Musim anak demam, batuk dan selesema yang melanda anak-anak kita kini sememangnya buat kita risau. Selain pengambilan ubat dalam rutin biasa, apa kata kita tambahkan Sup Chicken Broth ini untuk tambah memulihkan anak.

Macam mana resipinya? Jom ikuti perkongsian Pn Ainini Zainal ini.

Anak Demam, Batuk & Selesema, Buatkan Resipi Chicken Broth Sup Ni, Mudahnya!


Allah izinkan, sejak 9 tahun lepas, anak saya sembuh demam, selesema, batuk tanpa pengambilan apa-apa ubatan lain, hanya makanan semulajadi yang bersifat antivirus, antibacterial dan antiinflammatory (antiradang).

Ini bukan maksudnya mengenepikan ubat-ubatan lain, tetapi apa yang saya ingin tekankan adalah, bila kita makan makanan daripada sumber semulajadi dan kaya nutrisi, banyak kelebihan yang kita dapat untuk Sistem Imun Badan anak. Semua orang akan sakit, tetapi bila kuat Sistem Imun Badan kita, healing process jadi lebih mudah. Itu maksudnya.

Pengambilan makanan less processed, antiradang, bersifat immune boosting dan bebas daripada bahan-bahan sintetik/tiruan memudaratkan seperti MSG, gula putih, pewarna tiruan daripada junkfood, fastfood (yang jika lihat kajian, terlalu banyak kesan sampingannya), dapat berikan peluang lebih besar untuk lebih mudah sembuh secara sihat.

Anak Demam, Batuk & Selesema, Buatkan Resipi Chicken Broth Sup Ni, Mudahnya!

Bila anak kurang sihat, antara yang saya berikan adalah:
Madu
Habbatus Sauda
Minyak Zaitun
Minyak kelapa
Air kelapa tanpa gula
Singgang
Broth Soup

Broth Soup?
Ada berjenis-jenis versi yang telah saya cuba. Bahan, ikut apa yang ada. Amalkan minum pada hari biasa sebagai naturalsupplement. Ia immune boosting food semulajadi.

IKLAN

Bila tak sihat, berikan 2,3 kali sehari untuk hirup. Ia juga bantu elakkan badan dehydrate di samping nutrisi di dalamnya yang kaya protein dan kalsium serta bahan antiradang membantu
– turunkan suhu badan
– melawan kuman dan bakteria dalam badan
– meredakan selesema dan batuk
– sumber elektrolit untuk badan
– melegakan hidung tersumbat dan mengurangkan hingus serta kahak.
– menjadikan badan lebih kuat setelah melalui fasa demam, selesema dan batuk.

Ini sebahagian yang saya sempat tulis. Resipinya di sini. Semua bahan di bawah sangat berkhasiat. Gunakan, ya.

Anak Demam, Batuk & Selesema, Buatkan Resipi Chicken Broth Sup Ni, Mudahnya!

CHICKEN BROTH SOUP AININI ZAINAL

Bahan-bahan:
1 labu bawang putih
2 biji bawang besar
3 inci halia
2 inci kunyit
¼ biji labu
1 biji lobak merah
Organic Shiitake Mushroom (optional)
Apa apa sayuran hijau
1 mangkuk kaki ayam atau ayam bahagian tulang
2 liter air
1 biji tomato
1 sudu besar perahan lemon atau 1 asam keping
1 sudu besar Garam Himalaya
Organic celery, jika ada

IKLAN

Reneh semua bahan di atas dengan api paling kecil selama 2-4 jam atau guna slow cook dan masak 2-4 jam.

Atau jika anak ada Ekzema, reneh paling lama 1 jam setengah kerana ia MSG semulajadi akan keluar dalam sup bila direneh lama.

Setelah siap, tapis dan minum supnya. Boleh guna sup ini dalam bubur, sup sayur, nasi ayam dan sebagainya.

Tahan di bahagian Chiller selama 4-5 hari. Tahan di freezer sehingga 3 bulan.

Buat dalam bentuk kiub, tuang dalam acuan, bekukan pun boleh. Nak masak, ambil je beberapa kiub.

IKLAN

Anak Demam, Batuk & Selesema, Buatkan Resipi Chicken Broth Sup Ni, Mudahnya!

**MSGsemulajadi pun sensitif bagi yang ada ekzema, bayangkan kalau kita kerap bagi anak makanan ada MSG atau guna serbuk perasa MSG, kiub masakan komersial tinggi MSG dalam masakan?

Jom perlahan-lahan kurangkan yang tak perlu untuk kebaikan kesihatan anak dan kita semua.

Semoga post ini bermanfaat untuk semua. Boleh guna resipi ni untuk sediakan bila anak tak sihat, tau.

Menarik:Resipi Sambal Lonte Jawa, Padu Sungguh, Tak Cukup Nasi Sepinggan

Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI