Pada Ahad lepas pihak polis telah menerima panggilan pada kira-kira 1.20 tengah hari melaporkan bahawa terdapat seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia di sebuah rumah di Jalan Yadi Klang dan kematian kanak-kanak itu disahkan oleh pasukan kecemasan yang dikejarkan ke tempat kejadian.

“3 Minggu Dengar Tangisan Akibat Didera Pengasuh” Ibu Kenal Pengasuh Di Facebook

Bedah siasat yang dijalankan pada keesokannya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, mendapati bahawa punca kematian adalah kerana kecederaan intra abdomen akibat hentakan objek tumpul serta terdapat kira-kira 41 kesan kecederaan baru dan lama di tubuh mangsa

Polis telah menahan sepasang suami isteri semalam kerana disyaki mendera sehingga mati anak asuhan mereka yang berusia empat tahun pada 29 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata berdasarkan siasatan awal pasangan rakyat tempatan berusia 36 dan 30 tahun itu turut dipercayai mendera seorang lagi anak asuhan mereka dan dua orang anak mereka.

“3 Minggu Dengar Tangisan Akibat Didera Pengasuh” Ibu Kenal Pengasuh Di Facebook

IKLAN

Tambah Shamsul Amar, semasa pegawainya sedang membuat siasatan ke atas pasangan berkenaan, pegawainya turut membuat pemeriksaan fizikal ke atas tiga kanak-kanak yang dibawa bersama oleh pasangan itu.

“Pemeriksaan di badan kanak-kanak lelaki berusia lapan dan lima tahun dan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang merupakan kembar kepada si mati itu terdapat bekas kecederaan baru dan lama disyaki akibat didera oleh kedua-dua suspek.

“Dua kanak-kanak lelaki ini merupakan daripada perkahwinan terdahulu suspek wanita berkenaan dan ketiga-tiga mereka kini ditempatkan di HTAR bagi pemeriksaan lanjut,” katanya.

IKLAN

Kenal Pengasuh Melalui Laman Sosial (Facebook)

Sumber berkata, ibu mangsa berusia 28 tahun mengenali suspek wanita berusia 30 tahun di Facebook sejak tiga tahun lalu.

Katanya, kembar berumur empat tahun itu bersama kakak tirinya berusia 10 dan 11 tahun dalam jagaan suspek dan suaminya berusia 36 tahun sejak pertengahan Ogos lalu. Difahamkan, sepanjang lebih sebulan mereka di rumah pengasuh itu, hanya sekali sahaja ibunya datang melawat.

IKLAN

“Ibu mangsa bekerja di Cyberjaya dan berasal dari Johor”

Menurut jiran suspek, dia kerap mendengar tangisan kuat kanak-kanak perempuan sejak tiga minggu lalu namun tidak menyangka ia berpunca daripada perbuatan dera.

“3 Minggu Dengar Tangisan Akibat Didera Pengasuh” Ibu Kenal Pengasuh Di Facebook

Terdahulu, suami isteri itu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Polis menerima maklumat kejadian pada 1.21 tengah hari Ahad lalu dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan pada abdomennya akibat hentakan objek tumpul selain ada 41 kecederaan baharu dan lama selain lebam.

Sumber: Awani, HMetro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI