Sunat atau berkhatan adalah satu pembedahan memotong kulup pada bahagian alat kemaluan lelaki atau zakar. Ia adalah satu amalan lama yang wajib bagi beberapa agama di seluruh dunia. Pada hari ini, sunat biasanya dilakukan atas sebab-sebab agama atau atas faktor seperti menjaga kebersihan kemaluan jika ibu bapa mereka menginginkannya. Berkhatan adalah sesuatu yang sangat dituntut bagi seorang muslim dan sudah menjadi norma yang sangat biasa dalam kalangan masyarakat kita kini.

Bukan sahaja individu Melayu Islam dituntut untuk melakukan prosedur ini, masyarakat Cina, India malahan masyarakat di seantero dunia juga kini sudah mula melakukannya. Ikuti perkongsian penuh dari Hello Health.

Apakah ia sunat?

Berkhatan atau sunat adalah satu prosedur pemotongan lapisan kulit yang menutupi kepala zakar lelaki yang dipanggil kulup atau “prepuce”. Prosedur yang paling tua di dunia ini sangat dituntut untuk dilakukan oleh individu muslim. Namun kini telah banyak dilakukan oleh masyarakat di seantero dunia kerana prosedur ini mendatangkan pelbagai manfaat di samping mudah untuk dilakukan.

Bilakah waktu sesuai berkhatan?

Sunat biasanya dilakukan pada hari pertama atau kedua kelahiran bayi (bagi individu yang berketurunan Yahudi, berkhatan dilakukan ketika bayi berumur 8 hari). Prosedur ini menjadi lebih rumit dan berbahaya pada bayi yang lebih tua, kanak-kanak, dan lelaki dewasa.

Bagaimana ia dilakukan?

Semasa doktor melakukan prosedur khatan, kulup dibebaskan daripada kepala zakar dan kulup yang berlebihan dipotong. Bagi bayi, proses ini boleh dilakukan dalam lima hingga sepuluh minit. Bagi kanak-kanak atau dewasa, ia mungkin mengambil masa selama sekitar satu jam. Luka selepas pembedahan minor ini sembuh dalam tempoh seminggu.

Apakah keperluan sunat?

Walaupun mempunyai manfaat perubatan atau kesihatan, sunat masih menjadi sebuah isu yang diperkatakan. Manfaat berkhatan dari sudut perubatan mengatasi risikonya, namun manfaatnya tidaklah terlalu besar sehingga ia perlu diwajibkan ke atas semua orang. Ia mungkin digunakan dalam kanak-kanak yang lebih tua dan dewasa untuk merawat phimosis (kegagalan untuk menarik balik kulup) atau untuk merawat jangkitan pada zakar.

Ibu bapa harus berbincang dengan pakar mengenai manfaat dan risiko teknik tersebut sebelum membuat pilihan. Elemen yang berbeza seperti cara hidup, agama, dan kecenderungan individu juga akan dipertimbangkan dalam pilihan anda.

Apakah kelebihan sunat?

Lagi Awal Berkhatan Lagi Mudah. Seeloknya 1-2 Hari Lepas Bayi Lahir

Prosedur ini kini bukan hanya dilakukan oleh orang Islam, malah ramai juga yang turut membuat keputusan untuk melakukannya ke atas anak-anak mereka di luar sebab agama kerana kelebihan yang ada. Di Amerika Syarikat, 55% hingga 65% lelaki menjalani prosedur ini. Beberapa keterangan telah diberikan dalam usaha untuk membuktikan bahawa berkhatan mempunyai kelebihan dari sudut perubatan, ini termasuklah:

  • Mengurangkan kadar sesetengah penyakit kelamin pada lelaki.
  • Melindungi individu daripada kanser zakar dan mengurangkan risiko kanser serviks bagi pasangan wanita.
  • Mencegah balanitis (radang kepala zakar) dan balanoposthitis (radang kepala zakar dan kulup).
  • Sunat juga memudahkan untuk memastikan hujung zakar sentiasa bersih. Prosedur bersunat akan menyebabkan lapisan kulit yang menutupi kepala zakar lelaki yang dipanggil kulup atau “prepuce” dibuang. Lapisan ini sebenarnya sangat mudah untuk dijangkiti bakteria yang boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit jika anak lelaki anda tidak membersihkannya dengan cermat. Oleh itu, dengan membuangnya, alat kelamin anak lelaki anda akan lebih mudah dibersihkan.
  • Mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing (UTI) sebanyak 10 kali ganda. Walau bagaimanapun, insiden UTI secara amnya adalah jarang berlaku bagi lelaki.
  • Risiko kanser zakar untuk berlaku semakin berkurang.
  • Menambah perlindungan ke atas penyakit kelamin termasuk HIV.
  • Keadaan seperti iritasi, radang dan jangkitan lebih kerap berlaku dalam kalangan mereka yang tidak berkhatan.

Apakah risiko sunat?

Seperti mana-mana prosedur pembedahan, terdapat risiko yang berkaitan dengan sunat. Tetapi, risiko-risiko ini adalah pada kadar yang rendah. Isu-isu yang berkaitan dengan sunat termasuklah:

  • Rasa sakit.
  • Pendarahan dan jangkitan di bahagian berkhatan.
  • Keradangan pada bahagian kepala zakar.
  • Meningkatkan risiko mastitis (radang pada bukaan zakar).
  • Risiko kecederaan zakar.

Bagaimana prosedur sunat dilakukan?

Lagi Awal Berkhatan Lagi Mudah. Seeloknya 1-2 Hari Lepas Bayi Lahir

Prosedur sunat adalah dengan cara membuang kulit di bahagian hujung zakar (kulit preputial) yang menutup kepala zakar. Ia boleh dilakukan ke atas bayi yang baru lahir atau lebih popular di Malaysia, semasa umur sekolah rendah (7-12 tahun). Bagi bayi baru lahir, kaedah plastibel kerap digunakan. Selepas kulit preputial dipotong sedikit, alat plastibel akan dilekapkan pada kepala zakar. Benang seterusnya dijerutkan pada lekuk plastibel dan lebihan kulit preputial dibuang.

  • Kaedah plastibel

Untuk kanak-kanak yang lebih dewasa, sunat dilakukan sama ada menggunakan kaedah freehand atau clamp. Bagi kaedah freehand, terdapat dua teknik iaitu dorsal slit atau guillotine yang lebih selamat.

IKLAN
  • Kaedah freehand adalah teknik konvensional di mana gunting digunakan untuk membuat kulit lebihan zakar diikuti dengan jahitan menggunakan benang.
  • Bagi kaedah clamp pula, ia seperti kaedah plastibel. Terdapat banyak jenis clamp yang boleh digunakan termasuk SunathroneSmartklamp dan Ismail Clamp. Teknik ini memakan masa yang singkat dan tidak memerlukan jahitan. Ia juga lebih selamat.
  • Alat yang digunakan untuk teknik clamp

Tanpa mengira apa pun teknik yang digunakan, semuanya memerlukan bius setempat. Bagi sesetengah keadaan, bius umum mungkin diperlukan. Contohnya, untuk prosedur yang melibatkan golongan kanak-kanak yang tidak terlalu aktif dan terlalu aktif.

Penjagaan selepas berkhatan

Kanak-kanak yang berkhatan perlu ‘berpantang’ selepas menjalaninya. Antara perkara yang perlu diambil berat oleh ibu bapa adalah:

  • Memastikan hujung kepala zakar berada dalam keadaan kering dan bersih. Pada awalnya, ia mungkin kelihatan sedikit bengkak tetapi akan surut setelah beberapa lama. Masa yang diambil untuk pulih kebiasaannya antara 7 hingga 10 hari, bergantung kepada teknik yang digunakan.
  • Berehat. Elakkan aktiviti lasak terutamanya yang memerlukan anak anda untuk duduk seperti menunggang basikal atau motosikal.
  • Mengambil ubat tahan sakit seperti panadol jika perlu.

Apakah risiko prosedur sunat ini?

Secara amnya, ia adalah prosedur yang selamat. Namun, bagi mana-mana pembedahan, risiko masih tetap ada. Komplikasi yang mungkin berlaku adalah sangat jarang, kurang daripada 2%. Ini termasuk:

  • Pendarahan tidak berhenti. Ini mungkin disebabkan penyakit lain seperti hemophillia.
  • Rasa sakit.
  • Jangkitan zakar.
  • Sakit semasa membuang air kecil beberapa hari selepas prosedur.

Apakah usia yang paling sesuai untuk kanak-kanak lelaki berkhatan?

Sebenarnya, tidak terdapat sebarang umur yang spesifik yang paling sesuai untuk anak lelaki anda menjalankan prosedur berkhatan. Di negara kita, kanak-kanak lelaki biasanya menjalankan prosedur ini ketika dalam lingkungan usia 5 hingga 12 tahun dan ada juga yang memilih untuk melakukannya ketika anak lelaki mereka masih bayi. Ini adalah tidak berbahaya kerana ia tidak akan menyebabkan sebarang perbezaan pada proses tumbesaran kanak-kanak.

Sunat dan kesihatan alat kelamin

Lagi Awal Berkhatan Lagi Mudah. Seeloknya 1-2 Hari Lepas Bayi Lahir

Manfaat kesihatan berkhatan kepada si lelaki dan juga terhadap pasangan mereka adalah sesuatu yang kukuh serta tidak dapat dinafikan, hasil daripada himpunan kajian dan penyelidikan yang berpuluh tahun lamanya. Sains di sebalik manfaat kesihatan berkhatan ini turut mendorong Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), UNAIDS, Bank Dunia, Akedemi Pediatrik Amerika dan juga Pusat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Amerika (CDC) untuk mencadangkan berkhatan sebagai salah satu polisi kesihatan.

Manfaat kesihatan sunat terhadap alat kelamin termasuklah:

  • Merendahkan risiko dengan kadar yang signifikan daripada 2 jangkitan kelamin yang lazim – virus herpes simplex jenis 2 (HSV-2), punca kepada herpes kelamin, dan human papillomavirus (HPV), punca kepada ketuat kelamin dan juga kanser serviks/pangkal rahim.
  • Perlindungan daripada kanser serviks, displasia serviks, dan juga penyakit jangkitan kelamin seperti chlamydia dan syphilis.
  • Pencegahan daripada balanitis (keradangan kepala zakar) dan balanoposthitis (keradangan kepala zakar dan juga kulup).
  • Pencegahan daripada phimosis (keadaan di mana kulup tidak mampu ditarik, mencekik kepala zakar)
  • Mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing.

Berkhatan juga membantu mempermudahkan penjagaan kebersihan zakar secara tidak langsung, memastikannya bebas jangkitan. Malahan, jika dibandingkan dengan mereka yang tidak bersunat dengan mereka yang bersunat, didapati bahawa lebih banyak titik jangkitan dan titik pembiakan jangkitan di sekitar kemaluan mereka yang tidak bersunat sekali gus meningkatkan lagi risiko penyebaran HPV.

IKLAN

Berkhatan dan lelaki homoseksual (MSM)

Walaupun manfaat kesihatan daripada perkhatanan lelaki heteroseksual adalah sangat jelas, masih banyak yang tidak diketahui tentang peranan perlindungan berkhatan terhadap penyebaran penyakit jangkitan kelamin dan HIV dalam kalangan lelaki homoseksual/lelaki yang menjalinkan hubungan kelamin dengan lelaki (MSM). Mujurlah, awal bulan ini, sebuah penilaian sistematik dan meta-analisis data global yang menyiasat hubung kait antara berkhatan dalam kalangan MSM dan juga perlindungan daripada penyakit-penyakit jangkitan kelamin, telah diterbitkan dalam bahagian kesihatan global jurnal The Lancet.

Merentasi 62 kajian pemerhatian yang membabitkan sehingga 119 248 individu, penilaian sistematik ini menemui kaitan antara bersunat dengan penurunan risiko jangkitan HIV sebanyak 23% dalam kalangan MSM keseluruhan. Tambahan lagi, berkhatan juga didapati memainkan peranan perlindungan daripada jangkitan HIV dalam kalangan MSM daripada negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. Namun yang demikian, peranan perlindungan ini tidak berjaya ditemui dalam negara-negara berpendapatan tinggi. Selain itu, bersunat juga dikaitkan dengan pengurangan kemungkinan mendapat jangkitan virus herpes simplex (HSV) dalam kalangan MSM keseluruhan dan juga penurunan kemungkinan jangkitan HPV zakar dalam kalangan MSM yang telahpun dijangkiti HIV.

Pasukan pengkaji menterjemah dapatan-dapatan ini sebagai bukti bahawa berkhatan memainkan peranan perlindungan bagi MSM daripada jangkitan HIV, khususnya mereka yang berasal dari negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. Dalam aspek-aspek penting tertentu, peranan perlindungan berkhatan dalam kalangan lelaki heteroseksual hampir sama dengan peranan perlindungannya dalam kalangan MSM. Namun yang demikian, risiko jangkitan kelamin tidak boleh dipandang enteng. Justeru, perlindungan dan langkah berjaga-jaga lain perlu dipraktikan bagi membendung atau mengurangkan risiko transmisi jangkitan kelamin termasuk HIV.

Melihat kepada manfaat tambahan bersunat ini, pengkaji-pengkaji mencadangkan bahawa golongan MSM perlu dimasukkan sebagai kumpulan fokus atau kumpulan berkepentingan dalam kempen berkhatan khususnya dalam negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. Merujuk kepada pecahan besar golongan MSM di negara-negara tersebut yang turut menjalinkan hubungan seks dengan wanita, kajian longitudinal yang dirangka dengan baik yang dapat membezakan MSM sahaja dan lelaki biseksual, adalah perlu dalam memperhalusi kesan berkhatan dalam penyebaran jangkitan HIV dan penyakit jangkitan kelamin.

Adakah sunat meninggalkan parut?

Lagi Awal Berkhatan Lagi Mudah. Seeloknya 1-2 Hari Lepas Bayi Lahir

Sunat adalah prosedur pembedahan yang biasa digunakan untuk membuang kulup zakar. Bahagian hujung zakar, yang dikenali sebagai glans, biasanya dibiarkan terdedah. Kulit kulup yang telah dipotong tersebut akan dicantum dan dijahit kembali dengan bahagian batang zakar.

Seperti mana-mana pembedahan, prosedur sunat turut meninggalkan parut. Teknik sunat yang anda pilih sering menentukan jenis parut yang mungkin terbentuk.

IKLAN

Parut akan kurang terbentuk atau terjadi sekiranya sunat dilakukan ketika individu tersebut masih kecil atau di peringkat tumbesaran bayi. Walau bagaimanapun, terdapat cara untuk mengurangkan risiko parut pada kanak-kanak dan orang dewasa yang lebih tua.

Langkah pertama ialah mencari seorang pengamal pembedahan sunat yang berkelayakan. Doktor atau pakar bedah anda akan dapat membimbing anda melalui teknik yang berbeza, dan juga membincangkan bekas luka yang berbeza yang boleh terhasil daripada pengaplikasian prosedur-prosedur tersebut.

Apakah jenis parut yang akan terbentuk hasil prosedur sunat?

Mana-mana prosedur pembedahan boleh menghasilkan parut pada titik atau kawasan di mana kulit tersebut dipotong. Pembentukan parut hasil daripada prosedur sunat adalah bersifat normal. Ia akan muncul dengan pembentukan tisu tebal yang berwarna merah atau merah jambu. Bahagian tisu tersebut akan menjadi sedikit tebal dan meninggi berbanding tisu di sekitarnya di bahagian batang zakar.

Dalam tempoh dua hingga tiga tahun, warna cerah pada tisu berparut tersebut akan pudar. Parut itu sendiri mungkin menyusut dan pudar. Walau bagaimanapun, parut tidak boleh menghilang dengan sepenuhnya secara semula jadi.

Mana-mana parut yang terhasil daripada prosedur sunat yang anda gunakan tergantung kepada beberapa faktor, termasuklah:

  • Tisu parut

Kulit di sekitar kawasan yang disunatkan mungkin akan menjadi sedikit keras atau menebal. Tisu parut ini tidak boleh memudar atau mengecut dari masa ke masa. Ia boleh meninggalkan kesan benjolan di sepanjang batang zakar atau di bawah kepala zakar atau glans.

  • Jahitan

Sekiranya doktor menggunakan kaedah excision ataupun clamp, mereka mungkin akan menggunakan jahitan untuk menyambung semula sambungan kulit kulup ke bahagian batang. Jahitan menjadikan kulit baharu tumbuh semasa ia dalam proses penyembuhan. Anda mungkin mempunyai parut kecil di kawasan jahitan yang telah dijahit. Parut yang lebih besar mungkin berlaku jika jahitan tersebut terkoyak atau tergelincir semasa dalam proses penyembuhan.

  • Keloids

Dalam kes-kes yang jarang ditemui, parut boleh menyebabkan pertumbuhan tisu yang tebal. Pertumbuhan ini, yang disebut keloids, mungkin menyerupai tumor, tetapi ianya bukanlah kanser. Pertumbuhan tersebut boleh menjadi sedikit besar dan mungkin memerlukan pembedahan tambahan. Sekiranya anda mendapati pembentukan keloid disebabkan oleh parut lain – sama ada disebabkan oleh pembedahan atau kecederaan – anda lebih cenderung untuk mendapat keloids selepas berkhatan. Perkara ini perlu dibincangkan dengan doktor sebelum menjalani pembedahan untuk tujuan berkhatan.

  • Perubahan warna gelap

Anda mungkin perasan perbezaan warna kulit antara kulit yang baru terdedah dan kulit lain di kawasan batang zakar anda. Parut hasil pembedahan sunat mungkin berwarna dengan warna yang sedikit berbeza (lebih ringan atau lebih gelap) berbanding daripada kulit lain di sekitar. Walau bagaimanapun, dari masa ke masa, perbezaan warna ini akan pudar.

Bolehkah parut berkhatan dihilangkan?

Untuk tujuan menghilangkan parut hasil berkhatan memerlukan pembedahan tambahan. Proses ini akan meninggalkan bekas luka baharu, tetapi ia lebih kurang ketara berbanding parut yang anda miliki sebelum pembedahan tambahan.

Jika anda berminat untuk menghilangkan parut berkhatan, bincanglah dengan ahli pembedahan plastik atau kosmetik. Mereka mempunyai kepakaran dalam mengurangkan parut di sekitar kawasan yang disunatkan. Jika parut sunat anda berkembang menjadi keloid, pembedahan mungkin diperlukan untuk mengeluarkannya. Parut hasil daripada pembedahan itu akan menjadi kurang ketara berbanding keloid itu sendiri.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI