Kadang-kadang terluah juga yang penatlah jaga anak, penatlah kerja dan bila dapat gaji, duit semua pergi kepada keperluan anak. Jangan salah ya mak, ayah. Sebenarnya setiap apa yang kita dapat dari Allah adalah rezeki anak-anak.
Cuma kadang-kadang kita tak sedar, setiap anak membawa rezeki yang berbeza. Dapat anak pertama, rezeki gaji naik. Kemudian, dapat anak kedua, dapat beli kereta lebih besar. Semuanya hadir dengan kelahiran anak.
Kita dapat beli kereta. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat beli rumah. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat naik gaji. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat makan cukup. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
Kita dapat kerja baik. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat bonus. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat networking luas. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat naik pangkat. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
IKLAN
Kita hidup bahagia. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita banyak masa lapang. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita tidak dibeban hutang. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita tidak putus duit. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
Kita Yang Menumpang Rezeki Mereka
IKLAN
Hakikatnya kita yang sebenarnya menumpang rezeki anak-anak. Bukan anak-anak yang menumpang rezeki kita. Semuanya boleh jadi rezeki anak-anak yang datang melalui kita.
IKLAN
p/s : Jangan sesekali anggap anak-anak dan pasangan sebagai beban. Mereka inilah pembawa rezeki yang sebenar-benarnya.
*Sesungguhnya setiap anak memberi rezeki yang berbeza buat mak, ayah. Jadi hargailah setiap anak kita dan jangan jadikan meraka sebagai bebanan. Bimbang nanti bila ditarik Allah, kita yang menyesal.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain sayuran hijau lain, lobak merah atau carrot antara sayur yang paling mudah terkesan, lembik jika lambat dimasak. Jangan dibuang terus sebaik lobak merah ini menjadi lembik dan kehitaman, sebaiknya cuba tip dan petua mudah ini.
Tip dan perkongsian pengguna tik tok ini, Munirah Jamaluddin ini mama kena cuba. Apa yang penting, jangan buang dahulu. Cuba ni!
“Dah lembik? Haaa.. jangan buang.
“Ni cara dia nak bagi fresh balik.
Langkah 1
Kupas lobak merah dahulu dan buang kulitnya.
Langkah 2
Potong-potong lobak merah pada saiz kecil.
Langkah 3
Rendam dalam air seketika.
Langkah 4
Hasilnya lobak merah jadi kembali kenyal dan rangup.
Wajib cuba!
Selepas ini dah tak perlu dibuang lagi kalau nampak lembik, buat langkah ini dulu. Pasti menjadi!
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Mak, isteri dan anak-anak adalah rezeki Allah pada kita. Mereka ni lah orang yang dekat dengan kita. Ramai tak sedar, selama ni Allah bagi rezeki kerana doa mereka tiap hari pada kita.
Isteri selalu doa pada suaminya, tapi dia tak cakap pada suami. Anak-anak walau tak pandai berdoa untuk ayahnya, tapi dalam senyumannya tersirat doa yang semua orang tak tahu melainkan Allah. Gembiranya anak-anak, lebih lagi gembiranya Allah pada kita.
Seorang ibu pasti akan doakan kejayaan anak-anaknya, tapi dia tak bagitau kita. Tak ada ibu yang nak tengok anaknya hidup susah. Dia bangun di malam hari tiap hari doakan anak-anaknya. Tapi anak-anak tak tahu.
Allah tengok apa yang kita buat. Kalau dengan anak isteri yang dekat dengan kita pun berkira, macam mana Dia nak buka pintu rezeki untuk kita?
Banyak orang takut untuk melabur kegembiraan untuk mak, isteri, dan anak-anak, sebab takut miskin. Katanya kena berkira-kira nanti tak cukup makan. Belum apa-apa lagi dah sangka buruk dengan Allah. Sedangkan Allah yang bagi rezeki, bukan kita.
Cubalah buat dulu, tunggu masa je rezeki yang tak disangka-sangka datang bergolek. Saya nak kita sama-sama bahagia dan berjaya dalam keredhaan Allah, bukan bahagia yang dimurkai Allah!
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila dah berkahwin, isteri akan serahkan sebahagian dirinya pada suami. Sama ada untuk difahami atau dihargai semua itu impian yang sangat diimpikan dalam hidup. Namun adakah suami terfikir, cukup atau tak memahami perasaan seorang isteri?
Mungkin ada yang bersetuju suami patut menghargai isteri kerana dialah insan hebat memberikan zuriat, mendidik dan menjaga makan pakai ahli keluarga. Jika isteri sakit, akan terasa sikit kesusahan itu.
Bagaimanapun, adakah suami terfikir isteri ni penat atau tak uruskan hal rumah tangga. Perkongsian dari seorang suami, Zaim Zin ini sangat bermakna dan kena pada situasi sekarang.
Stres isteri bahaya
Saya balik kerja, isteri cakap, “Abang, jom keluar jalan-jalan. Stress la”
Banyak kali macam tu. Pelik betul. Stress apa, duduk rumah jaga anak-anak tercinta yang comel-comel tu. Kalau ikutkan, keluar rumah, lagi la stress dan penat.
Bila fikir semula, saya bawa juga pusing-pusing naik kereta. Kadang-kadang, singgah pasaraya. Selalunya tak beli apa pun, window shopping je. Tapi dia punya teruja, macam anak kecil diajak pergi Disneyland.
“Terima kasih abang, bawa jalan-jalan!”, isteri saya akan ucap ini setiap kali dapat berjalan.
Saya teringat satu pesanan, “Emosi perempuan ni macam belon kecil, tak boleh tampung banyak sangat tekanan. Nanti meletus. Beza dengan kita orang lelaki”
Dulu isteri saya lemah lembut je, sejak ada anak ni, kalau tak kena masa, kalah raja rimba. Macam nak makan orang. Pelik juga. Kemana perginya kelembutan dan kemanjaan beliau yang dulu?
Kita baru pegang handphone pun, tiba-tiba boleh kena serang. Mengejut je. Tiba-tiba meletus.
Saya cuba untuk faham situasi ini. Ya, kami para suami susah nak faham.
Rupanya, tak sama penat seorang suami dan penat seorang isteri.
Anak menangis nak susu, anak yang lain berkelahi menjerit-jerit, sorang lagi mendesak nak tengok kartun, rumah dah macam tongkang pecah. Tak masuk lagi bab masak, bisnes, kurang tidur, lapar, basuh baju, kemas, layan perangai customer barang tak sampai. Ini berlaku setiap hari, hampir setiap masa.
Tengok la gambar ni, nak tidur pun, nak dengan mama dia sahaja. Tak ada ruang mama dia bersendiri. Terpaksa saya sarung tudung isteri untuk kelirukan budak ni.
Asakan-asakan ni mendesak isteri secara fizikal, mental dan emosi.
Siapa lagi tempat isteri nak mengadu dan harapkan? Kita la, partner dia. Sebab tu kalau emosi mereka tidak ditenangkan, boleh meletop!
Jadi, nasihat ini untuk diri saya dan suami-suami sekalian. Isteri adalah amanah Allah pada kita.
1. Dengar cerita dia. Jika isteri mahu bercerita, dengar dengan cara pandang muka dia, atau peluk dia. Tunjuk yang kita prihatin dan sokong dia. Apabila kita abaikan dia nak luah kepenatan dia, dia makan hati. Tau-tau dah merajuk acik tu. Lagi teruk kalau kita sinis dan rendah-rendahkan pula perasaan dia. Jangan pelik kalau isteri pandai melawan.
2. Urus rumah adalah kerja kita juga. Tak ada istilah ‘tolong isteri buat kerja rumah’. Kalau ikutkan, itu memang kerja kita juga. Kita masak sebab nak makan, kita basuh baju dan pinggan sebab dah pakai. Itu rumah kita dan itu anak kita. Kita ada tanggungjawab. Ringankan tulang.
3. Kerja isteri tiada office hour. Dia bukan robot, jadi, bagi masa untuk dia berehat dan ‘me time’. Dia pun memang kurang rehat, sejak mengandungkan anak pertama.
Masa KerIsteri Mudah Stres. Bagilah Dia Rehat Sedia Sayang Isteri Jangan Bagi Dia Stres.
Pada saya, mengurus rumah tangga ni ada dua school of thought. Satu, isteri kena layan suami macam raja. Kedua, urus rumah bersama-sama. Dua-dua betul. Sesuaikan lah dengan cara kita.
Para isteri sekalian, maaf ya, jika tidak memahami kalian, bagi para suami peluang. Kita jaga kita. Benda boleh bincang. Mulakan dengan bercakap baik-baik dengan pasangan.
Maafkan, jika ada kesilapan dan kesalahan. Kita manusia biasa. Kenapa suami ada kekurangan? Sebab awak adalah pelengkap dia.
Kita bukan terbaik, tetapi izinkan kita berusaha jadi yang terbaik.
[Nak macam-macam info berkaitan keibubapaan, perkembangan dan kesihatan anak? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)]
Kredit: Zaim Zin via Cempedak Cheese
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!