Siang anak nampak sihat dan cergas, bila malam anak mula tinggi suhunya dan demam. Bagi ibu bapa yang berhadapan situasi anak demam malam ini, berikut punca dan cara untuk merawat keadaan anak anda.
Kenapa kanak-kanak kerap demam? Demam malam pada kanak-kanak boleh berlaku akibat pelbagai sebab.
Antara sebab paling biasa kenapa kanak-kanak kerap demam adalah disebabkan:
1. Jangkitan kuman
Punca utama demam malam biasanya disebabkan jangkitan kuman bakteria atau virus.
Jangkitan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti infeksi saluran pernafasan, penyakit asma dan jangkitan saluran kencing.
2. Perubahan suhu tubuh
Suhu tubuh biasanya akan meningkat secara semula jadi pada malam hari.
Demam ringan pada waktu siang boleh menjadi lebih teruk pada malam hari kerana hormon kortisol dan adrenalin berkurangan ketika tidur.
Ads
3. Reaksi alergi, antara penyebab kenapa kanak-kanak kerap demam
Keradangan atau reaksi alergi seperti asma dan rhinitis, juga boleh menyebabkan demam pada waktu malam.
4. Pakaian yang tebal dan suhu bilik
Kadangkala, pakaian tebal atau suhu bilik yang terlalu panas boleh meningkatkan suhu tubuh anak terutamanya pada bayi yang belum mampu mengawal suhu tubuh mereka sendiri.
5. Selepas imunisasi
Demam ringan pada malam hari juga boleh berlaku selepas suntikan vaksinasi.
Simptom-simptom demam malam pada kanak-kanak
Kanak-kanak mengalami demam biasanya diikuti dengan tanda-tanda beberapa simptom seperti berikut:
* Suhu badan yang melebihi 38 darjah selsius
* Kurang beraktiviti
* Sukar tidur
* Kurang selera makan
* Badan menggigil
* Sakit kepala
* Sakit otot
* Badan berpeluh
* Dehidrasi
* Dahi dan leher terasa panas
* Kulit menjadi pucat
Ads
Apa perlu buat bila demam?
Berikut adalah beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keadaan anak kerap demam malam:
Guna kompres sejuk
Letakkan kain atau span yang telah direndam dengan air sejuk pada dahi anak untuk membantu menurunkan suhu tubuhnya.
Pakaian yang nipis
Pakaikan pakaian yang nipis pada anak untuk mengelakkan peningkatan suhu tubuh yang berlebihan.
Tingkatkan pengambilan cecair
Beri anak lebih banyak minuman seperti air putih, susu, jus, teh herba, sup atau larutan rehidrasi untuk mengelakkan dehidrasi.
Ads
Kawal suhu ruangan
Pastikan suhu di bilik tidur anak sentiasa sejuk untuk membantu mengurangkan suhu tubuhnya. Gunakan kipas angin untuk mendinginkan suhu ruangan, tetapi jangan arahkan langsung ke tubuh anak.
Rehat yang cukup
Pastikan anak tidur nyenyak. Tidur yang cukup penting untuk proses penyembuhan.
Berikan ubat demam
Jika perlu, berikan ubat demam seperti paracetamol atau ibuprofen. Pastikan dos yang diberikan sesuai dengan arahan doktor.
Selepas suami disahkan positif Covid-19 sebelum ini, pelakon dan pengacara terkenal iaitu Ain Edruce memberitahu anak perempuannya, Soraya pula didapati positif Covid. Kerisauannya sebagai ibu sebelum ini terjawab setelah melihat Soraya tak sihat.
‘Please doakan Soraya dan Amirul’
Menerusi perkongsian di Instagram storynya, Ain Edruce akui sangat risau akan kesihatan Soraya lebih-lebih lagi apabila suhu badan anak perempuannya itu agak tinggi.
Please doakan Soraya dan Amirul sembuh cepat especially Soraya. Kasihan dia, suhu badan tinggi, panas badan dia.
Bercerita lanjut, Ain memberitahu pada awalnya dia membawa Soraya ke hospital adalah untuk memeriksa badan Soraya yang mempunyai bintik-bintik merah selain suhu badannya pada ketika itu agak tinggi. Namun siapa sangka, setibanya di sana mereka diminta membuat PCR dan keputusan mengesahkan Soraya positif Covid-19.
Semalam tak ada Covid, tiba-tiba buat PCR ada Covid-19 pula. Semalam Ain buat test Covid-19, dia negatif.
Jadi Soraya ada bintik-bintik merah then suhu badan dia tinggi. So terus pergi kecemasan tapi nak admit kena buat PCR. Tiba-tiba buat PCR sangkut dia. Sebenarnya dia Covid-19, sebab tu badan dia merah-merah macam ni.
Ain juga mengambil kesempatan itu meminta orang ramai mendoakan agar Soraya dan Amirul diberi kesembuhan.
Moga suami dan anak Ain kuat melawan virus ini dan kembali sihat seperti sediakala.
Kredit: IG Ain Edruce
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak berumur setahun dua bulan. Kepala kerap berpeluh sehingga basah rambutnya. Kadang-kadang boleh menyebabkan bau masam hingga terpaksa syampu rambutnya setiap hari. Adakah ia normal atau ada tanda penyakit lain?
Berikut jawapan dari Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa Tajuddin
Tubuh manusia mempunyai hampir 3 juta kelenjar peluh (eccrine sweat glands) yang menghasilkan cecair jernih iaitu peluh. Tujuan peluh dihasilkan untuk mengawal suhu dengan cara menghilangkan haba yang berlebihan melalui proses “evaporation”.
Terdapat anggaran 1-3% dalam populasi manusia yang mengalami masalah perpeluhan yang berlebihan yang dipanggil ‘hyperhidrosis’ sama ada primer atau sekunder. Sekiranya anak puan hanya mengalami perpeluhan yang banyak di bahagian kepala sahaja, ini dipanggil “craniofacial hyperhidrosis”.
Antara punca yang dikenal pasti berkaitan dengan perpeluhan yang berlebihan ini ialah jangkitan kuman yang menyebabkan suhu badan menjadi panas, rembesan hormon tiroid yang berlebihan (hyperthyroid), cystic fibrosis, kandungan gula berlebihan dan kegagalan jantung (heart failure).
Namun, selalunya kanak-kanak yang mengalami masalah ini tidak ada kaitan dengan sebarang penyakit dan mereka selalunya cergas dan terlalu aktif. Sekiranya mereka menghidapi penyakit seperti yang tersebut di atas, mereka turut menunjukkan gejala lain seperti makan banyak tetapi tetap kurus, kehilangan berat badan, atau kurang selera makan atau lemah dan cepat berasa penat dan sebagainya. Puan tidak perlu risau jika anak tiada tanda-tanda sebarang penyakit, namun sebaiknya bawa anak berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut.
Pastikan anak puan tidak terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu panas, sentiasa berada dalam bilik atau kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik. Elakkan anak memakai pakaian yang sangat ketat, tebal atau jenis kain yang panas, tidak memakaikan penutup kepala seperti topi serta sentiasa membawa tuala kecil untuk mengelap peluhnya (di kepala atau badan). Penjagaan kebersihan tubuh badannya perlu dititikberatkan untuk mengelakkan mendapat jangkitan seperi kulat kepala atau ruam kulit.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pencetus hemolisis anak kurang G6PD, penting ibu bapa mesti tahu! Ubat gegat, kacang parang dan ubat nyamuk lingkaran antara ENAM pencetus hemolisis anak kurang G6PD. Mama papa mesti tahu dan mesti sentiasa peka!
G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.
DIAGNOSA
Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita, semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusat.
Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.
Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah melalui ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.
Perkongsian daripada Dr Salehuddin Sulaiman ini boleh dijadikan panduan dan meningkatkan pemahaman tentang kekurangan G6PD.
Kekurangan G6PD atau G6PD deficiency perlu diperjelaskan terutama sekali bagi ibu bapa dan pesakit sendiri bagi mengelakkan berlakunya hemolisis yang mengakibatkan kemusnahan sel darah merah lebih cepat berbanding penghasilannya.
G6PD ialah enzim yang menjaga keutuhan dinding sel dari serangan pengoksidaan.
Kalau G6PD cukup, dinding sel terpelihara daripada bahan teroksida yang merosakkan dinding sel.
Kekurangan G6PD selalunya banyak berlaku kepada lelaki. Perempuan ada tapi jarang.
Masalah seumur hidup, tiada rawatan untuk memperbanyakkan enzim ini.
Kekurangan G6PD boleh menyebabkan jaundis tinggi pada bayi.
ENAM PERKARA PERLU DIELAK BAGI INDIVIDU KEKURANGAN G6PD
#1: Ubat gegat
#2: Kacang Parang
Dr Salehuddin turut mengupas lanjut mengenai kacang parang. Hanya kacang parang, bukan semua jenis kacang mengakibatkan tindak balas hemolisis bagi individu kekurangan G6PD.
Soalan yang boleh merungkai persoalan mengenai kacang parang yang mengelirukan.
Nama lain bagi kacang parang. Walau pun nama lain, kacang asalkan ia kacang parang maka perlu dielakkan.
Ibu menyusu juga dilarang makan kacang parang kalau anak kurang G6PD
#3: Sesetengah ubat-ubatan
#4: Jangkitan Kuman
#5: Methylene Blue (Ubat Untuk Merawat Ikan)
#6: Ubat Nyamuk Lingkaran
PUCAT, SAKIT PERUT/BELAKANG & KENCING BERDARAH/ WARNA GELAP TANDA BERLAKU HEMOLYSIS
Dr Salehuddin juga turut menegaskan individu sekeliling perlu ambil langkah segera apabila melihat tanda-tanda hemolysis bagi mereka yang kekurangan G6PD. Terus bawa ke hospital.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.