Ads

Jangan Biasakan Anak Tidur Lewat, Ini 10 Kebaikan Bila Si Kecil Tidur Awal

Waktu tidur anak kadang-kadang boleh menjadi tanda tanya apabila si kecil semakin aktif pada waktu malam. “Dah pukul 10 malam pun masih berlari satu rumah. Tak mengantuk langsung ke anak ni?”

Situasi ini memang cukup biasa berlaku dalam kalangan ibu ayah. Ada anak yang semakin malam semakin aktif, melompat atas katil, berlari ke sana sini, bercakap tanpa henti malah masih sempat mengajak mama papa bermain.

Disebabkan anak nampak masih bertenaga, ibu ayah mungkin menganggap si kecil belum mengantuk. Namun jangan tertipu. Ada kalanya, tingkah laku terlalu aktif pada waktu malam sebenarnya berlaku apabila anak sudah terlalu penat.

Bila tubuh sudah letih tetapi anak masih dipaksa berjaga, mereka boleh menjadi semakin sukar untuk bertenang. Ada yang mula meragam, menangis kerana perkara kecil, ketawa berlebihan atau tiba-tiba menjadi sangat aktif.

Sebab itulah konsep “biarkan anak penat betul-betul, nanti senang tidur” tidak semestinya menjadi. Malah, semakin penat anak, semakin mencabar proses untuk menenangkannya sebelum tidur.

Waktu Tidur Anak Lambat Tak Semestinya Buat Anak Bangun Lambat

Ada juga ibu ayah sengaja membiarkan anak tidur lewat dengan harapan anak akan bangun lebih lambat pada keesokan paginya. Contohnya, kalau anak tidur pukul 11 malam, mungkin esok boleh bangun pukul 9 atau 10 pagi.

Realitinya, tidak semua kanak-kanak begitu. Ada anak yang walaupun tidur lewat, tetap terjaga pada waktu biasa. Akhirnya jumlah keseluruhan tidurnya berkurangan.

Jika perkara ini berulang setiap hari, anak mungkin tidak mendapat rehat secukupnya. Waktu tidur anak sebenarnya perlu disesuaikan mengikut usia anak, rutin keluarga, waktu bangun pagi serta tidur siangnya. Tidak bermaksud semua kanak-kanak wajib masuk tidur tepat pukul 7 malam. Yang penting, anak mendapat tidur secukupnya dan mempunyai rutin yang konsisten.

Berikut antara manfaat yang boleh diperoleh apabila anak mempunyai waktu tidur yang lebih awal dan teratur.

Jangan Biasakan Anak Tidur Lewat, Ini 10 Kebaikan Bila Si Kecil Tidur Awal

1. Anak Dapat Tidur Secukupnya

Tidur sangat penting untuk perkembangan kanak-kanak.

Ketika tidur, tubuh dan otak anak juga sedang melalui pelbagai proses penting. Tidur yang mencukupi membantu anak bangun dengan lebih segar dan bersedia untuk belajar, bermain serta melakukan aktiviti harian.

Jika anak perlu bangun awal ke taska atau sekolah, waktu tidur anak juga perlu disesuaikan supaya jumlah tidur tidak terlalu sedikit.

2. Kurang Risiko Anak Terlalu Penat

Kadang-kadang kita menunggu anak menguap baru hendak menyuruhnya tidur.

Tetapi apabila anak sudah terlalu penat, proses tidur mungkin menjadi lebih sukar.

Sebab itu ibu ayah boleh mula memerhatikan tanda-tanda awal anak sudah letih seperti mula menggosok mata, kurang fokus, semakin sensitif, meragam atau menjadi terlalu aktif.

Jangan tunggu sehingga anak ‘over’ baru hendak memulakan rutin tidur.

3. Lebih Mudah Untuk Lena

Apabila waktu tidur anak konsisten, tubuh anak perlahan-lahan akan mengenali rutin tersebut.

Contohnya setiap malam selepas mandi, anak memakai baju tidur, gosok gigi, membaca buku dan kemudian masuk tidur.

Rutin mudah seperti ini boleh memberi isyarat bahawa sudah tiba masanya tubuh mula bertenang.

4. Kurang Drama Sebelum Tidur

“Nak main lagi!”

Ads

“Nak tengok kartun!”

“Nak air!”

“Nak pergi tandas!”

Kadang-kadang pelbagai alasan muncul apabila tiba waktu tidur.

Apabila anak terlalu letih, mereka juga boleh menjadi lebih emosional dan sukar bekerjasama.

Sebab itu cuba mulakan rutin sebelum anak terlalu penat. Kurangkan permainan lasak dan suasana terlalu bising apabila waktu tidur semakin hampir.

5. Tidur Malam Lebih Teratur

Jangan Biasakan Anak Tidur Lewat, Ini 10 Kebaikan Bila Si Kecil Tidur Awal

Tidur awal tidak bermaksud bayi atau anak tidak akan terjaga langsung sepanjang malam.

Namun jadual yang konsisten boleh membantu anak mempunyai rutin tidur yang lebih teratur.

Untuk bayi, terjaga pada waktu malam masih boleh berlaku kerana lapar, tidak selesa atau faktor perkembangan.

Jadi jangan terlalu membandingkan tidur anak dengan anak orang lain.

6. Kurang Risiko Bangun Terlalu Awal Kerana Keletihan

Pelik tetapi benar, tidur lewat tidak semestinya membantu anak tidur lebih lama.

Sesetengah kanak-kanak yang terlalu letih mungkin tetap terjaga awal pada keesokan harinya.

Ads

Akibatnya, anak tidur lambat tetapi bangun tetap awal.

Sebab itu lebih baik fokus kepada jumlah tidur yang mencukupi berbanding sengaja melewatkan waktu tidur anak.

Baca lagi: Ubat Cacing Kanak-Kanak: 7 Petanda Amaran Anak Dijangkiti Cacing Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

7. Membentuk Tabiat Tidur Yang Baik

Apabila rutin dilakukan setiap malam, anak belajar bahawa tidur merupakan sebahagian daripada rutin hariannya.

Apabila besar nanti, tabiat ini juga boleh membantu anak memahami kepentingan mendapatkan rehat yang mencukupi.

Tidak salah sekali-sekala tidur lewat kerana bercuti atau menghadiri majlis keluarga, tetapi biarlah ia menjadi pengecualian, bukan rutin setiap malam.

8. Ada Masa Berkualiti Bersama Anak

Tidur awal bukan bermaksud ibu ayah kurang masa bersama anak.

Sebaliknya, jadikan 20 hingga 30 minit sebelum tidur sebagai waktu berkualiti.

Boleh baca buku, bercerita tentang hari anak, berpelukan atau tanyakan apa perkara paling menyeronokkan yang berlaku pada hari itu.

Kadang-kadang anak tidak perlukan aktiviti mahal. Dia hanya mahukan perhatian mama dan papa.

9. Anak Lebih Bersedia Untuk Hari Esok

Jangan Biasakan Anak Tidur Lewat, Ini 10 Kebaikan Bila Si Kecil Tidur Awal

Ads

Tidur yang mencukupi membantu anak mendapatkan rehat yang diperlukan untuk menjalani hari berikutnya.

Anak memerlukan tenaga bukan sahaja untuk bergerak dan bermain tetapi juga untuk belajar, mengurus emosi serta berinteraksi dengan orang di sekelilingnya.

Sebab itu tidur bukan sekadar waktu berehat. Ia sebahagian daripada keperluan perkembangan anak.

10. Mama Papa Pun Dapat Berehat

Bila anak sudah tidur, barulah mama papa boleh menarik nafas sekejap.

Ada masa untuk mandi dengan tenang, bersembang dengan pasangan, mengemas apa yang perlu atau sekadar duduk berehat.

Ibu ayah juga memerlukan rehat untuk menjalani rutin pada hari berikutnya.

Artikel trending:Tragedi FDS Rentap Bahagia Keluarga, Juruterbang Jelas 5 Persoalan, No. 4 Kenapa Mangsa Tak Guna Payung Terjun

Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Artikel Trending: Nahas Helikopter FDS: Luahan Pilu Isteri Juruterbang, “Doakan Saya Dan Anak-Anak”

Balik Kerja Lambat, Macam Mana Nak Luangkan Masa Dengan Anak?

Ini antara dilema ramai ibu ayah bekerja.

Sudahlah seharian tidak berjumpa anak, apabila balik rumah pula sudah hampir waktu tidur anak.

Memang rasa serba salah hendak terus menyuruh anak tidur.

Namun, tidak semestinya masa bersama anak perlu panjang untuk menjadi bermakna.

Walaupun hanya ada 20 minit, jadikan masa itu benar-benar untuk anak. Letakkan telefon, dengar ceritanya, peluk, baca buku bersama atau baring sebentar di sisinya.

Lebih baik 20 minit masa berkualiti daripada memanjangkan waktu berjaga sehingga anak tidak mendapat tidur secukupnya.

Tidak perlu terlalu obses memastikan anak tidur pada waktu tertentu. Setiap keluarga mempunyai rutin berbeza.

Yang penting, perhatikan keperluan anak.

Kalau setiap malam anak kelihatan terlalu aktif, mudah meragam dan mengambil masa lama untuk tidur, mungkin sudah tiba masanya mama papa cuba mengawalkan sedikit waktu tidur anak.

Kadang-kadang anak yang nampak “tak mengantuk langsung” itu sebenarnya bukan masih bertenaga. Dia mungkin sudah terlalu penat.

Sumber: kingofsleep

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Rezeki Adik Imani! Terima RM30,000 & Rumah Bernilai Lebih RM300,000 Hadiah...

Vain Liew bantu Ibu Imani apabila Nur Shahera menerima RM30,000 serta sebuah rumah bernilai lebih RM300,000 untuk keluarganya.