Anak-anak juga mempunyai perasaan untuk memberontak dan mengamuk jika ada yang tak kena. Perubahan emosi juga mempengaruhi anak untuk bertindak di luar kawalan. Biarpun anak mungkin mengamuk sehingga menimbulkan rasa marah dalam diri ibu ayah, kita tidak seharusnya menghukum mereka sembarangan.
Sumber foto: www.freepik.com
Ada beberapa kaedah yang boleh kita lakukan untuk menghukum tanpa menyakiti anak. Bergantung kepada tahap keterukan kenakalan mereka, “time-out” perlu dilaksanakan. Walau bagaimanapun, ia perlu dilakukan dengan cara yang betul. Ikuti artikel ini untuk mengetahui 6 taktik hukum anak dengan “time-out”.
Cara Hukum Anak Dengan “Time Out”;
#1. Pilih tempoh dan tempat yang sesuai
Salah satu daripada aspek yang paling penting dalam “time-out’’ adalah tempat yang sesuai. Anda perlu memastikan tempat tersebut adalah masih dalam jangkauan pemerhatian anda dan tidak mempunyai apa-apa yang boleh mengganggu seperti rakan-rakan atau adik-beradik anak anda, televisyen atau permainan.
Anda boleh memilih tempat yang membosankan seperti penjuru dinding. Selepas menentukan tempat, putuskan pula bagaimana anda mahu hukum anak anda.
Anda disarankan meluangkan masa selama 1 minit untuk kanak-kanak berumur 1 tahun dan berikutnya. Jika tempohnya terlalu pendek, “time-out’’ ekstra adalah diperlukan dan tempohnya adalah separuh daripada tempoh asal.
#2. Ajar anak anda mengenai deskripsi “time-out’’
Ketika anda dan anak anda sedang berada dalam mood yang baik, ajar mereka mengenai “time-out’’. Tunjukkan mereka tempatnya dan terangkan mengapa mereka perlu melaluinya.
Ads
Biarkan mereka tahu kesilapan spesifik yang mana akan menyebabkan mereka dihukum. Anda boleh gunakan contoh seperti memukul rakan-rakan, mencarut dan menjerit sebagai kelakuan yang boleh mengakibatkan “time-out’’.
Jika anak anda mula berkelakuan buruk, hukum anak anda dan disiplinkan mereka sesegera mungkin. Jangan sesekali bertangguh. “Time-out’’ adalah lebih berkesan jika ia dilakukan pada waktu itu juga selepas mereka melakukan kesalahan. Kanak-kanak masih belum mempunyai memori yang kuat. Oleh itu mereka akan cepat lupa dan keliru tentangnya jika anda bertangguh.
Jika anda berada di luar rumah jika anak anda berkelakuan buruk, ada alternatifnya. Anda boleh menyuruh mereka melakukan “time-out’’ di penjuru dinding pasar raya atau di kerusi taman rekreasi.
#4. Kawal kemarahan anak anda
Tujuan “time-out’’ dilakukan adalah untuk memastikan mereka kekal tenang dan dapat mengawal diri. Jadi, sebagai ibu bapa anda sendiri perlu mengawal mood anda. Jangan sesekali marah, kritik atau memukul mereka.
Cuma jelaskan pada mereka mengenai kesalahan mereka dalam nada suara yang tenang dan minta mereka melakukan “time-out’’. Kemudian, jelaskan pada mereka mengenai kesalahan yang mereka lakukan selepas tamat hukuman.
Ads
#5. Kekal konsisten
Ada juga kanak-kanak yang berdegil tidak mahu melakukan “time-out’’. Mereka cenderung untuk meninggalkan tempatnya, menangis atau menyorok. Jika mereka berkelakuan sebegini, anda perlu lebih teliti perhatikan mereka dan pastikan mereka tidak berganjak sepanjang hukuman dijalankan.
Sumber foto: www.freepik.com
Setiap kali mereka cuba melarikan diri, mula semula hukuman tersebut. Dengan melakukan ini, anak anda tidak akan beranggapan hukuman ini boleh diambil ringan.
#6. Maafkan anak anda
Selepas tamat tempoh “time-out’’, terangkan kepada anak anda mengenai kesalahan mereka dan keperluan hukuman dijalankan. Kemudian, tanya perasaan dan pemikiran mereka terhadapnya. Puji mereka kerana mampu menghabiskan “time-out’’ tersebut. Paling penting, maafkan mereka dan teruskan hari anda seperti biasa.
Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak. Anak buat silap bukan bermakna kita hanya berdiam diri sahaja tetapi perlu ada cara untuk membuatkan mereka sedar apa kesalahan yang dilakukan.
Begitu juga dengan cara Datuk Fazley Yaakob mendidik anaknya. Chef selebriti berusia 40 tahun ini turut mengenakan hukuman setimpal sekiranya anak-anaknya melanggar peraturan.
“Saya didedahkan dengan dua perkara oleh parents iaitu kasih sayang yang sentiasa dibentuk dan juga disiplin yang disarankan setiap waktu.
“Jadi, untuk anak-anak, bila masa untuk dibelai manja, saya akan layan, tapi kalau time rotan, saya rotan betul,” katanya.
Begitu pun, pelantun lagu Asmara ini berkata, hukuman yang dikenakan masih di tahap berpada-pada.
“Cuma, bila saya rotan, saya ada batas, saya hanya pakai hanger plastik dan tali pinggang kecil.
“Dan… saya hanya akan pukul di tapak tangan kiri dan kalau perlu, saya akan pukul dia punya bambam (punggung), tapi itu pun tak kuat. Biasanya, saya lebih guna suara (tinggi).
“Tapi, saya memang bersikap adil dengan anak-anak. Kalau abang kena rotan, adik kena tengok. Kena jadi saksi supaya mereka tak repeat benda sama. Kadang-kadang, semua pun kena rotan,” katanya sambil tertawa.
Bagaimanapun, juara Masterchef Celebriti Malaysia ini enggan bersikap terlalu garang lantaran bimbang anak-anaknya akan menyimpan perasaan takut dan dendam.
“Saya tak nak benda itu berlaku. Saya sendiri walaupun ayah saya garang gila tapi saya tak pernah berdendam dengan dia.
“Prinsip saya dengan anak-anak, kalau saya rotan tak sampai dua minit. Saya hanya bagi dua minit untuk saya peluk dan cium. Saya takkan biar lama-lama. Begitu juga isteri.
“Biasanya, kalau saya marah anak-anak, isteri yang akan peluk mereka, begitu juga sebaliknya. Selama ini, memang itulah prinsip yang kita kekalkan,” katanya.
Lebih membanggakan, katanya, hukuman yang dipraktikkannya itu dilihat berjaya meninggalkan kesan positif.
“Alhamdulillah, pada saya ia berjaya kerana guru-guru mereka melihat anak-anak saya sebagai unik.
“Malah, mereka (guru) juga memuji tingkah laku anak-anak saya yang saling menjaga di antara satu sama lain ketika di sekolah,” katanya.
Fazley mendirikan rumah tangga dengan Datin Azrene Soraya Abdul Aziz pada 2007.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah (Payish), 10, Ahmad Fieradz Shah (Piyash), 8, Ahmad Firudz Shah (Piyush), 7, dan Alayna Selma, tujuh bulan.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memakaikan bayi perempuan dengan aksesori kepala memang menarik. Nampak comel. Tapi tahukan anda yang bayi boleh berisiko mengalami keadaan leher terjerut & lemas!
Headband sebagai aksesori kepala membuatkan si kecil nampak comel. Tapi kalau tidak dipantau boleh jadi bahaya pula, silap-silap boleh menyebabkan kes kematian pula!
Pemakaian aksesori kepada bayi memang Ada bayi yang tak kisah tapi ada yang tidak gemar ada lilitan pada kepala mereka. Kalau tidak diberikan perhatian dan pemantauan, boleh mengundang kebahayaan kepada si kecil.
Perkongsian daripada Dr Taufiq Razif tentang pengalamannya sendiri apabila memakaikan aksesori kepala ini boleh dijadikan panduan;
Bahaya betul! Baru ni isteri saya ada belikan headband ni untuk Aesha Soolihah yang baru je nak masuk umur 6 bulan.
Saje dia beli untuk hias kepala anak. Tapi saya tahu, benda ni nampak je comel tapi boleh jadi alat pembunuh kalau tak dipantau.
Jadi saya sengaja pantau dari dekat si Aesha Soolihah yang tengah pakai headband tu. Saya perhati je anak saya yang tengah baring kat katil tu.
HEADBAND BOLEH JERUT LEHER BAYI
Tiba-tiba, mungkin kerana kepanasan dia pun capai rambutnya untuk digaru dan digosok gosok. Dalam hati saya kata ” Eh bahaya ni!”.
Dan memang apa yang saya rasakan tu jadi kenyataan. Ketika anak saya ni garu garu rambutnya, dia tertarik sekali headbandnya ke bawah dan headband di kepala tu terus jatuh ke bahagian leher dan terus menjerut lehernya! Fuh!
Bayangkan apa yang jadi kalau saya tiada ilmu tentang bahaya headband ni? Saya ambil gambar ni sebab saya nak tunjuk kat mak ayah semua tolong la berhati hati dengan headband ni. Memang dah ada kes bayi yang meninggal terjerut headband pun sebelum ni.
Kepada mak ayah semua, tolong sebarkan benda ni pada mak ayah yang belum tahu ye
Situasi usik-mengusik serta menyakat sebenarnya adalah situasi yang biasa berlaku dalam kalangan keluarga, lebih-lebih lagi bila lama tak jumpa. Ada saja yang tua nak sakat si anak muda kan?
Tapi ada juga situasi sakat-menyakat yang membuatkan seseorang itu tidak selesa malah terkesan dari segi emosi terutama kanak-kanak. Memang comel dapat menyakat anak kecil, tapi kalau gurauan yang keterlaluan boleh memberikan kesan marah dan benci dalam diri seseorang.
Sebahagian orang, buat orang lain terhibur dan ceria dengan usikannya. Nada suara, mimik muka dan bahasa tubuhnya buat orang sekeliling yang menonton atau terkena usikannya rasa senang hati dan mesra.
Sebahagian yang lain pula, melawak tak kena cara dan gaya. Jadi menyakitkan hati dan menjengkelkan pula. Sampai budak-budak kecil yang suci murni dan naif pun jadi mangsa.
Ibubapa nak tengok saja kah? Rasa serba-salah nak menegur tukang lawak yang mungkin lebih tua atau ahli keluarga sendiri? Tapi, kalau dibiar, anak sendiri pula asyik jadi bahan…macam mana ni?
Macam mana nak buat jika anak anda berada dalam situasi ‘toksik’ ini? Jom ikuti perkongsian daripada Puan Uswatun, Konsultan Tangisan & Tidur Bayi.
Makanya, nak mengusik dan melawak biar ada batasnya walaupun dengan anak kecil okay!
Kredit: ✍️ USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN DAN TIDUR BAYI
DBL INSTITUTE
THB EDU ASSC
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION
BIG LITTLE FEELINGS
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.