Sebaik dilahirkan bila doktor sahkan anak ada G6PD ibu jangan cepat down. Ia bukan penyakit atau kecacatan. Lazimnya, G6PD tidak berbahaya sekiranya kita mengenali tentang cara menguruskannya.
G6PD ialah Glokosa-6-Fosfat Dehidrogenase yang merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu atau makanan. Sebenarnya G6PD bukan penyakit tetapi berkaitan dengan genetik atau keturunan
Seterusnya apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksigen dengan berkesan ke seluruh tubuh, akan berlaku keadaan dikenali sebagai anemia hemolitik. Anemia hemolitik adalah penyakit anemia yang terjadi ketika sel-sel darah merah mati lebih cepat daripada kecepatan sumsum tulang menghasilkan sel darah merah.
Paling ditakuti bayi baru! G6PD akan menyebabkan jaundis (demam kuning). Oleh kerana kekurangan enzim G6PD, sel darah merah bayi mudah pecah dan menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi. Kandungan bilirubin yang tinggi akan menjadi toksik kepada otak dan menyebabkan kecacatan kepada bayi. Apabila ini berlaku, pemindahan darah perlu dilakukan dengan segera.
Namun anda tidak perlu risau jika anak mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan, makanan atau bahan kimia tertentu yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap mempunyai daya ketahanan melawan penyakit Malaria.
Apa yang pastinya, kena jaga pantang larangnya. Jika langgar kemungkinan akan wujud permasalahan antaranya sel darah merah mati, sel darah merah pecah, kerosakan hati dan terdapat juga sesetengah kes yang menyebabkan kematian!
Berikut adalah antara pantang larang iaitu
IKLAN
Pemakanan:
1.Kacang parang (fava beans)
2.Asid askorbik tiruan yang terdapat dalam vitamin C
3.Gula-gula dan makanan berperisa menthol
4.Makanan yang mengandungi sulfida kacang soya atau produk soya.
IKLAN
5.Sesetengah produk bebas gluten seperti tepung semua jenis kacang atau produk kacang
6.Makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue
Persekitaran:
7.Ubat nyamuk (mengandungi pyrethium)
8.Ubat-ubatan herba atau jamu
IKLAN
9.Ubat anti-malaria
10.Ubat sakit kepala seperti paracetamol (mengandungi thylenol)
11.Ubat gegat (mengandungi napthalene)
12.Ubat-ubatan cina (senseh)
NOTA PENTING:
Maklumkan pada doktor atau pakar perubatan bahawa anak anda penghidap G6PD. Ia untuk mengelakkan kemungkinan tindak balas yang berbahaya daripada rawatan yang diterima.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersalin waktu PKP ni memang agak mencabar. Banyak SOP yang perlu dipatuhi supaya ibu dan bayi yang bakal lahir selamat dari jangkitan Covid-19. Ibu-ibu yang bakal bersalin bukan hanya perlu bersedia dari segi fizikal, tetapi mental juga harus kuat kerana jika bersalin di hospital awam suami tidak dapat menemani isteri.
Puan Haslinda berkongsi pengalaman dari mula masuk ke hospital untuk bersalin hinggalah dibenarkan pulang ke rumah. Semuanya harus dilakukan sendiri. Persiapkan mental agar ibu-ibu bakal bersalin kuat situasi ini.
Bersalin di hospital kerajaan musim pkp 3.0 19/5/2021
Pastikan sebelum check in hospital minta ampun siap-siap dengan suami sebab lepas register suami tidak dibenarkan jumpa isteri. Barang dihantar ke security guard sahaja
Register pukul 8pagi pukul 6petang baru dipanggil masuk ward sebab katil penuh ye puan-puan, sementara tunggu katil berlegar-legar seperti dalam gambar tu
Setelah dapat katil swab test dilakukan bagi ibu-ibu yang bakal bersalin secara elective cezer result keluar setelah 4jam jangan risau tak sakit pun dia cucuk kat hidung je.
Dah bersalin nurse akan call suami naik ward untuk azan dan ambil uri diberi masa 10minit sahaja, saya dibius penuh disebabkan ada masalah kesihatan lain maka packing baju baby siap seperti dalam gambar sangat membantu nurse sebab saya tak sedar apabila sedar pun masih tak mampu uruskan baby masih ada ibu-ibu yg lain membantu ambilkan barang.
Setelah 2hari doktor pantau diberi balik pukul 8pagi kol 10malam baru selesai urusan keluar ward dan baby
Musim pkp terlalu ramai ibu bersalin jadi persediaan mental sangat penting kita kaum ibu diberi power yang luar biasa jangan takot suami tak ada disisi melainkan puan2 ada duit extra dan tiada masalah kesihatan boleh ke hospital private mungkin lebih selesa.
Semoga bermanfaat kepada orang lain yang bakal menyambut orang baru musim pkp ni.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekarang musim Influenza, sudah banyak kes yang menyerang bayi, kanak-kanak bahkan orang dewasa. Kes smakin meningkat dan paling menyedihkan turut melibatkan penghidapnya meninggal dunia.
Di dalam perkongsian ibu anak 5 ini, Rosmarlina Abdul Ghani melalui akaun Facebooknya, beliau berkongsi cara penjagaan anaknya yang disahkan demam influenza.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu para ibu yang mungkin sedang berhadapan dengan anak yang dijangkiti demam influenza ini. Mereka perlu dipantau dan dijaga dengan penuh perhatian bagi memastikan kita sentiasa peka dengan keadaan mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas melahirkan, kebanyakan wanita menyimpan hasrat untuk menurunkan berat badan dengan banyak. Yalah, mahu ‘pasang badan’ semula selepas sembilan bulan mengandung dan berat badan naik. Pun begitu, sesetengah wanita hanya mampu menurunkan berat badan ketika dalam fasa berpantang, kemudian berat naik mendadak pula.
Dalam penulisannya di Facebook, Dr Erna Nadia, menceritakan tentang faktor-faktor yang menyebabkan seorang ibu itu gagal untuk kurus selepas bersalin.
AKU TAK GEMOKKKKKK!! Tidakkk~
‘Aku tak gemoklah! Aku tengah mengandung niiii. Sampainyaa hatimuu mengutuk dirikuu dimanakah janji mu yang setiaaaa’(tetiba nyanyi lagu spring pulak)
‘Aku tengah nyusu badanlahhh. Aku laporrr. Aku kena makan double supaya anak aku dapat zat yang cukuppp. Ibu ibu ekaulah ratu hatikuu’(tiberr keluaq lagu iklan susu pulakk)
Biasalah ni kan?😝
Hidup dan drama tak dapat dipisahkan🤪
Ramai sangat yang dah tersalah cara semasa mengandung dan semasa menyusu. Walau sudah kata tak perlu makan untuk dua orang tapi masih ramai yang percaya kena juga cukupkan portion 2 meals untuk setiap meals setiap hari🤦🏻♀️
But worry not, masih belum terlambat. InshaAllah walaupun dah postpartum (lepas bersalin) 15 tahun pun, kita masih boleh kembali ke bentuk ‘kerengga’ jika kita mahu.
Tak caya boleh tanya Dr Hana Hadzrami. Dia adalah contoh idola wanita, seorang mak, seorang doktor pakar bagi saya. Dah la cantik, berbudi bahasa, tegas juga dan baik hati (dapat keychain dari korea pun jadilah😙)
Masa mengandung anak pertama dulu, berat saya melonjak dengan ria nya sebanyak 22kg. Perghh tak perghhh. Dari 46kg terus zupppp 68kg. Bila belek balik gambaq masa tu, murung seketika. Apalah yang saya fikirkan masa tu? Haaa jangan kata semua doktor boleh disiplin ya. Bila tak ada ilmu dan tak ada disiplin, jadi doraemon lah ekau.
Lepas bersalin tu, masa pantang dan menyusu badan, berat paling minimum adalah 52kg. Dah ok sgt dah tapi lepas berhenti susu badan, berat naik 54-56-58-55kg. Susah sangat dah nak turun 50kg apatah lagi bawah 50kg😖
Ok, tinggi saya 160cm. Berat 52-54kg tu dah ideal tapi biasalah manusia mana pernah puas, mesti nak lagi dan lagi🤭
So, untuk kandungan kedua ini, saya tanam azam untuk pastikan berat tak naik banyak. Berat memang akan naik tapi sepatutnya tak lebih 12kg pun sepanjang hamil. Banyak risiko bila berat naik banyak semasa hamil ni. Risiko paling tak best adalah kencing manis & masalah darah beku pada kaki.
Jika anda dapat kencing manis semasa mengandung, risiko untuk mendapat kencing manis selepas mengandung juga adalah tinggi. Sebab tu kalau boleh elakkan terutamanya mereka yang ada sejarah mak atau ayah yang ada kencing manis juga dan mereka yang obesiti.
Sewaktu hamil, kalori yang perlu cuma lebih 80 kcal semasa trimester pertama, 150-200 kcal semasa trimester kedua dan 300-350 kcal semasa timester ketiga. Tak lebih banyak pun.
Senaman tetap perlu diteruskan sewaktu hamil melainkan jika anda ada masalah seperti pendarahan atau uri di bawah atau masalah kesihatan lain yang mana doktor yang merawat anda kata jangan bersenam kuat atau kena rehat then rehatlah ya. Tapi rehat tak bermakna kena baring saja 24/7. Badan yang banyak berehat/baring akan mengundang pelbagai masalah.
Senaman yang boleh dibuat semasa mengandung janganlah yang high intensity sangat. Slow jog ke swimming ke berbasikal ke yoga ka slow dance ke slow aerobic ke pun ok. Asal kan ada setiap hari. Bayi dalam rahim pun sure seronok mak dia aktif😊
Makanan yang nak makan pun pilihlah untuk lebihkan buah buahan, sayur sayuran dan bijirin. Ya, ada sesetengah wanita yang tak lalu bau buah pun masa hamil. Mungkin anda boleh snack biskut kosong cicah air atau makan kuih sebiji dua.
Untuk main course boleh lebihkan sedikit karbohidrat atau protein. Lebihkan sedikit bukan bermaksud makan dua pinggan🙅🏻♀️ Letak nasi lebih separuh genggam atau letak protoin lebih separuh genggam.
Paling penting adalah air kosong. Masa hamil, air kosong kena lebih dari biasa sebab masa hamil perlukan lebih banyak darah untuk bagi kat bayi juga. Sebab tu juga masa hamil, jantung berdegup kencang sikit sebab jantung kita kena kerja kuat nak bekalkan darah pada bayi juga.
Sian kan jantung kita. Sebab tu kita kena sayang dia. Tak mau merokok, tak mau minum arak, tak mau makan jus pelik pelik, tak mau makan makanan yang tak sihat. Nanti jantung kita tak sihat🥺
Samalah juga konsep ini masa lepas bersalin pun.
Ramai yang ingat masa menyusu badan pun kena makan double supaya susu banyak.
Nope! Big NO NO🙅🏻♀️ Nehi nehi, nyet nyet, nada nada.
Untuk pastikan susu banyak, paling penting sekali adalah air kosong/masak kena banyak, emosi kena stabil dan makan makanan yang sihat.
Yes, memang perlukan tenaga yang lebih tapi tapi perlu makan sampai 2 portions pun sekali makan. Lebihkan sikit kalori sehari dalam 100-300 kcal saja.
Antara sebab kenapa badan susah nak kurus selepas bersalin adalah: 1. Berat naik banyak sangat masa hamil. Kena tau yang otot di badan kita ada simpan memori. Bila dah biasa makan banyak, isi jadi penuh lemak, nanti bila nak kurangkan lemak tu jadi susah dan akan buatkan anda mudah lapar.
2. Tidur tak cukup. Ok yang ni memang dah pasti la kan sebab bayi kecil memang akan kerap terjaga dan lapar atau nak kencing ke berak ke panas ke gatal ke. Tapi anda kena pastikan juga masa dia tidur, anda tidur juga waktu malam. Suami kena tolong main peranan waktu ni. Tolonglah juga tengokkan bayi tu juga, bagi isteri anda rehat 3-4 jam yang berkualiti. Sebab tu elok pam susu sebab nanti suami boleh tolong bagi susu tu.
3. Makan tak teratur. Haaa masa ni memang huru hara. Ramai suka skip meals dengan alasan nak jaga baby. Lepas tu bila dapat makan, makan triple sebab dah skip meal kan. Sebab tu tak elok skip meal ni. Lagi lagi mereka yang menyusu badan.
4. Makan makanan bayi. Masa baby dah 6 bulan dan boleh makan, masa ni memang best nak try test makanan bayi yang macam macam. Excited kan. Tapi kena hati hati, kalau boleh janganlah habiskan makanan baby tu. Masa nak suap dia, letak dalam portions yang sikit dulu bagi dia rasa, kalau dia suka, boleh tambah sikit lagi. Sebab baby ni tak makan banyak pun. Perut depa alahai kemetot lagi. Bagi banyak sangat nanti tak hadam pulak. Janganlah pulak kedeks bagi sikit sangat jugak. Ok yang penting, elakkanlah dari makan makanan bayi sebab biasanya makanan bayi ni tinggi kalori sebab depa nak membesaq kan. Kita toksah ler besaq dah.
5. Kurang air kosong. Haaaaaa bila malas minum air kosong, kita akan cari sesuatu untuk penuhi selera kita dan biasanya kita akan cari yang manis manis sajalah sebab sugar rush lah kekonon. No no no. Benda ni lah paling kena disiplin. Bila dah makan main course, lepas tu in between nak snack tu kalau lapar cuba teguk air kosong. Air kosong ni tak kira sejuk atau panas, kalori dia kosong, zero, null. Selain boleh kenyangkan perut, ianya boleh menyegarkan kita😍
6. Tak ada masa bersenam. Ramai ni yang suka bagi excuse tak ada masa bersenam sebab bayi masih kecil. Ok. Suami please alert. Anda sayang bini anda? Kalau ya, silakan beri dia masa untuk diri sendiri juga. Bukan lama pun. Sehari dapat 15-30 minit dah ok sangat. 30 minit untuk anda sebagai bapa nak melayan anak bukanlah susah kan? Anda sebagai ibu pun boleh juga cuba bersenam masa anak tengah tidur waktu siang tu. Nak join tidur sekali ok tapi janganlah terus sampai 2-3jam. Setengah jam lepas tu anda bangun and move your gluteus! Kalau tak sempat siang, boleh bersenam waktu malam masa suami dah balik kerja😙
So, setelah tulis punya panjang, apa yang saya nak tekankan adalah disiplin💪🏻 (Tengah cakap untuk diri sendiri juga ni😉)
Kita adalah apa yang kita fikir. Kalau betul kita mahu kembali ‘kerengga’, kita haruslah jadi rajin macam semut juga. Kalau kita malas, ‘membadak’ lah kita. Haaaa choi choihh👙
So setakat itu sajalah dulu. Nanti nanti kita potpet lagi😘
Nota kaki : Ingat kata kata tu doa. Kalau asyik cakap tak boleh memang takkan bolehlah ekau jang!😜
Dr. Erna Nadia Tanam niat nak sihat sebab nak mudah beribadat♥️
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!