Cuti sekolah yang sudah bermula sejak Sabtu lalu memberi peluang kepada ibu bapa untuk mencipta momen bersama anak-anak. Selain merangka percutian bersama anak, ada baiknya kita pastikan anak-anak dalam keadaan baik dan sihat.
Tambah pula musim hujan yang melanda negara kini. Jadi perlu berhati-hati. Dr Kamarul Ariffin Noor Sadan berkongsi langkah yang perlu diambil mak ayah sepanjang cuti ini.
Cuti sekolah dah bermula! Ibubapa mohon beri perhatian perkara-perkara ini. Sebagai ibubapa, sangat penting untuk kita pastikan anak-anak sentiasa dalam keadaan sihat dan selamat sepanjang cuti sekolah ini. Berikut adalah beberapa langkah yang perlu diambil oleh ibubapa untuk tujuan itu:
◾️Galakkan anak anda untuk makan makanan yang seimbang, serta elakkan makanan berlemak dan manis yang berlebihan. Selain itu, pastikan mereka minum secukupnya. Ini akan membantu mereka mengekalkan tahap tenaga yang diperlukan.
◾️Pastikan anak anda mendapat tidur yang mencukupi pada setiap malam, iaitu sekitar 7-8 jam sehari. Tidur yang cukup penting untuk kesihatan fizikal dan mental mereka, dan akan membantu mereka kekal terjaga dan fokus sepanjang hari.
◾️Galakkan anak anda untuk kekal aktif sepanjang cuti sekolah dengan mengambil bahagian dalam aktiviti luar dan sukan. Ini akan membantu mereka untuk kekal sihat dan cergas, serta mencegah mereka daripada menjadi malas dan tidak aktif.
◾️Ingatkan anak-anak anda tentang pentingnya untuk sentiasa selamat. Ini termasuk mengelakkan dari terlibat aktiviti jenayah, elak bercakap dengan orang yang tidak dikenali, memberitahu ahli keluarga ke mana mereka pergi, dan sebagainya.
Ads
◾️Pantau masa skrin anak anda dan pastikan mereka tidak menghabiskan banyak masa di dalam peranti mereka. Terlalu banyak masa skrin boleh menyebabkan kekurangan aktiviti fizikal, gangguan tidur, dan interaksi sosial yang berkurangan.
◾️Kemaskini pengambilan vaksinasi mereka: Jika anak anda perlukan sebarang vaksinasi semasa cuti sekolah, pastikan untuk menjadualkan temujanji dengan klinik terdekat. Ini akan membantu melindungi mereka dari penyakit yang boleh dicegah.
◾️Galakkan anak anda untuk mengamalkan amalan kebersihan yang baik, seperti mencuci tangan kerap dan mengelakkan menyentuh muka mereka, untuk mencegah penularan penyakit. Pada musim sekolah, kes penyakit berjangkit akan meningkat.
Ads
Secara keseluruhan, kuncinya adalah untuk membantu anak-anak anda mengekalkan gaya hidup sihat semasa cuti sekolah.
Ini akan memastikan mereka sentiasa sihat dan ceria, serta bersedia untuk kembali ke sekolah apabila semester baru bermula kelak.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Perjuangan yang dilakukan wanita bernama Dayah Bakar ini bukan sedikit. Semuanya demi menyatukan dua cinta hatinya di bumi asing. Bukan mudah Pasangan Jarak Jauh (PJJ), kerana ketika Dayah baru tahu dirinya hamil dan suami sudah berangkat ke luar negara.
“Memang perjalanan yang panjang. Sangat suka cuma saya fikir satu je, dugaan yang Allah bagi mesti ada hikmah dah dia beri pada hambanya yang mampu. Ketika itu, saya fikir ini adalah ujian untuk saya.”
“Setiap dugaan mesti ada kemanisan kalau kita sabar. Satu kesabaran yang luar biasa. Menanti hari-hari untuk bertemu, masa hamil saya menanti untuk bersama suami saya tapi inilah pengorbanan dan perjuangan.”
Bercerita tentang moment indah membesarkan cahaya mata sulungnya, Achbar Muhammad Fahri pastinya banyak!
“Moment indah, semua indah dari dia lahir, meniarap, merangkak sampailah berjalan. Tapi paling indah moment berjalan. Dia boleh berjalan pada malam birthday pertama dia.”
“Moment paling kelakar, saya suruh suami jagakan Fahri sebab saya nak solat. Tapi saya dengar dia menangis macam dekat sangat-sangat. Kenapa bukan kat bawah. Masa tu Fahri masih baby! Dalam 7-8 bulan macam tu dan dia selamat sampai atas. Rumah saya dua tingkat.”
“Saya turun bawah, macam biasa bila baba jaga anak, baba yang terlelap tengok kartun!”
“Itulah moment yang paling comel dan menakutkan!”
Corat-coret Dayah Bakar sepanjang membesarkan anak jauh diperantauan memberi seribu pengalaman paling berharga buat dirinya. Ikuti perkongsian ibu cantik manis ini sebagai penerima Anugerah BEST MAMA MILLENIAL 2022 di video bawah.
Jom join Workshop Pa&Ma untuk mama papa yang baru bersalin, mama papa yang ada anak kecil, daftar di SINI
Ketibaan Ramadan dinanti setiap umat Islam apatah lagi bulan penuh keberkatan ini memberi kita peluang meningkatkan amal ibadat dan merebut pahala berlipat ganda.
Dalam keterujaan menyambut bulan mulia ini, ramai yang gagal menguruskan kewangan dengan berbelanja mengikut nafsu sama ada ketika membeli juadah berbuka mahu pun persediaan menyambut Aidilfitri.
Perbelanjaan Besar Tinggal Di Ibu Kota
Bagi guru tadika, Khairunnisa Khirrudin, 33, sememangnya realiti kehidupan kini agak mencabar tambahan pula baginya yang tinggal di Lembah Klang, pentingnya berjimat dalam perbelanjaan harian terutama ketika menyambut Ramadan dan Syawal.
Tambahan pula, katanya, keluarga besar terdiri daripada lima anak berusia antara tiga hingga tujuh tahun pasti menuntut dia dan suami, Omar Syaqif Mohamad Sauffi, 32, menguruskan perbelanjaan dengan betul.
Simpan Duit 5 Bulan Awal Khas Untuk Raya
“Apa yang kami buat adalah menyimpan duit lima bulan awal khas untuk raya sebanyak RM200 sebulan. Jadi, apabila tiba Ramadan kami tidaklah kelam-kabut kalau duit tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian.
“Tambahan pula anak kami ramai, jika tidak buat begini (menyimpan lebih awal) tentu susah hendak menguruskan kewangan,” katanya.
Beli Barang Keperluan Raya Pada Awal Ramadan
Katanya, dia dan suami biasanya mula membeli barangan keperluan seperti baju raya pada minggu kedua Ramadan, diikuti persiapan kuih raya, kasut dan aksesori pada minggu ketiga dan minggu terakhir fokus untuk persiapan rumah dan lauk raya.
“Baru tiga hari lepas bersalin, dah pergi majlis kahwin? Bukan ke sepatutnya berpantang?”
Inilah persoalan yang sedang hangat dibincangkan netizen selepas tular video isteri selebriti Indonesia, Thariq Halilintar, iaitu Aaliyah Massaid, hadir ke majlis pernikahan sahabatnya iaitu Al Ghazali meraih perhatian ramai. Mana tidaknya, Aaliyah, 23, baharu sahaja selamat melahirkan cahaya mata sulung tiga hari yang lepas iaitu pada Jumaat lalu.
✨ Penampilan Aaliyah Curi Tumpuan
Menerusi perkongsian di media sosial, kelihatan Aaliyah tampil anggun dengan busana kebaya berona ungu , lengkap bersolek, berjalan bergandingan dengan suami tercinta. Penampilannya yang tampak cergas seolah-olah tidak menunjukkan tanda-tanda keletihan selepas bersalin menimbulkan pelbagai reaksi.
Ada yang memuji keberanian dan kecantikan Aaliyah,23 namun tidak kurang juga yang mengecam tindakannya yang dianggap tidak menjaga pantang dengan betul.
“Zaman sekarang, ibu muda terlalu ghairah nak nampak sempurna. Badan belum pulih, luka masih baru… tapi dah mula sibuk ke sana sini. Kesian rahim…” – komen seorang pengguna media sosial.
Mereka juga dilihat tidak membawa anak sulungnya iaitu Ahmad Arash Omara Thariq ke acara tersebut.
Pasangan itu dipercayai meminta ibunya iaitu Reza Artamevia untuk menjaga anak mereka.
Mereka juga dilihat tidak membawa anak sulungnya iaitu Ahmad Arash Omara Thariq ke acara tersebut. Pasangan itu dipercayai meminta ibunya iaitu Reza Artamevia untuk menjaga anak mereka.
Untuk rekod, Thariq bernikah dengan Aaliyah pada 26 Julai tahun lalu. Mereka dikurniakan anak sulung pada 13 Jun lalu melalui pembedahan.
INFO TAMBAHAN : Berpantang Itu Bukan Cuma Tradisi – Ia Keperluan!
Dalam budaya Melayu dan juga banyak budaya Asia lain, pantang selepas bersalin bukan sekadar adat – ia adalah rawatan pemulihan menyeluruh. Dari segi perubatan pun, tubuh ibu memerlukan sekurang-kurangnya 6 minggu untuk kembali pulih – baik dari segi fizikal mahupun emosi.
Antara keperluan utama tempoh berpantang:
Pemulihan luka bersalin (normal atau pembedahan)
Pengecutan rahim secara semula jadi
Kestabilan hormon selepas perubahan besar ketika hamil dan bersalin
Pencegahan bentan, angin dalam badan & masalah saraf
“Ibu yang tidak berpantang dengan betul berisiko alami gangguan kesihatan seperti rahim jatuh, angin pasang, dan kemurungan selepas bersalin,” jelas seorang bidan berpengalaman yang dihubungi Pa&Ma.
📣 Pa&Ma Sokong Ibu Berpantang Dengan Selamat
Kami di Majalah Pa&Ma menyeru semua ibu muda untuk ambil berat tentang kepentingan berpantang. Bukan untuk mengekang gaya hidup moden, tetapi untuk memastikan tubuh ibu benar-benar sembuh, dan anak mendapat penjagaan terbaik.
Kepada Aaliyah, kami doakan agar beliau terus diberikan kekuatan sebagai ibu baru. Namun buat semua ibu di luar sana – jangan abaikan pantang hanya kerana ingin kelihatan ‘cepat pulih’. Tubuh anda perlukan rehat, dan anda berhak untuk utamakan diri sendiri dahulu ❤️
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.