Dilema bagi mak-mak terpaksa tolak undangan sebab komitmen. Sebagai ibu dalam apa juga keputusan anak bukanlah menjadi alasan, anak adalah keutamaan.
Hanis Zalikha menyuarakan isi hatinya yang terpaksa menolak undangan pada sebelah malam kerana kedua-dua anak, Yusuf Iskandar & Alisa Aisyah memerlukannya di sisi untuk tidur.
Para follower bersetuju dengan apa yang dinyatakan selebriti ini. Isu yang dibangkitkan ini sememangnya dilema yang dilalui ibu-ibu yang bekerjaya. Antara komitmen kerja, perniagaan dan keluarga, anak sentiasa menjadi prioriti teratas.
TIMING ANAK TIDUR
Ala sweet tengok tv sama-sama. Baru sekejap tadi I kena turn down invite pergi event. Bukan kali pertama. Rasa benci gila perasaan nak bagi reason kenapa takleh pergi; iaitu sebab timing tu time anak nak tidur.
ANAK DALAM FASA NAK MOMMY YANG TIDURKAN
Dan diorang fasa nak kena jugak Mommy yang tidurkan. Macam tak bestnya nak sebut benda tu (maka pilih untuk minta maaf je). Like you’re not the only one with a small baby and kid, manage your life and get it together already! No excuses! Tapi ughhh susahnya.
JANGAN MALU, ANAK BUKAN ALASAN TAPI KEUTAMAAN
Ads
Tengok orang lain buat, diorang pula hebat-hebat juggle macam-macam. Terasa orang pandang rendah sebab sikit-sikit tak boleh (ada je alasan hal anak). Nampaknya kena belajar perlahan-lahan. Dan didik diri jangan malu, kita bukan loser atas pilihan tu. Sebab anak bukan alasan, anak keutamaan.
Rakan artis dan selebriti yang terdiri daripada ibu-ibu menyokong pendirian Hanis. Setelah menyandang jawatan emak, tanggungjawab sebagai ibu menjadi nombor satu dalam segala hal dan cabarannya ialah terpaksa berdepan dengan orang lain yang mungkin tidak memahami.
RASA TAKUT ORANG FIKIR APA
RASA SERBA SALAH
Ads
DULU YUSUF BOLEH TINGGAL DENGAN DADDY, ALISA PERHATI JE KITA
Pada Ahad lepas pihak polis telah menerima panggilan pada kira-kira 1.20 tengah hari melaporkan bahawa terdapat seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia di sebuah rumah di Jalan Yadi Klang dan kematian kanak-kanak itu disahkan oleh pasukan kecemasan yang dikejarkan ke tempat kejadian.
Bedah siasat yang dijalankan pada keesokannya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, mendapati bahawa punca kematian adalah kerana kecederaan intra abdomen akibat hentakan objek tumpul serta terdapat kira-kira 41 kesan kecederaan baru dan lama di tubuh mangsa
Polis telah menahan sepasang suami isteri semalam kerana disyaki mendera sehingga mati anak asuhan mereka yang berusia empat tahun pada 29 Sept lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata berdasarkan siasatan awal pasangan rakyat tempatan berusia 36 dan 30 tahun itu turut dipercayai mendera seorang lagi anak asuhan mereka dan dua orang anak mereka.
Tambah Shamsul Amar, semasa pegawainya sedang membuat siasatan ke atas pasangan berkenaan, pegawainya turut membuat pemeriksaan fizikal ke atas tiga kanak-kanak yang dibawa bersama oleh pasangan itu.
“Pemeriksaan di badan kanak-kanak lelaki berusia lapan dan lima tahun dan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang merupakan kembar kepada si mati itu terdapat bekas kecederaan baru dan lama disyaki akibat didera oleh kedua-dua suspek.
“Dua kanak-kanak lelaki ini merupakan daripada perkahwinan terdahulu suspek wanita berkenaan dan ketiga-tiga mereka kini ditempatkan di HTAR bagi pemeriksaan lanjut,” katanya.
Kenal Pengasuh Melalui Laman Sosial (Facebook)
Sumber berkata, ibu mangsa berusia 28 tahun mengenali suspek wanita berusia 30 tahun di Facebook sejak tiga tahun lalu.
Katanya, kembar berumur empat tahun itu bersama kakak tirinya berusia 10 dan 11 tahun dalam jagaan suspek dan suaminya berusia 36 tahun sejak pertengahan Ogos lalu. Difahamkan, sepanjang lebih sebulan mereka di rumah pengasuh itu, hanya sekali sahaja ibunya datang melawat.
“Ibu mangsa bekerja di Cyberjaya dan berasal dari Johor”
Menurut jiran suspek, dia kerap mendengar tangisan kuat kanak-kanak perempuan sejak tiga minggu lalu namun tidak menyangka ia berpunca daripada perbuatan dera.
Terdahulu, suami isteri itu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Polis menerima maklumat kejadian pada 1.21 tengah hari Ahad lalu dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan pada abdomennya akibat hentakan objek tumpul selain ada 41 kecederaan baharu dan lama selain lebam.
Sepanjang kehamilan, ibu ayah sudah memikirkan nama untuk diberikan kepada anak. Berbulan-bulan merancang, senarai pun panjang. Akhirnya akan ada beberapa nama yang dibuat short listed. Saat melahirkan, nama sudah tersedia, tinggal didaftarkan sahaja.
Ada sesetengah ibu ayah memilih nama yang panjang dan pelik-pelik. Berbelit lidah mahu menyebut. Kemudian ditegur datuk dan nenek kerana nama itu susah untuk disebut, jadi selesa memberi si bayi nama timangan.
Sebagai contoh, Muhammad Daryan Miqael Ruzaman dan akhirnya hanya dipanggil Baby Yan. Atau Melisa Jamila Qatrina Adrianna, akhirnya cuma disapa dengan panggilan Adik. Letih pula nak disebut panjang atau nanti di kemudian hari bila anak nak mtulis nama penuh mereka kan?
Semalam, selebriti berbakat besar Alif Satar telah membuat pengumuman tentang kelahiran anak lelakinya melalui laman Instagram. Hari ini, selain memuatnaik foto wajah anaknya itu, Alif turut memberitahu nama anaknya itu Muhammad’ Ali. Short and sweet! Selain namanya mudah, juga mempunyai maksud yang baik.
Dalam perkongsiannya itu, Aliff turut memaklumkan bayinya mempunyai sedikit masalah dengan pernafasannnya, tetapi sudah semakin baik. Kata ayah mithali ini lagi, tidak sabar untuk bawa bayinya itu pulang ke rumah dalam masa beberapa hari lagi.
Assalamualaikum,Muhammad ‘Ali.. ♥️ Terima kasih pada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga, setiap doa anda sangat bermakna bagi kami. I read all of your comments and i pray that Allah swt grant all of your doa’s for all of us. He had just a little trouble breathing but is now getting so much better, thanks to all the medical staff at @pantaihospitalkualalumpur . Can’t wait to take ‘Ali home in a few days! #FutureMessageForMuhammadAli
TIP MEMILIH NAMA ANAK Pa&Ma senaraikan beberapa panduan untuk membuat pilihan nama anak. Semoga dengan perkongsian ini, dapat memberi sedikit sebanyak input buat anda yang mahu memilih nama anak. Seharusnya proses memilih nama anak tidak mengambil masa yang lama, jika setiap pasangan sepakat dan memilih nama yang mudah.
1. Nama umpama doa
Nama yang dipilih umpama doa buat anak. Pilihlah nama dengan pengertian yang baik dan sempurna. Elakkan memilih nama popular, tetapi tidak membawa sebarang maksud.
2. Jangan terlalu panjang
Kalau boleh, janganlah terlalu panjang. Bukan sahaja memberi kesukaran untuk anak menulis nama mereka tetapi menyusahkan ketika proses mengisi borang dan sebagainya.
3. Ada ciri Islamik
Letakkan nama dengan ciri Islamik. Sebagai contoh, anak lelaki bolehlah diletakkan Muhammad pada awal namanya atau pilihlah nama-nama tokoh Islam. Diharapkan dengan pemilihan nama ini, sifat keperibadian mereka juga dapat ditonjolkan dalam diri anak.
4. Gunakan ejaan betul
Ejalah nama anak dengan betul. Nama yang baik adalah apabila ia turut boleh dieja dalam bahasa Jawi.
5. Hati ketiga atau ketujuh
Seeloknya nama anak diberikan pada hari ketiga atau ketujuh kelahirannya. Tiada larangan sekiranya anda menamakan mereka lebih awal.
Dari Samurah Radhiyallahu ‘anhu, Imam Ahmad dan Ahlus Sunnah meriwayatkan, ia berkata : “Rasulullah bersabda :
“Setiap anak tergadaikan dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh (kelahirannya) sekaligus dinamai dan dicukur rambut kepalanya” [At-Tirmidzi menetapkan hadits ini Hasan Shahih]
Suami Yang Baik Adalah Suami Yang Selalu Buat Isteri Tersenyum Bahagia, Tak Mahal Pun Modal Nak Bahagiakan Isteri- Yatt Hamzah
Yatt Hamzah, selebriti yang aktif berkongsi gambar mahupun perkongsian lain di akaun media sosial miliknya. Baru-baru ini Yat ada menulis tentang ciri seorang suami yang baik menerusi akaun Instagram miliknya.
Menggunakan tanda pagar Yatmengayat, pengacara dan pelakon ini mengulas ciri-ciri seorang seorang suami yang baik dengan menyenaraikan beberapa perkara tentang tanda sayangnya seorang suami kepada isteri tercinta saat berjauhan.
Menerusi entri tersebut, secara ringkasnya jelas Yatt, suami yang baik akan selalu menghubungi isteri dan sentiasa memberikan kata-kata semangat atas kepenatan isteri dalam menguruskan rumah tangga dan anak-anak.
Tambahnya lagi ada juga suami yang sering bertanya tentang kebajikan isi rumah dan ada kalanya memberikan kejutan istimewa dengan kiriman hadiah.
Jelasnya lagi, seorang isteri ni tak perlukan intan permata daripada suami cukup dengan perbuatan yang baik dan ingatan tulus ikhlas.
“Suami yg baik adalah suami yg selalu membuat isterinya TERSENYUM BAHAGIA walaupun jauh di mata. Tak mahal pun modal nak bahagiakan isteri..
“Tak perlukan intan permata berlian(Tapi kalau ada lagi bagusss).. Cukup dg PERBUATAN BAIK pada nya dan INGATAN TULUS IKHLAS..
“BETUL ke BETUL SGT..?? LEKAS TAG SUAMI TERCINTA,” tulisnya di kapsyen
Apa yang lebih mengharukan, perkongsian Yatt itu turut mendapat perhatian suaminya. Zulfadhli Khiruddin yang turut meninggalkan komen buat isteri tersayang.
Yatt mendirikan rumah tangga denganMohamad Zulfadhli Khairuddin seorang juruvideo pada Februari 2016.
Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Suci Humaira Iqlima, 3 tahun, Suci Hayfaa Medina, 2 tahun dan Suci Hawa Zulaikha yang berumur 6 bulan.
Yatt juga turut mempunyai seorang anak perempuan daripada perkahwinan terdahulu iaitu Suci Hanania Malika yang kini sudah berumur 7 tahun.
Sumber: Media Hiburan dan IG Yatt Hamzah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!