Setiap kali anak cirit birit mak ayah mulakan cemas kerana kasihankan anak yang tidak lalu makan malah kekurangan banyak air.
Apa nak buat jika anak cirit birit? Apa jenis pemakanan sesuai untuk anak yang mengalami masalah cirit birit ini?
Ini yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan mengenai permasalahan anak cirit birit.
Anak cirit birit atau muntah. Elak susu kultur tinggi gula dan air seratus peratus. Gantikan dengan madu sebagai prebiotik untuk usus dan air kelapa untuk kekalkan hidrasi badan anak.
Boleh add on bone broth jugak kalau anak tak lalu nak makan sangat.
Ads
Ikhtiar penting waktu anak cirit birit dan muntah sebab
* Anak akan tak lalu nak makan.
* Anak akan reject untuk makan.
* Anak akan takut nak makan.
Ini normal waktu cirit birit dan muntah. Body anak tengah buang toksin. Usus nak rehat dari makanan. Kosongkan perut anak dari makanan kejap.
Ads
Penting, jangan masukkan makanan toksik yang boleh tambahkan lagi radang dalam usus anak. Elak makanan minuman tinggi gula, elak roti dan biskut.
Cuma kita, kena selalu perhatikan hidrasi tubuh anak. Tak nak makan tak apa, tapi bagi anak minum air.
Air kelapa tinggi elektrolit semulajadi, bantu hidrasi tubuh anak. Madu dalam tibb nabawi, baik untuk pulihkan usus. Bone broth pula support untuk lawan radang dalam tubuh anak.
Salah satu mitos yang paling hebat diperkatakan sehingga menjadi viral di media sosial adalah mengenai pengambilan ais ketika berpantang. Bagi masyarakat Melayu, amalan minum ais ketika berpantang sememangnya ditegah sama sekali. Ada pelbagai sebab mengapa ia dikatakan tidak baik untuk kesihatan si ibu. Adakah benar ais tidak elok untuk wanita selepas bersalin?
Ada di kalangan wanita selepas bersalin yang mengalami masalah badan menjadi sejuk. Badan rasa menggigil dan sejuk terlampau. Ini merupakan contoh biasa yang berlaku pada wanita yang baru lepas bersalin dan mengambil ais ketika berpantang. Alasan utamanya kerana ais membuatkan urat dalam badan menjadi kembang. Secara saintifiknya, ada beberapa fakta yang mengatakan ais tidak menjadi masalah utamanya.
Berikut fakta tentang ais yang perlu ibu ketahui:
Ais tidak akan sekali-kali membuatkan rahim menjadi kembang. Rahim kembang ketika wanita mengandung. Jika tidak mengandung, rahim berada di kedudukannya. Ia juga tidak sekali-kali membuatkan ‘becak’ pada kemaluan kerana kita minum air sejuk melalui mulut dan bukannya melalui saluran yang lain.
Abdomen juga tidak akan menjadi buncit kerana pengambilan ais. Sebaik air sejuk masuk ke salur pemakanan, ia akan mengikut suhu badan. Air akan diserap ke dalam darah sistem badan melalui usus. Buncit yang berlaku pada abdomen disebabkan lapisan lemak yang tersimpan. Untuk menghilangkannya, anda haruslah menjaga pemakanan dan senaman.
Ais juga tidak akan membuatkan ibu rasa letih atau penat. Sesetengah kepercayaan mengatakan ais menjadikan darah haid (selepas habis tempot pantang) akan berketul-ketul jika diamalkan semasa berpantang dahulu. Haid merupakan dinding rahim yang luruh. Maka, adanya tisu dan darah yang keluar melalui faraj. Di dalam darah pula ada sejenis bahan untuk membekukan darah. Atas sebab itulah darah menjadi berketul.
Minum ais juga tidak akan membuatkan kita senggugut. Senggugut adalah perkara biasa yang terjadi ketika haid. Kalau terlalu teruk atau berpanjangan, sebaiknya jumpalah doktor. Ia juga tidak akan membuatkan faraj wanita menjadi longgar. Sekiranya mahu menjaga dan mengekalkan ‘keketatan’ faraj, amalkan senaman kegel secara konsisten.
Ais sama sekali tidak akan buatkan kita cepat tua. Cepat tua jika kita makan tidak ingat dunia, berat badan lebih atau obesiti, malas bersenam, emosi tidak tenteram, menghisap rokok dan sebagainya. Bila sudah terkena penyakit kronik dan masih lagi tidak mahu berubah, kualiti hidup tidak akan sama. Ais tidak akan membuatkan badan menjadi sakit apabila bila sudah tua, hanya disebabkan tidak pantang ais ketika bersalin.
Kesimpulannya, anda boleh berpantang dengan cara yang anda selesa. Ikut kemampuan sendiri. Elakkan makanan atau minuman yang anda rasakan tidak sesuai dengan anda. Ikutlah nasihat dari orang-orang yang berpengalaman tetapi rujuk juga kepada doktor jika ada sebarang permasalahan lain. Seharusnya waktu berpantang adalah ruang untuk anda memulihkan diri serta berehat selepas bersalin, bukannya untuk menyeksa anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu bapa pastinya teruja untuk menerima kehadiran orang baru dalam rumah tangga. Bila disahkan hamil pasti tak sabar ingin melakukan ujian imbasan untuk mengetahui jantina bayi dan memastikan bayi dalam keadaan sihat dan baik.
Sama seperti Puan Fate’ah, namun ketika dia melakukan ujian imbasan kehamilan doktor memaklumkan ada sesuatu yang tidak kena dengan bayinya kerana ukuran kepala bayi sedikit besar. Dia kemudianya di rujuk kepada pakar untuk mengetahui masalah sebenarnya. Ikuti perkongsian ini.
Saya nak berkongsi pengalaman bagaimana saya dan suami menjaga seorang anak yang dilahirkan cleft lip (sumbing) .
Assalamualaikum maaf jika kisah ni akan menyentuh emosi para ibu dan ada tak pengalaman jaga anak yang cleft.
Semua ibu bapa pasti excited nak tahu jantina baby kan?? Begitu juga dengan kami ketika kandungan 6 bulan, kami pun pergi klinik swasta nak tahu jantina .. doktor pun bagitahu tahniah dapat baby boy tapiii doktor ukur kepala baby besar sikit jadi doktor akan buat surat pergi jumpa pakar.
Doktor Sahkan Anak Sumbing
Bila dah jumpa doktor pakar, perasaan ni tak tahu nak bagitahu macammana takut semua ada ..doktor tanya “family ada yang cacat tak ?? Anak puan sumbing, puan jangan risau boleh repair ni”.
Masa tu hanya Allah je yang tahu perasaanku, nak menangis masa tu tak boleh nak fikir apa-apa mugkin ini adalah uji aku, aku cuba tenangkan hati, dalam hati macam-macam, macam mana nak bagitahu family.
Terlampau Sedih
Sampai je rumah saya diam tak cakap sepatah pun sebab terlampau sedih, suami cerita semua dekat family. Mak pun cakap, “tak apalah nak buat macam mana, Allah nak bagi anak syurga kita terimakan. doktor cakap boleh repair”.
18 November 2016
Jam 6 pagi lagi nurse dah kejutkan suruh makan, jap lagi nak masuk labour room kena ada tenaga kejap lagi nak push baby 😅. Saya pun makan roti kering dengan air Milo. Dah siap makan semua nurse pun tolak masuk labour room .. agak lama jugak la dalam labour room tu ..
Tepat Jam 1.05pm Lahirlah Putera Kami
Muhammad Aufa Amsyar lahir secara normal. Masa keluar je Amsyar terus saya tengok betul ke baby saya sumbing. Ternyata betul apa yang doktor pakar beritahu cuma doktor tak tahu cleft lip atau cleft palate.. nurse pun bagitahu anak puan sumbing sikit puan jangan risau je nanti kita repair, saya pun jawap saya dah tahu masa kandungan 6 bulan.
Di Refer Ke Klinik Plastic
Selepas je lahir Amsyar, doctor akan refer ke plastic clinic dan saya tak penah missed follow-up.. cukup berat 6kg doktor akan bagi date untuk operation .. saya menunggu agak lama sebab Amsyar ada jantung berlubang tapi tak serius lepas je jumpa doctor pakar jantung diorang cakap amsyar boleh buat oparation. Doktor plastic surgery terus bagi date
Mula sekali saya akan jaga kesihatan Amsyar, if dia ada demam selsema or batuk pihak hospital akan tunda ke date lain. Amsyar buat operation ketika usia 10 bulan agak lewat sikit sebab ada masalah jantung perlu refer pada pakar jantung ..pada hari Amsyar nak menjalani pembedahan saya yang teman masuk ke dalam bilik pembedahan. Saya teman dia kejap ja lepastu nurse mintak tunggu di luar ..
3 jam lebih baru selesai pembedahan, nurse panggil masuk tengok keadaan masa tu sebak tak tahu nak cakap…. Dia menangis menahan rasa sakit tu. Seminggu juga berkampung di hospital ..
Penyusuan Berbeza
Oh ya, bagi yang belum tahu untuk kanak-kanak seperti mereka cara penyusuan agak bebeza mereka ada botol susu khas untuk membantu memudahkan bayi minum susu.
Kos Pembedahan
Kos hospital pula sangat murah, untuk kos pembedahan tak sampai RM100 amount yang perlu kami bayar.
Jangan Beza-Bezakan Anak
Saya rasa bertuah semasa kandungan 6 bulan dah tahu anak yang bakal lahir cleft. Jangan sedih atau beza-bezakan dengan ank-anak yang lain.
Anak-anak cleft adalah anank-anak yang bertuah, anak yang manja, anak yang pembawa semangat… semoga ibu-ibu disana kuat dan tabah menghadapi dugaan.
Ini adalah gambar terkini Amsyar. Membesar dengan sihat dan comel. Semoga kisah ini menjadi penguat buat ibu bapa lain yang diuji.
Follower Pa&Ma yang nak dapatkan barangan dengan harga murah boleh klik SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini. Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini
FREE je tau Webinar ni!!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak dah tidur kita selalu dengar ada dengkuran dan nafas berbunyi. Kadang-kala kita rasa bunyi biasa. Tapi bila sudah terlalu kerap, kita kena bawa anak jumpa doktor pakar. Ada sebabnya.
Menurut Dr Ezairy M.Sallih, doktor telinga, hidung dan tekak, nafas bayi yang berbunyi biasanya disebabkan oleh masalah ‘Laryngomalacia’. Malah ada beberapa perkara mama papa kena ambil tahu!
Nafas bayi berbunyi : Bahaya atau tidak?
“Anak saya ini semenjak lahir, kerap sangat berbunyi nafasnya. Bila menangis, masa tidur.. lagi kuat bunyinya. Kenapa, doktor?”
Ini info ringkas yang semua ibu bapa MESTI tahu.
1. ‘Laryngomalacia’ adalah masalah kongenital tisu larinks (kotak suara) di saluran pernafasan bahagian atas peti suara. Ini adalah masalah paling biasa ditemui di kalangan bayi yang mengalami masalah nafas berbunyi.
3. Dalam kebanyakan kes, laryngomalacia pada bayi bukanlah keadaan yang terlalu serius. Maknanya, anak kita masih boleh bernafas, mereka juga dapat makan, minum dan mengalami tumbesaran seperti biasa. Bagi kebanyakan bayi yang mengalami masalah ini, ia akan sembuh tanpa apa-apa spesifik pembedahan pada masa mereka berusia antara 18 hingga 20 bulan.
4. Walau bagaimanapun, ada peratusan kecil bayi yang mengalami laryngomalacia akan mempunyai masalah pernafasan, makan dan berat badan. Gejala-gejala ini memerlukan perhatian segera!
Sebab berlakunya masalah ini?
2. Masalah ini biasanya berlaku semenjak lahir atau dalam bulan pertama usia. Reflux gastroesophageal (reflux GE) mungkin menyumbang kepada gejala masalah ini. Pernafasan berbunyi akan menjadi lebih teruk apabila bayi baring menelentang atau ketika menangis.
ℹ️ Apakah simptom dan gejala yang boleh dilihat pada anak-anak!
Sekiranya anak anda dilahirkan dengan laryngomalacia, gejala mungkin berlaku selepas lahir, dan boleh menjadi lebih jelas dalam beberapa minggu pertama kehidupan.
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami laryngomalacia akan sembuh antara umur 18 hingga 20 bulan. Gejala termasuk:
1. Nafas yang berbunyi. Selalunya lebih teruk apabila bayi itu menangis atau tidur di belakangnya (menelentang)
2. Kesukaran ketika makan atau menyusu
3. Mengalami masalah berat badan
4. Kemungkinan tercekik semasa memberi makan
5. Apnea (penghentian pernafasan)
6. Menarik leher dan dada pada setiap kali nafas
7. Cyanosis (menjadikan biru)
8. Reflux gastroesophageal (meludah, muntah dan regurgitasi)
9. Jangkitan paru-paru (akibat penyedutan makanan ke dalam paru-paru)
Sembuh Tanpa Rawatan
1. Dalam 90 peratus kes, laryngomalacia akan sembuh tanpa rawatan pada masa kanak-kanak berusia 18 hingga 20 bulan.
2. Walau bagaimanapun, untuk sesetengah masalah yang teruk, anak anda mungkin memerlukan rawatan termasuk ubat atau pembedahan.
❗️Perhatian!!!
Pergi ke hospital dengan segera jika bayi anda alami tanda-tanda seperti ini:
1. Berhenti pernafasan selama lebih daripada 10 saat
2. Kelihatan biru di sekeliling bibir
3. Anak kelihatan menarik-narik leher atau dada ketika bernafas walaupun selepas diubah posisi atau dibantu untuk melegakannya.
Masalah ini mungkin biasa-biasa, namun jika kita sebagai ibu bapa sekadar sambil lewa, tidak tahu langkah apa perlu dibuat. Takut-takut menjadi punca kekesalan kita di kemudian hari.
Jumpa doktor jika anda rasa anak anda mempunyai sebarang masalah.
Semoga perkongsian kali ini berguna untuk kita semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.