“Asal berlari mesti jatuh. Dalam rumah pun sama, mesti terlanggar itu ini”. Selalu kita mendengar rungutan ibu yang sebegini. Anak clumsy sebenarnya perlu ditingkatkan kesedaran tubuh badan mereka.

Menurut perkongsian OT, Ayesha Sairi, bantulah tingkatkan kesedaran tubuh badan anak kita. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh mak ayah lakukan di rumah.

Anak ‘Clumsy’ Langgar Sana Sini, Asyik Jatuh, Bantu Anak Tingkatkan Kesedaran Tubuh Badannya Dengan Aktiviti Ni!


Anak nampak clumsy? Ada tak di kalangan ibubapa yang mempunyai anak ‘clumsy’? Langgar sana sini? selalu terjatuh? Nak naik tangga kena tengok anak tangga setiap satu?

Mungkin anak tersebut mempunyai kurang mempunyai kesedaran tubuh badan. Orang putih panggil ‘body awareness’.

Jom kita kenali apa itu kesedaran badan. Kesedaran badan adalah kemampuan untuk memahami di mana badan kita berada di sesuatu ruang dan bagaimana tubuh kita bergerak.

Aktiviti kesedaran badan membantu kita untuk memahami cara berhubungan dengan objek dan orang lain.

Anak ‘Clumsy’ Langgar Sana Sini, Asyik Jatuh, Bantu Anak Tingkatkan Kesedaran Tubuh Badannya Dengan Aktiviti Ni!

Sebagai contoh, melalui kesedaran badan yang baik, ia akan memberitahu kita sejauh mana jarak untuk mencapai objek atau seberapa dekat untuk berdiri di sebelah seseorang.

IKLAN

Kadang-kadang, jika orang mengalami kesukaran dengan kesedaran tubuh mereka mungkin kelihatan kekok, tidak terkoordinasi atau mengalami kelewatan dalam pengembangan kemahiran motor.

Dalam erti kata lain, bila anak kita mempunyai masalah kesedaran tubuh badan ini, ada masanya dia tidak sedar apa yang berlaku pada tubuh badannya, apa yang berlaku pada sekelilingnya.

Untuk anak ini, dia banyak bergantung kepada penglihatan untuk mengenal pasti sesuatu situasi.

Contoh mudah, sambil saya menaip di komputer, saya tahu ada botol air di sebelah kiri. Tanpa perlu mengalihkan tumpuan dari komputer, saya boleh mengagak berapa banyak tangan saya perlu bergerak bagi mencapai botol tersebut.

Apa aktiviti yang boleh dilakukan untuk bantu anak tingkatkan kesedaran tubuh badan?

IKLAN

✅Banyakkan aktiviti yang memberi input sensori proprioceptive atau input daya sendi dan otot.
⭐️Sebagai contoh wheelbarrow walk, melompat, menolak/menarik benda berat, bawa objek berat, menghentak kaki.

✅Bermain aktiviti al-ala permainan ‘Simon Says’ bersama anak. Contohnya beri arahan dari mudah ke susah
⭐️angkat tangan kanan
⭐️angkat tangan kanan letak atas perut
⭐️angkat tangan kanan letak atas lutut kiri
Nampak tak pertambahan input dalam arahan tersebut? Perlahan-lahan tingkatkan kesukaran apabila anak dah kuasai setiap peringkat.

Anak ‘Clumsy’ Langgar Sana Sini, Asyik Jatuh, Bantu Anak Tingkatkan Kesedaran Tubuh Badannya Dengan Aktiviti Ni!

✅Lakukan aktiviti Tiru Gaya Saya. Secara berpasangan dengan anak, ibu boleh lakukan sesuatu postur badan dan minta anak tiru ibu. Boleh upgrade dengan menggunakan kad bergambar selepas itu.

Boleh cuba tiga aktiviti ini untuk bantu anak.

Semoga bermanfaat.

IKLAN

Menarik: Lemon Frozen Celup Gula, Hiris Nipis Siap-Siap, Lemon Lagi Tahan Lama

Anak ‘Clumsy’ Langgar Sana Sini, Asyik Jatuh, Bantu Anak Tingkatkan Kesedaran Tubuh Badannya Dengan Aktiviti Ni!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI