Anak ketiga penyanyi Lan Solo iaitu Muhammad Akid Qassyaff, telah disahkan doktor menghidap penyakit kronik asma.
Bimbang dengan keadaan anaknya yang perlu mengambil nebulizer sekurang-kurangnya dua kali sehari, isteri Lan iaitu Nur Sheila Hassim meminta pandangan dan petua daripada pengikutnya di Instagram.
“Doktor sahkan Akid ada kronik asma, jadi sehari kena neb dua kali minimum. Ibu-ibu kat luar sana ada tak petua lain?
“Kalau boleh saya nak cari petua dan penyelesaian supaya Akid tak bergantung kepada Neb dan ubat-ubatan yang berpanjangan,” jelasnya.
Ads
Tambah Sheila, 33, ada yang mencadangkan dia mencari hati unta kering, yang kemudiannya ditumbuk dan dicampurkan ke dalam makanan anaknya itu.
“Ada yang mesej suruh saya cari hati unta kering tumbuk dan campurkan kat setiap makanan Akid. Ada juga yang suruh mandikan dengan lemon.
Ads
“Ada idea tak ibu?,” katanya.
Sementara itu, di instagram Lan Solo dia memohon orang ramai mendoakan kesihatan Akid agar cepat sembuh dan tak terlalu bergantung pada ubat semata-mata.
Di ruangan komennya ada yang mencadangkan Lan bawa Akid pergi berenang, elakkan benda berhabuk seperti karpet, binatang berbulu, tak boleh cuaca sejuk dan jaga pemakanan.
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu akan dilanjutkan lagi pada fasa ketiga yang akan bermula pada 15 April hingga 28 April nanti.
Buat yang tinggal bersama keluarga, keadaan mungkin tidak begitu sunyi berbanding untuk mereka yang tinggal bersendirian. Sepanjang tempoh PKP ini memang tidak digalakkan langsung untuk keluar mengunjungi sanak saudara atau pun pulang ke kampung.
Oleh yang demikian persediaan dari segi psikologi, mental dan fizikal perlulah ada supaya kuat untuk menghadapi semua ini sehingga ia berakhir.
Dalam satu perkongsian oleh Datuk Dr Sheikh Muszaphar, beliau berkongsi sepuluh tip yang mungkin boleh dijadikan panduan dalam menjalani tempoh PKP ini.
“Ada masa kita lupa hari apakah hari ini. Setiap hari seolah-olah seperti hari lainnya dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Bukan mudah untuk mengasingkan diri. Itu bukan sifat semula jadi kita. Jadi kita perlu kuat secara psikologi, mental dan fizikal untuk menghadapi semua cabaran ini,” tulis Dr. Sheikh Muszaphar dalam Bahasa Inggeris.
Untuk mengurangkan rasa tekanan yang mungkin dihadapi, Dr. Sheikh Muszaphar berkongsi sepuluh tip yang boleh diguna pakai.
Ini ada beberapa tip untuk anda lakukan:
Senaraikan perkara yang membuatkan anda sibuk dan terhibur. Perkara-perkara yang anda ingin lakukan tetapi tidak punya masa sebelum ini.
2. Bersama dengan orang tersayang
Saling sokong menyokong dan bantu-membantu pada saat-saat begini.
3. Teruskan dengan rutin harian anda
Jangan hanya berbaring di rumah dan tidak berbuat apa-apa. Bangun awal, mandi, sarapan pagi, seperti hari-hari bekerja anda.
4. Berkomunikasi dengan lainnya
Mengetahui keadaan keluarga, teman-teman dan orang tersayang berada dalam keadaan baik sangat membantu.
6. Jadi Kreatif
Untuk anda yang ada anak-anak di rumah, inilah masanya untuk menguatkan ikatan keluarga dengan melakukan pelbagai perkara bersama.
7. Baca buku
Pastinya ada buku atau novel di rumah yang anda sudah lama ingin baca tapi tidak mempunyai masa.
8. Kekal sihat
Teruskan melakukan senaman walaupun hanya 20 minit sehari. Cari ruang khusus untuk melakukannya.
9. Makan dengan betul
Cuba elakkan daripada memakan jajan. Kebosanan akan membuatkan anda makan tidak berhenti.
10. Dapatkan bantuan
Pengasingan diri untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan depresi. Sentiasa hubungi keluarga dan orang tersayang, dan luahkan apa yang anda rasa.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, pengasingan diri boleh menyebabkan kepada depresi, sebaiknya sentiasa berhubung dengan keluarga dan orang tersayang untuk meluahkan apa yang anda rasa. Tambahnya juga PKP ini mungkin akan dilanjutkan untuk yang lebih lama. Beliau mengharapkan agar semua untuk terus kuat dan berada dalam keadaan selamat.
Masih ingat lagi tak dengan wanita dalam video tular “macam cantik je, macam comel je, awek legoland?”
Kini si cantik yang lebih dikenali sebagai Asyalliee sudah bergelar ibu kepada bayi lelaki bernama Haider Mikael, 3 bulan.
Ibu muda yang mengakui kehadiran anak sebagai penyeri kebahagiaannya dan suami seronok menyandang gelaran baru tersebut.
Sebagai seorang youtuber, instafamous dan kini bergelar ahli perniagaan yang menggunakan bakat serta kecantikan dan penampilan diri untuk membina kerjayanya, Asyalliee harus sentiasa tampil menawan.
Justeru selepas melahirkan anak pada 2 Januari lepas, Asyalliee gigih memastikan berat badannya kembali langsing namun tetap mementingkan pengambilan makanan berkhasiat sepanjang berpantang.
Selepas dua minggu bersalin, Asyalliee ada berkongsi caranya berpantang yang boleh dicontohi oleh ibu-ibu lain yang nak cepat turunkan berat badan dan kembali langsing.
Jangan risau, ia selamat dan instafamous yang mempunyai pengikut instagram mencecah 1.3 juta ini masih lagi menyusukan bayinya sehingga sekarang.
Assalammualaikum, haa ramai terkejut dalam masa 2 minggu asya dah kurus kan? Tetapi pipi masih membulat yee. Haa ni cara asya berpantang yaa. Ni asya ikut cara kakak asya punya pantang.
1. Makan 2 kali sehari sahaja ( pagi & petang ) 2. Lauk yang asya makan setiap hari Nasi putih panas + Ikan salmon sahaja tapi kekadang tambah dengan sup sawi 3. Kadang kadang asya makan Nasi putih panas + ikan haruan bakar 4. Malam pula kalau lapar asya hanya makan biskut + milo o panas 5. Asya tak amalkan apa apa jamu lagi buat masa sekarang sebab BF . Lagi pun anak kena jaundice masa mulanya . 6. Bengkung ! dari tengahari sampai petang sahaja .
Dalam masa 2 minggu sahaja luka jahitan asya dah sembuh asya amalkan : – Makan ikan haruan – Makan oren manis ( jarang + sedikit saja ) – Sapu ubat kuning + minyak gamat + serbuk manjakani – Jangan baring lama sangat , jangan duduk lama sangat , jangan berdiri lama sangat . Lepas tu ramai terkejut dalam pantang boleh keluar, yee saya keluar pergi klinik yaa MashaAllahh
Ada waktunya kita selalu salah faham dengan anak. Anak kecil kita tanpa kita sedar rupanya seorang ‘thinker’ yang suka berfikir.
Macam mana nak kenal anak jenis ini? Ini karektor anak thinker yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim menerusi perkongsian videonya.
Anak tu jarang bercakap tapi sekali bercakap memang bikin panas je.. sabor jelah.
Kadang-kadang kita salah faham juga dengan anak jenis thinker ini. Anak jenis thinker ini kebiasaannya dia kurang bercakap sebab dia lebih banyak bercakap dengan dirinya sendiri.
Fikirannya banyak berfikir dan kurang bercakap. Pun begitu walaupun dia kurang bercakap tetapi karektor keduanya, sekali dia dah cakap, ayat yang keluar itu kebiasaannya di luar kotak.
Adakalanya kita sendiri pun tak boleh terima apa yang anak cakap. Contohnya anak bertanya, “ibu sperma itu apa?”
Yang ketiga, anak jenis thinker ini jenis suka memantau dan melihat dan kemudiannya disusuli dengan pertanyaan yang tidak dijangka.
Anak jenis thinker ini kadang kala terdiri dari yang kuat menjawab. Jika arahan mak ayah dia rasakan tidak logik atau tak masuk akal, anak akan menjawab.
Anak jenis ini juga sukakan game atau permainan yang mencabar mindanya. Contohnya seperti teka teki atau teka silang kata yang boleh mencabar mindanya. Permainan biasa seperti main congkak, dam aji tidak menjadi pilihannya.
Inilah lima karektor anak jenis thinker yang kadang-kadang selalu buat mak ayah salah faham tetapi rupa-rupanya ada potensi yang sangat besar dalam diri mereka.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!