
Anak cirit birit? Cemasnya apa nak buat? Sebagai ibu bapa, penting untuk peka terhadap apa yang anak makan supaya mudah mengenal pasti punca gangguan pada sistem penghadaman mereka.
Cirit-birit bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan, malah boleh mengakibatkan keletihan melampau dan dehidrasi. Keadaan ini menjadi lebih membimbangkan apabila berlaku kepada kanak-kanak kecil kerana ia boleh menjejaskan tahap kesihatan mereka dengan cepat.
Selain mendapatkan rawatan daripada doktor, ibu bapa juga boleh membantu pemulihan anak melalui pemakanan yang sesuai. Salah satu kaedah yang sering disarankan ialah BRAT diet.
BRAT diet merupakan singkatan kepada:
BRAT diet disyorkan untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa yang mengalami cirit-birit atau muntah-muntah kerana ia terdiri daripada makanan yang lembut dan mudah dihadam.
Makanan dalam diet ini rendah serat, lembut dan berkanji, sekaligus membantu memekatkan najis.
Cirit-birit dan muntah menyebabkan tubuh kehilangan nutrien penting. Pisang, contohnya, kaya dengan potassium yang membantu keseimbangan elektrolit dalam badan.
Pisang membantu usus menyerap air, manakala epal mengandungi pektin yang membantu memekatkan kandungan dalam usus.
Makanan berkanji seperti nasi dan roti tidak merengsakan perut, sesuai diambil ketika sistem penghadaman masih sensitif. Ini menjadikan BRAT diet
pilihan yang selamat untuk fasa awal pemulihan.Selain 4 makanan utama BRAT, ibu bapa juga boleh menambah:
Namun, elakkan makanan berikut kerana boleh memburukkan keadaan:
Jika cirit-birit atau muntah berlaku dengan teruk:
Minuman elektrolit sangat penting untuk mengelakkan dehidrasi dan membantu badan kekal terhidrat. Dalam situasi ini, BRAT diet kanak-kanak boleh diperkenalkan secara berperingkat selepas keadaan stabil.
Apabila keadaan anak kembali normal:
Perlu diingat, BRAT diet kanak-kanak hanya sesuai untuk jangka pendek dan tidak memenuhi keperluan nutrisi lengkap anak.
Sentiasa rujuk doktor untuk mendapatkan nasihat yang tepat, terutamanya jika simptom berlarutan atau menjadi semakin teruk. Penggunaan BRAT diet kanak-kanak perlu dipantau dan tidak digunakan terlalu lama tanpa bimbingan pakar kesihatan.
Sumber: U.S. National Library of Medicine, Diarrhea