Jika anak sedang batuk berkahak, salah satu bahan makanan semulajadi yang bagus ialah
biji kembang semangkuk. Air rendaman biji semangkuk, bagus untuk keluarkan kahak dan hingus anak yang selesema dan batuk.
Biji Kembang Semangkuk (Malva Nut/Taiwan Sweet Gum)
Ia berupaya bukan sahaja menyejukkan badan, tetapi juga membuang kahak.
Cara-caranya:
Rendam 2 biji kembang semangkuk ke dalam air.
Selepas setengah jam, tapis. Ambil airnya.
Airnya dicampur sedikit madu. Minum 3 kali sehari.
Ads
Juga boleh dijadikan pengganti air kosong, simpan dalam botol, minum sekerap mungkin.
Biasanya setelah minum, mungkin akan muntah beberapa kali untuk keluarkan kahak.
Selepas itu, akan lebih ok, Bi idznillah.
Untuk bayi bawah 1 tahun dan menyusu badan, ibu yang kerapkan minum. Sesuai untuk 1 tahun ke atas.
*** ELAKKANLAH MAKANAN/MINUMAN INI KETIKA BERKAHAK:
Makanan yang menghasilkan kahak – gula, junkfood, fastfood, cikedis, coklat, aiskrim, kek, biskut, susu tepung, susu (walau organik sekalipun), air bergas, air kotak, semua makanan berasaskan tepung gandum, barli, rye.
Ads
Tidak guna amalkan itu ini tetapi sumber utama penyumbang kahak kita tidak tinggalkan.
Di mana nak dapatkan biji Kembang Semangkuk?
Pasar harian, pasaraya bahagian rempah/barangan kering timbang, contohnya bahagian sagu, kacang hijau, kacang merah dan lain-lain.
Ads
Juga ada yang telah dipekkan. Harganya dalam 3-4 ringgit saja, lebih kurang 10 biji.
Pasangan suami isteri yang gagal mempertahankan keharmonian rumah tangga sehingga berlaku penceraian didapati berpunca daripada sikap keengganan menunaikan solat lima waktu.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, kegagalan menjaga rukun Islam kedua itu menyebabkan wujudnya habluminassyaitan iaitu hubungan yang terbina antara manusia dengan syaitan.
“Kalau solat ini merupakan hablumminannas(hubungan sesama manusia), bila mana wujudnya habluminnallah (hubungan manusia dengan Allah), hablumminannas akan terwujud.
“Bila wujudnya hablumimallah, maknanya tak wujud lagi hablumminasyaitan kerana sifat syaitan akan pisahkan suami isteri, tetapi apabila ini berlaku, dia akan jadi kukuh dan ampuh,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya pada Jumaat.
Menurut Zulkifli, antara tanggungjawab Nabi Muhammad SAW apabila berada di rumah adalah mengajak keluarganya menunaikan solat.
“Mintalah keluarga kamu untuk solat dan sabar dalam mengerjakannya. Itu tiang agama.
Tuan-tuan minta maaf cakap secara ekstrem sikit, kenapa rumah tangga keluarga bercerai-berai? Minta maaf kita minta berlindung daripada Allah SWT biarlah keluarga kita baik-baik semua.
“Salah satu puncanya tak pernah solat jemaah dan bersama-sama, sebab itu Allah bila cerita ayat cerai dalam al-Quran seperti surah Al-Baqarah,” katanya
Jelasnya, di celah-celah ayat cerai, Allah sengaja menyebut sepotong ayat yang menyuruh umat manusia menjaga solat yang lima waktu dan juga solat pertengahan penuh taat serta patuh.
“Kemudian bincang balik ayat cerai, ulama fikir apa puncanya. Fikir punya fikir, mereka kata apa, siapa yang jaga solat, rumah tangga dia kukuh,”.
Sumber: Astro Awani
Sekali sekala bawa anak pergi camping, dedahkan mereka dengan dunia kehijauan pun menarik juga kan? Bukan je boleh jadikan mereka aktif, macam-macam skill juga mereka boleh pelajari!
Saksikan topik “Camping” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 9 Ogos, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara #AstroRia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya ibu bab nak membasuh baju tak ada masalah. Cumanya bila sampai masa nak melipat baju, kadang dua tiga kali basuh pun belum tentu dapat lipat semua.
Bila mood nak melipat tu belum datang, baju yang dibasuh dan sudah kering akan semakin bertimbun dalam bakul.
Lagilah bertangguh pula nak lipat. Tambah pula kalau ada anak-anak kecil, baju mereka pun dah berapa helai sehari pakai. Mungkin bagi ibu suri rumah tiada masalah sangat cuma kekangannya bagi ibu bekerja masa agak suntuk. Hanya waktu hujung minggu saja baru boleh selesaikan kerja rumah.
Ok untuk kali ini, perkongsian dari Puan Syikin Zahir untuk menyelesaikan masalah ibu tiada mood nak melipat baju boleh dipraktikkan. Caranya pun taklah susah sangat.
Secara purata untuk seorang anak akan menyumbang minimum 3 pasang seorang SEHARI. Itu paling minimum.
Tapi kalau mak tangguh seminggu lipat kain.. Haaa.. Kira.. Kira.. Kan bertimbun jadinya. Itu anak seorang, kalau anak dua tiga atau lebih kiralah macam mana.
Ni semua akan mengganggu mental dan emosi mak-mak kan? Nanti mulalah stres, nak marah, penat bertingkat-tingkat, sakit mata dan hati. Hiii… (mak-mak je memahami situasi gini)
Langkah 1
– Sediakan bakul untuk setiap anak
– Tulis nama di bakul so anak tahu itu bakul siapa
– Jangan beli bakul besar-cari yang sederhana aja.. Makin besar bakul, kecenderungan untuk “nanti la lipat” akan menggunung jua.. Kikiki
Kalau kita tak sempat nak lipat pun, lebih senang dan cepat kita nak buat carian baju untuk anak-anak.
Nampak tak beza dia..
Gambar atas dan bawah sama ja. Kain baju yang belum dilipat.
Bezanya yg atas ada 1 bakul macam-macam saiz baju.
Yang bawah kita dah sort, tau dah baju sapa.
Walaupun belum berlipat, kurang sakit mata mak-mak kan.
Percaya tak, bagi setiap bakul tu, masa yang diambil untuk melipat tak sampai 10 minit pun.
Kenapa? Secara psikologi, nampak sikit baju dalam tiap 1 bakul. Sejooook hati mak nak melipat. Permainan emosi kat situ.
Pengkhususan: pantas sebab senang nak cari pairing baju tu. Dah lipat boleh letak setempat sebab kita lipat baju orang yg sama. Ini semua menjimatkan MASA.
Dan sekiranya kita perlu tinggalkan kerja melipat, kita tau berapa bakul yang belum dilipat. Daripada 4 bakul, tinggal 2.sekali lagi.. PSIKOLOGI.. kita nampak jumlah baju nak dilipat makin kurang.
MOTIVASI
YESSSS. tinggal satu bakul je belum lipat maka lebih semangat nak melipat, berbanding lipat satu bakul tinggi menimbun, mak stress nampak banyakkkkk nau nak lipat!!!
Mak-mak ni banyak bermain dengan mental dan emosi kan..
Susun baju dalam almari boleh ikut cara ni
Last, cara kita susun baju dalam almari anak.
Cara ni pon cikgu jumpa dalam FB.. Lama dah. Bagus sangat. Dulu susun bertindih.
Sekarang dah pandai susun gini, anak2 pun senang nak pilih baju sendiri
Dan takda kes bila ada baju nak pakai, tau-tau dah tak muat.. Lama sangat dalam almari dok lapis paling bawah
Yang ni je susun berlapis.
Hero 3 orang tu banyak baju yg seragam
Mana yang seragam je cikgu susun berlapis gini.
Nak pakai seragam, tarik je. Takya bukak sampai 3 laci.. Kan.. Kan..
Emosi pun tak terganggu. Kita jadi mak-mak yang sistematik aje. Esok p la beli bakul. Itupun kalau tips ni sesuai dengan puan-puan. Tip dari mak kepada mak.
Masalah sakit kaki atau tumit bila bangun tidur biasa akan berlaku bagi yang aktif bekerja siang hari atau pun yang ada masalah berat badan. Termasuk juga surirumah yang tak duduk diam uruskan rumah tangga. Bila malam dapat berehat dan berlunjur rasa nikmat.
Cuma apabila bangun pagi, bila nak pijak lantai, terasa sakitnya kaki sampai terpaksa berjalan perlahan-lahan sebelum kembali ok. Bagi yang mengalami situasi ini, boleh cuba petua bawang putih bakar.
Petua Hilangkan Sakit Kaki Bangun Tidur
Dah 3 hari saya amalkan makan 3 biji bawang putih bakar ni setiap pagi sebelum sarapan. Masalah sakit kaki bila bangun tidur yang saya hidapi dah ok sekarang.
Kalau tak sebelum ni nak pijak lantai bila bangun tidur memang sakit. Kena jalan perlahan-lahan dulu baru ok.
Tapi sekarang bangun je.. terus boleh jalan laju. Petua ni ada seorang kakak bagitahu saya. Dah dekat 1 tahun dia amalkan. Badannya pun saya tengok cantik, perut pun kempis je.
Segala angin dalam badan dapat diatasi. Kebaikannya untuk seluruh badan. Apa yang saya tahu bawang putih ni dapat mencegah sel-sel kanser. Kalau nak tahu boleh google apa lagi khasiatnya.
Cara-Caranya:
Ambil 3 ulas bawang putih dan bakar dengan kulit sekali dalam 3 minit dengan api yang kecil. Lepas tu makan terus isinya saja. Makanlah hari-hari untuk kesihatan kita.
INFO: 10 Khasiat Bawang Putih
1. Mengandungi komponen yang bersifat perubatan
Bawang putih telah digunakan secara meluas dalam masakan kerana bau dan rasanya yang kuat. Pada zaman dahulu, kegunaan utama bawang putih adalah bagi tujuan perubatan dan kesihatan. Para saintis telah mendapati bahawa khasiat bawang putih datangnya daripada komponen sulfur yang terbentuk sewaktu memotong atau mengunyah bawang putih. Selain itu, bawang putih mengandungi allicin. Allicin merupakan satu komponen yang kurang stabil dan hanya akan mencul apabila bawang putih dipotong atau dihancurkan. Allicin dapat mengawal tekanan darah dan juga mencegah penyakit kardiovaskular.
2. Mengurangkan Simptom Selsema
Bawang putih dapat meningkatkan sistem imun. Satu kajian besar dijalankan selama 12 minggu mendapati bahawa suplemen bawang putih dapat mengurangkan masalah selsema sebanyak 63% berbanding dengan placebo. Selain itu, ada satu kajian mendapati bahawa dos ekstrak bawang putih yang tinggi (2.56 gram sehari) dapat mengurangkan jumlah hari selsema sebanyak 61%.
3. Mengawal tekanan darah tinggi
Penyakit kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung merupakan pembunuh dalam diam di seluruh negara.
Tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan salah satu faktor utama menyumbang kepada penyakit ini. Kajian terhadap manusia mendapati bahawa bawang putih mengandungi komponen yang dapat mengawal tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.
4. Mengawal paras kolesterol
Selain mengawal tekanan darah, bawang putih juga berperanan dalam mengawal paras kolesterol dalam darah. Dengan ini, risiko penyakit jantung dapat dicegah. Bagi mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi, suplemen bawang putih dapat mengurangkan 10-15% kadar kolesterol jahat. Namun, bawang putih tidak memberi kesan kepada paras kolesterol baik (HDL) dan juga trigeliserida.
5. Mengandungi antioksida yang membantu mencegah penyakit Alzheimer dan demensia
Radikal bebas akan menyebabkan kerosakkan oksidatif dan seterusnya akan menyumbang kepada proses penuaan. Bawang putih mengandungi antioksidan yang dapat melindungi badan daripada kerosakan oksidatif tersebut. Kesan daripada gabungan pengurangan kolesterol dan tekanan darah, serta sifat antioksidan yang terdapat pada bawang putih dapat mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan saraf otak seperti Alzheimer dan demensia.
6. Mencegah kanser
Satu kajian yang dijalankan oleh Jiangsu Provincial Center for Disease Control and Prevention di China mendapati bahawa individu yang makan bawang putih mentah sekurang-kurangnya dua kali seminggu sepanjang tujuh tahun dapat mengurangkan sebanyak 44% risiko kanser paru-paru.
Selain itu, komponen organo-sulfur yang terdapat dalam bawang putih berkesan untuk menghapuskan sel yang berkaitan dengan barah otak.
7. Kesihatan rambut dan kulit kepala
Bawang putih dapat membantu pertumbuhan rambut. Ia mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang tinggi seperti vitamin B6 dan C, manganese dan selenium. Kesemua vitamin dan mineral ini berperanan bagi mengekalkan kesihatan rambut.
Tambahan pula, sifat antibakteria dan antifungas yang terdapat dalam bawang putih juga menyumbang kepada kesihatan rambut kerana sifat-sifat ini membantu untuk membunuh kuman dan menjadikan kulit kepala lebih sihat.
8. Merawat jerawat
Jerawat merupakan masalah kulit yang disebabkan oleh pelbagai jenis benjolan yang terbentuk di permukaan kulit. Bawang putih mempunyai sifat anti-bakteria dan anti-septik daripada allicin. Allicin membantu untuk membunuh bakteria yang menyebabkan masalah jerawat. Ia juga dapat mengurangkan keradangan dan memperbaiki peredaran darah. Kesemua khasiat ini dapat memberi ruang kepada kulit untuk menerima lebih banyak nutrien seterusnya mengurangkan risiko masalah jerawat.
9. Mengurangkan Risiko Keradangan Sendi
Atritis merupakan penyakit yang disebabkan sakit dan bengkak pada sendi. Ia boleh terjadi pada semua peringkat umur, jantina dan latar belakang etnik.
Sifat anti-radang dalam bawang putih dapat mengurangkan simptom atritis. Dalam satu kajian tabung uji mendapati bahawa terdapat komponen spesifik dalam bawang putih yang dapat mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan atritis.
10. Mengawal paras gula
Selain membantu untuk mengawal tekanan darah dan paras kolesterol, bawang putih juga terbukti dalam beberapa kajian dapat mengawal paras gula dalam darah, khususnya bagi pesakit kencing manis. Bawang putih merupakan sumber vitamin B6 dan C. Vitamin B6 terlibat dalam proses metabolisma karbohidrat manakala vitamin C pula berperanan bagi mengekalkan paras gula dalam darah.
Kesimpulan
Bawang putih merupakan salah satu bahan utama dalam masakan. Ia mempunyai pelbagai khasiat seperti mengawal paras gula, kolesterol, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular serta mengekalkan kesihatan rambut.
Semoga perkongsian berkenaan khasiat bawang putih ini memberi manfaat kepada semua.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!