Anak demam tengah malam, boleh cuba ‘jaram’ dengan air asam jawa. Demam biasanya tidak berbahaya melainkan jika suhu dah mula lebih dari 38 darjah celcius ke atas.
Anak Demam Tengah Malam, Boleh Cuba ‘Jaram’ Dengan Air Asam Jawa
Untuk kanak-kanak kecil dan bayi, suhu yang sedikit tinggi mungkin menunjukkan jangkitan yang serius. Tetapi tahap demam tidak semestinya menunjukkan betapa seriusnya keadaan tersebut.
Biasanya demam akan hilang dalam masa beberapa hari dan demam sebenarnya memainkan peranan penting dalam membantu badan melawan beberapa jangkitan.
Namun sekiranya anak tiba-tiba panas tengah malam dan tiada bahan lain di rumah jangan cepat panik.
Ibu kena pastikan basahkan dulu kepala anak dan lap badannya dengan air campuran asam jawa sikit untuk cepat kurangkan suhu badan.
SELAIN KEPALA DAN BADAN, BASAHKAN JUGA DI BAHAGIAN PELIPAT (KETIAK, PELIPAT DALAM SIKU/LUTUT) SERTA ANGGOTA WUDUK SEBAB BANYAK COOLING POINT TERUTAMANYA TELINGA, KEPALA, PELIPAT SIKU DAN TAPAK KAKI.
Ads
Masa basahkan telinga tu, lurutkan atau pulas sikit cuping telinga (macam ambil wuduk) untuk rangsang refleks point pada telinga dan regulate suhu badan.
Selepas 5 minit dilahirkan, Nur Sofea Inara disahkan mempunyai masalah sakit jantung. Itulah antara perkongsian yang dikongsikan oleh Pelakon, Idzham Ismail dan isteri Siti Nur Nabilah dalam Rancangan Pa&Ma episod Derita Jantung Si Kecil sebentar tadi.
Doktor ada beritahu kami, Inara di diagnos sakit berkaitan jantung dan paru-paru. Dua saluran yang menghubungkan jantungnya terbailk dan songsang. Saya berharap itu cuma lah jangkitan paru-paru sahaja tapi hakikatnya yang sebenar, Inara agak kritikal ketika itu
Bila jumpa doktor, doktor ada bertanya ada tak ahli keluarga kami yang mempunyai sejarah sakit jantung. Tapi keturunan kami memang tak ada yang mempunyai masalah jantung atau sakit jantung. Saya boleh katakan Inara lah yang pertama dalam sejarah keluarga kami.
Selepas pembedahan dilakukan, kami nampak ada perubahan pada kulitnya. Ketika dilahirkan kulitnya agak gelap. Selepas pembedahan kulitnya berubah agak cerah. Doktor cakap kalau dia aktif bermakna dia recover dengan baik dan so far alhamdulillah dia sangat aktif.
Apa yang penting, kita jangan beri tekanan demi anak-anak. Kalau kita rasa tertekan, akan beri kesan kepada anak-anak. Apa pun, kalau kita rasa kita diuji hebat, ada lagi yang yang lebih hebat ujiannya.
Saksikan ulangan rancangan TV Pa&Ma di Astro Prima & Maya HD
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pertama kali menatap cerianya anak ini, penulis terdetik tentu dia mendapat semangat positif dari orang sekeliling. Jadi benarlah tanggapan itu, anak ini mempunyai ibu ayah yang sangat positif dan bersemangat. Sangkaan penulis, ibu ini mempunyai latar belakang dalam terapi cara kerja. Tapi sangkaan ini meleset, kerana katanya dia tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang itu.
Saidah telah berkongsi tentang terapi dan aktiviti homeschooling yang dilakukan kepada anaknya, Darwisy dan Zara.
Terapi dan homeschooling cara kami.
Tujuan lebih tertumpu pada Darwisy putera istimewa Cerebral Palsy saya.
10 point yang WAJIB buat setiap hari. Setiap masa/sesi didalam jadual harian punya misi yang berbeza untuk dicapai.
Jika sebelum ini, pointnya sedikit tetapi tahun ini ditingkatkan dan perlu ditulis/diprint begini supaya tidak lupa dan leka.
Point yang boleh dikatakan yang paling lemah adalah berkaitan persepsi visual.
Point ini yang baru dijodohkan pada tahun lepas selepas seorang sahabat yang sungguh baik hati memberitahu saya berkenaan isu ini.
Beginilah cabarannya besarkan anak istimewa ini. Lain tahun lain cabarannya. Makin digali ilmu makin jumpa term yang baru atau isu yang tak disangka.
Tak mudah tapi tak bererti susah, hanya terdapat cabaran.
Terkini, Darwisy sedang melalui pelbagai stimulasi dengan Saidah di rumah, sesi belajar dan terapi dengan teacher mama!
Journey of little fighter darwisy hakimi.
Sesi belajar dan terapi dirumah bersama teacher mama dihari pertama tahun 2019.
•Sesi pagi pertama Brushing technique Stretching Oral motor stimulation Anat Baniel Method (ABM)
• Sesi pagi kedua Latihan fonik- Kenal abjad dan membaca (tujuan utama betulkan sebutannya). Latihan fizikal- wheel barrow, kuatkan otot tangan guna peanut stability ball. Latihan untuk kemahiran motor halus- fokus lebih pada penggunaan tangan kanan Belajar subjek bahasa melayu.
Sesi pagi memang dia fokus, ajar kemas mainan lepas sudah main. Letak ditempat yang betul. Untuk didiknya jadi seorang yang bertanggungjawab dan juga bagus untuk fokus matanya.
• Sesi petang pertama Belajar subjek sains, matematik dan bahasa inggeris. Belajar menulis dan mewarna.
Lepas itu beri dia rest dan bermain ikut suka. Zara pun sudah balik.
Kadang-kadang, ujian paling berat buat seorang ibu ayah bukanlah bila anak degil atau susah dengar kata… tetapi saat melihat anak terbaring lemah di katil hospital, ditemani bunyi mesin dan rutin rawatan yang tak pernah berhenti.
Waktu itu, hati mak ayah mudah jadi sayu. Tangan kecil yang sepatutnya memegang pensel di dalam kelas, kini menggenggam cadar katil. Wajah yang dulu ceria berlari ke sekolah, kini menahan sakit sambil tersenyum lemah demi menenangkan hati ibu ayah.
Dalam keadaan sebegitu, ramai ibu ayah memendam rasa risau pelajaran anak macam mana nanti?
Kerana itulah usaha memastikan anak-anak yang sedang dirawat di hospital terus mendapat akses pendidikan adalah satu inisiatif yang sangat besar maknanya. Ia bukan sekadar soal pembelajaran, tetapi tentang memelihara harapan dan semangat anak-anak yang sedang berjuang melawan kesakitan melalui Sekolah Dalam Hospital Malaysia.
Program Sekolah Dalam Hospital Malaysia (SDH) terus diperkasa bagi memastikan murid yang sedang mendapatkan rawatan perubatan tidak tercicir daripada pembelajaran.
Inisiatif ini merupakan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), yang menekankan bahawa setiap insan berhak menerima pendidikan berkualiti tanpa mengira keadaan kesihatan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan bahawa program ini bukan sahaja memberi sokongan akademik kepada murid yang sedang dirawat, malah membuka ruang untuk mereka terus berkembang dalam suasana pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan kesihatan masing-masing.
“Terkini, program SDH diperluas ke Hospital Seberang Jaya, sekali gus menjadi yang pertama dilaksanakan di Pulau Pinang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Peluasan Sekolah Dalam Hospital Malaysia ini merupakan sebahagian usaha berterusan KPM dalam memperkasa akses pendidikan sejajar dengan perancangan di bawah Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 yang memberi penekanan terhadap pendidikan inklusif.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, lebih 400,000 murid telah mendapat manfaat daripada Sekolah Dalam Hospital Malaysia. Ketika ini, program berkenaan beroperasi di 20 lokasi dengan fokus memberi sokongan akademik berterusan kepada murid yang menerima rawatan hospital.
Senarai ini jelas menunjukkan komitmen pihak kementerian dalam memastikan akses pendidikan merangkumi semua golongan murid termasuk mereka yang berdepan cabaran kesihatan melalui Sekolah Dalam Hospital Malaysia.
Program Sekolah Dalam Hospital Malaysia memberi impak besar bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga emosi dan motivasi murid. Peluang untuk terus belajar membantu mereka kekal bersemangat walaupun sedang menjalani rawatan yang panjang dan meletihkan.
Inisiatif ini membuktikan bahawa pendidikan bukan hanya tertumpu di dalam bilik darjah biasa. Dengan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi, sistem pendidikan negara mampu menjadi lebih inklusif serta menyeluruh.
Peluasan SDH ke Pulau Pinang juga menjadi simbol bahawa akses pendidikan berkualiti adalah hak setiap anak. Walau berada di hospital, murid tetap berpeluang mengikuti kurikulum persekolahan agar pembelajaran mereka tidak terhenti.
Buat ibu ayah, usaha ini pastinya memberi sedikit kelegaan dalam kerisauan yang ditanggung. Di saat anak sedang berjuang melawan kesakitan, mereka masih mampu memegang buku, menyambung pelajaran dan terus mengejar cita-cita.
Kerana bagi seorang anak, belajar itu adalah harapan. Dan melalui Sekolah Dalam Hospital Malaysia, harapan itu terus hidup walaupun dalam ujian yang paling berat.