Keluarga bahagia, anak-anak yang soleh dan solehah dambaan setiap pasangan suami isteri. Ini juga kunci kekuatan untuk terus mencapai keharmonian dan mengukuhkan ikatan kasih sayang sesama ahli keluarga.
Walaupun kaya harta, tetapi jika hati kosong dan suasana rumah tidak tenteram ia tidak menjamin bahagia yang berpanjangan. Dalam mengecapi nikmat hidup ini, sebagai suami isteri anda sepatutnya mengemudi rumah tangga itu dengan baik agar anak-anak sentiasa mendapat aura positif.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Ainini Zainal, doa yang diamalkannya sejak beberapa tahun lalu menjadi kekuatan buatnya sekeluarga. Semoga ia bermanfaat untuk semua.
Sejak 6 tahun lepas, kami sekeluarga amalkan doa ini. Lepas solat kami semua baca. Saya, suami dan anak juga. Semua hafal. Bila nak tidur saya baca dan hembus pada suami, bila teman anak tidur saya baca dan hembus pada anak.
Bila masak, saya baca dan hembus pada masakan. Bila basuh beras, ayam, ikan, pun saya baca selain selawat bila buat kerja di dapur.
Ads
Kesannya saya nampak. Ada beza. Makin hari makin rasa sayang sesama sendiri. Tiada gaduh-gaduh suami isteri yang tinggi suara, merajuk sekejap saja pun kalau ada.
Anak jadi lembut hati dan kami juga sama. Ada hari saya rasakan saya tak layak dapat segala kebaikan ini sebab ada masa, rasa diri bukan yang terbaik.
Tapi saya ingat pesan seorang saudara, doa itu sangat besar kesan dalam hidup kita. Konsisten cakap (doa) benda yang sama, InsyaAllah yang baik akan datang dalam hidup kita.
Besar kesannya. Kami jadi tak marah-marah yang teruk di rumah kami. Rasa rumah tempat paling aman. Syurga. Kalau keluar, tak sabar nak balik. Salah seorang ahli tiada, rindu sangat. Dia balik, rasa happy sangat pandang wajahnya.
Ads
Seorang rakan saya yang ajar ayat dan doa ini. Semoga Allah berkati hidupnya. Saya ingin anda juga rasai, bagi yang belum amalkan.
“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al-Furqon: 74)
•••••••
InsyaAllah. Kita amalkan. Syurga untuk dunia ini, keluarga kita.
**Dapatkan kelengkapan barangan rumah pada harga istimewa di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya apabila tiba musim perayaan, tidak kiralah Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krimas atau sambutan Hari Raya, pastinya akan ada situasi salam hari raya dan berpelukan, betul tak? Si kecil juga tidak terkecuali apabila ada ahli keluarga yang ingin peluk anak.
Tetapi kadangkala ada anak-anak yang tidak mahu bersalaman atau berpelukan, jadi apakah tindakan anda? Memaksa atau menerima kehendak mereka tersebut?
Apakah adab hari raya itu lebih penting atau keselesaan anak? Jom ketahui jawapannya dalam perkongsian artikel ini.
Situasi selalu terjadi apabila ada yang ingin peluk anak
Senario memeluk atau bersalam ini bukanlah hanya terjadi ketika perayaan, bahkan berlaku setiap kali rumah dikunjungi saudara-mara.
Apabila ahli keluarga ingin pulang, kita biasanya akan memanggil anak untuk bersalaman, “Husna, salam Mak Long.”
Ada anak yang mudah menerima arahan. Terdapat juga anak yang teragak-agak – jelas menunjukkan mereka tidak mahu melakukannya – tetapi anda memaksa mereka untuk melakukannya, sama ada secara lisan atau literal.
Anda mungkin terfikir ia hanyalah pelukan, sekadar adab hari raya atau ketika bersama ahli keluarga. Namun penerimaan anak terhadap keadaan tersebut mungkin berbeza.
Peluk anak biarlah atas kerelaan mereka
Tidak kira sama ada anak lelaki atau perempuan, kedua-duanya mempunyai hak melakukan sesuatu atau keinginan mereka sendiri.
Walaupun perbuatan bersalaman atau berpelukan kelihatan seperti adab hari raya, namun fikirkan mesej yang anda hantar melalui tindakan memaksa anak memberikan kasih sayang walaupun jelas mereka tidak mahu melakukannya.
Anda sedang ‘memberitahu’ mereka bahawa apabila ada individu dewasa yang mahukan pelukan atau ciuman, anak harus memberikannya walaupun tidak selesa – sekali gus memberi ruang kepada perbuatan gangguan seksual.
Sebaliknya, jika ibu bapa membenarkan anak menunjukkan kasih sayang mengikut istilah dan kerelaan mereka sendiri, anda mengajar mereka untuk mempunyai hak tersendiri berkaitan perasaan dan emosi.
Tindakan tersebut juga membantu anak menyedari bahawa anda menghargai perasaan mereka. Sekali gus membolehkan anak belajar bahawa mereka mempunyai hak untuk mengatakan tidak.
Memaksa anak juga dalam masa yang sama mengajar mereka bahawa individu dikenali sentiasa boleh menyentuh mereka. Kesannya anak mungkin tidak akan berkongsikan kepada anda jika berlakunya gangguan seksual.
Pentingnya keselesaan si kecil dalam situasi peluk anak
Ibu bapa perlu membantu anak memahami jika keadaan atau sesuatu perkara membuatkan mereka tidak selesa, jangan lakukannya. Walaupun ia melibatkan pelukan atau bersalaman dengan datuk, nenek mahupun ahli keluarga lain.
Tidak dinafikan, pelukan dan ciuman daripada ahli keluarga adalah sebagai tanda kasih sayang kepada si kecil. Namun itu tidak bermakna anda boleh membiarkan anak berada dalam keadaan tidak selesa secara fizikal hanya kerana tidak mahu menyakiti hati ahli keluarga lain.
Ia adalah tanggungjawab ibu bapa untuk menentukan bahawa anak tidak perlu dipaksa melakukan sesuatu di luar kehendak mereka selagi berada dalam landasan yang betul.
Pilihan adab hari raya yang boleh diamalkan
Apabila anda meminta si kecil bersalaman atau memeluk ahli keluarga tetapi permintaan tersebut ditolak, pastinya timbul rasa kejanggalan, bukan?
Jadi untuk mengelakkan situasi tersebut, anda boleh mencuba beberapa tip berikut:
Berikan pilihan sebelum membiarkan ahli keluarga peluk anak
Tanyakan kepada si kecil sama ada mereka boleh memberikan pelukan, ciuman atau salam hari raya kepada ahli keluarga lain, contohnya “Tok mesti suka kalau Husna kiss Tok, Husna nak kiss tak?”
Pastikan anda menerima dan menghormati apa sahaja pilihan mereka. Ia akan memperkasakan anak untuk mengetahui apabila mereka selesa dan tidak selesa dengan kasih sayang secara fizikal.
Jelaskan kepada keluarga dan sahabat
Ia mungkin konsep asing bagi ahli keluarga apabila anda membenarkan anak membuat pilihan sama ada mereka mahu atau tidak memeluk mahupun mencium seseorang.
Perjelaskan secara terbuka bahawa itu pilihan yang anda mahukan untuk si kecil – untuk tidak memaksa mereka memberikan kasih sayang fizikal sekiranya tidak selesa.
Perkukuhkan rasa hormat dalam hal peluk anak
Dalam masa yang sama, terangkan kepada anak bahawa penolakan untuk bersalaman, berpelukan atau berciuman bukanlah alasan untuk mereka menjadi tidak beradab. Ajari mereka untuk menolak dengan penuh hormat.
Jangan lupa untuk memuji mereka sekiranya anak melakukannya dengan baik.
Berbincang mengenai hak mereka
Sebaiknya berbincang dari hati ke hati bersama anak. Perjelaskan kepada mereka mengenai pilihan yang ada. Didik mereka mengenai ‘sentuhan selamat’ dan ‘sentuhan tidak menyelesakan’.
Komunikasi seperti ini dapat membantu anak untuk berasa lebih selesa berkongsi segalanya dengan anda tanpa merahsiakan apa-apa.
Selain peluk anak, anda boleh galakkan kasih sayang bukan fizikal
Anak mungkin mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang mereka – seperti memberikan lukisan atau menyanyikan lagu untuk mereka. Galakkan anak untuk mempamerkan kasih sayang dengan cara mereka sendiri.
Sekiranya ibu bapa memaksa anak untuk menunjukkan kasih sayang walaupun mereka tidak selesa, ia seperti kita mengajar si kecil untuk mengabaikan gerak hati. Sekali gus ada risiko diambil kesempatan oleh individu lain.
Usah memaksa anak memberikan pelukan, salam hari raya atau ciuman, sebaiknya biarkan mereka memilih dan melakukannya dengan seikhlas hati.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa, kita mengimpikan anak-anak yang soleh dan solehah. Antara ciri-ciri anak yang soleh dan solehah adalah mendengar kata ibu bapanya.
Namun, sejauh mana kita mampu memantau anak-anak? Hanya doa dan tawakal yang berterusan kepada Allah menjadi pendinding kepada anak-anak supaya terhindar daripada gejala sosial.
Berikut di senaraikan beberapa himpunan doa-doa yang baik diamalkan.
1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degil
Ibu bapa boleh mengamalkan membaca Surah Asy Syura ayat 19.
“Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”.
Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.
Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak ketika dia tidur.
2. Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh.
Ketika memasak, sentialah basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu,Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.
Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku (sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.”
Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Jika anak masih menyusu, hembuskan pada susu.
3. Doa untuk menangani anak lasak dan nakal
Amalkan ayat 40 dari Surah Ibrahim yang bermaksud:
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.”
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud:
“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”
4. Doa supaya anak rajin kerjakan solat
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.
“Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab )hari kiamat)
Doa ini bagus dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak.
Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan mengutamakan solat.
5. Doa anak taat perintah Allah
Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;
Surah Al-Baqarah ayat 128.
“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.
Moga ikhtiar ibu bapa untuk menjadikan anak-anak kita semua insan yang baik budi pekertinya serta berjaya di dunia dan di akhirat akan dipermudahkan. Kita bertawakal selebihnya berserah pada Allah.
Sebelum Juna lahir lagi memang aku dah arrange nak sunatkan dia ketika newborn. Tapi yelah kita merancang. Juna sakit jantung dan perlu heart surgery. Cita-cita sunat awal terus tamat.
Semakin dia membesar semakin aku risau. Dia autistik. Lagi besar lagi susah nak tame down kalau dia meltdown. So dari tahun lepas aku mula tanya sana sini untuk tau rate khatan anak dengan disability sebab obviously kekdah biasa adalah out of the picture.
Most of the clinic yang aku tanya— rate general anaesthesia di swasta mencecah 5k. Kita faham sedangkan beranak dapat half body epidural pun dah berapa— apa lagi kalau full body.
Kemudian bila dedek lahir bulan 11 lepas, dengan niat saja-saja, aku tanya doktor. Alang-alang dedek lahir di Rampai Puteri dan akan kami ulang-alik check up sini; aku harapkan kalau elok harganya— sunat sini saja.
RM1.5k jawabnya. general anaesthesia. aku terus set appointment.
Apa yang penting sebelum surgery adalah 6 jam puasa. Juna akan sunat jam 5:30pm.
Maka sengaja aku biar dia oversleep sampai tengh hari. Apakala dia bangun— aku sogok dia dgn playdoh.
Settle. Ralit sampai sudah.
“EH SIMPLE JE RUPANYA”
Sampai hospital Juna disuruh salin baju. Pakar anaesthesia suruh aku ada depan Juna sampai dia out.
Kemudian right after— aku kena keluar supaya aku tak jadi makcik-makcik yang sibuk letak hidung kat tempat kerja orang. hahaha.
The process lasted for less than 30 mins. Kaedah laser sebab paling cepat baik. Juna dibangkitkan dari anaesthesia lalu dipindahkan dari operation theatre ke wad sementara.
Macam biasa, lepas tidur paksa tu kita akan menggigil yang bersungguh. Juna handled it like a pro.
Tapi aku tau macammana dia cuba kontrol desibel rengek dia— he is in massive pain.
Doctor bagi penenang through iv drip. Syarat nak keluar sangat mudah. Bila anak dah boleh berdiri dan tak mamai. Itu sahaja.
Simple je. cuma sebab tak pernah baca rundown sunatkan anak-anak OKU— seram tu melebihi waras. Takde lah complicated sangat. Alhamdulillah selesai.
Hari ini masuk hari ke tiga dah. So far subhanallah— what a champ. Tak ada merengek ke, sayu hati ke apa.
Dia cuma banyak diam. Itu je. Haih. Sedih juga but ok la.
Kerja penuh seni. Kemas dan dah kering pun. Good job semua. Thank you untuk segalanya.