Malam nak tidur tiba-tiba bunyi gigi bergesel, agak menakutkan mendengarnya bila diperiksa rupanya anak lelaki yang masih kecil tidur dengan keadaan begitu. Perkara tersebut mungkin merisaukan ibu ayah. Malah ada yang berlarutan sehingga usia dewasa.
Menurut laman Facebook Public Health Malaysia, keadaan tersebut mungkin petanda bagi masalah stress dan kebimbangan yang dialami oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Ia merupakan tindakan di luar kawalan dan sekiranya ia dibiarkan akan menyebabkan beberapa keadaan yang membuatkan si kecil atau anda sendiri berasa tidak selesa.
Pernahkah kita tertanya-tanya kenapa pasangan atau anak kecil kita mengeluarkan bunyi yang menakutkan daripada gigi mereka di waktu malam?
Sebenarnya, mereka sedang mengisar dan menggesel gigi mereka TANPA SEDAR! Ia juga mungkin petanda bagi masalah stress dan kebimbangan.
Ads
Dalam bahasa perubatan, ia dipanggil ‘bruxism’. Perbuatan mengisar gigi ini adalah pergerakan mengetap, menggesel atau/dan mengisar antara gigi-gigi di rahang atas dan di rahang bawah secara tidak disedari atau disengajakan.
Sekiranya dibiarkan, ia akan akibatkan
✔️ Sendi rahang berbunyi semasa membuka dan menutup mulut ✔️ Kesakitan/ luka di bahagian sudut mulut ✔️ Kesukaran untuk tidur ✔️ Sakit telinga ✔️ Sakit pada otot muka ✔️ Sakit kepala pada waktu pagi
Ads
Bagi mencegah, cuba latih rahang untuk berehat dan mengelakkan dari gigi bergesel pada waktu sedar.
Jangan ambil mudah, dapatkan rawatan. Jika perlu , doktor gigi akan memberi alatan Perlindungan Mulut.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Ads
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Sejak dari lahir tidak pernah menangis apatah lagi meragam dan berjaga tengah malam, itulah luahan selebriti cantik Rozita Che Wan kepada anaknya Aisyah Dhia Rana. Sementelah dirinya sudah 17 tahun tidak mempunyai anak kecil, kehadiran Aaisyah tidak menyebabkan dirinya susah untuk menyesuaikan diri.
Che Ta yang menyambut menyambut ulang tahun kelahiran anak bongsunya itu semalam meluahkan kesyukuran. Aaisyah tidak berjaga malam dan menangis. Kehadiran Aaisyah selepas 17 tahun Che Ta tidak mempunyai anak kecil tidak menyukarkan. Sehingga rasa seperti tiada anak kecil. Hanya menyusu pada jam 12 tengah malam dan bangun semula pada jam 7 pagi, tiada berjaga malam yang memenatkan dan Che Ta boleh menikmati tidur yang berkualiti ketika dalam pantang.
rozitachewan1 Happy Birthday sayang mummy,, syukur Alhamdulillah Allah kurniakan mummy anak bertuah ni ., sejak dari lahir tak pernah menangis apatah lagi meragam dan berjaga tgh malam ., walaupun waktu tu dah 17 thn tak beranak kecik , tapi mummy tetap tak rasa mcm ada anak kecik sb aaisyah akan nenen kul 12 mlm dan terjaga pulak kul 7 pg.. betui2 bagi mummy tidoq puaih dlm pantang ..
Sempena Birthday Aaisyah yg ke 4 ni , doa mummy supaya mummy mampu besarkan Aaisyah sesempurna mungkin.. dan Aaisyah membesar sbg anak yang baik , cerdik , sihat dan sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah ???Amin … @aaisyahdhiarana111
Kelahiran bayi pramatang adakalanya tidak boleh dielakkan. Ia terjadi kerana pelbagai faktor daripada ibu dan bayi. Bayi pramatang lahir jauh lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin sedangkan banyak lagi organ-organ masih belum matang sepenuhnya. Dengan kuasa Allah dan kemajuan teknologi perubatan mereka bertahan dan boleh membesar seperti biasa. Nak tahu lebih lanjut mengenai kelahiran pramatang, boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma, 6 Oktober 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob sebak apabila membuka cerita tentang anak keduanya, Ahmad Fieradz Shah, 12, yang menghidap sindrom Squeaky Baby sejak lahir.
Pernah dimaklumkan anaknya itu cuma punyai tempoh hayat sehingga usia lima tahun, Fazley bersyukur masih diberikan kesempatan untuk bersama-sama Fieradz hingga ke usia 12 tahun.
“Fieradz anak kedua saya yang diduga dengan pelbagai cara. Masa Azrene (isteri) mengandungkan dia, hampir keguguran sebanyak lima kali. Bayi tersangkut leher, jantung lemah, kecil sangat dan macam-macam hal lagi.
“Tapi bila Fieradz keluar dia kurang sebulan setengah daripada masa sepatutnya, dia kurus dan tak cukup nutris. Rupa-rupanya bila diperiksa, dia ada lubang berdekatan dengan leher dia dan berdepan sindrom squeaky baby.
“Bila bernafas ada bunyi dan segala rongga badan dia kecut ke dalam. Doktor cakap umur lima tahun kalau dia masih hidup sekali pun kita kena masukkan tiub di tekak dia. Kami ketika itu menangis berpelukan,” kongsinya.
Hal itu baru didedahkan Fazley ketika meraikan hari jadi anaknya itu baru-baru ini di instagram.
Berkongsi lebih lanjut, Fazley berkata anaknya itu mula memahami situasi bila mana perhatian lebih diberikan kepadany berbanding adik beradik lain.
“Baru-baru ini sambut hari jadi dia ke-12 dan rasa sangat sedih sebab saya kendong dari kecil, mandikan dan tidur dengan saya. Sampaikan malam-malam saya letak cermin bawah hidung dia, periksa sama ada dia bernafas atau tidak. Saya takut jantung dia berhenti. Hal sama saya buat setiap hari selama 12 tahun!
“Jadi saya jadi sedih sikit baru-baru ini di cakap dia dah tak nak tidur dengan saya, tapi bila dia baca posting saya, dia menangia dan rasa bersalah. Dia faham kenapa saya sayangkan dia.
“Kalau dia salah makan, muka semua bengkak dan tekak ketat akan muntah macam air pili. Kita sebagai ibu bapa menunggu masa anak itu pergi, adalah pengalaman yang orang tak pernah tahu. Sebab itu ramai yang terkejut.
“Tapi syukur dia boleh main bola, skateboard, ke mana-mana saya dukung dia sebab takut dia terjatuh atau terlanggar.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah tak orang asyik tegur baby awak kecil sangat la, ringan sangat la? Mesti sedih dan stres bila ada orang tegur anak kecil, ringan.
Tapi, jangan pernah mengalah. Dan jangan terburu-buru bagi anak makan apa saja semata-mata nak bagi bambam.
Perkongsian dari Puan Adila Akhir mengenai caranya menyelesaikan masalah anak kurang berat badan akhirnya berjaya dengan cara paling sihat dan selamat.
Muhammad Ilham bin Mohamad Arif lahir dengan berat 3.615kg. Fully breastfeed. Kuat menyusu dan mengempeng. Sehingga ke hari ni. Sekarang Ilham dah 1 tahun 9 bulan. Dan berat badan pun dah 11 kilogram. Alhamdulillah.
Emak ibu cakap, beberapa bulan pertama selepas kelahiran, berat ibu dan adik-adik ibu akan naik 1kg setiap kali check up. Dan ramai yang kongsikan pengalaman yang sama dengan emak ibu. Jadi, ibu yakin berat Ilham pun akan naik 1kg semasa check up sebulan. Lagipun, Ilham takde sebarang masalah.
Tapi, tanggapan ibu salah sama sekali. Selepas sebulan, berat Ilham cuma 3.3kg. Bukan naik, tapi turun 300gm. Pada usia 2 bulan hingga 6 bulan, berat Ilham tak turun dah, tapi naik sikit-sikit. Lebih kurang 500gm sahaja setiap bulan. Graf berat pun di bawah paras normal.
Dalam graf, memang dah masuk kategori Kurang Berat Badan (KBB) dan pernah sampai Kurang Berat Badan Teruk (KBBT).
Alhamdulillah tak pernah dirujuk kepada pakar pemakanan sebab berat Ilham memang akan naik setiap kali check up cuma tak banyak. Dan Ilham pun sihat tanpa sebarang masalah.
Nurse pernah mencadangkan tambahan susu formula tapi ibu masih mahu meneruskan penyusuan susu ibu memandangkan Ilham belum 6 bulan. Lagipun, alhamdulillah susu badan masih ada dan memang ibu target penyusuan susu ibu hingga 2 tahun. Jadi, nurse dan ibu setuju untuk tunggu sehingga Ilham diperkenalkan dengan solid food. Kalau berat masih tak okay walaupun dah makan, kita boleh consider untuk campurkan dengan susu formula.
Alhamdulillah, selepas Ilham mula makan, berat makin okay. Graf pun dah ke paras normal sehingga hari ni. Alhamdulillah. Memang syukur sangat-sangat.
Bacaan HB semasa usia 1 tahun 3 bulan pun sangat baik iaitu 12. Oh, boleh tahu level HB sebab kebetulan demam masa September lepas dan kena buat blood test. Jadi, alang-alang tu ibu tanya la sekali.
Jaga Pemakanan Anak
Sebelum ibu share tips, ibu cerita sikit macam mana ibu mulakan solid food Ilham ye.
1st solid food Ilham ialah puree nasi kosong selama 2-3 hari. Kemudian, ibu campurkan sayur+ayam. Dan puree buah sebagai snacking.
Tapi, Ilham makan nasi dalam kuantiti yang sedikit, kadang-kadang tak nak makan sangat pun. Setiap pagi ibu akan masak, tapi setiap malam mesti ada yang dibuang. Padahal dah masak sikit dah.
Ilham lebih suka buah-buahan berbanding nasi. Kira okay la sebab nak makan jugak.
Ibu tidak mengamalkan 4 days rule sebab masa Ilham start makan dulu, ibu agak tergesa-gesa untuk capai berat normal dan pada masa itu, ibu kurang pengetahuan tentang kebaikan 4 days rule ini. Tapi, alhamdulillah Ilham okay. FYI, 4 days rule ni bagus untuk kita detect sebarang alahan makanan kepada baby.
Oh, lagi satu, jangan sesekali campurkan garam atau gula dalam makanan bayi anda hanya kerana nak bagi anak suka makan. Makanan Ilham hingga ke hari ini masih belum ditambah garam atau gula. Kicap pun Ilham belum pernah rasa.
So, jom baca tips ibu. Boleh klik setiap link yang ada untuk tengok info yang ibu share semasa makanan ni diberi kepada Ilham.
Avocado sebagai snacking
Avocado mempunyai lemak yang baik dan mempunyai pelbagai khasiat. Ramai ibu2 yang menjadikan avocado sebagai solid food pertama baby mereka. Ibu kerap bagi avocado sebagai snacks masa Ilham baby dulu.
Kemudian, bila ibu tahu tentang EVCO, ibu memang guna yang ni je. Bau pon sedap macam kerisik dan rasa pon sedap. Ibu letak dalam 2 sudu kecik atau 1 sudu besar dalam makanan Ilham. Bila dah makin besar, ibu suap terus je kat Ilham. Tapi sekarang ni dah jarang ibu suapkan EVCO kat Ilham. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1810599295628619&id=100000356991219
Organic Baby Rice
Ibu pilih Love Earth organic baby rice. Campuran organic white rice, millet, dan quinoa. Banyak kebaikannya dan agak cepat dimasak sebab berasnya halus. Memandangkan masa tu ibu tak tahu tentang Izliyah Kitchen atau brand babyfood lain, ibu guna brand ni. Selepas menggunakan beras ni, selera Ilham dah okay. Bila dah nak masuk setahun, Ilham makan beras biasa sebab masa tu Ilham dah mula makan nasi macam biasa. Tak buat bubur dah. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1798454963509719&id=100000356991219
Makanan berubi
Ibu kerap letak kentang/keledek/labu dalam bubur nasi Ilham dulu. Paling best, Japanese sweet potato, memang maniskan makanan secara semulajadi. Sekarang, ibu suka bakar je sweet potato tu sebab Ilham dah besar. Ibu dan abah pon boleh makan sekali. Serious sedap.
CBB sebagai immune booster
Ibu campurkan CBB dalam makanan Ilham sejak Ilham berusia 7 bulan lebih sampai la setahun lebih. Memang makanan jadi lebih sedap, menyelerakan, dan bagus untuk antibodi. Bukanlah langsung tak sakit, tapi sakitnya kejap2. Alhamdulillah.
Sekarang ibu dah tak buat CBB untuk Ilham. Tapi ibu buat sup ayam atau sup ikan. Lebih kurang je konsepnya. Cuma bila ada stok frozen CBB lebih mudah. Tinggal masukkan je 1 atau 2 cube dalam semua makanan anak. Kalau tak nak buat stok frozen CBB, boleh buat sup atau singgang. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1776474662374416&id=100000356991219
Ibu ada bagi cheese, unsalted butter, dan ghee tapi kadang-kadang je dan in moderate portion. Sebab kalau bagi banyak2 sangat pon boleh menyebabkan kahak. Selain itu, ibu lambat intro cheese sebab taknak ganggu iron absorption.
Ingat tau, nak bagi apa pun biarlah berpada. Tak semestinya bila makanan tu bagus, kita bagi terlampau banyak pulak. Biarlah bersederhana ye.
Sekarang Ilham makan family food cuma masih tanpa garam atau gula. Contohnya, ibu masak kari. Sebelum ibu letak garam, ibu asingkan bahagian Ilham ke dalam periuk lain. Kalau hari tu ibu masak makanan bersambal, ibu masak la makanan lain untuk Ilham.
Untuk info dan tips, boleh tengok album Koleksi #IlhamMakanApa. Walaupun tak banyak sangat yang ibu share kat situ, tapi semoga bermanfaat untuk semua.