Musim banjir yang melanda sesetengah negeri di negara kini ini membuatkan kita terdedah kepada pelbagai virus yang boleh mengancam nyawa, lebih-lebih lagi kepada anak-anak kita.
Salah satunya adalah bahaya virus Rotavirus yang membuatkan anak lemah dan jadi lesu. Apa makanan sesuai nak kembalikan tenaga anak? Ini saranan pemakanan yang disyorkan oleh Dietition, Pn Fizah Sobri.
Hati hati memang mudah anak kena jangkitan ini terutamanya waktu banjir ni.
ROTAVIRUS, sejenis virus yang tiada ubatnya. Mudah menjangkiti jika tidak menjaga kebersihan, terutamanya golongan anak anak kecil dan bayi.
Punca boleh hadir dari persekitaraan yang tidak bersih seperti di pengasuh, taska, tempat makan, rumah dan lain lain.
Disebabkan berpunca dari virus tiada guna ambil antibiotik sebab itu hanya berfungsi untuk melawan penyakit yang berpunca dari bakteria.
Virus ini akan menyebabkan usus sensitif dan tidak menyerap zat dengan baik dan akibatnya
1. Cirit birit yang banyak 2. Muntah yang kerap 3. Demam yang tinggi
Akibat dari ini anak anak boleh mengalami dehidrasi dan ini boleh membawa maut.
Macam mana nak melawan virus yang tiada ubatnya?
Jawapannya kita tak boleh lawan virus. Kita tidak melawan virus tersebut tetapi mengawal kerosakan akibat virus tersebut.
Ads
Ibarat ribut taufan/hurricane, kita tak boleh lawan Mother Nature dan kuasa tuhan tapi kita boleh ambil langkah langkah untuk mengawal kerosakan akibat dari ribut tersebut.
Langkah yang boleh diambil
1. Pastikan anak anak makan supaya dapatkan tenaga untuk mereka lawan virus – Bagi makanan yang mudah dihadam tapi padat tenaga – Contoh sup berkrim, roti berkrim, minuman malt,minuman manis, pudding, coklat – Bagilah sekerap boleh dalam kuantiti sikit sikit tak apa janji ada yang masuk dalam badan mereka
2. Pastikan anak minum sebanyak boleh seperti hari biasa – Ambil la air kosong, air manis, air kotak, sup kosong, air kosong yang ditambah ors. Sedut la sikit sikit dan ingatkan anak untuk cuba habiskan air yang diberi.
– Jika anak ambil susu formula milk, boleh tukar sementara ke lactose free/ selang seli dengan fm lactose free untuk kurangkan ketidakselesaan perut. Akibat virus ini anak boleh dapat temporary lactose intolerance. Walaupun dah lama minum susu tapi tetap boleh cirit (jangan salahkan susu waktu ini)
Ads
3. Jumpa doktor secepat mungkin – Perlu sangat bantuan ubat untuk mengawal cirit birit dan muntah yang dialami anak. – Pada 3 hari pertama anak anak akan banyak sangat muntah dan cirit. Dalam kes anak saya dalam tempoh 24 jam hampir 20 kali muntah dan 15 kali cirit. Jika tiada bantuan ubat, anak akan melepek.
– Jangan tunggu sehingga anak penat, tak bermaya sebab ini sudah tanda yang tidak bagus.
Ketika menulis post ini throwback sewaktu kedua anak saya sedang warded di hospital akibat virus yang sama tapi simptom mereka berlainan.
Seorang anak usia tidak sampai 2 tahun cirit birit sehari boleh cecah lebih 10 kali, demam tetapi kurang muntah. Nampak aktif dan ceria tetapi mudah penat dan banyak tidur dari biasa.
Seorang lagi usia 5 tahun tiada cirit, demam hingga 40C, dan muntah sampai hampir 20 kali.
Disebabkan muntah si kakak sampai takut nak menjamah apa apa makanan walaupun kita bagi makan ice cream atau makanan kegemaran dia.
Ads
Walaupun berlainan tetapi seriousnya tetap teruk. Kedua dua mereka perlu bantuan iv drip untuk masukkan air dalam badan nak elak dehidrasi.
Pokoknya virus ini senang dijangkiti, tiada ubat dan penting untuk mommies dan daddies kawal outcome. Jangan ambil ringan.
Jaga makanan dan minuman waktu mereka tengah sakit sebab dengan penjagaan yang baik In sha Allah kita boleh kawal kesan dari virus ini dan bantu proses penyembuhan mereka.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu-ibu yang kurang jelas tentang penggunaan minyak dalam makanan bayi. Ada yang risau sesuaikah minyak digunakan untuk bayi. Dietitian, Puan Fizah Sobri menjelaskan bagaimana fungsi minyak digunakan dalam makanan bayi.
Banyak kali juga saya berdepan dengan soalan, Perlu ke tambah minyak dalam bubur anak? Minyak apa yang sesuai? Tak boleh minyak kelapa sawit kan? Olive oil je kan? tu pun extra virgin, tapi kalau tak mampu macam mana? Kalau tak letak takpe ke?Cukup zat tak anak?
Apa guna tambah minyak dalam makanan bayi?
Mommies mommies semua, fahami dulu konsep MENGAPA minyak dicadangkan untuk tambah dalam masakan
Apakah fungsi minyak?
Sebagai sumber lemak yang memberi extra kalori kepada yang MEMERLUKAN (kes kurang berat, kurang zat dan lain lain)
1 sudu kecil minyak memberi extra 45kcal berbanding dengan 1 sudu kecil simple karbohidrat iaitu 20 kcal
Siapakah yang memerluka extra kalori tersebut?
Bayi yang tidak cukup berat badan. Secara ASASNYA (saya kata asas sebab banyak lagi aspect yang perlu dilihat secara mendalam)
Pertambahan kalori = pertambahan berat badan
Maka pertambahan minyak = tambah kalori = tambah berat badan
TIDAK SEMUA BAYI memerlukan pertambahan minyak,jangan risau jika mommies tak nak tambah minyak dalam masakan
Tugas mommies adalah memastikan MAKANAN SIHAT DAN SEIMBANG (Tiada gula,garam,perasa tambahan dan mengandungi gabungan karbohidrat,protein dan serat dalam setiap hidangan utama)
Macam mana pula dengan jika wujudnya keperluan pertambahan minyak? Apakah minyak yang sesuai?
Semua jenis minyak sayuran adalah sesuai. Dari minyak kelapa sawit, minyak sunflower,minyal zaiton dari segi KALORI semua memberi nilai yang SAMA.
TETAPI jika ada budget lebih nak memberi minyak extra virgin olive oil (EVOO) juga boleh. Sebab walaupun NILAI KALORI SAMA kandungan LEMAK TIDAK TEPU (monosaturated&polyunsaturated fat) adalah BERBEZA.
Nilai Lemak tidak tepu (monounsaturated fat) adalah tertinggi dalam EVOO maka ia paling senang dicernakan dalam usus bayi.
Minyak lain juga ada komposisi lemak tepu dan lemak tidak tepu cuma berbeza dari segi JUMLAHNYA
(Boleh lihat dalam gambar di bawah)
MAKA jika ingin tambah kalori boleh tambah minyak dalam bubur bayi JIKA TAK PERLU (berat bayi cantik,pertumbuhan konsisten) jangan tambah!
JIKA PERLU minyak mana mana boleh, ada budget lebih boleh beli EVOO takde minyak sawit juga boleh
TAKNAK MINYAK..sumber lemak lain juga ada seperti butter dan santan juga boleh tapi jangan lebih lebih ye.
Apa yang penting? SIHAT SEIMBANG dan anak mommies juga enjoy makan
Makanan manis memang menjadi kegemaran anak-anak. Kadang-kadang waktu pagi pun anak-anak dah minta buatkan air coklat kegemaranya.
Namun tahukah anda, gula yang tinggi boleh memberi pelbagai masalah kepada tubuh badan anak? Ikuti perkongsian Dr Mazliana bagaimana gula boleh merosakkan otak anak.
Kecut otak anak-anak kalau kita bagi makan minum tinggi gula selalu.
Tugas kita untuk ajar anak-anak tentang bahayanya gula.
Sejak dari anak-anak kecil, cuba ajak mereka jauhkan diri dari gula seboleh mungkin. Ajak pelan-pelan, explain selalu. Anak-anak akan faham.
Susah nak buat, tapi kita cuba.
Sebab kesannya kita takkan nampak sekarang.
Cuba bayangkan kita hari-hari bagi anak minum air manis waktu pagi sebelum ke sekolah.
Mungkin kita fikir untuk beri tenaga, nak anak sihat dan kuat supaya dapat fokus belajar di sekolah.
Atau mungkin option yang lebih sihat kita bagi susu tepung kaya DHA yang dibancuh dengan gula bagus untuk perkembangan otak. Sebenarnya kita tengah latih anak kita dari kecil, wajib minum air manis waktu pagi sebelum pergi sekolah.
Mereka akan bawa sampai ke tua seperti kebanyakan kita sekarang yang tak boleh tinggal air manis waktu sarapan pagi.
Hakikat sebenar, kita telah rosakkan sel otak anak-anak dengan kenalkan mereka dengan makanan dan minuman bergula seawal bangun pagi.
Biskut. Roti. Aiskrim. Jus buah. Jem. Bar coklat. Cereal. Keropok. Pes pasta. Sos. Kicap. Sos tiram. Pes masakan.
Semuanya ada gula samada kita sedar atau tidak. Susah untuk kita elakkan sepenuhnya gula dalam kehidupan seharian.
Gula tersembunyi terlalu banyak dalam makanan ultra proses. Walau kita rasa tak manis sangat, tapi gula tetap banyak dalam tu. Gula antara kandungan pertama dalam kebanyakan makanan ultraprocessed.
Kalau susah nak elak yang lain, kita cuba elak air manis je dulu dari anak-anak. Terutama waktu pagi k. Minum air kosong kan lebih sihat.
Kita cuba sama-sama ya, insyaAllah.
Kredit: Dr Mazliana
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi dah 6 bulan? Nak bagi apa dulu? Mengikut Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, bayi disarankan untuk diperkenalkan dengan bubur nasi terlebih dahulu. Bubur nasi merupakan sumber karbohidrat yang boleh didapati dari setiap isi rumah dan murah.
Berdasarkan perkongsian Kaunselor Laktasi, Nad Masrom, bubur nasi yang berasa tawar boleh mengurangkan kebarangkalian anak menolak nasi jika diperkenalkan dahulu dengan puri buah yang lebih manis.
Makanan pelengkap yang baik kepada bayi mestilah terdiri dari semua kumpulan makanan berdasarkan piramid makanan Malaysia (Aras 1: sumber karbohidrat, bijiran / Aras 2 : sayur dan buah-buahan / Aras 3: Sumber protein seperti ikan, ayam, kekacang / aras 4: lemak, minyak, garam, gula).
Ini adalah penting untuk memastikan bayi mendapat semua sumber nutrisi dengan lengkap.
Antara cara penyediaan yang disyorkan KKM ialah bubur nasi ditambah minyak (boleh guna minyak zaitun atau unsalted butter), ditambah sayuran dan sumber protein seperti ayam dan dikisar. Boleh juga ditambah susu sedikit untuk mudahkan bayi menerimanya.
Dulu masa Kak Nad tak ada ilmu, Kak Nad tak ikut saranan KKM ni sebab tak faham dan hanya beri puri buah atau sayur sahaja. Bubur nasi lambat juga Kak Nad perkenalkan.
Sehinggalah Khadijah masuk hospital pada usia 8 bulan dan doktor pakar kanak-kanak maklumkan tubuh Khadijah kekurangan iron dalam darah dan kurang kalori walaupun menyusu susu ibu sepenuhnya.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.