Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dilaporkan telah mencalarkan 10 buah kereta Audi dengan menggunakan batu kecil yang dipegang olehnya ketika sedang berlari-lari. Kejadian tersebut berlaku di sebuah bilik pamera kereta di Guilin, China.
Kejadian tersebut menjadi lebih teruk apabila antara kereta yang dicalarkan adalah jenis Audi Q8 terbaru bagi tahun 2020.
Syarikat Tuntut Ganti Rugi
Peniaga kereta pada mulanya menuntut 200,000 yuan (RM118,331) untuk pampasan bagi kerosakan yang ditanggung, tetapi ibu bapa kanak-kanak tersebut tidak bersetuju untuk membayar ganti rugi itu.
Ads
Kereta itu terpaksa dijual di bawah harga pasaran dan pengedarnya boleh dikenakan tindakan sekiranya pembeli mendapat tahu keretanya telah dicat semula.
Ads
Bawa Kes Ke Mahkamah
Gagal mencapai persetujuan, kedua-dua pihak itu kemudian membawa kes itu ke mahkamah untuk dibicarakan.
Ads
Pada 3 Disember, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak meneruskan tindakan undang-undang dan pasangan itu terpaksa membayar ganti rugi kepada pengedar kereta itu sebanyak 70,000 yuan (RM41,415).
Merokok membahayakan kesihatan! Itulah yang selalu kita lihat dan dengar tidak kira secara maya mahupun dipersekitaran. Meskipun fizikalnya kecil, tetapi rokok mampu memberikan impak yang besar untuk perokok dan individu disekelilingnya.
Malah, bukan itu sahaja, walaupun seorang perokok itu tahu apa kesannya merokok, tetapi mereka masih lagi mengamalkan gaya tidak sihat dek kerana terjebak.
Tetapi demi anak, apapun bapa sanggup buat! Itulah semangat seorang bapa apabila nekad untuk berhenti merokok pada ulangtahun kelahiran anaknya yang pertama pada 15 September lalu.
Dalam perkongsian di laman Twitter milik Mohamad Hafiz bin Jalaludin, 30 tahun, disebabkan buntu untuk memilih hadiah sempena ulangtahun kelahiran untuk puterinya, Norhafizah binti Mohamad Hafiz, dia memilih untuk berhenti merokok sebagai hadiah bermakna buat anaknya meskipun telah terjebak selama 16 tahun dengan asap rokok itu!
Harini setahun yang lepas Norhafizah dilahirkan di dunia ini. Tak tau nak beli hadiah apa untuk harijadi sebab dia kecik lagi. Jadi aku decide untuk berhenti merokok sebagai hadiah. This is the last one pic.twitter.com/CJKB9vTI53
Abah pernah juga berhenti rokok sebab opah dan atuk hang, Hafizah,tapi tewas. Demi mommy hang jangan cakap la, beratus kali janji, tewas juga. Ni pertama kali sebab anak abah. Harap2 berjaya la ? pic.twitter.com/Lj98kLo0VT
Sebelum ini, pernah juga ibu, bapa dan isterinya meminta untuk dirinya berhenti dari merokok. Malah dia juga pernah terdetik untuk membuang tabiat itu tetapi tidak berjaya laksanakan. Namun demi anaknya, buat kali pertamanya dia nekad untuk membuang tabiat buruknya itu.
Malah, sepanjang dia bergelar perokok, dia tidak pernah merokok di hadapan anak dan isterinya. Hafiz turut diminta isterinya, Noradilah binti Mohd Isa, 30 tahun untuk basuh tangan dan mulut terlebih dahulu sebelum memegang anak mereka.
Merokok adalah tabiat yang paling sukar untuk seorang lelaki buang dari hidupnya kerana telah menjadi kebiasaan. Oleh itu, dalam proses menjauhkan diri dari tabiat itu, Hafiz akan sibukkan diri dengan kerja dan lebihkan masanya untuk bersama keluarga. Selain itu, dia juga akan makan gula-gula sebagai langkah menghilangkan ketagihannya terhadap rokok.
Selalunya orang mengaitkan berhenti merokok kerana ada masalah kesihatan. Namun bagi kes Hafiz, selama dia merokok, dia tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan. Malah, keputusan yang diambil untuk berhenti merokok ini bukanlah disebabkan oleh faktor tersebut mahupun faktor kewangan tetapi kerana dia sememangnya mahu berhenti dari tabiat merokok itu.
Nasihat untuk bapa di luar sana, sebagai ketua keluarga, tugas anda adalah menjaga ahli keluarga dari sebarang perkara yang berbahaya. Asap rokok sebenarnya lebih bahaya kepada orang di sekeliling berbanding perokok itu sendiri.
Setiap kali tibanya hari minggu ataupun musim cuti, ramai ibu bapa yang mengambil peluang ke pusat membeli belah untuk membawa anak-anak bermain di taman permainan tertutup(Indoor Playground). Mungkin lebih selesa kerana mempunyai penyaman udara dan tidak panas. Dalam masa yang sama memudahkan ibu bapa untuk membeli barang keperluan yang diperlukan.
Lain pula kisahnya bagi Puan Nazirah, beliau telah berkongsi pengalaman dimana kebersihan tidak diutamakan oleh pihak tertentu ditempat tersebut dan boleh membahayakan kesihatan anak-anak lain.
Kenapa Saya Sudah Tidak Memilih Tempat Ini Sebagai Lapangan Mainan Anak.
Hujung-hujung minggu macam ni, saya tengok ada mak ayah yang bawak anak-anak pergi main di mall-mall. Pesanan saya, tengoklah tempat tersebut. Takut-takut ada najis dan tak bersih.
Dulu kami suami isteri kerap bawak anak-anak pergi ke tempat-tempat mainan macam ni. Sebabnya? Anak-anak suka (budak-budak memanglah suka kan), Tempat macam ni ada dalam mall, jadi tak panas, senang kami nak tunggu, agak-agak lapar boleh terus makan di kedai-kedai berdekatan.
Tapi sejak tahun lepas kami dah tak bawak lagi. Sebabnya?
1) Kami tengok sendiri seorang kanak-kanak kencing dalam lautan bola ni. Lepas tu dia lap-lap saja telor dengan bola. Alamak, agaknya dia tak tahan kot. Suami saya bagitau ayah budak tu dia marah-marah saja anak dia. Tapi tak bagitau pekerja. Kami panggil pekerja, rupanya dia hanya mop saja kawasan yang kena kencing dan masih lagi bukak area tu. Sedangkan bola-bola banyak dah yang terkena. Walaupun kita dah cakap najis tapi tetap dibukak, jadi kami ambik keputusan keluar terus. Kami serik!
2) Ada anak yang selsema, “seh” hingus (seh ni bahasa KL hembuih kot) dan tenyeh saja hingus tu di dinding gelongsor. Which is tak bagus la. Boleh berjangkit kot.
Atas sebab tu kami dah jarang sangat bawak ke playground dalam mall. Nak main bawak ke taman. Bawak gerek. Main la puas-puas kot tepi tasik ka, mana-manalah.
Saya takmau sebut nama tempat tu, cuma hati-hatilah. Beringat sebelum kena. Kalau anak tak sihat tak payahlah bagi campur dengan orang lain. “Peduli apa anak orang, bukan anak aku, yang penting anak aku seronok” Kalau ada yang pikir macam ni, jangan marah kalau penyakit anak orang berjangkit kat anak kita satu hari nanti. Zaman sekarang Allah uji cash. Allahul musta’an. Selamat berhujung minggu.
Perginya mu diiringi air mata dan doa semua orang. Berehatlah sayang. Dah habis kesakitan yang kamu tanggung selama ini.
Pemergian bayi yang menghidap kanser otak tahap empat dan kanser buah pinggang, Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham di Unit Dependensi Tinggi (HDU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, petang semalam suatu berita yang cukup menyedihkan buat seluruh rakyat Malaysia.
Bayi berusia empat bulan itu menghembuskan nafas terakhir pada 4.30 petang di sisi kedua ibu bapa dan ahli keluarga.
Ibu bayi berkenaan, Khairiah Kamarudin, 35, berkata, dia dan suami, Mohd Farham Che Ahmad, 36, reda dengan pemergian anak syurganya itu selepas beberapa bulan menderita sakit.
“Mungkin ini yang terbaik untuk anak kami selepas bertarung nyawa sepanjang empat bulan.
“Saya dan suami pun dah bersedia terima sebarang kemungkinan yang berlaku sejak dia menjalani pembedahan baru-baru ini.
A post shared by kheriy_khairiah (@kheriykhairiah_nishkaofficial) on
“Doktor pun beritahu mereka sudah tidak boleh berbuat apa-apa kerana tumor semakin membesar,” katanya.
Terima Kasih Doakan Nishka
Khairiah juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan Nishka dan mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada saya serta suami selama ini.
“Walaupun sedih, namun saya dan suami reda dengan pemergian anak kerana dia terlalu kecil untuk menanggung derita,” katanya.
Menurutnya, jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Marak, dekat Bachok.
Sebelum ini Nishka disahkan menghidap kanser otak (Medullablastoma) tahap empat selepas 21 hari dilahirkan dan turut dikesan menghidap penyakit kanser buah pinggang bulan lalu.
Terapi berkuda dikatakan merupakan salah satu terapi terbaik dapat membantu menambah baik kesihatan fizikal, sensori, emosi, sosial dan komunikasi kanak-kanak istimewa.