Bila tengok Pizza mini ni, alahai comelnya sangat sesuai untuk kanak-kanak. Rasanya yang enak dan roti yang sangat gebu bukan hanya menjadi kegemaran kanak-kanak malah orang dewasa pun turut menyukainya.

Nak tahu rahsia resipi Pizza mini ini? Jom ikuti perkongsian resipi mudah ini.

Resepi pizza mini. Jom try!

Anak Gemar Makan Roti? Buatkan Pizza Mini, Lagi Sedap Dari Beli Di Kedai

IKLAN

BAHAN-BAHAN
– 250ml cawan air suam
– 1 peket yis mauripan
– 1sk gula
– 1sk susu pekat
– 4 cawan tepung gandum
– 1 biji telur
– 1/4 sk garam
– 1 cawan majerin

CARA-CARA

1. Campurkan gula, susu pekat ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.

IKLAN

2. Dalam mangkuk Yang lain masukkan 4 cawan tepung gandum, majerin, garam, telur ke dalam mangkuk dan gaul sehingga menjadi serbuk roti.

3. Kemudian baru masukkan yis yang dah naik tuang sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat ditangan.

4. Bila doh dah tak melekat ditangan boleh tutup biar dalam 20 atau 30 minit untuk bagi doh naik 2x ganda.

IKLAN

5. Letak topping dan bakar pada suhu 190°C selama 20 minit.
TOPPING

* Tomato puri
* Vages campur
* Sosej
* cheese cheddar atau mozarella
* sos cili
* mayonis

Kredit: Natasha Jeffrey

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI