Pernah tak orang asyik tegur baby awak kecil sangat la, ringan sangat la? Mesti sedih dan stres bila ada orang tegur anak kecil, ringan.

Tapi, jangan pernah mengalah. Dan jangan terburu-buru bagi anak makan apa saja semata-mata nak bagi bambam.

Perkongsian dari Puan Adila Akhir mengenai caranya menyelesaikan masalah anak kurang berat badan akhirnya berjaya dengan cara paling sihat dan selamat.

Muhammad Ilham bin Mohamad Arif lahir dengan berat 3.615kg. Fully breastfeed. Kuat menyusu dan mengempeng. Sehingga ke hari ni. Sekarang Ilham dah 1 tahun 9 bulan. Dan berat badan pun dah 11 kilogram. Alhamdulillah.

Emak ibu cakap, beberapa bulan pertama selepas kelahiran, berat ibu dan adik-adik ibu akan naik 1kg setiap kali check up. Dan ramai yang kongsikan pengalaman yang sama dengan emak ibu. Jadi, ibu yakin berat Ilham pun akan naik 1kg semasa check up sebulan. Lagipun, Ilham takde sebarang masalah.

Tapi, tanggapan ibu salah sama sekali. Selepas sebulan, berat Ilham cuma 3.3kg. Bukan naik, tapi turun 300gm. Pada usia 2 bulan hingga 6 bulan, berat Ilham tak turun dah, tapi naik sikit-sikit. Lebih kurang 500gm sahaja setiap bulan. Graf berat pun di bawah paras normal.

Dalam graf, memang dah masuk kategori Kurang Berat Badan (KBB) dan pernah sampai Kurang Berat Badan Teruk (KBBT).

Alhamdulillah tak pernah dirujuk kepada pakar pemakanan sebab berat Ilham memang akan naik setiap kali check up cuma tak banyak. Dan Ilham pun sihat tanpa sebarang masalah.

Nurse pernah mencadangkan tambahan susu formula tapi ibu masih mahu meneruskan penyusuan susu ibu memandangkan Ilham belum 6 bulan. Lagipun, alhamdulillah susu badan masih ada dan memang ibu target penyusuan susu ibu hingga 2 tahun. Jadi, nurse dan ibu setuju untuk tunggu sehingga Ilham diperkenalkan dengan solid food. Kalau berat masih tak okay walaupun dah makan, kita boleh consider untuk campurkan dengan susu formula.

Alhamdulillah, selepas Ilham mula makan, berat makin okay. Graf pun dah ke paras normal sehingga hari ni. Alhamdulillah. Memang syukur sangat-sangat.

Bacaan HB semasa usia 1 tahun 3 bulan pun sangat baik iaitu 12. Oh, boleh tahu level HB sebab kebetulan demam masa September lepas dan kena buat blood test. Jadi, alang-alang tu ibu tanya la sekali.

Jaga Pemakanan Anak

Sebelum ibu share tips, ibu cerita sikit macam mana ibu mulakan solid food Ilham ye.

1st solid food Ilham ialah puree nasi kosong selama 2-3 hari. Kemudian, ibu campurkan sayur+ayam. Dan puree buah sebagai snacking.

Tapi, Ilham makan nasi dalam kuantiti yang sedikit, kadang-kadang tak nak makan sangat pun. Setiap pagi ibu akan masak, tapi setiap malam mesti ada yang dibuang. Padahal dah masak sikit dah.

 

Ilham lebih suka buah-buahan berbanding nasi. Kira okay la sebab nak makan jugak.

Ibu tidak mengamalkan 4 days rule sebab masa Ilham start makan dulu, ibu agak tergesa-gesa untuk capai berat normal dan pada masa itu, ibu kurang pengetahuan tentang kebaikan 4 days rule ini. Tapi, alhamdulillah Ilham okay. FYI, 4 days rule ni bagus untuk kita detect sebarang alahan makanan kepada baby.

Oh, lagi satu, jangan sesekali campurkan garam atau gula dalam makanan bayi anda hanya kerana nak bagi anak suka makan. Makanan Ilham hingga ke hari ini masih belum ditambah garam atau gula. Kicap pun Ilham belum pernah rasa.

So, jom baca tips ibu. Boleh klik setiap link yang ada untuk tengok info yang ibu share semasa makanan ni diberi kepada Ilham.

Avocado sebagai snacking
Avocado mempunyai lemak yang baik dan mempunyai pelbagai khasiat. Ramai ibu2 yang menjadikan avocado sebagai solid food pertama baby mereka. Ibu kerap bagi avocado sebagai snacks masa Ilham baby dulu.

Penggunaan EVOO dan EVCO
Untuk EVOO, ibu titis sikit je masa nak suap Ilham makan sebab dia ada bau dan rasa yang kurang enak .
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1804184742936741&id=100000356991219

Kemudian, bila ibu tahu tentang EVCO, ibu memang guna yang ni je. Bau pon sedap macam kerisik dan rasa pon sedap. Ibu letak dalam 2 sudu kecik atau 1 sudu besar dalam makanan Ilham. Bila dah makin besar, ibu suap terus je kat Ilham. Tapi sekarang ni dah jarang ibu suapkan EVCO kat Ilham.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1810599295628619&id=100000356991219

Organic Baby Rice
Ibu pilih Love Earth organic baby rice. Campuran organic white rice, millet, dan quinoa. Banyak kebaikannya dan agak cepat dimasak sebab berasnya halus. Memandangkan masa tu ibu tak tahu tentang Izliyah Kitchen atau brand babyfood lain, ibu guna brand ni. Selepas menggunakan beras ni, selera Ilham dah okay. Bila dah nak masuk setahun, Ilham makan beras biasa sebab masa tu Ilham dah mula makan nasi macam biasa. Tak buat bubur dah.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1798454963509719&id=100000356991219

Makanan berubi
Ibu kerap letak kentang/keledek/labu dalam bubur nasi Ilham dulu. Paling best, Japanese sweet potato, memang maniskan makanan secara semulajadi. Sekarang, ibu suka bakar je sweet potato tu sebab Ilham dah besar. Ibu dan abah pon boleh makan sekali. Serious sedap.

Iron dan Vitamin C
Iron penting untuk memastikan selera anak dalam keadaan baik. Vitamin C pulak untuk membantu penyerapan iron. Nak tahu lagi? Boleh klik link ni
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1805274299494452&id=100000356991219

CBB sebagai immune booster
Ibu campurkan CBB dalam makanan Ilham sejak Ilham berusia 7 bulan lebih sampai la setahun lebih. Memang makanan jadi lebih sedap, menyelerakan, dan bagus untuk antibodi. Bukanlah langsung tak sakit, tapi sakitnya kejap2. Alhamdulillah.
Sekarang ibu dah tak buat CBB untuk Ilham. Tapi ibu buat sup ayam atau sup ikan. Lebih kurang je konsepnya. Cuma bila ada stok frozen CBB lebih mudah. Tinggal masukkan je 1 atau 2 cube dalam semua makanan anak. Kalau tak nak buat stok frozen CBB, boleh buat sup atau singgang.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1776474662374416&id=100000356991219

Ibu ada bagi cheese, unsalted butter, dan ghee tapi kadang-kadang je dan in moderate portion. Sebab kalau bagi banyak2 sangat pon boleh menyebabkan kahak. Selain itu, ibu lambat intro cheese sebab taknak ganggu iron absorption.

Ingat tau, nak bagi apa pun biarlah berpada. Tak semestinya bila makanan tu bagus, kita bagi terlampau banyak pulak. Biarlah bersederhana ye.

Sekarang Ilham makan family food cuma masih tanpa garam atau gula. Contohnya, ibu masak kari. Sebelum ibu letak garam, ibu asingkan bahagian Ilham ke dalam periuk lain. Kalau hari tu ibu masak makanan bersambal, ibu masak la makanan lain untuk Ilham.

Untuk info dan tips, boleh tengok album Koleksi #IlhamMakanApa. Walaupun tak banyak sangat yang ibu share kat situ, tapi semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber: Adila Akhir

 

Tinggalkan Komen