Percaya atau tak, ada ibubapa baru atau ibubapa yang miliki anak newborn 0-3 bulan yang sampai naik stress melayan bab sendawa ni tau.
Ada yang nak sampai sejam tepuk anak , tak juga dengar bunyi sendawanya. Anak pun dah siap tertidur di bahu.
Nak kejut, takut sangat anak mengamuk. Tak kejut, orang keliling takut-takutkan nanti anak kembung lah, tak lena lah, jeluak lah.
Bila kejut, jadi berjam-jam pula nak tenangkan dan tidurkan semula.
Ads
Bagi mama papa yang buntu, ini penjelasan daripada Konsultan Tangisan & Tidur Bayi PERTAMA Malaysia, Puan Uswatun.
1️. Gas terhasil dalam badan bayi menerusi tindakan pencernaan susu. Maka gas dihasilkan setiap masa kerana anak menyusu juga sepanjang masa. Mendakwa anak jadi kembung SEMATA-MATA akibat tak disendawakan adalah tak benar bila gas itu sendiri non stop di hasilkan, tak kisah samada sebelum, semasa atau selepas bayi menyusu, ketika berjaga atau tidur
2️. Yes gas boleh sebabkan bayi tak lena JIKA ternyata ada gas yang ganggu bayi. Tapi kalau bayi jelas tunjuk dia selesa menerusi aksi telah pun terlelap dan tenang happy saja, bagaimana nak kata ada gas sedang ganggu bayi?
Ads
3️. Jeluak akan SENTIASA terjadi samada bayi disendawakan atau tak, baring atau di dukung , berjaga atau tidur. Kenapa? kerana PUNCA jeluak adalah akibat gelung LES di bawah perut bayi newborn yang tak matang maka kurang berkesan jalankan tugas tahan isi perut bayi dari naik ke atas semula. Itu punca jeluak. bukan sebab tak sendawa
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Menjadi isteri yang bekerja atau suri rumah kedua-duanya memerlukan pengorbanan. Tidak ada yang kurang isteri bekerja dan suri rumah saling diperlukan oleh keluarga.
Menyelusuri cabaran rumah tangga, hanya suami isteri yang rasa. Air mata, harta, masa dan kudrat tercurahkankan tanpa mengenal penat lelah. Asalkan masih bersama-sama melihat anak membesar di depan mata.
Suami yang mahu isteri menjadi suri rumah atau terus bekerja perlu mempunyai perkiraannnya. Berbincang suami isteri terlebih dahulu dan bertanya orang lain mungkin boleh memberikan keputusan yang tepat selain melakukan istikharah yang Maha Esa. Bila hati sudah tekad dan segala usaha serta tawakal dilakukan segalanya akan dipermudahkan.
Bapa ini berkongsi pengalamannya sendiri di mana isteri menjadi suri rumah. Mengharungi ujian dalam rumah tangga tatkala isteri menjadi suri rumah diceritakan sendiri berdasarkan apa yang telah dilalui. Kisah benar yang boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa yang lain.
Sebelum saya bermula, penulisan ini bukan bertujuan untuk membandingkan antara suri rumah sepenuh masa dan isteri yang bekerja.
Harapan saya adalah untuk memberi sedikit sebanyak perkongsian mengenai kehidupan kami sebagai keluarga yang mempunyai “setup” atau set peranan suami bekerja dan isteri suri rumah sepenuh masa. Kita berikan nama set keluarga ini sebagai “keluarga suri rumah”.
Kesenangan yang saya maksudkan di sini bukan bersenang – lenang seperti orang kaya, tetapi cukup sekadar sentiasa mempunyai wang untuk berbuat sesuatu. Jika anda tidak ingin melepaskan keadaan sebegini dan fokus anda ingin menyediakan wang yang secukupnya untuk masa depan diri sendiri dan keluarga, mungkin anda akan tidak menyukai kehidupan keluarga suri rumah.
Akan tetapi, jika anda lebih fokus kepada masa berkualiti bersama keluarga, sentiasa bersama suami dan melihat anak – anak membesar setiap masa, keluarga suri rumah akan menjadi dunia yang sangat indah buat anda dan pasangan walaupun terdapat banyak kekurangannya nanti.
Ada satu perkara penting dan utama yang boleh saya katakan kritikal di dalam persediaan untuk menjadi satu keluarga suri rumah, iaitu hutang peribadi suami atau isteri. Hutang ini bakal menentukan sama ada keluarga itu mampu atau tidak mampu untuk menjadi keluarga suri rumah.
Kebiasaannya sebelum berkahwin, bakal suami akan tersedia mempunyai hutang sama ada kereta atau rumah atau pinjaman peribadi / pelajaran. Sudah tentulah lelaki itu mampu membayar hutang – hutang ini apabila hidup sendiri. Tetapi apabila sudah berkahwin, segala – galanya akan berubah. Kos kehidupan akan menjadi lebih tinggi dan tanpa di sedari, yang mampu akan menjadi tidak mampu.
Masalah akan datang jika bakal isteri JUGA mempunyai hutang, ini bagi saya adalah satu keadaan di mana pasangan ini TIDAK MAMPU untuk menjadi keluarga suri rumah.
Ini kerana, dua sumber hutang adalah amat sukar untuk diselesaikan oleh satu sumber kewangan. Bakal suami ada kereta, bakal isteri pun ada kereta. Dua hutang kereta yang perlu dibayar. Jika si isteri menjadi suri rumah, agak mustahil bagi si suami untuk membayar hutang kedua – dua kereta setiap bulan.
Dalam pemerhatian saya, pasangan yang baru berkahwin jarang sekali mahu melepaskan kereta mereka. Jadi mereka terus menjadi keluarga yang mempunyai dua kereta dan dalam masa yang sama mengeluh tidak mampu untuk menjadi keluarga suri rumah.
Jika betul – betul ingin membina keluarga suri rumah, salah seorang perlu berkorban.Sama ada bakal suami atau bakal isteri. Gunakan 1 kereta sahaja. Mungkin 1 lagi kereta boleh digantikan dengan motor juga jika mahu. Pokok pangkalnya ialah meminimumkan hutang terkumpul itu. Jika hutang dapat diseimbangkan dengan pendapatan suami, pasangan itu akan mampu menjadi keluarga suri rumah.
Amat penting sekali kita mempunyai minda yang positif. Perlu setkan dalam minda suami dan isteri, apa yang biasa ada dahulu mungkin tidak ada lagi. Contohnya, kuasa membeli isteri akan banyak berkurangan. Jika sebelum ini si isteri boleh membeli apa yang dimahukan pada bila – bila masa sahaja, kemungkinan besar ia akan menjadi amat terhad. Kebergantungan kewangan akan disandarkan kepada suami 100%. Jika anda dapat setkan minda kepada situasi ini sebelum bermula menjadi suri rumah sepenuh masa, ianya akan menjadi mudah.
Di sini, suami perlu memainkan peranan yang lebih penting. Suami perlu sedar yang isteri bakal mengharapkan suami dari semua segi. Keperluan diri si suami perlu sama atau kurang dari keperluan isteri. Tidaklah menjadi satu kesalahan jika meletakkan keperluan isteri di hadapan. Sebagai contoh, keperluan asas seperti tv, telefon bimbit, dan internet. Ya, pada masa kini, telefon bimbit dan internet boleh saya katakan yang ianya suatu keperluan asas.
Kenapa perlu sediakan semua ini? Kerana kita akan menjaga seorang isteri, bukan seorang pembantu rumah. Takkan kita nak mereka termenung tengok dinding sementara tunggu kita balik kerja? Sediakan kemudahan untuk digunakan isteri supaya mereka berasa selesa dan tidak bosan. Ini antara perkara yang perlu diusahakan walau bagaimana cara sekalipun. Jika ada kekurangan di bahagian ini, percayalah yang anda akan sedikit sebanyak menyeksa pasangan anda.
Keperluan peribadi Isteri juga jangan diabaikan. Keperluan alat solek dan kecantikan diri perlu dijaga. Sebulan atau dua bulan sekali perlu bawa isteri ke Guardian atau Watson untuk mereka membeli barang keperluan diri mereka. Biasakan diri dengan cleanser, scrub, toner dan moisturizer.
Penjagaan diri dan rambut juga perlu diberi perhatian. Hair treatment sebenarnya adalah satu perkara yang penting. Jangan hanya tahu mengadu rambut gugur yang banyak di rumah jika anda tidak membawa isteri ke salon sekali sekala.
Jangan pula lupa, sediakan juga peralatan dan barangan dapur yang cukup. Saya cadangkan, beli peralatan dapur di Mr. D.I.Y kerana di sana lebih murah dan banyak pilihan. Adalah satu kekecewaan apabila si isteri mahu menyumbang sesuatu tetapi tidak mempunyai peralatan yang mencukupi.
Persediaan minda juga amat kritikal kepada suami. Perlu sedar, perlu redha dan perlu berubah. Kalau dahulunya sebelum kahwin, kita selalu lepak bersama kawan di mamak, kita perlu kurangkan aktiviti ini dan fokus kepada isteri. Sepatutnya selepas kahwin, kepentingan kawan sepatutnya tidak melebihi kepentingan isteri. Ini paling penting di dalam keluarga suri rumah.
Cuba lepak dengan isteri pula. Jadikan isteri kawan anda. Luangkan masa yang lebih bersama mereka. Isteri hanya ada suami, jadi suami perlu hanya ada isteri. Jika suami mahukan masa bersama kawan sekali – sekala tidak menjadi masalah sebenarnya. Cuma, isteri juga perlukan masa bersama kawan sekali – sekala. Berilah mereka ME TIME supaya hidup mereka tidak sentiasa terkongkong dan stress.
Jika suami tidak mahu berubah, tolong jangan sekali – kali fikir untuk jadi keluarga suri rumah. Anda tidak layak dari segi mentaliti. Anda akhirnya akan membuli dan menghambakan isteri anda nanti.
Kita sebagai suami sepatutnya perlu bersyukur. Kita sudah ada seorang insan yang sudi menjadi teman hidup kita selama – lamanya. Insan itu juga telah melepaskan segala – galanya untuk kita. Untuk berada bersama kita sentiasa, menunggu setia kepulangan kita dari kerja dan menguruskan kehidupan kita. Jika ini masih tidak cukup, saya ucapkan selamat berjaya kepada kehidupan keluarga anda.
Bagi suami, ini dari pengalaman saya sendiri. Tiada apa yang lebih bahagia apabila pulang dari kerja, disambut dengan jeritan kegembiraan anak dan isteri. Semasa kita keletihan seharian bekerja, jeritan mereka sudah boleh di dengari saat memasukkan kunci ke tombol pintu rumah.
Pelukan penuh kasih sayang dari anak dan isteri boleh menghapuskan semua masalah yang sedang melanda biarpun hanya dalam beberapa saat. Bila merasakan sendiri betapa rindunya anak dan isteri kepada kita walaupun hanya berpisah tidak sampai setengah hari, bakal memberi keyakinan diri yang tinggi kepada anda.
Hubungan sesama ahli keluarga juga akan bertambah erat. Ibu dan anak menghabiskan masa seharian bersama. Sudah tentulah banyak yang boleh dipelajari oleh anak dan banyak kerenah anak yang boleh dilayan oleh ibu. Ini hasil dari masa yang banyak tersedia untuk keluarga.
Suami juga akan menjadi lebih terurus kerana banyak keperluan peribadi boleh disediakan isteri. Contohnya dari segi pakaian dan makan minum. Baju kerja bergosok tersedia setiap hari, makanan yang dimasak sendiri oleh isteri terhidang setiap kali waktu makan tiba. Boleh saya katakan, tiada masakan yang lebih menyelerakan dari masakan isteri sendiri. Setiap suapan di selangi dengan kesyukuran kerana kebahagiaan ini. Dan disebabkan ini, tidak mustahil suami di dalam keluarga suri rumah akan berisi sedikit. Hehe..
Percaya atau tidak, keluarga suri rumah mempunyai kadar stress yang rendah. Tekanan hanya akan datang dari pengurusan kewangan dan penyediaan keperluan keluarga sahaja. Tekanan terkumpul keluarga di tempat kerja berkurang 50%, tekanan pergi dan balik kerja juga akan berkurang 50%. Ini kerana, hanya seorang sahaja yang keluar bekerja.
Di dalam pengamatan saya, isteri suri rumah sepenuh masa bakal mencungkil bakat yang ada di dalam diri mereka. Sebagai contoh, ada ipar saya yang pandai menjahit dan ada juga yang pandai berniaga termasuklah isteri saya sendiri. Tidak mustahil perkara ini boleh terjadi jika mendapat dorongan dan sokongan yang penuh dari suami. Yang penting, semua perkara dibawa berbincang dengan baik.
Sudah tentulah kelebihan paling utama menjadi suri rumah ialah anda akan menjaga anak anda sendiri dan tidak perlu menghantar anak supaya dijaga oleh orang lain. Menjaga budak kecil bukanlah perkara yang mudah. Saya tidak mahu menghuraikan secara panjang mengenai perkara ini untuk menjaga sensitiviti semua pihak. Cukup sekadar menyatakan yang menjadi suri rumah mempunyai kelebihan di bahagian ini.
Ini yang paling utama. Tahap kewangan keluarga yang lebih rendah dan kuasa membeli yangkurang. Perkara ini tidak dapat dielakkan. Kira perlu sedar, 1 sumber kewangan pastilah kurang dari dua sumber kewangan.
Apa yang diperlukan oleh pasangan ialah redha dan faham akan keadaan keluarga sendiri. Jika anda tahu kedudukan anda, pasti anda dapat mengubati hati yang tersentuh apabila melihat keluarga lain di sekeliling dapat berbelanja lebih dari anda.
Berhentilah membanding – banding. Bersyukur dengan apa yang ada. Berbelanjalah mengikut kemampuan. Percayalah, apa yang anda kurang di bahagian ini, anda lebih di bahagian lain. Jangan gusar jika keluarga rakan anda dapat beli kereta baru. Tetapkan dalam hati, In Shaa Allah akan sampai satu hari anda juga akan ada kereta baru. Sementara itu, bersyukurlah dan bersabarlah. Rezeki tidak pernah salah alamat.
Satu perkara yang boleh saya katakan berada di kawasan kelabu ialah perancangan keluarga. Anda tahu kemampuan perbelanjaan keluarga. Jadi, adalah lebih baik anda merancang keluarga anda. Betul, zuriat itu membawa rezeki. Tetapi kita perlu realistik. Jika setiap bulan nak beli susu anak pun masalah, takkanlah anak yang tak sampai setahun sudah kita nak bagi adik? Itu hanya pendapat peribadi saya. Rezeki kalau ada jangan ditolak. Cuma apa yang boleh kita kawal, kita cuba kawal.
Ini hasil maklumbalas di media sosial. Ada orang di sekeliling suri rumah yang beranggapan, wanita yang menjadi suri rumah sepenuh ini adalah malas dan ingin hidup senang kerana tidak mahu bekerja.
Sesiapa yang pernah ada anggapan begini, saya nasihatkan, cuba jadi suri rumah semasa anak – anak masih kecil. Dari luaran nampak seperti banyak masa. Tapi realitinya tidak.
Masa di rumah akan dipenuhi dengan melayan karenah anak – anak. Membuat kerja – kerja rumah dan sebagainya. Anda perlu jadi sendiri untuk merasai betapa tidak cukup masanya suri rumah sebenarnya untuk diri mereka sendiri. Baru sahaja mahu terlelap, anak menangis meminta itu ini. Baru sahaja mahu merebahkan badan untuk berehat, baru teringat dapur belum dikemas.
Saya merasainya sendiri apabila isteri saya mengalami alahan yang teruk baru – baru ini dan saya terpaksa mengambil alih tugas menguruskan rumah. Semangat mengemas rumah pada pagi hari hancur lebur apabila ianya bersepah semula di waktu petang. Saya ingatkan pagi dah sapu bersih boleh tahan sampai besok, rupanya tidak. Perlu diulangi proses itu untuk mengekalkan rumah yang kemas dan bersih. Saya insaf.
Di atas sebab ini juga, suami kepada suri rumah ialah yang paling utama untuk tidak mempunyai persepsi yang tidak baik terhadap isteri suri rumah. Tolong jauhkan ayat seperti “awak buat apa seharian kat rumah? Pinggan tak basuh, rumah tak bersapu, saya penat kerja, awak mengangkang je”. Rasa sakitnya bila mendengar ayat ini tidak boleh digambarkan.
Buat suri rumah semua. Jangan ragu – ragu akan keputusan anda. Anda telah melakukan yang terbaik. Tidak semua orang mampu menjadi seperti anda. Cuba cungkil bakat anda untuk menambah pendapatan keluarga tanpa perlu keluar bekerja.
Sejak berkahwin, saya dan isteri telah mencuba pelbagai cara untuk menambah pendapatan kami. Kami pernah berniaga tudung, kuih raya, sandwich, nasi lemak, meatballs dan makanan lain termasuklah perniagaan jus kesihatan, air jagung dan akhirnya sekarang kami menjual pencuci muka.
Jangan pernah jemu dan putus asa. Berusahalah semampu yang boleh. Bersikap positif sesama pasangan. Isteri perlu yakin yang suami sedang melakukan apa yang termampu untuk menampung keluarga. Suami juga perlu percaya yang isteri sentiasa sedia untuk membantu suami demi keluarga yang tercinta.
Boleh saya katakan, pernah tiada seurat emas pun yang tinggal di badan isteri saya satu masa dahulu. Semuanya dikorbankan demi membantu saya. Saya menjadi amat tersentuh apabila memikirkan keadaan itu dan amat sedih sehingga mengalirkan air mata apabila isteri menyatakan suka terhadap bentuk barang kemas yang dia nampak sambil berkata “nanti kita ada duit kita beli ye sayang, jangan risau, sayang ok.”
Percayalah yang hati saya meraung sekuat – kuatnya apabila mendengar ayat itu. Saya rasakan saya seorang suami yang gagal. Seorang insan yang teruk kerana menjadi penyebab keadaan ini terjadi. Saya faham bagaimana seorang wanita sayangkan barang kemasnya.
Tetapi saya tidak berdaya pada masa itu. Kami teramat memerlukan untuk meneruskan kehidupan kami dan anak – anak. Sampailah satu tahap bila isteri saya perasan air mata saya yang berlinangan menyebabkan sehingga kini, isteri saya tidak lagi bercerita mengenai barang kemas.
Akhir kata, yakinlah dengan keputusan anda. Bersedialah untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Kurangkan berhutang semasa bujang. Sentiasa pandang ke hadapan. Utamakan rumah dari kenderaan.
Toleransi, kerjasama, hormat – menghormati dan faham – memahami amat penting. Perbanyakkan dorongan, sentiasa yakinkan pasangan yang ini adalah pilihan yang paling tepat.
Anda suami isteri akan melalui saat yang paling indah dalam kehidupan. Percayalah kerana saya sedang melaluinya.
Oh ya, kepada bakal suami dan suami, berhentilah merokok. Banyak yang anda boleh berjimat. Rumah pun boleh beli. Saya tak bohong.
Pakar Psikiatri Ingatkan Ibu Bapa, Kalau Marah Anak, Ada Pantang Larang Elak Buat
Ada masanya ibu bapa tidak dapat mengelakkan diri daripada memarahi anak-anak. Sesetengah ibu bapa ada yang suka pendekatan bertegas, santai, tinggi disiplin atau terbiasa guna kata-kata kasar.
Mungkin dari sudut pandangan peribadi ibu bapa, mereka mempunyai alasan tersendiri mengapa didikan sedemikian dipilih untuk membesarkan anak-anak. Walaupun banyak perkongsian daripada pakar keibubapaan dan psikologi yang boleh dijadikan iktibar, namun berapa ramai di antara kita yang mampu mengambilnya secara positif?
Apapun, dalam mendidik, masih ada garis panduan yang perlu ibu bapa ambil kira. Ia perlu dijadikan asas supaya didikan yang diterap tidak merosakkan masa depan anak-anak. Menurut Pakar Psikiatri & Pensyarah UIAM Kuantan, Dr Rozanizam Zakaria, ada pantang larang yang perlu dielakkan bila berdepan emosi marah dengan anak agar tak meninggalkan ‘parut’ dalam diri mereka.
Marah macam mana pun dengan anak, jangan buat benda ini:
1. Pukul sampai berbekas 2. Kurung dalam bilik 3. Ugut tinggal luar/tepi jalan/bagi kat orang lain 4. Banding dengan kawan baik dia 5. Silent treatment tanpa explain/closure 6. Ugut sayang anak lain sahaja 7. Tinggal di tempat gelap 8. Rekod anak menangis dan malukan dia 9. Kata anak ni “menyusahkan” 10. Menyumpah/keluar kata-kata kesat
Semua ini impak dia besar, dalam dan lama pada kehidupan anak. Ramai dewasa yang saya temui masih tak boleh move on dari trauma sebegini.
Kebanyakan ibu ayah yang marah sampai tahap ini, hakikatnya salah anak itu sebahagian sahaja, yang selebihnya sebab faktor sendiri:
*trauma sendiri yang tak selesai *penat *burnout *projection (marah pada orang lain tapi project pada anak)
Belajar kawal 4 benda di atas, supaya tak jadi 10 benda di atas. Kalau tak, percayalah, kita sedang mewariskan sesuatu kepada anak.
Tekanan yang cukup dirasakan oleh ibu bapa biasanya bila orang tanya anak kita dah pandai apa? Tak kiralah berapa usia anak inilah soalan cepumas yang selalu menjentik emosi ibu bapa.
Memang betul orang bertanya itu sebab niatnya nak tahu dan ambil berat. Tapi jika soalan itu sensitif mungkin kurang sesuai. Lagipun akan ada jawapan yang kurang menyenangkan.
Perkongsian dari Firdaus Shakirin ini tepat dengan keadaan sekarang ini yang kadang kala kita tak perasan apabila bercakap dengan saudara mara atau rakan dalam bab perkembangan anak
“Anak Su dah boleh membaca ke belum?”
Belum lagi…baru sikit-sikit…baru kenal-kenal huruf…
“Ye ker? Puteri dah pandai membaca dah…cakap English pun dah boleh…”
Hmm…baguslah…
“Anak Su sama umur dengan Puteri kan…kenapa anak Su lambat boleh membaca?”
Hallluuuuu puuuuliiiss….!!!
Anak orang lambat membaca, anak orang lambat mengira, anak orang lambat bercakap, anak orang lambat berjalan, anak orang lambat merangkak, semua nak compared dengn anak sendiri eh?
Anak kita advance dari anak orang, one step ahead of ank orang lain, terus diagung-agungkan…terus dijadikan satu penanda aras yang setiap anak itu kena capai macam mana yang anak kita capai.
Macam tu…?
Perkembangan, tahap kebolehan dan kemampuan berfikir setiap anak itu berlainan…kita sesama adik beradik kita pun lain-lain kebolehan dan kemampuannya, apatah lagi anak kita dengan anak orang lain.
Bukan tak boleh buat perbandingan, cumanya kata-kata kita tu boleh menyebabkan ibu bapanya terasa, kata-kata kita tu menyakitkan hati ibu bapanya…ibu bapa mana nak anak dia lambat membaca, mengira dan sebagainya? Semua ibu bapa nak anak dia sama macam anak orang lain.
Kita rasa macam tak ada apa-apa, biasa je percakapan kita, walhal ‘makan dalam’ bagi ibu bapa yang mendengar especially si ibunya…9 bulan 10 hari dia mengandung, then bila dah lahir, anaknya pula dibanding-bandingkan.
Ubah cara kita bertanya tu…bagi harapan, dan doakan anak tu…”Lama-lama nanti boleh la tu…lama-lama nanti, dia pandai la tu, InsyaAllah” and stop judge anak orang lain dengan pencapaian anak sendiri.
Anak awak, anak awak…anak dia, anak dia…
Perangai-perangai kuno yang tak bertamadun tu, tinggal-tinggalkan la…Mugkin hari ini dia lambat membaca, lambat mengira, tapi bila dia dah boleh, dia yang selalu score dalam exam, dia yang selalu dapat no 1…anak kita yang cepat membaca tu pula dapta biasa-biasa je.
Masa tu, kita pula yang nak meroyan, nak menggelabah. Kita pula yang nak meletakkan tekanan kepada anak kita.
“Puteri, ko tgok anak makcik Su ko tu, si Aleesya…dulu dia lmbat membaca dari ko, tapi kenapa sekarang dia yang selalu dapat no 1 dalam kelas?”
Berlapang dada lah dengan setiap perkembangan anak-anak yang ada disekeliling kita tak kisah lah itu anak ipar ke, anak kawan-kawan ke, anak rakan sepejabat ke atau anak siapa-siapa pun…dan tak paya rasa nak membanggakan sesuatu yang belum pasti lagi apa hasilnya kelak bila dia besar nanti.
“Don’t compare your kid to others, there’s no comparison between the sun and the moon.They just shine when it’s their time”
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...