Anak Dah Bosan Makan Bubur, Boleh Cuba Nugget Ala Bergedil Ini. Tak Susah Pun, Yang Penting Homemade

Share

Bila anak kurang makan, mama ingatkan anak dah bosan makan sesuatu makanan. Jangan give up mama! Boleh cuba resepi nugget ala bergedil rekaan ibu ini.

Kadang kala susah hari dibuatnya bila anak enggan menjamah makanan yang dihidang. Macam-macam bermain di fikiran ibu, sama ada dia dah bosan dengan sajian yang disediakan atau tidak sukakan bahan dalam makanan tersebut.

Terbukti hanya dengan melakukan sedikit perubahan, si kecil kembali menggemari sajian air tangan ibunya.

Puan Fazrin Kamaruzaman berkongsi resipi Nugget Ala Bergedil yang menggunakan bahan yang berkhasiat  buat bayinya yang berusia 11 bulan. Tiada satu bahan berproses digunakan. Ia juga bebas garam dan gula. Langkah penyediaan pun mudah.

BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENYEDIAAN NUGGET ALA BERGEDIL

  • Kentang
  • Nasi
  • Ayam ( dicincang dan boleh juga dikukus dahulu)
  • Lobak merah
  • Bayam
  • Daun sup
  • Serbuk lada
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Telur

CARA PENYEDIAAN

1.Kentang direbus sampai empuk.
2. Lenyekkan bersama kentang dengan nasi.
3. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
4. Bentukkan ikut bentuk yang disukai.
5. Celup dengan telur dan goreng dengan minyak yang sedikit sahaja.


Ps: Kalau ada tepung goreng atau serbuk roti (bread crumb) pun boleh digunakan untuk menyaluti bergedil sebelum digoreng.

Puan Fazrin juga berkongsi tip mengenai bahan dan cara pembuatan nugget ala bergedil ini.

Sumber: Puan Fazrin Kamaruzaman

IKLAN