Anak Demam Panas Tengah Malam, Guna Skim Perubatan MADANI Lagi Cepat Ke Klinik Swasta!

Share

Bayangkan kalau anak kecil tiba-tiba demam panas tengah malam, stok ubat pula tiada di rumah. Mahu tunggu hospital atau klinik kerajaan memang boleh makan masa berjam-jam lamanya.

Skim Perubatan MADANI (SPM) yang ditawarkan sejak dulu sepatutnya diambil peluang sebaiknya oleh ibu ayah bagi menjimatkan masa dan kos.

Akses rawatan asas di klinik swasta panel secara percuma ini diberikan khusus kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Melalui Belanjawan 2025, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk skim ini bagi memastikan lebih ramai rakyat B40 dapat rawatan cepat tanpa terbeban dengan kos perubatan.

Jadi bila anak tiba-tiba demam, gunakanlah sebaiknya peluang ini ke klinik swasta yang lebih cepat. Hati mak ayah pun lega, anak sihat, duit poket

Skim ini khusus untuk masalah kesihatan ringan dan akut yang selalu jadi rawatan berskala besar namun terkawal bahkan tidak perlu ke hospitsl jika masih boleh dikawal. Antaranya:

* Demam, batuk & selsema
* Cirit-birit & muntah
* Luka kecil, terseliuh atau sakit otot ringan
* Sakit kepala atau pening berpanjangan
* Cucian luka & ubat-ubatan asas

Skim ini menyasarkan 700,000 pesakit menjelang akhir tahun ini. Sehingga kini Skim Perubatan MADANI setakat ini sudah menerima 410,078 pesakit setakat akhir Julai.

Jadi kalau anak demam, atau mak ayah tiba-tiba cirit-birit, tak perlu lagi risau nak keluar duit tambahan. Pergi je klinik panel, tunjuk MyKad, dan terus dapat rawatan.

Published by
SRM