Mak ayah tentu gembira kalau anak-anak yang dah semakin membesar suka belajar dan sangat cintakan ilmu.
Ada bermacam tip dan kaedah yang ramai ibu bapa kongsikan untuk merangsang anak suka belajar.
Kalau anda sedang usahakan untuk mendidik anak gemar buku dan minat belajar bolehlah ikut tip yang dikongsi oleh Dr Roslin Muhammad Taha
7 TIPS DIDIK ANAK CINTAKAN ILMU & MINAT BELAJAR
1.Anak-anak seringkali memerhatikan perlakuan kita sebagai ibubapa. Berikan mereka contoh yang terbaik, “lead by example”. Sediakan waktu khas untuk membaca bersama seperti amalan membaca “bedtime story” dan sediakan banyak bahan bacaan ilmiah di dalam rumah mahupun di dalam kereta.
2. Pada hari minggu, bawa anak bersiar-siar. Perkenalkan mereka kepada dunia luar dan ajar mereka ilmu tentang alam sekitar. Sekiranya menghala ke pusat membeli belah, jangan lupa singgah ke kedai buku dan hadiahkan mereka sebuah buku setiap seorang.
Ads
3.Mulakan pada usia muda. Apabila mereka berumur setahun, berikanlah buku sebagai hadiah harijadi. Mulakan dengan memperkenalkan warna, abjad dan nombor. Kelazimannya, saya akan pastikan anak-anak saya sudah mengenal nombor dan abjad sebelum memulakan persekolahan di tadika. Dengan cara ini, guru-guru mudah mengajar phonics apabila mereka mula bersekolah.
4. Apabila mereka telah mula membaca, bawa mereka ke perpustakaan awam dan perkenalkan mereka kepada dunia buku. Anak-anak yang berusia 3-4 tahun sangat gemarkan cerita-cerita haiwan.
Anak-anak yang berusia 5-6 tahun sudah boleh diperkenalkan kepada ilmu sains. Bila subjek sains diperkenalkan dalam keadaan santai sebegini, mereka akan merasa mudah apabila ianya dipelajari di sekolah nanti.
Yang telah saya nyatakan di atas hanyalah contoh, perlu ditekankan bahawa setiap anak adalah berbeza. Sebagai ibubapa kita hanya perlu memupuk dan membimbing minat mereka.
Ads
5. Catatkan tahap pembelajaran setiap anak-anak, syllabus tidak perlu mengikut apa yang diajar disekolah, setiap anak mempunyai kemampuan dan bakat yang tersendiri.
Sebagai contoh;
Anak saya Jada yang berusia 3 tahun masih memerlukan bantuan dengan nombor 1-20. Umar yang berusia 6 tahun pula sangat meminati bidang astronomi dan memerlukan latihan tambah tolak dalam matematik. Apabila saya memberikannya hadiah buku latihan matematik Star Wars, dia sangat teruja.
Jad yang berusia 13 tahun pula perlukan bimbingan dalam bidang penulisan dan rekacipta. Alyssa yang berusia 15 tahun pula perlu bimbingan dari segi opsyen dan pemilihan kerjaya yang bakal diceburinya nanti.
Ads
Catatan sebegini memudahkan kita untuk membimbing anak-anak mengikut tahap mereka masing-masing. Setiap anak mempunyai keperluan tersendiri dan catatan ini dapat memastikan kita lebih sistematik dalam merancang pembelajaran mereka.
6. Minat anak-anak boleh dipupuk dan dibimbing. Walau bagaimanapun, penggunaan gajet dan televisyen perlu dikawal agar tidak berlebihan sehingga membantutkan proses pembelajaran dan menyekat potensi mereka.
7. Terdapat pelbagai jenis ilmu di dunia dan telah ada banyak ilmu yang dibukukan dalam pelbagai jenis bahasa. Sebaiknya sebelum kita menuntut ilmu dunia, kita mulakan dengan menuntut ilmu akhirat.
Sebelum membaca buku-buku karangan manusia, kita mulakan setiap hari dengan membaca kalam Allah, ayat-ayat suci Al-Quran. Sebagaimana kita perlu membaca, memahami, mentadabbur dan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran, begitu juga kita perlu mempelajari dan memahami ilmu-ilmu dunia dengan lebih mendalam.
Proses ini merangkumi satu lagi cabang ilmu yang dinamakan “Critical Thinking”, iaitu satu kemahiran yang saya rasakan amat penting buat anak-anak kita.
Pelakon popular, Yana Samsudin mendedahkan bagaimana caranya mendidik anak supaya menguasai 3 bahasa sejak bayi dan tambahan dua lagi bahasa yang bakal dipelajari anaknya, Aisy Mateen 5 tahun.
Perkongsian tersebut dibuat melalui laman instagram Aisy Mateen dengan memuatnaik satu video.
Mateen paling suka subjek matematik..
Tapi mateen lebih suka kira dalam inggeris, dia cepat tangkap. Kalau bahasa melayu dia agak lambat sikit.
Didedahkan 3 Bahasa Sejak Bayi
Sebab masa baby lagi dah dedahkan 3 language.. bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa mandarin. Sekarang dia akan guna mana yang dia paling ingat. Alhamdulillah sekarang juga dah minat bahasa arab dan jawi..
Tak pernah paksa, tak pernah rotan semasa proses pembelajaran. Alhamdulillh mudan segala proses nya…
Nak Pandai Ikut Potensi Diri Anak
Ingat Mateen , mommy bukan nak berlumba dengan kepandaian Mateen dengan anak anak yang lain . Mommy nak Mateen pandai ikut potensi Mateen sahaja.
Semoga berguna untuk masa hadapan bila mommy takda nanti… #MaaflahMommyIkutCaraMommy hihihihi.
Tambahnya lagi Aisy Mateen sekarang hanya belajar di rumah (home schooling) sahaja. “Cikgu Mandarin Mateen datang rumah, tak kisah la kita berjalan 2 meter je hantar anak”
Yana Samsudin mendirikan rumahtangga bersama Fadzil dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Aisy Mateen yang berusia 5 tahun dan Aura Aisy Sofea yang kini berusia 7 bulan.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya bila anak terlalu suka memberontak, buat itu tak kena, ini tak kena ibu ayah kena tahu apa puncanya. Elak sesekali menyalahkan anak sebab asyik nak buat perangai. Sebaliknya sama-sama selesaikan masalah itu.
Jika diikutkan mudah untuk nak lembutkan hati anak. Hanya melalui kata-kata dah boleh meresap ke jiwa mereka. Tak perlulah nak menghukum mereka setiap masa.
Perkongsian dari Puan Norlina Ali mengenai cara dia ambil hati anaknya yang mula marah dan memberontak boleh diamalkan oleh semua ibu bapa.
Bila anak-anak mula marah dan memberontak, itu tandanya kita kurang duduk bersama dengan mereka.
Tip untuk kurangkan tantrum anak-anak:
Selawat sebanyak yang mungkin. Hembuskan pada ubun-ubun anak
Peluk dan cium dahi anak sambil gunakan ayat untuk melunturkan hati mereka. “Ummi sayang Abang, Ummi sayang Abang kerana Allah “
Tanya soalan wajib “Kenapa Abang marah ?”
Dengar penjelasan dengan baik, cuba atasi dengan baik ( jadi lah pendengar setia)
Insyaallah proses ini sangat membantu untuk tenangkan anak-anak.
Selamat mencuba semoga ilmu ini menyenangkan serba sedikit ibu ayah diluar sana
Kaedah ini sesuai untuk anak-anak dari usia 3 bulan sehingga anak-anak remaja.
Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor baru-baru ini berkongsi cara bagaimana beliau menggalakkan anak-anak menjadi doktor perubatan. Sama seperti beliau sendiri dan isteri, Datin Dr Halina Mohd Yunos.
Profesion dalam perubatan khususnya doktor adalah profesion yang mulia. Membantu mengubati orang sakit tentu bukan hanya diberikan balasan yang baik dan kemuliaan di dunia, tetapi pahala di akhirat.
Melalui pos Instagram yang memaparkan gambar anak pertama dan keduanya memakai kot doktor iaitu Bella dan Tasha, Dr. Sheikh Muszaphar melahirkan hasrat supaya anak-anaknya memiliki kerjaya yang satu ini di samping berkongsi tip teknik kuasa visualisasi yang dilakukan kepada anak-anak beliau sejak kecil lagi.
Saya selalu percaya kerjaya sebagai doktor adalah profesion terbaik. Prosesnya untuk menjadi seorang doktor memang panjang tetapi ia pastinya akan mengajar mereka untuk menjadi penyayang, prihatin dan ingin membantu orang lain yang memerlukan. Kerjaya doktor tidak membuat banyak wang walau pun mereka bekerja selama berjam-jam.
Impian saya adalah untuk menjadikan semua anak saya sebagai doktor jika boleh.
Saya menggunakan teknik kuasa visualisasi pada kanak-kanak dari usia yang sangat muda dengan harapan mereka akan mengikuti jejak langkah kami tetapi sudah tentu pada akhirnya mereka akan membuat pilihan mereka sendiri … dengan teknik ini saya hanya boleh memberitahu anda dalam masa 20 tahun lagi sama ada ia berkesan atau tidak.
Bisikkan kepada anak-anak sebelum mereka tidur untuk menjadi doktor apabila besar nanti.
Tampalkan gambar doktor di hujung kaki tempat tidur yang akan menjadi perkara pertama yang mereka lihat ketika mereka bangun.
Membeli banyak buku berkaitan doktor.
Mengajar sains dengan cara yang sangat menyeronokkan.
Bawa anak-anak ke hospital atau klinik di mana kami bekerja yang benar-benar dinikmati disukai anak-anak saya.
Main peranan di mana kanak-kanak berlakon menjadi doktor yang memakai topeng pembedahan melakukan pembedahan …
Saya hanya melakukan bahagian saya sebagai ibu bapa yang berharap dapat membimbing anak-anak ke arah yang betul tetapi akhirnya anak-anak akan memilih.
Anak-anak pasti tidak tahu bidang apa yang mereka akan ceburi nanti. Walaupun kita orang dewasa pun keliru pada kebanyakan masa, tetapi kita pastinya mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak kita.
Pos Instagram ini ternyata memberikan inspirasi kepada netizen yang rata-rata ibu bapa yang turut ingin mengaplikasi teknik dan tip yang diberikan oleh beliau.
Tidak kurang juga, ada netizen di kalangan doktor yang memberikan respons positif dan berkongsi tip didikan yang telah diberikan oleh ibu bapa mereka sehingga mencapai kerjaya sebagai doktor dan sebagainya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.