Kehilangan insan tersayang pada usia muda pastinya memberi tamparan hebat kepada sesiapa sahaja.
Lebih menyedihkan apabila mereka sekadar dapat melihat gambar dan mendengar kisah momen insah yang dilalui orang sekeliling.
Begitulah yang dialami anak bongsiu kepada allahyarham Muhammad Hasnol Firdaus Md Amran yang maut kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
Malah kanak-kanak berusia 3 tahun yang mesra disapa Tashfeen itu seolah-olah memahami dia kehilangan bapa kerana sering berasa sayu dan sebak setiap kali mendengar kisah yang diceritakan kepadanya.
Tambahan pula tiada kenangan bersama yang dapat dirakam kerana usianya baru sahaja lima hari semasa arwah bapanya meninggal dunia.
Menerusi perkongsian di mStar, Noor Shahida Daud berkata anak bongsunya itu acap kali menyebut tentang abah selain menangis kerana terkenangkan insan yang tiada.
“Sejak kebelakangan ini, si bongsu sering bercakap tentang abah dia. Tapi akak selalu bagi dia tengok gambar dan cerita tentang arwah.
Ads
“Dia juga asyik menangis sejak akhir-akhir ini,” kongsinya.
Ekoran daripada itu, dia yang mesra disapa Sheeda membuat permintaan suntingan gambar di kumpulan Facebook ‘Edit Apa Hari Ini’ pada 19 Disember lalu.
Menerusi laman tersebut, Sheeda meminta supaya gambar anaknya yang berusia 3 tahun itu didukung oleh arwah suami.
Mendapat pelbagai reaksi positif termasuk gambar-gambar menarik yang disunting, dia yang juga seorang guru meluahkan rasa syukur dengan kebaikan mereka yang terlibat.
Malah sejak gambar tersebut diperoleh, Tashfeen kelihatan sangat gembira kerana dia juga mempunyai gambar kenangan bersama arwah bapanya.
Ads
“Memang akan ambil gambar tu untuk simpan dan letak dalam bingkai. Tapi ramai yang sponsor untuk cuci dan akak tempah frame sahaja.
“Si bongsu memang rasa seronok kerana terasa ‘dekat’ dengan abahnya..saya sebolehnya tak mahu anak-anak padam ingatan tentang abah mereka,” tambah ibu kepada empat cahaya mata itu lagi.
Pun begitu, anak bongsunya itu kadang kala akan berasa sedih secara tiba-tiba mungkin kerana rindu, malah pernah menyuarakan keinginan untuk bermain bersama bapanya.
Mengimbau kembali tragedi yang mengubah kehidupannya sekeluarga, wanita berusia 34 tahun itu berkata, kemalangan yang berlaku pada April 2021 meragut nyawa suaminya yang berkhidmat sebagai anggota trafik.
Ads
“Arwah kerja syif 24 jam waktu tu, dia balik rumah sekejap untuk mandi dan solat. Dalam perjalanan balik rumah, kira-kira pukul 6 pagi dia kemalangan.
“Waktu itu saya berpantang di Kuantan, Pahang. Arwah koma selama empat hari dan meninggal pada 25 April, Khamis malam Jumaat.
“Otaknya mengalami bengkak atau Traumatic Brain Injury due to vehicle accident,” ujarnya sebak.
Alhamdulillah, baby Merdeka! Empat tahun menunggu kehadiran cahaya mata, akhirnya pelakon Mona Allen yang juga isteri kepada Pekin Ibrahim selamat melahirkan bayi sulung mereka awal pagi 31 Ogos.
Mona Allen melahirkan bayi lelakinya di sebuah pusat perubatan di Puchong, Selangor pada pukul 2.39 pagi.
Berkongsi berita gembira itu, Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 37, memberitahu dia dan bayinya dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah. Terima kasih atas doa anda. Mummy dan baby selamat. Baby merdeka lahir pada 2.39 pagi,” katanya.
Mona dan Pekin turut menerima ucapan tahniah daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan peminat mereka sempena kelahiran anak sulung yang dinantikan selama ini.
Kebetulan pula lahir sama dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65.
Mona sebelum ini berkongsi berita kehamilannya ketika usia kandungan enam bulan selepas empat tahun melalui proses mendapatklan anak atau Trying To Conceive (TTC).
Jika diikutkan due date untuk bersalinnya pada September dan tak sangka baby nak keluar pada hari bersejarah Malaysia.
Dalam pada itu, Mona dan Pekin juga turut melakukan ikhtiar rawatan perubatan Islam dan dengan izin Allah berjaya hamil. Pasangan suami isteri ini mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.
Setelah sekian lama tidak terbang jauh disebabkan pandemik, akhirnya penyanyi nombor satu negara berpeluang membawa dua anaknya bercuti ke Dubai.
Malah kata Dato’ Siti Nurhaliza ia merupakan pengalaman pertama kali bagi anak keduanya, Muhammad Afwa melalui penerbangan yang jauh.
Paling mendebarkan kata Siti, ia juga pengalaman pertama bagi dirinya menguruskan dua anaknya di dalam penerbangan sementelah Datuk K yang tiba-tiba mempunyai urusan lain di saat-saat akhir.
Pun begitu kata Siti, dia bersyukur kerana dua anaknya berkelakuan amat baik sepanjang penerbangan ke Dubai.
“Semalam ibu first time bawa Afwa bercuti jauh. Ayah pula ada urgent matters last minit, terpaksa join lambat pula.
“Walaupun kakak-kakak ikut, dalam flight nanti ibu kena sorang juga handle Afwa dan Aafiyah sebab lain seat. Ibu tawakal,” tulis Siti berkongsi.
Biar pun dibantu oleh pembantu-pembantunya namun disebabkan berlainan tempat duduk, ibu cantik manis ini terpaksa menguruskan sendiri anaknya sepanjang penerbangan yang panjang itu.
Namun kata Siti, dia lega bila mana Aafiyah dan Afwa amat behave sepanjang penerbangan itu.
“Alhamdulillah, Aafiyah behave tak kacau ibu, tapi dia dengan Afwa bergurau excited sampai jerit-jerit dalam flight.
“Bila dah penat main, inilah yang paling ibu nantikan, tapi tetaplah kena peluk anak bujang ni kuat-kuat sebab dia tido buas. Nasib baik Mummyshai ada sekali, banyak tolong ibu layan Aafiyah,” tulis Siti lagi.
Banyak koleksi gambar-gambar Dato’ Siti yang dikongsikan di Instagram tidak terkecuali ketika membawa Aafiyah dan Afwa berjalan-jalan.
Sempena sambutan hari lahir si cantik manis, Aaisyah Dhia Rana yang ke sepuluh tahun, Rozita Che Wan merealisasikan kejutan hari jadi yang bermakna buat Aaisyah.
Ia juga merupakan impian anak kesayangan Che Ta dan Zain bersempena hari lahirnya. Tambah Che Ta lagi, dia juga berusaha mengumpulkan sepupu-sepupu Aaisyah bagi meraikan kejutan yang dimpikan Aaisyah.
“10 tahun yang lalu, syukur alhamdulillah Allah kurniakan anak pompuan yang cukup sempurna yang menjadi dambaan seorang ibu. Kiqa ok la, dah tua-tua pun buleh dok teqan lagi. Keluaq pulak anak pompuan, elok pulak ikut qupa pak dia.
“Daqi kecik sampai lah besaq, paling senang nak jaga, paling senang nak bela cuma bila besaq ni dia punya demanding, abang dia pun geleng kepala. Daddy akan layan caqa daddy, mummy akan layan caqa mak-mak. Kiqa ok la .. kan aaisyah?,” kongsi Che Ta mengimbas kisah kelahiran anaknya.
Birthday trip & 10 hadiah
Bukan itu malah kata Che Ta lagi, Aaisyah terlebih dahulu memberitahunya mahu kejutan di hari lahirnya malah turut mahu dibawa bercuti, sama seperti abang-abangnya.
Tidak hanya itu, selain 10 jenis kek anak kecil yang kini semakin menginjak remaja ini juga turut meminta 10 jenis hadiah dari ibu dan ayahnya.
“Setahun awai dia dah bagi tema untuk birthday party. Dah pesan siap-siap suh buat seprais. Siap request. Birthday trip , macam abang-abang dia. Hat ni pak dia cuci tangan, pas batern kat mak.
“10 tahun, seperti biasa 10 cake tapi tahun ni dia mintak up nak 10 hadiah.
“Mintak kat pak dia, @zainsaidin23 usung p uptown la caqi 10 jenis hadiah. Mummy terlayan lagi la,” tulisnya berseloroh.
Che Ta juga turut membingkis ucapan paling manis buat Aaisyah malah mendoakan agar perjalanan anak kecilnya itu sentiasa dilindungi.
“Nasib la satu ja anak pompuan kalau tidak tinggai tiga helai ja qambut mak hang aaisyah oii. Apa-apa pun, mummy nak aaisyah membesar sebagai anak gadis yang baik, sopan santun, hormat org tua, insyaallah pas ni dapat tutup aurat dengan sempurna ok. I love you to the moon and back. Happy Birthday my princess,” kongsinya.
Rezeki musim banjir, penoreh getah ambil upah jadi tukang cuci. Seorang penoreh getah di Besut, Terengganu menjadikan perkhidmatan mencuci rumah mangsa banjir sebagai sumber pendapatan sampingan.