Bila anak buat perangai, mungkin ada yang sering tertanya-tanya apa yang tak kena. Sebenarnya cuba audit hubungan dengan si kecil itu sendiri. Sudah cukup atau tidak perhatian yang diberikan untuk mereka.

Biasanya anak-anak bila buat perangai kerana mereka mahukan perhatian, mereka rasa sunyi. Dek kerana kesibukan ibu bapa masa kini dengan telefon bimbit kerap di tangan, ia sedikit sebanyak menyumbang kepada permasalahan ini.

Anak Buat Perangai Ibu Ayah Jadi Kusut, Cuba ‘Check’ Mungkin Perkara Ini Yang Berlaku. Kena Selalu Alert!

Anak buat perangai bila mereka rasa sunyi..

  1. Jasad ibubapa bersama anak anak tetapi fikirannya menerawang di dalam handphone entah ke mana
  2. Perlahan-lahan eye-contact ibubapa pada anak makin berkurang
  3. Perlahan-lahan eye-contact ibubapa berubah kepada screen-contact padahal eye-contact adalah sumber perhatian, ketenangan hati dan isi tangki emosi buat seorang anak
  4. Anak yang tak terisi tangki emosi akan mula mencari cari cara untuk mendapatkan kembali eye-contact dan perhatian ibu dan bapanya
  5. Anak mula menjadi resah dan merasa gelisah akibat tangki emosi yang makin bocor tak terisi
  6. Anak akan mula membuat perangai padahal ianya adalah jeritan batin seorang anak yang kekurangan perhatian
  7. Makin parah lagi bila jeritan batin anak yang mahukan perhatian dibalas dengan jeritan dan jelingan tajam
  8. Akhirnya sampai suatu masa anak akan memilih untuk berdiam diri dengan hati yang penuh rasa sunyi
  9. Hingga akhirnya mereka bertemu rakan sebaya yang mampu memecahkan kesunyian tersebut
  10. Jika baik rakan sebaya tersebut maka baiklah anak kita tetapi jika rosak rakan sebaya tersebut maka rosaklah dirinya

Anak yang bahagia adalah anak yang terisi jiwanya dengan cinta dan perhatian ibu dan ayahnya

IKLAN

p/s : Sebab tu sekurang kurangnya ajak lah pasangan kita sama sama belajar ilmu parenting / ilmu mendidik anak di sini secara percuma

t.me/NotaTaufiqRazif

IKLAN

sumber: Taufiq Razif

Anak Buat Perangai Ibu Ayah Jadi Kusut, Cuba ‘Check’ Mungkin Perkara Ini Yang Berlaku. Kena Selalu Alert! Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

IKLAN

Anak Buat Perangai Ibu Ayah Jadi Kusut, Cuba ‘Check’ Mungkin Perkara Ini Yang Berlaku. Kena Selalu Alert!Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI