Keluarga bahagia, anak-anak yang soleh dan solehah dambaan setiap pasangan suami isteri. Ini juga kunci kekuatan untuk terus mencapai keharmonian dan mengukuhkan ikatan kasih sayang sesama ahli keluarga.

Walaupun kaya harta, tetapi jika hati kosong dan suasana rumah tidak tenteram ia tidak menjamin bahagia yang berpanjangan. Dalam mengecapi nikmat hidup ini, sebagai suami isteri anda sepatutnya mengemudi rumah tangga itu dengan baik agar anak-anak sentiasa mendapat aura positif.

Seperti yang dikongsikan oleh Puan Ainini Zainal, doa yang diamalkannya sejak beberapa tahun lalu menjadi kekuatan buatnya sekeluarga. Semoga ia bermanfaat untuk semua.

Anak Jadi Lembut Hati, Tiada Gaduh Suami Isteri, Ni Sebaik-Baik Doanya  

Sejak 6 tahun lepas, kami sekeluarga amalkan doa ini. Lepas solat kami semua baca. Saya, suami dan anak juga. Semua hafal. Bila nak tidur saya baca dan hembus pada suami, bila teman anak tidur saya baca dan hembus pada anak.

Bila masak, saya baca dan hembus pada masakan. Bila basuh beras, ayam, ikan, pun saya baca selain selawat bila buat kerja di dapur.

IKLAN

Kesannya saya nampak. Ada beza. Makin hari makin rasa sayang sesama sendiri. Tiada gaduh-gaduh suami isteri yang tinggi suara, merajuk sekejap saja pun kalau ada.

Anak jadi lembut hati dan kami juga sama. Ada hari saya rasakan saya tak layak dapat segala kebaikan ini sebab ada masa, rasa diri bukan yang terbaik.

Tapi saya ingat pesan seorang saudara, doa itu sangat besar kesan dalam hidup kita. Konsisten cakap (doa) benda yang sama, InsyaAllah yang baik akan datang dalam hidup kita.

Besar kesannya. Kami jadi tak marah-marah yang teruk di rumah kami. Rasa rumah tempat paling aman. Syurga. Kalau keluar, tak sabar nak balik. Salah seorang ahli tiada, rindu sangat. Dia balik, rasa happy sangat pandang wajahnya.

IKLAN

Anak Jadi Lembut Hati, Tiada Gaduh Suami Isteri, Ni Sebaik-Baik Doanya  

Seorang rakan saya yang ajar ayat dan doa ini. Semoga Allah berkati hidupnya. Saya ingin anda juga rasai, bagi yang belum amalkan.

•••••
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Rabbana Hablana Min Ajwaajina. Wa dzzurriyyatina Qurrota A’yun. Waj ‘alna Lilmuttaqiina Imaama.

IKLAN

“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al-Furqon: 74)
•••••••

InsyaAllah. Kita amalkan.  Syurga untuk dunia ini, keluarga kita.

Kredit: Ainini Zainal

**Dapatkan kelengkapan barangan rumah pada harga istimewa di sini

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI