Anak Dah Bosan Makan Nasi, Cuba Roti Sosej Ala Oriental Ni Pulak, Memang Layan!

Share

Anak dah bosan makan nasi, ada baiknya mama cuba berkreatif dengan menu roti pula supaya anak lebih kenyang. Roti sosej dengan sos istimewa ini antara yang boleh dicuba.

Resipi sosnya cukup ringkas dan sedap malah kaya dengan sayur-sayuran yang baik untuk anak kita. Nak rasa? Jom cuba resipi roti sosej dengan sos istimewa yang dikongsikan oleh Pn Zurina Zulkiflie ni. Memang awesome!


Roti Sosej Sos ala Oriental untuk minum petang. Dah lama rasa nya saya tak makan sosej. Alang-alang nak makan biarlah makan dengan roti dan sos istimewa saya buat sendiri.

Kali ni sos saya sedikit lain sebab saya lebih suka ada rasa lobak merah dan daun bawang, rasa lebih rangup. Makan roti sosej ni teringat-ingat makan dalam wayang. Huhu.

Bahan-bahan:
Sosej

Bahan untuk sos:
✓ 1 biji lobak merah dipotong dadu *nak lagi sedap, boleh tambah cendawan butang.
✓ 1 biji bawang kuning dipotong dadu
✓ 3 ulas bawang putih dicincang
✓ 1 sudu kecil biji lada hitam ditumbuk hancur
✓ 1 batang daun bawang dihiris halus
✓ 2 sudu besar planta
✓ 1 sudu besar tepung gandum
✓ Air – tuang sedikit demi sedikit
✓ Setengah kiub pati ayam
✓ 2 sudu besar sos tiram
✓ 1 sudu besar kicap pekat
✓ Garam mengikut citarasa

Sediakan sosej. Saya lebih suka masak sosej di atas kuali sehingga hangus-hangus sikit supaya ada rasa grill gitu.

Panaskan planta sehingga cair. Api kecil ya sebab kita tak nak planta cepat hangus.

Masukkan bawang putih, bawang kuning, tumis hingga harum. Kemudian masukkan lobak merah, masak sebati.

Taburkan tepung gandum dan gaul sebati.

Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi kuah.

Masukkan kicap, sos tiram, kiub pati ayam dan akhir sekali taburkan lada hitam. Jangan lupa perasakan dengan garam, sekiranya perlu.

Padam api dapur dan taburkan hirisan daun bawang. Gaul rata.

Siap sos istimewa saya.

Untuk roti, kita hiris dari tepi ya. Kemudian boleh letakkan sosej.

Kukus untuk dapatkan tekstur roti yang lembut. Kalau anda gunakan periuk kukus biasa, pastikan roti dialas kain ya, bagi mengelakkan peluh wap jatuh ke atas roti.

Letakkan sos ke atas sosej.

Siap, sedia dihidang.

Artikel berkaitan: Inti Kaya Penuh, Sapuan Mentega Tebal, Roti Bakal PKP Ala-Ala Old Town 3 Bahan Ni Memang Power!

Roti Terbiar Sampai Nak Expired, Gunting Kecil Jadikan Bingka Roti Simple Ni, Semudah ABC

Roti Gulung Sosej Berjejari, Simple Je Buat Tapi Rasa Terbaik

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN