Kehilangan insan tersayang pastinya memberi kesan kepada kita. Rasa rindu yang tidak berkesudahan ketika mengenang segala memori ketika bersama akan membuatkan kita menjadi sedih.
Bukan mudah untuk melupakan terutamanya jika anak yang masih kecil kehilangan ibu atau ayah. Mungkin sedikit sukar untuk memahami situasi jadi sering teringat dan terkenangkan insan yang telah ‘pergi’.
Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @omokgendut18, kelihatan seorang kanak-kanak sedang melihat sesuatu di handphone sehingga mengalirkan air mata.
Ads
Tidak berkata apa-apa, dia hanya senyap dan matanya fokus melihat di skrin handphone. Kemudian air matanya mengalir menunjukkan betapa dia sedang merindukan seseorang.
“Mokkk.. Kamu rindu ayah ke? Dikkk… Kamu rindu ayah ke?”.
Tidak menjawab soalan yang diajukan, dia hanya mengangkat mukanya sambil menangis. Menurut kapsyen pada video, dia sedang menonton video arwah ayahnya.
Memang jelas sekali kerinduan adik ini terhadap ayahnya. Pasti banyak kenangan mereka sekeluarga yang menjadi pengubat rindu sekiranya mereka teringat pada arwah.
Semoga mereka sekeluarga tabah menjalani ujian berat ini. Bukan mudah melalui saat-saat kehilangan insan tersayang, pasti sentiasa merindui. Menurut perkongsian ibunya, adik ini sudah mulai faham mengapa ayahnya tidak akan pulang. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham ayah adik ini.
Datuk dan nenek mana yang tidak sayangkan cucu. Kalau boleh, mahu dipeluk cium selalu. Bila cucu mereka dimarahi anak-anak, dia pula tegur kita semula. Tak diberinya anak-anak ni memarahi cucunya. Apa saja yang cucu-cucu minta, akan diberikannya.
Sebab itulah cucu-cucu cukup suka bila balik ke kampung. Apa yang ibu ayah tak beri, bila di kampung pandai pula dia minta dari datuk dan nenek. Confirm dapat! Tapi tidak semua orang mempunyai nasib yang baik. Ada juga datuk dan nenek yang pilih kasih. Tidak beri kasih sayang dan layanan yang sama kepada semua cucunya. Ada yang lebih, ada yang langsung tidak dipedulikan.
Begitulah perkongsian seorang ibu di pageKisah Rumah Tangga apabila dia berkongsi kisah sedih ibunya pilih kasih. Anak-anaknya tidak mendapat perhatian yang sama seperti sepupu mereka yang lain.
Ada x mak mak korang pilih cucu yang dia syg je? Aku ni ada 3beradik perempuan 2lelaki.. Mak aku xpernah dukung anak2 aku.. Jauh la skli nak sygg. Tp anak kakak anak adik aku ank abg.. Mak tatang mcm minyak yg penuh.. Dia punya sygg tu smpai dlm group fmly, adik aku pos gambar anak dia.. Mak aku ckp ni la pengubat rindu dia.
Bila kdg2 aku pos gambar anak aku kat status atau group mak aku xpernah respon.. Ada skli aku wsp dia guna voice.anak2 aku panggil nek nenek. ..
Aku ckup2 terasa.. Terus terang dia kata.. ’emak mmg xberapa. Ingat sgt anak2 kau”.. Aku masih simpan voice dia tu.. Aku ulang ulang nak dgr dan nak faham.. Apa. Dia maksud kan tu.
Klu blk raya.. Anak adik aku 8bln kot semangat badan dia.. Mak. Aku dukung.. Peluk. Punya la sygg.padahal tangan mak aku sakit tu.. Larat dia dukung ek..
Ank2 aku mak xpernah panggil pun nama.. Dukung jauh la skli. Sedih kdg2 aku tgok.. Terkejar2 ank aku nak naik motor atok dia.. Tp xdpt.. Penuh dgn ank kakak ngan anak adik Kalau aku pos pic masakan aku dlm status mak aku mcm x suka.. Mcm geli dia buat pic kartun muntah.
Jarang skli aku masak kat rumah mak.. Sejenis mak aku ni.. Dia je perfect.. Yg bole masakk kat rumah dia tu.. Along dan adik je.. Yg lain2 masak mmg dia x terima.. Aku pon xtahu la.. Mak aku ni… Potong sayur salah pon sangup dia buang.. Sayur lodeh nk masak raya kalau slh potong pun jadi isu dia..
Ermmm kdg sedih aku time nk blk kmpg ajak suami.. Perangai mak aku buat aku segan dgn suami.. Dah tua dah bukan muda lagi. Sudah sudah la jdi ibu dan nenek yg pilih kasih..
Yela anak2 sy hitam.. Kering. Anak kakak anak adik anak abg putih putih pandai.. Bijak.. Gebu ..
Hati siapa yang tidak terkesan jika diberikan layanan begini.Anak-anak yang masih kecil, tidak faham situasi sudah tentu teruja setiap kali mahu pulang ke kampung. Dengan harapan dapat bermanja dengan datuk dan nenek mereka. Tetapi apabila pulang ke kampung dilayan acuh tak acuh pula.
Semoga ibu ini terus kuat dan tabah berhadapan dengan sikap ibunya yang pilih kasih itu. Kita doakan agar semuanya akan menjadi lebih baik dan anak-anaknya akan disayangi sama seperti sepupu mereka yang lain suatu hari nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehamilan Watie Hanifiah menjadi perhatian ramai selepas Watie akhirnya berkongsi kisah sebenar di sebalik rahsia yang dipendam selama hampir empat bulan. Coretannya bukan sekadar berita gembira, tetapi luahan penuh emosi yang mengundang sebak kepada para pengikutnya.
Bukan tidak mahu berkongsi berita gembira tetapi trauma keguguran kandungan lalu memberi kesan kepada dirinya. Untuk Watie, pengalaman pahit itu membuatkan dia lebih berhati-hati setiap kali melalui momen awal kehamilan. Perasaan takut dan cemas bercampur dengan harapan yang besar agar semuanya baik-baik sahaja.
Terkini menerusi Instagram miliknya, Watie Hanifiah, 36, mendedahkan sebab dia menyimpan rahsia kehamilan selama hampir empat bulan. Menurutnya, trauma pengalaman lalu membuatkan dia mengambil masa sebelum bersedia untuk berkongsi, terutama dengan anak-anak dan keluarga terdekat.
“Simpan sini buat kenangan kerana tiada lagi rahsia… Sebab Daddy awal-awal dah bocorkan! 🤣 Syukur Alhamdulillah atas sekali lagi rezeki yang Allah titipkan untuk Mummy, Daddy & anak-anak,” tulisnya.
Luahan jujur Watie ini menunjukkan kasih sayang seorang ibu yang sanggup menanggung perasaan sendiri demi melihat kegembiraan anak-anak. Dalam catatannya, Watie menekankan bahawa momen melihat anak-anak gembira mengetahui berita kehamilan adalah detik paling manis dalam hidupnya.
Hampir 4 bulan Mummy rahsiakan dari anak2 & family… Sebab Mummy masih trauma dgn peristiwa yang lepas…Kenape Mummy rahsiakan?sebab kegembiraan anak2 bila dapat tahu Mummy pregnant adalah moment paling bahagia dlm hidup Mummy…Dan mummy takut bila ianya terjadi lagi, ianya akan buat Mummy bertambah sedih bila tengok anak2 ikut sekali sedih bersama Mummy…
Kisah ini mencerminkan betapa kuatnya hati seorang wanita yang melalui pengalaman kehilangan, namun tetap mampu bangkit dengan senyuman setiap kali melihat anak-anaknya tersenyum. Dalam setiap ayat yang ditulis, terpancar rasa syukur dan harapan agar kehamilan Watie Hanifiah kali ini dipermudahkan.
Selain itu, Watie turut mengucapkan terima kasih kepada suami, Shuib, dan anak-anak atas kesabaran mereka menghadapi perubahan hormon dan telatahnya sepanjang melalui fasa awal kehamilan.
“Terima kasih atas layanan baik & tolong buatkan semua untuk Mummy di saat Mummy bermalas-malasan, di saat Mummy jadi kebudak-budakkan dan di saat Mummy jadi singa jadian 🤣.”
Penghargaan itu jelas menunjukkan hubungan erat antara Watie, suaminya dan anak-anak. Mereka bukan sahaja menerima berita gembira ini dengan penuh rasa sayang, tetapi juga memberikan sokongan moral yang sangat besar kepada Watie.
Akhir luahannya penuh doa dan harapan agar kasih sayang keluarga kekal utuh sepanjang perjalanan kehamilan Watie Hanifiah. Setiap bait katanya seakan menjadi doa yang dipanjatkan buat keluarga kecil yang sedang melalui babak baru dalam kehidupan mereka.
“Doakan semoga kasih sayang ini tidak akan pernah berubah, semoga Mummy tetap jadi ibu yang adil yang kasihnya tidak pernah berbelah bagi pada semua anak-anak Mummy… Semoga kita bersama selamanya 🤍. Kamu semua Anugerah Terindah dalam hidup Mummy.”
Perkongsian ini bukan sekadar berita kehamilan, tetapi catatan tentang cinta, kesabaran, dan ikatan keluarga yang tidak ternilai. Ia mengingatkan kita bahawa momen kecil bersama keluarga boleh menjadi kenangan paling manis yang kekal selamanya.
Baru-baru ini, Shuib memuat naik foto Watie menampakkan perut yang semakin membesar di Instagram, sekali gus mencetuskan tanda tanya peminat mengenai perkembangan kehamilan Watie Hanifiah. Ramai yang mula menyedari perubahan itu, namun Watie tetap memilih untuk menunggu masa sesuai sebelum membuat pengumuman rasmi.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2023, dua tahun selepas pemergian isteri Shuib, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin pada 2021. Hasil perkahwinan Shuib dengan Siti Sarah, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.
Dengan keluarga yang semakin berkembang, perjalanan hidup mereka kini memasuki fasa baru. Segalanya memberi makna lebih mendalam buat Watie, yang kini bukan hanya bergelar isteri dan ibu, tetapi bakal menyambut cahaya mata bersama suami tersayang.
Menjadi ibu dan ayah sememangnya satu anugerah yang tidak ternilai dari Allah. Namun menyediakan keperluan anak-anak terutama dari aspek pendidikan wajib diberikan keutamaan.
Tambah pula, kos pendidikan awal bermula dari tadika lagi hinggalah melanjutkan pelajaran ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sekarang bukannya seperti dahulu.
Banyak perbelanjaan yang perlu dikeluarkan dan boleh dikatakan agak tinggi dan memerlukan kos yang bukan sedikit. Persiapan awal ibu ayah untuk membesarkan anak-anak semakin mencabar dan perlu disiapkan lebih awal lagi.
Sebagai ibu ayah, kita perlu membuat perancangan kewangan yang bijak demi masa depan anak-anak. Simpan SSPN telah diinspirasikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memberi peluang kepada ibu ayah untuk menjadi ‘Superhero’ anak-anak!
PTPTN sentiasa memastikan akses pendidikan anak-anak terpelihara bagi jaminan masa depan pendidikan yang lebih cerah melalui Simpan SSPN.
Tidak hairanlah bila jenama ini turut dipilih sebagai penerima anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma 2024 sebagai Superhero Simpanan Bijak Anak, Jaminan Masa Depan Pilihan Pa&Ma. Tahniah!
Banyak Kelebihan Simpan SSPN
Simpan SSPN yang diterajui oleh dua insan hebat iaitu Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN dan Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid selaku Ketua Eksekutif PTPTN menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada pendeposit.
Simpan SSPN mempunyai dua (2) produk simpanan:
* Simpan SSPN Prime
* Simpan SSPN Plus
Keistimewaan Simpan SSPN Prime
Keistimewaan Simpan SSPN Plus
* Sama seperti Simpan SSPN Prime kecuali tidak layak Geran Sepadan.
Menariknya Simpan SSPN Plus ini mempunyai manfaat perlindungan takaful dengan tiga (3) pilihan syarikat pengendali takaful iaitu Hong Leong MSIG Takaful Berhad, Great Eastern Takaful dan Takaful Ikhlas Family Berhad.
Keistimewaan tambahan yang ditawarkan adalah:
Untuk mengetahui lanjut mengenai tabungan yang cukup bermanfaat buat anak-anak di masa hadapan, ibu ayah boleh melayari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau media social rasmi PTPTN di Facebook: @ PTPTNOfficial, Instagram: @ptptnOfficial dan juga di Tiktok: @PTPTNOfficial. Pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN boleh dibuat secara dalam talian dengan lebih mudah, cepat dan selamat melalui aplikasi myPTPTN.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!