Anak Dah Tak Peduli Dengan Sekeliling, Jadi Tak Tentu Arah, Bahayanya Anak Jadi Hyperfocus!

Share

Bila anak terlampau taksub dengan gajet sememangnya terlalu banyak bahayanya. Disebabkan itulah pakar melarang pemberian gajet pada anak melebihi dua jam setiap hari. Terlalu banyak kesan negatifnya pada anak kecil kita.

Salah satunya adalah hyperfokus, lebih-lebih lagi ketika anak bermain game! Ikuti perkongsian OT, Pn Siti Aisyah Rozalli. Elakkan sebelum menyesal!


Tahu tak? Anak kita yang nampak FOKUS masa main game kat smartphone tu, sebenarnya bukan fokus biasa-biasa tau.

Tapi, HYPERFOCUS. Dia terlalu fokus pada dunia dalam gadget dia, sampai dia tak aware pun dengan apa yang berlaku di sekeliling.

Kadang, dia tak aware pun dia tengah duduk dalam posisi paling tak selesa dalam dunia.

Nak tahu apa kesannya bila anak kita terlalu kerap HYPERFOCUS dengan gadget ni?

Anak kita akan sentiasa perlukan rangsangan bila gadget tiada. Jadi, anak akan macam “tak tentu arah” dan “takde idea” nak buat apa kalau tak bagi gadget.

Anak akan susah nak fokus kepada aktiviti yang “low stimulation” macam menulis, membaca. Sebab takde benda bergerak-gerak macam dalam game kat gadget dia. Maka, anak kita akan kelihatan sangat struggle nak sustain perhatian semasa aktiviti membaca menulis ni.

Anak kita kehilangan kreativiti. “Eh, main Roblox kreatif apa!!!”

Ya. Tapi, tanpa Roblox, anak kita kadang tak tahu nak buat apa. Dia jadi tak tahu nak explore “REAL THINGS” yang ada di sekitar dia.

Semua ni, akan akibatkan kita mula nampak anak kita kurang fokus.
– kurang fokus masa belajar
– kurang fokus masa berborak
– kurang fokus masa main “LUAR GADGET”

Jadi, kena KAWAL.

KAWAL penggunaan gadget nak kita, sebelum kita menyesal di kemudian hari.

Menarik: Nak Beri Arahan Elak Guna Ayat Ugutan, Guna Ayat Mesra, Baru Anak Dengar Kata

Beli Karangkraf Omar & Hana Learning Set Di Sini

[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/islamic-education/karangkraf-omar-hana-learning-set-20137918″ style=”flat” background=”#2def67″ color=”#ffffff” size=”6″]Karangkraf Omar & Hana Learning Set[/su_button]

 

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN