang fokus, keberanian, dan disiplin – semua ini bermula dengan langkah kecil yang kita sebagai ibu bapa bantu dorong.
Seni bela diri seperti Taekwondo bukan hanya tentang gerakan fizikal. Ia mengajar anak-anak untuk berdiri teguh walau jatuh, untuk terus mencuba walau gagal, dan untuk menghormati orang lain walau berbeza pendapat. Kita dapat lihat dalam video bagaimana setiap anak menunjukkan semangat juang dan keyakinan – sesuatu yang hanya lahir apabila mereka rasa disokong dan dihargai oleh orang tua mereka.
Apa yang paling menyentuh dalam video ini bukan hanya aksi Taekwondo yang mantap, tetapi juga bagaimana para ibu bapa hadir memberi sokongan moral. Dari tepukan semangat hingga senyuman bangga di tepi gelanggang – semua itu adalah “bahan bakar” emosi yang mendorong anak untuk terus maju. Bila anak tahu ibu bapa percayakan mereka, kepercayaan itu bertukar menjadi kekuatan yang luar biasa.
Sebagai ibu bapa, kita selalu nak “yang terbaik” untuk anak. Tapi kadang, dalam keinginan itu, kita lupa untuk mendengar. Anak yang suka menari, melukis, atau bertinju – semua itu ada nilainya. Bila kita biarkan anak pilih jalan mereka, dengan kita sebagai penyokong paling kuat, mereka akan membesar dengan keyakinan dan rasa dihormati. Minat mereka bukan untuk dibandingkan – tapi untuk diraikan.
Sebagai ibu bapa, kita tak perlu jadi sempurna. Kita cuma perlu hadir – mendengar, melihat, dan menyokong. Video ini bukan sekadar tontonan biasa, tetapi satu peringatan lembut kepada kita semua: bahawa setiap anak berhak diberi peluang untuk bersinar. Bila kita biarkan mereka terbang dengan sayap mereka sendiri – sambil kita menjadi angin di belakang – itulah sebenar-benar peranan kita sebagai penjaga impian mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendidik anak sebenarnya fleksibel. Jika kena formulanya memang berkesan tapi kadang-kadang kesilapan juga boleh berlaku kerana kita sebagai ibu bapa terlalu mengikut perasaan.
Mungkin kita tak boleh nak kawal kemarahan pada waktu itu namun bila keadaan dah kembali reda baru kita rasa insaf dan kasihan pada anak. Inilah lumrah kita sebagai ibu bapa.
Perkongsian dari seorang bapa, Ws Adli W Muhammad ini boleh dijadikan pengajaran bersama dan semoga kita sama-sama menjadi ibu bapa terbaik dalam mendidik anak.
Ada orang tanya saya, bagaimana cara terbaik untuk mendidik anak. Saya tidak layak menjawab soalan begitu. Yang saya boleh katakan, saya bukanlah bapa yang baik, yang boleh dijadikan contoh kepada yang lain.
Ada satu peristiwa yang benar-benar sehingga kini mengganggu diri saya. Setiap kali dikenang, saya tidak malu katakan bahawa saya menangis. Pernah juga saya teresak-esak tidak dapat menahan betapa sesalnya saya berbuat perkara tidak baik dalam mendidik anak saya, Safiyyah. Apalah beban yang perlu ditanggung pada usianya yang hanya berumur empat tahun ketika itu.
Ceritanya begini
Sejak Safiyyah mempunyai adik, dapat dilihat bahawa dia banyak cemburu. Safiyyah ini sejak lahir tidak pernah meragam besar, hanya kecil-kecil sahaja ragamnya seperti mahukan susu, mahu tidur dan mahu berjalan di luar rumah. Budaknya diam, tidak banyak bercakap. Melainkan apabila diacah oleh kami dan saudara mara.
Di dalam rumah kami, Safiyyah mempunyai motor beroda tiga berkuasa bateri yang boleh ditunggangnya di dalam rumah. Yang saya perasan, apabila adiknya Riyadh, ketika itu sudah berusia 2 tahun mahu bermain bersama, akan ditolak adiknya. Yalah, padanya itu harta dia. Budak-budak. Banyak kali saya lihat, Safiyyah suka menolak adiknya itu apabila cuba menaiki motornya.
Sampailah suatu hari pada waktu senja, mereka bergaduh pasal motor tu. Safiyyah seperti biasa akan jadi pemenang, menolak adiknya sehingga jatuh terduduk. Riyadh menangis besar.
Saya yang masa itu mahu ke bilik air untuk mandi, naik marah. Memarahi Safiyyah sunguh-sungguh dengan mengatakan padanya, dia seorang kakak yang kedekut, suka cari pasal, bencikan adik dan paling saya ingat sampai sekarang “Abah tak akan cakap lagi dengan Safiyyah”.
Kau bayangkan kawan, saya berkata kasar begitu kepada anak kecil yang baru berusia empat tahun.
Safiyyah menangis. Tersedu-sedu dan membawa diri ke bilik wan (nenek) nya. Berjalan penuh sayu, menunduk sambil tangan kanan mengesat-ngesat air mata yang jatuh berjurai di pipinya. Sayu, teramat sayu dan pilu.
Saya terus dalam keadaan marah masuk ke bilik air. Mulut masih lagi membebel. Selesai mandi saya kembali ke bilik. Sudah sahaja memakai pakaian, saya pun bersedia untuk keluar dari bilik menuju untuk bersolat maghrib di ruang tamu. Ketika mahu keluar,di dinding, bersebelahan pintu bilik, Safiyyah duduk di situ.
Dengan kedua-dua tangan memeluk lutut yang mana lututnya itu di paras dadanya, kepalanya tertunduk, dan dia kemudian memujuk saya dengan mengangkat kepala memandang ke arah saya, perlahan suaranya tersedu-sedu memanggil “Abah, abah, Safiyyah ni”.
Itulah Safiyyah. Kena marah macamana pun, tak sampai seminit dia akan cuba mengambil hati saya dengan menunggu di pintu bilik. Banyak kali sudah dibuatnya begitu.
Itulah perkara paling bodoh saya lakukan dalam hidup saya hari itu. Saya langsung tidak menyahut panggilan Safiyyah, dan lebih malang bagi Safiyyah, saya tidak langsung menghiraukannya. Terus membentang sejadah dan bersolat maghrib, dalam keadaan marah hanya reda sedikit.
Safiyyah pula, kekal duduk bersandar di dinding, dengan harapan saya akan memujuknya.
Tidak. Saya terus tidak melayannya. Keluar dari rumah, untuk ke masjid pula, saya terus dengan ego bodoh saya terhadap anak kecil itu, tidak memandang dan melayannya.
Ketika saya bergerak ke masjid dengan menaiki motorsikal, saya sempat memandang ke arah pintu cermin, kelihatan Safiyyah memandang sayu ke arah saya. Saya pula, kekal tidak pedulikannya.
Kalian tahu, hari itu anak kecil bernama Safiyyah ini diuji perasaannya pada usia begitu dengan sikap sombong dan bodoh bapanya, iaitu saya.
Sungguh, pandangan sayu Safiyyah hari itu, masih kekal dalam ingatan saya.
Di masjid, sebelum Ustaz Jauhari memulakan kuliahnya, beliau suka bermula dengan mukadimah berkaitan isu-isu semasa. Entah kenapa hari itu, beliau memberi peringatan dan pengajaran berkaitan mendidik anak dengan betul. Katanya:
Saya termenung. Semasa itulah saya sedar, betapa bodoh dan sombongnya tindakan saya terhadap Safiyyah. Tindakan paling bodoh diambil untuk budak seusia begitu. Ya Tuhan, ampuni aku.
Mengikut marah saya, saya lupa perasaan Safiyyah yang masih kecil. Saya lupa betapa dia perlukan kasih sayang saya. Saya lupa, betapa dia suka duduk di atas riba saya. Saya lupa, bahawa umurnya ketika itu baru empat tahun. Saya silap, bukan itu didikan untuk Safiyyah pada usianya begitu. Saat itu, hati saya mendesak untuk pulang segera, bertemu dan memeluknya erat sepuas-puasnya.
Selesai solat isyak, saya lekas pulang. Hati saya memberontak, mahu terus berjumpa dengan puteri si jantung hati saya. Sesampainya di rumah, isteri membuka pintu, kemudian berkata pula dalam sayu,
“Kasihan Safiyyah. Dia sudah tidur, menangis tidak henti-henti. Abang ni, nak marah ke budak pun, janganlah sampai begitu sekali sikapnya. Tak layan ke dia, tak pandang ke dia, tak tegur ke dia. Apalah yang dia tahu pada umurnya begitu. Dunianya hanya kegembiraan, dunianya hanya penuh permainan yang menyeronokkan. Dunianya, sudah pasti ada cemburu pada adik-beradiknya. Kita pun begitu kan dulu-dulu?”
Saya terduduk di atas sofa. Menghadap wajah Safiyyah yang sedang lena di atas toto, dibentang di ruang tamu. Wajah comel itu, sayu dan menyimpan rindu buat ayah yang baru sahaja memarahinya tanpa memikirkan tahap usianya, tanpa memikirkan bahawa Safiyyah itu anak perempuan, yang memerlukan kelembutan dalam asuhan berbeza dengan lelaki.
Saya, bertegas tidak bertempat. Itu semua mencipta tindakan bodoh dari diri sendiri.
Saya perlahan turun dari sofa dan merapati Safiyyah. Mengusap-ngusap kepalanya, menyentuh lembut pipinya. Ketika jari saya menyentuh tapak tangannya, seakan dia tahu ketika itu saya yang menyentuhnya, cepat dia menggenggam dengan jari kecilnya. Erat. Lama bagai tidak mahu dilepaskan.
Saya sebak. Menyesal dengan tindakan melulu saya, menyesal dengan dosa yang telah saya lakukan kepada Safiyyah. Entah kenapa saya hari itu, menuruti kata syaitan memenuhi nafsu amarah, meninggi ego kononnya saya betul lakunya.
Wahai kawan,
Anak ini anugerah agung kurniaan Allah. Didiklah mereka dengan jalan dan ajaran yang betul dan benar. Tegurlah mereka, perbaikilah sikap mereka mengikut usianya, berikanlah kasih dan sayang sepenuhnya selagi berpeluang. Kawal emosi kita ketika berhadapan dengan mereka. Berikan masa untuk mereka bermanja dengan kita, luangkan masa untuk bersama bergurau senda bermain.
Saya pernah tersasar dalam memperbaiki sikap anak. Betapa sakitnya dan perasaan sesal itu kekal terpahat dijiwa sehingga sekarang. Tak pernah pudar walau sesaat.
Anak menghadirkan berkat dan rahmat buat kita, menambah rezeki keluarga. Tidak pula mereka membebankan kita, apatah lagi menyusahkan hidup kita.
Hadir mereka membawa keindahan dalam kehidupan berkeluarga. Indah jugalah hendaknya cara didikan kita, kelak harapannya apabila membesar setiap tahun, mereka mengikut segala didikan dan ajaran yang baik-baik, dan dapat menempuh alam kehidupan penuh cabaran dengan berpandukan jalan-jalan disukai agama dan masyarakat.
Mereka, pengirim doa bahagia kita di sana, asuhlah sebaiknya.
Kita nak anak-anak hormat kita sebagai ibu ayah tapi masih lagi layan mereka macam raja. Ikut semua cakap anak sampaikan anak susah nak dengar cakap ibu ayah.
Kadang-kala kita jadi geram dengan perangai anak yang masih kecil tapi cukup bijak memerintah ibu atau ayah hendak macam-macam. Kita terlupa sebenarnya kitalah yang mengajar mereka sedemikian tanpa sedar.
Perkongsian daripada seorang ibu, Nazz Nazihah ini mungkin boleh membuka mata kita supaya tidak terlalu ‘memuakan’ anak dengan macam-macam pilihan sampaikan mereka menjadi mengada-ngada dan tak hormat pada ibu ayah.
ANAK JADI SUKA MEMBENTAK
Dulu selalu tanya anak, “nak makan apa? Nasik nak? Ke nak Roti?”. Sampai lah satu hari saya tengah membeli cendawan kat gerai, terdengar seorang ayah cakap pada anaknya “nak x cendawan?”. Anaknya geleng.
Ayahnya tanya lagi, “kenapa tak nak? Kakak suka cendawan.” Anaknya membentak, taknak! Muka mencuka bila ayah tanya soalan sama dua kali. Saya terkesima sebab saya selalu tanya soalan yang sama pada anak.
Mak pernah sound saya, mak cakap, “you are the mother or he is the mother? He must listen to you,”.
Tapi masa mak sound tu saya blur, apa masalahnya kalau saya tanya anak nak makan apa. “Mari makan nasi.” Itu skema bahasanya cakap dengan anak. Mak kata. Kita yang menentukan dia makan apa kata mak.
Kita bukan hamba anak. Huhu. Dan sekarang ni Bilal dah mula paham, dia kena makan apa mak dia suruh makan. Ada benda kita kena tegas dengan anak, ada benda adalah pilihan mereka, eat this or no food. Learn how to syukur.
You know how hard my feeling when he says “Tak sedap lah susu ni. One more scoop mama,” He orders me like a boss, pandai mengomen ini tak sedap, itu tak sedap. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku.
“You drink it or you put it inside the fridge. I am not going to add susu dah.”
“Ni tak sedap mama, rasa air masak je ni,”
“Bersyukurlah, ada orang takde rezeki nak minum susu,” then I blahh….huhu. I cannot go further with this kind of argument. When he keeps telling me, I buat pekak saja. Luckily he either drink it or he keep it inside the fridge. Dia dah mula paham mak dia.
Namun semua tu setelah saya menyaksikan sendiri how rude anak yang treated like a king. Saya mula belajar bertegas, walaupun peringkat awal dulu dia mendesak-desak kerana mula-mula saya ikut je kata dia. Tapi akhirnya dia tahu, segalanya ada batas namun proses itu sungguh menggugah emosi seorang ibu yang adakalanya begitu fragile.