Anak ekzema dan alahan protein susu lembu, Zahirah Macwilson beri semula susu badan. Anak kedua Zahirah dan Aiman Hakim, Inara Raisa mengalami ekzema dan alahan protein susu lembu.
Anak Ekzema & Alahan Protein Susu Lembu, Zahirah Macwilson Beri Semula Susu Badan
Inara telah dimasukkan wad di hospital beberapa hari lalu. Maka disebab itulah Zahirah telah berhenti memberikan susu formula kepada Inara bagi mengelakkan masalah itu daripada terus berulang.
Berikut perkongsian Zahirah di laman Instagramnya.
Alhamdulillah, Inara semakin baik, kami telah dibenarkan pulang malam tadi.
Terima kasih kepada semua atas doa, nasihat dan kata-kata baik.
Saya akan berehat seketika dari mencuba susu formula dan memberi tumpuan semula kepada perjalanan penyusuan susu ibu demi kesihatan bayi perempuan kami kerana dia mengalami ekzema ringan & CMPA (Alergi Protein Susu Lembu). Seluruh badannya terjejas dan matanya bengkak.
Saya sedang cuba meningkatkan bekalan susu dengan penyusuan langsung yang berterusan, mengepam, minum banyak air, makan, berehat dan semua perkara yang boleh membantu meningkatkan bekalan susu.
Jika ada sesiapa yang sedang menghadapi cabaran yang sama, anda tidak bersendirian! Dan ia bukanlah mudah!
Ads
Sebarang cadangan untuk meningkatkan bekalan susu, saya amat menghargai dan sudi berkongsi dengan anda semua.
Bagi ibu bapa yang mempunyai bayi CMPA, dapatkan nasihat daripada pakar pediatrik/doktor mengenai formula yang sesuai digunakan. Pilihan lain termasuk; berasaskan soya, beras, dan berasaskan asid amino.
Untuk info, Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Isaac Raees pada 5 Januari 2021.
Lama menunggu, akhirnya pelakon Jehan Miskin kini bergelar bapa selepas isterinya Julie Camelia Rhee selamat melahirkan bayi lelaki mereka Sabtu lalu.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Jehan menerusi lama sosialnya dengan memuat naik fotonya bersama cahaya matanya yang sudah diberikan nama.
Sepakat memilih nama, Axel Nova Rhee Jehan, nama indah yang dipilih Jehan dan isterinya buat anak pertama mereka.
” Selamat datang ke dunia anak lelaki saya, Axel Nova Rhee Jehan.
“Lahir pada tengah malam hari ke-9 sambutan Tahun Baru Cina dengan letupan bunga api.
“Awak benar-benar satu keajaiban,” tulis Jehan menerusi Instagramnya.
Menerusi kapsyen yang dikongsikannya itu, Jehan turut berkongsi dua keping gambarnya yang sedang memegang putera sulungnya itu.
Dengan sekeping gambar sudah cukup menjelaskan kebahagian kerana akhirnya selepas menanti pada tempoh yang cukup lama, si comel Axel Nova Rhee Jehan sudah pun berada di dalam dakapan.
Tahniah diucapkan buat Jehan dan isterinya. Malah di ruangan komen turut dihujani dengan pelbagai ucapan tahniah dari rakan selebriti juga seluruh pengikutnya di Instagram.
Sebelum ini, isteri Jehan, Julie Camelia yang merupakan warganegara Korea itu mengakui teruja dan tidak pernah membayangkan dirinya hamil selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
“Sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan datang dalam dunia kecil kami, yang akan buat segala-galanya berubah. Kami akan bergelar ibu bapa,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @jehan_miskin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kata orang, keadaan air ketuban ketika hendak bersalin akan memberikan tahap kesakitan yang berbeza. Sejauh manakah pernyataan ini benar? Perkongsian Dr Norkedah Rahani, doktor kanan perbidanan dan sakit puan Hospital Pusrawi Kuala Lumpur.
AIR KETUBAN TANPA DARAH
MITOS: Ibu mengalami pecah ketuban dalam bentuk air jernih tidak berbau (kembar air) sebagai tanda adalah dikatakan sebagai lebih mudah bersalin.
FAKTA: Tiada fakta dan kajian yang menyokong fakta ibu mengalami pecah ketuban dalam bentuk air jernih tidak berbau (kembar air) sebagai tanda adalah dikatakan sebagai lebih mudah bersalin.
Kontraksi dengan lelehan air ketuban ialah keadaan di mana ibu mengalami air ketuban pecah dalam bentuk air jernih dan tidak berbau. Jika ia berlaku sebelum kontraksi (37minggu ke atas) maka ia dinamakan premature rupture of membrane iaitu koyakan pada lapisan kantung ketuban.
Koyakan ini boleh berlaku melebihi 24 jam sebelum waktu bersalin dan melibatkan kira-kira 10% ibu yang mengandung di mana kebocoran air ketuban dan cairan faraj tanpa ada rasa sakit kontraksi. Jika berlaku melebihi 24 jam sebelum kontraksi untuk bersalin tindakan selanjut perlu dilakukan untuk mempercepatkan kelahiran dengan kaedah cetusan kelahiran iaitu indius pecah. Hal ini jika tidak ditangani segera, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman kepada bayi dan uri.
AIR KETUBAN BERCAMPUR DARAH
MITOS: Ibu yang mengalami keluarnya darah dan bersama air ketuban keadaan dikatakan akan mengalami rasa kontraksi yang lebih kuat dan menyebabkan proses kelahiran mengambil masa yang lama.
FAKTA: Mitos ini tidak benar. Kecepatan proses kelahiran tidak bergantung dengan keadaan-keadaan ini. Dalam perubatan, doktor tidak boleh membuat jangkaan tentang tempoh kelahiran yang bakal dialami oleh pesakit menerusi tanda-tanda awal kelahiran seperti ini.
Memang terdapat keadaan di mana ibu-ibu mengalami pendarahan pada awal proses kelahiran yang keluar bersama dengan air ketuban. Ia disebabkan oleh terbukanya pintu rahim. Kemungkinan besar ia adalah mucus plug yang berbentuk jeli yang berfungsi menghalang bakteria dan jangkitan kepada bayi di dalam kandungan.
3 tanda perlu ke hospital
Ibu-ibu yang mula mendapat tanda-tanda kelahiran perlu segera ke hospital. Jangan lupa membawa kad rawatan antenatal dan beg hospital bersama. Berikut antara tanda-tanda yang perlu diambil serius.
Keluar air ketuban iaitu air jernih yang tak berbau. Bila ibu hamil merasakan adanya cairan yang keluar dan keluarnya tidak dapat ditahan, itu menandakan bahawa air ketuban sudah pecah. Normalnya, cairan ketuban tidak berbau, bersih dan jernih. Segera ke hospital apabila air ketuban sudah pecah walau pun anda tidak merasakan kontraksi sebelumnya. Pecahnya air ketuban yang tidak disertai kontraksi dan rasa memulas, menandakan bahawa ibu hamil mengalami ketuban pecah awal sebelum tanda-tanda persalinan muncul. Segera ke hospital kerana anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.
Sakit kontraksi yang berulang-ulang dalam tempoh 30 minit sekali. Ia adalah rasa mulas dan nyeri di bahagian bawah punggung atau pinggang serta kekejangan yang tidak kunjung hilang walau pun anda telah cuba mengubah posisi. Ia berlaku secara teratur dengan jarak yang semakin pendek (3-5 minit), dan tempoh sekitar 45 hingga 60 minit.
Keluar darah berserta lendir. Ia menandakan terlepasnya sumbatan tebal (mucus plug) pada leher rahim yang menandakan telah terjadi pembukaan dan penipisan pada serviks. Pengeluaran darah dan lendir dapat terjadi beberapa hari sebelum kelahiran. Hubungi doktor segera sekiranya terjadi perdarahan yang hebat.
Mucus plug ialah lendir yang kental yang berfungsi menyekat sebarang jangkitan uterus kepada uterus dan kandungan. Saiznya kira-kira empat hingga lima sentimeter di dalam servis atau dua sudu besar apabila terkeluar di awal proses kelahiran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim demam dan selsema ini ada baiknya mama papa rehatkan diri daripada bawa anak berjalan-jalan. Walaupun musim cuti sekolah, mama papa kena fikirkan kesihatan anak-anak. Bukan apa, ada baiknya untuk anak-anak kita dan tak kurang juga dapat sebarkan kepada anak-anak yang lain.
Perkongsian daripada Dr Suriyakhatun ini mama papa kena ikuti.
Musim flu ni. Semalam pesakit positif influenza A, hari ini influenza B.
Langkah pencegahan yang perlu ibu bapa ikuti.
1.Jangan bawa anak keluar ke tempat ramai orang, tanya guru taska ada tak anak demam, jika ada, jaga sendiri dulu lah.
2.Jika ada escalator dan lif guna escalator. Jika anak kita yang demam segera bawa doktor untuk periksa, jangan bawak jalan anak yang disahkan influenza.
3.Jangan pergi taska selagi anak belum baik demam.
4.Pastikan anak makan makanan seimbang dan berkhasiat, tambahkan makanan yang tinggi vitamin dan zat galian.
Rasanya dengan cuti sekolah minggu depan lagi ramai akan dapat flu ni.
Gambar ujian rapid test untuk flu.
C control. Jika ada line kat A influenza A, jika line kat B influenza B. Sampel adalah swab dari dalam hidung.
Gejala penyakit
Demam dulu atau sakit tekak dulu. Lepas tu sakit kepala, sakit badan, batuk selsema dan bersin. Tidur terganggu. Mungkin juga ada cirit dan loya serta muntah. Tidak semua orang ada gejala sistem Gastrointestinal ini.
Bagi individu yang biasa lelah, flu boleh cetuskan lelah.
Komplikasi lain termasuk pneumonia dan secondary infection dengan bakteria. Kahak akan tukar jadi kuning dan pekat. Mungkin kena dirawat di hospital bila ada komplikasi.
Saya sendiri rawat diri saya dengan penawar Homeopathy tanpa guna paracetamol.
Masa demam saya rehat ( bed rest) minum lebih air dan ambil ascorbate serta extract kunyit. Bila lenguh sangat saya guna hot packs. Saya elak ubat drug sebab ia akan panjangkan durasi demam.
Ini untuk diri saya, mungkin ada orang yang tidak begitu. Saya juga elak drugs sebab saya alah banyak drugs dan menjadi lemah selepas baik dari demam jika saya ambil antihistamine, ubat batuk dan paracetamol. Antibiotik tidak di perlukan untuk influenza sebab ia virus.
Paracetamol, ubat kahak, tamiflu, ubat batuk, antihistamine adalah rawatan doktor konvensional untuk flu.
Kredit: Dr Suriyakhatun
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!