Memang ada kanak-kanak yang mempunyai kefahaman yang sepatutnya dengan usia mereka tapi masih belum bercakap, tetapi ramai sebenarnya masih belum bercakap disebabkan oleh kurang kefahaman. Tapi mereka bijak dengan tingkahlaku mereka hingga membuatkan parents sangka anak-anak ini faham.

Baca Selanjutnya:

Nak Masa Hadapan Pendidikan Anak Terjamin? Persiapan Haruslah Bermula Dari Sekarang!  

Ok, saya akan terangkan macam mana yang dikatakan kanak-kanak nampak macam faham, tapi sebenarnya tak faham.

“Anak Faham Je Apa Saya Cakap Tapi Tak Bercakap Lagi” Yakin Ke Anak Anda Betul-Betul Faham?

MEMBUAT PILIHAN

Bila kita memberi pilihan pada kanak-kanak, mereka biasanya memang akan ambil tak kisah samaada mereka nak atau tak nak.. Ini membuatkan parents percaya yang anak boleh faham dan membuat pilihan. Untuk mengenalpasti samada anak betul-betul faham atau tidak, perhatikan betul-betul perkataan yg anda gunakan.. sebab biasanya kanak-kanak akan mengambil perkataan terakhir yang anda sebut. Oleh itu, cuba tukar kedudukan perkataan setiap kali memberi pilihan.. contohnya “nak lego ke puzzle?” Anak mungkin akan menjawab “puzzle” kerana ia adalah perkataan terakhir yg mereka dengar. Kemudian tanya semula “nak puzzle ke lego?” Sekiranya anak menjawab “lego”, mmg jelas lah anak tak faham soalan tersebut.. tapi hanya menyebut perkataan terakhir yang didengarnya saja..

TUMPUAN BERSAMA

Kanak-kanak mungkin menggunakan tumpuan bersama ini untuk berpura-pura menunjukkan mereka faham. Ini terjadi bila parents melihat ke arah objek dan kanak-kanak juga melihat ke arah objek yang sama. Contoh bila ibu bertanya, “mana kasut” dan tanpa disedari, ibu memang sedang melihat ke arah kasut.

Oleh itu, pastikan anda TIDAK melihat ke arah objek yang anda sebutkan.. contohnya bila anda memberi arahan “bagi mama kasut”, anda melihat ke arah kanak-kanak atau lihat ke arah objek lain.. Jika anak mengambil kasut, bermaksud mereka faham.. tapi sekiranya mereka mengambil objek lain yang anda tengok, itu menunjukkan yang mereka masih tidak faham.

MENGIKUT RUTIN

Kanak-kanak memang bagus dalam mengikut rutin.. ada kalanya kita akan nampak anak boleh mengikut apa yang cikgu di sekolah arahkan. Contohnya apabila cikgu meminta semua kanak-kanak untuk beratur, jika anak anda seorang yang ‘observer’, mereka akan melihat apa yang dilakukan oleh kanak-kanak lain dan meniru pergerakan mereka.

Di rumah, mereka akan dapat lakukan sesuatu yang rutin tanpa perlu memahami arahan dari parents.. Sebagai contoh, sudah menjadi kebiasaan yang diajar oleh parents, lepas makan kanak-kanak perlu meletakkan pinggan ke singki.. atau pun selepas membuka gula-gula, kanak-kanak perlu membuang plastik gula-gula ke dalam tong sampah. Jadi bila parents memberi arahan “buang sampah ni”, anak akan terus bawa ke tong sampah walaupun anak tidak faham arahan kerana situasi itu yang biasa terjadi.

“Anak Faham Je Apa Saya Cakap Tapi Tak Bercakap Lagi” Yakin Ke Anak Anda Betul-Betul Faham?

MENGGUNAKAN OBJEK MENGIKUT KEGUNAANNYA

Contoh yang mudah untuk kita faham adalah, anda beri arahan “Baling bola” semasa sedang bermain bola dengan anak. Nampak seperti anak betul-betul faham arahan tersebut kan. Tapi jika difikir semula, memang itu fungsi bola: untuk dibaling. Jika anda beri arahan “duduk atas bola” dan anak boleh buat, boleh kita cakap yang mereka betul-betul faham, sebab sangat pelik bola digunakan untuk duduk.

GUNAKAN KEDUDUKAN DALAM ARAHAN

Biasanya parents jarang atau kurang memberi perhatian kefahaman pada kedudukan, kerana selalunya anak boleh je buat arahan yang melibatkan kedudukan. Sebagai conoth “buang sampah dalam tong sampah” dan anak memang buang dalam tong samaph.. kerana sampah memang kita akan letak di dalam tong.. tapi jika anda memberi arahan “letak sampah di luar tong sampah” mungkin akan berbeza, kerana adalah pelik dan tak biasa untuk kita letakkan sampah di luar tong sampah.

Jadi, untuk bertul-betul kenalpasti sama ada anak faham arahan yang melibatkan kedudukan (atas, bawah, luar, dalam, depan, belakang), anda boleh cuba memberi arahan yang tak masuk akal atau diluar kebiasaan, seperti “letak mainan bawah kotak” atau “letak patung bawah katil”.. Atau untuk periksa samaada anak faham dalam dan luar, anda boleh lakukan aktiviti seperti gunakan kotak atau bas yang boleh dibuka pintu / bumbung.. kemudian letakkan beberapa blocks di luar dan di dalam kotak/bas.. dan beri arahan.. “letak block dalam bas” dan “keluarkan block dari bas”.. jadi kita boleh tahu yang anak betul-betul faham atau tidak konsep tersebut.

JADI MAKSUDNYA APA?

Maksudnya, kita kadang-kadang “assume” yang anak faham, tapi sebenarnya , mereka sedang melakukan perkara yang biasa dilakukan.. dalam erti kata lain “common sense”. Tapi perlu diingat juga, kita perlu lihat umur anak dan keupayaan untuk mereka memahami arahan.. sebab setiap peringkat umur ada kebolehannya tersendiri..

Tetapi, jika anak sudah melebihi usia 18 bulan tapi masih belum juga bercakap, dan kerap kali parents mengatakan “anak saya faham semua arahan tapi tak bercakap”.. di sini lah perlunya penilaian yang lebih terperinci untuk kefahaman mereka.. Jangan takut dan risau untuk berjumpa Speech Therapist berhampiran anda untuk penilaian.. Tak rugi untuk anda tahu kan.

Sumber: Aishah Kassim

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI