Anak bongsu Sharifah Shahira dan Ijoy, Adeena baru saja disahkan Influenza B dan kini dalam tempoh kuarantin.
Menerusi instagramnya, Shiera menasihatkan ibu bapa agar terus berhati-hati dengan virus influenza ini yang mudah menjangkiti anak-anak terutama yang sentiasa terdedah pada persekitaran orang ramai.
Dalam postingnya itu, Shiera berpesan agar individu yang rasa dirinya tak sihat lebih baik pakai mask kerana kanak-kanak cepat kena dan sebaiknya lebih banyak berehat di rumah untuk mengelakkan virus ini terus merebak kepada orang ramai.
“Kanak-kanak antibodinya belum kuat, jadi mereka lebih mudah dijangkiti,” kongsinya.
Ads
Di ruangan komennya juga, Shiera mengesyorkan lebih baik ibu bapa dapatkan suntikan bagi mengelakkan masalah ini pada anak-anak.
Ads
Ada juga peminat yang turut berkongsi simptom bagi anak yang kena virus tersebut supaya ibu lebih berhati-hati seperti mula-mula demam, bagi makan ubat pun suhu naik turun dan selesema. Ada juga yang kena cirit-birit sedikit bergantung pada keadaan anak.
Selain itu, ada yang mencadangkan minum air putih banyak dan bila dah tahu anak tak sihat rehat dirumah dan elak keluar. Walaupun mengambil masa seminggu untuk sembuh sekurang-kurangnya virus ini tak merebak pada orang lain.
Sumber: ig shieraijoy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Insan istimewa bergelar ibu. Selalu kita dengar tentang ibu-ibu yang bekerjaya, ibu-ibu yang sempurna fizikal dan berjaya tapi jarang sangat kan kita dengar cerita tentang insan-insan yang istimewa bergelar ibu.
Kisah seorang ibu, Puan Hannah Mahfar yang disahkan menghidap kanser tulang rawan dan tumor di belakang lutut sehingga perlu dipotong dari tengah peha benar-benar mengubah hidupnya sebagai ibu tiga anak.
Ketabahan ibu ini yang diuji menghidap kanser ketika mengandungkan anak ketiga dan menjalani pembedahan selepas 6 bulan bayi dilahirkan.
Alhamdulillah saya baru setahun bergelar insan istimewa selepas disahkan doktor saya menghidap kanser tulang rawan dan tumor (ketumbuhan) di belakang lutut kaki kiri saya.
Kaki kiri saya terpaksa dipotong dari tengah peha untuk selamatkan nyawa saya. Alhamdulillah setiap apa yang berlaku semua Allah dah tentukan kita tinggal lalu je sebenarnya kan. Jangan malu dengan diri sendiri kalau kita ada kekurangan. Sebenarnya kekurangan akal atau fizikal itulah saham pahala akhirat bagi kita sebab kesabaran dan kesusahan yang kita lalu..
Mungkin dalam ni pun ada insan istimewa ni. Jangan malu untuk bertanya apa-apa sebab ibu-ibu lain sentiasa ada untuk bagi pertolongan dan semangat.
Untuk pergetahuan semua saya kena kanser waktu mengandung anak no 3. Dan buang kaki waktu baby saya 6 bulan. Waktu tu anak no 1 umur 5 tahun no 2 umur 2 tahun lebih.
Selepas 3 bulan buang kaki saya mengalami major depresi. Saya dan suami pergi kaunseling dan pergi berubat. Alhamdulillah sekarang ni makin pulih.
Sebenarnya apa saja kesakitan dan kesusahan yang kita lalu semuanya bukan tentang kita saja tapi tentang orang keliling kita jugak. Bila kita sakit keluarga, suami, anak-anak juga terkesan. Memang perlukan masa untuk kita dan orang keliling paham dan terima keadaan kita.
Bukan mudah tapi setiap ujian sebenarnya mematangkan kita dan merapatkan lagi hubungan kita.
Hakikatnya semua ibu-ibu atas dunia ni semuanya istimewa. Bukan mudah jadi isteri dan ibu kan. Ibu-ibu semua anda hebat!
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rakyat Malaysia sangat prihatin dan pemurah! Itu yang boleh digambarkan setelah dana RM500,000 diperlukan oleh adik Adam Hadid, 3, untuk membiayai kos pembelian ubat Qarziba kini dah mencukupi.
Pada 1 Ogos lalu, keluarga Adam Hadid membuka peluang untuk sesiapa yang ingin menyumbang kos pembelian ubat itu kerana nilainya sangat mahal. Tak sangka dalam seminggu, RM500,000 itu berjaya dikumpulkan dan sekarang hanya menunggu untuk rawatan selanjutnya.
Menerusi perkongsian di FB Adam Hadid The Ganglioneuroblastoma Warrior, tiada apa yang mampu diucapkan oleh ahli keluarga Adam Hadid selain mengucapkan syukur atas keperihatinan rakyat Malaysia.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada yang memberi sumbangan kepada Adam Hadid. Alhamdulillah wang yang diperlukan sudah mencukupi seperti yang disasarkan.
Mohon halal segala pemberian dan maafkan salah silap kami dalam waktu kami mengendalikan page Adam Hadid. Terima kasih kepada mereka yang menyumbang dan juga terima kasih atas segala kata-kata semangat serta ingatan kepada Adam Hadid.
Terima kasih juga kepada keluarga, rakan-rakan, pihak media, serta masyarakat umum yang telah sama-sama menjadikan pembelian ubat Qarziba ini satu proses yang akan kami ingati selamanya.
Semoga Allah S.W.T membalas dengan segala kebaikan kepada tuan puan sekeluarga. Teruskan iringi doa untuk Adam Hadid semoga Adam Hadid bebas dari kanser selamanya dan dipermudahkan segala rawatan yang akan dilalui oleh Adam Hadid. Terima kasih.
Sebelum ini, kisah adik Adam Hadid tular sehingga mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai kerana dia menjalani pembedahan membuang sel kanser yang sudah berada di tahap 4 dan buah pinggang sebelah kirinya juga sudah dibuang.
Difahamkan kanser Ganglioneuroblastoma ini selalunya dikesan pada kanak-kanak umur 5 tahun ke bawah.
Dalam semua kaedah rawatan ni, Immunoterapi adalah kaedah rawatan yang terbaru di Malaysia dalam tahun 2021. Ubat ini tidak dibiayai oleh kerajaan atau syarikat insuran.
Ubat Qarziba ini baru sahaja di pakai di Malaysia dan sememangnya khusus untuk jenis kanser ini sahaja. Dengan penggunaan ubat ini, secara statistiknya ia mampu meningkatkan tahap survival rate Adam. Ubat ini perlu dibeli pada bulan November 2022.
Permulaan tahu Adam Hadid mengalami kanser Ganglioneuroblastoma tahap 4 apabila pemeriksaan lanjut dilakukan oleh doktor setelah dia mengalami demam dan muntah-muntah.
Semoga adik Adam Hadid terus kuat dan sihat seperti anak-anak yang lain. Walaupun 6 April lalu genap usianya 3 tahun, tapi tarikh itu juga permulaan Adam menjalani rawatan kanser. InsyaAllah dengan izinNya diharapkaan proses rawatan ini dipermudahkan dan berjalan lancar.
Pengacara dan pelakon Mat Dan mendedahkan nama anak keduanya pada hari ke 20 kelahiran si comel itu. Pada awal November lalu, Mat Dan mengumumkan kelahiran anak keduanya yang dilahirkan pada 7 November, jam 10.55 pagi.
Menerusi instagram miliknya, Mat Dan atau nama sebenarnya, Mohammad Kareef Daniel Abdullah, 31, berkongsi nama yang dipilihnya bersama isteri untuk anak lelaki keduanya itu.
Kata pengacara program Haramain Backpackers yang bersiaran di Astro Oasis ini lagi, anak keduanya itu kini sudah pun berusia 20 hari.
“Eydan Yusoff bin Daniel James Tyler, lahir pada 7/11/2020. Berusia 20 days old!,” katanya ringkas.
Mat Dan turut berkongsi sekeping foto terkini anaknya yang sedang menyusu. Pun begitu wajahnya masih tidak didedahkan kepada umum.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Mat Dan turut memuji pilihan nama itu buat anaknya.
“Cantiknya nama,”
“Beautiful name, assalamualaikum Eydan!
“Cutie Eydan Yusoff. In Sha Allah menjadi anak yang soleh membahagiakan kedua ibubapa”
Terdahulu, Mat Dan mendirikan rumah tangga dengan isterinya, anak jati kelahiran negeri Terengganu, Nadifa Adnan pada Mac 2017.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Zayne Tyler yang kini sudah pun berusia dua tahun. Kini kehidupan keluarga ini semakin bahagia dengan kehadiran Eydan Yusoff.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.