PURI BROKOLI SEBAGAI MAKANAN PEJAL PERTAMA

Yusuf yang sebelum ini menyusu susu ibu memulakan makanan pejal pada usia lima bulan lebih dengan mengambil puri brokoli sebagai hidangan pertamanya.

 

10 RESIPI SAJIAN SUPERFOOD YUSUF

1. BROKOLI

Brokoli  adalah superfood sejati kerana kandungan vitamin C yang hebat dan juga mengandungi fitonutrien beta, asid fizik, kalium, dan antikanser beta. Cara penyediaan brokoli yang terbaik ialah dikukus kerana ia boleh mengelakkan kurangnya kandungan vitamin C di dalamnya.

2. AVOKADO

Avokado adalah buah yang sarat dengan nutrien yang diperlukan oleh si manja. Ia mengandungi protein tertinggi dalam kategori buah dan kaya dengan lemak mono tak tepu iaitu jenis lemak yang “baik” yang membantu mencegah penyakit jantung.

3. KELEDEK

Keledek adalah sumber baik kalium, vitamin C, dan serat dan sumber beta-karoten yang sangat baik. Ia kaya antioksidan yang membantu mencegah jenis kanser dan menghapuskan radikal bebas. Ia juga mempunyai rasa manis semula jadi.

4. KACANG EDAMAME

Kacang ini kaya dengan protein, zat besi, vitamin K, vitamin A dan folat.

5. KEJU

Keju adalah sumber protein yang baik. Ia terkandung nutrien penting untuk pertumbuhan  dan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Keju juga mengandungi riboflavin (vitamin B2)  yang sihat yang membantu menukar protein, lemak, dan karbohidrat menjadi tenaga.

6. TOMATO

Tomato tinggi kandungan lycopene, pigmen merah dalam tomato yang berfungsi sebagai antioksidan untuk membantu mencegah kanser dan penyakit jantung. Lycopene boleh diserap dengan lebih cekap oleh badan jika tomato dimasak dengan lemak seperti minyak zaitun.

7. BAYAM

Sayuran berwarna hijau ini mengandung vitamin A yang tinggi, vitamin B, vitamin C, asam folat, serta mineral kalsium, fosforus, mangan dan zat besi.

YUSUF MAKAN BUAH SEBAGAI SNEK

Hanis juga turut memberikan Yusuf buah-buahan seperti buah naga dan epal sebagai snek dan teether apabila gusi Yusuf mula gatal sebelum tumbuh gigi.

SUMBER: Instagram Yusuf Iskandar & Hanis Zalikha