Bergelar seorang ibu bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak pengorbanan yang perlu dilalui saat nak membesarkan anak. Namun bila anak membesar dengan sempurna, segala kesusahan itu di bayar dengan kenikmatan.
Luahan yang dibuat oleh Tya Ariffin ibu kepada Arif Jiwa Asyraf mengambarkan bahawa seorang wanita yang bergelar ibu cukup hebat dan tsangat besar pengorbanannya.
Pengorbanan mengandung 9 bulan, dari naik berat badan, morning sickness, dan tidur tak lena hinggalah melahirkan dan mempertaruhkan nyawa kita untuk satu malaikat kecil.
Tiada langsung keluhan walaupun penat. Malah dapat menyusu dan membesarkan anak di depan mata anugerah yang tak ternilai dariNya.
Ads
Mungkin dia awalnya kita rasa sukar tetapi semua itu akan dilupakan bila melihat anak membesar dengan sempurna dan sihat. Dah mula pandai senyum dan buat orang tergelak setiap hari antara momen paling indah.
Paling terkesan sekali bila anak dah pandai ajak bermain dan melihatnya tidur buat hati ibu mudah cair walaupun sebelum itu cukup menguji kesabaran.
Ads
Hakikatnya tak perlu menjadi ibu yang sempurna, cukuplah menjadi ibu yang bahagia buah cinta hati kita.
Ads
Walaupun setiap anak tak sama, semuanya dah ada kelebihan masing-masing dan bagaimana kita mencorakkannya penentu kejayaan anak-anak.
Lebih tengking daripada puji. Lebih pukul daripada peluk. Lebih marah daripada belai. Lebih rotan daripada cium.
Apabila anak sudah besar hanya memandang sepi telefon yang tak berdering. Apabila anak sudah besar hanya merenung redup rumah yang kosong. Apabila anak sudah besar hanya menatap sendu meja yang sunyi.
Anak dikata sibuk bekerja.
Anak dikata lupa orang tua.
Anak dikata pentingkan keluarga.
Sehingga abaikan ibu dan bapa.
Tapi pernah tak kita fikir memori apa yang kita tinggalkan untuk anak-anak sepanjang mereka membesar?
Memori yang indah atau memori yang perit?
Anak sepahkan rumah, kita marah. Anak tumpahkan air, kita pukul. Anak pecahkan cawan, kita rotan. Anak menangis, kita herdik. Anak ajak main, kita leka. Anak ajak berbual, kita tak endah. Anak ajak pergi jalan, kita penat. Anak makan sendiri terkial-kial. Anak main sendiri termangu-mangu. Anak tidur sendiri tersedu-sedu. Anak tak pandai, kita keji. Anak pandai, kita tak puji. Anak berjaya, kita tak hargai. Anak membesar dengan memori sepi.
Antara dosa-dosa besar ialah ANAK YANG DERHAKA PADA IBU BAPA tidak boleh dijadikan status KEBAL ibu bapa untuk meletakkan semua salah atas bahu anak-anak sahaja tanpa fikir memori apa yang kita dah tinggalkan kepada mereka.
Akan terhakis perasaan sayang anak-anak kepada ibu bapa itu sedikit demi sedikit jika setiap hari dimarahi, diherdik, dipukul dan dirotan sejak dari kecil. Mereka akan bawa segala memori itu sehingga dewasa.
Apabila dewasa, hanya sisa HORMAT sahaja yang akan tinggal dalam hati anak, bukan curahan kasih buat ibu bapa.
Anak-anak hanya menziarahi kita, salam kita, peluk kita hanya kerana HORMAT bukan kerana SAYANG kepada orang tua.
Jika memori indah, maka indahlah akhlak anak membesar.
Jika memori perit, maka peritlah hakikat yang terpaksa ditelan ibu bapa apabila anak-anak dewasa kelak.
Teringat kata-kata Dr. Anayasmin,
“Untuk berada dalam memori anak pada MASA DEPAN, kita perlu berada dalam hidup anak pada MASA SEKARANG”
Cipta memori indah bersama anak sekarang, bukan tinggalkan memori perit kepada mereka pada masa akan datang.
Kita akui sebagai ibu bapa, ada waktunya kesabaran kita terduga. Ada waktunya kita tidak mampu menahan sabar untuk memarahi anak-anak. Jangan biarkan emosi sebegini terus menjerat diri kita. Kegagalan kita mengawal kemarahan ini akan memburukkan keadaan. Malah emosi anak juga akan turut terkesan.
Walaupun masih kecil, mereka pastinya merasa takut, marah dan menjadi benci kepada ibu bapa. Inilah yang sebolehnya kita elakkan. Menurut Dr Rizal Abu Bakar, Pakar Otak, elakkan memarahi anak secara terus kerana anak memberi kesan kepada mereka. Ada cara yang dikongsikan oleh beliau.
Di saat kita marah pada anak, elak dari bercakap terus. Suara yang akan keluar adalah suara emosi marah. Umpama petir dan guruh di langit.
Kalau berterusan cakap dengan nada marah tiga perkara akan berlaku:
1. Mereka takut, benci dan marah pada mak ayah. 2. Mereka runtuhkan harga diri atau self esteem. 3. Itulah model komunikasi yang mereka akan pakai.
Tenangkan diri. Bagaimana? Semudah 3 cara ini:
1. Tukar fisiologi. Caranya ialah tarik nafas dalam- dalam. Hanya 3 kali. Kaedah ini akan tukar mode surviving iaitu fight or flight.
Mode ini siapkan diri anda untuk berperang. Mode ini juga aktifkan sistem saraf simpatetik. Bila bernafas dalam dalam anda tukar sistem fisiologi. Anda beralih kepada relax and release mode. Anda aktifkan sistem saraf parasimpatetik. Anda jadi tenang. Lebih santai. Otak mudah untuk mengatur ayat.
2. Ubah postur atau keadaan fizikal anda. Kalau marah tangan naik ke atas, atau cekak pinggang, tukar postur itu.
Kalau anda berdiri dan memandang ke bawah tukar postur itu. Anda duduk pada paras mata anak anda. Sekiranya anda berdiri, bercakap dan anak dongak ke atas, ia dibaca sebagai ancaman. Apa berlaku? Fisiologi anak juga berada pada fight & flight mode. Dia bersiap sedia untuk perang. Anda juga bersiap untuk perang. Apa berlaku? Bayangkan sendiri.
3. Buat self talk. Kata pada diri “aku akan bercakap bila tenang”. “Tenang baru cakap” “Aku pilih tenang sebelum bercakap” atau “I’m more relax now”
Bila dah tenang baharu bercakap. Waktu itu api tak marak lagi. Panas pun dah hilang. Hormon stres kortisol mula turun. Oksigen penuh dalam otak. Heart beat mula stabil. Beginilah cara saya buat kat rumah. Inilah juga cara yang dikaji dan ditulis dalam jurnal saintifik. Inilah juga cara yang tenteramkan dunia anda.
Boleh amalkan dan please share. Biar ramai dapat manfaat.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Mengisar bahan tumisan seperti bawang, halia dan cili kisar lebih awal sememangnya memudahkan. Lebih jimat masa memasak, lebih-lebih lagi bagi ibu yang bekerja.
Pun begitu, bahan kisar ini bukanlah tahan lama. Tetap perlu dimasak dengan pantas dan paling tidak, tahan hanya seminggu sahaja.
Perkongsian tip dan petua agar tahan lama sampai tiga bulan yang dikongsikan oleh Cik Dayang Zuhaila ini mak-mak kena cuba. Memang tahan lama, asalkan jangan langgar pantang. Wajib cuba!
Senang la bila nak masak lauk pauk ka, mee goreng ka, bihun goreng ka, keytiau ka. Teruih cedok ja. Tak payah susah-susah nak kupas bawang 2-3 kali.
Sebab tu kalau tetamu mai umah cikdyg. Sat saja cikdyg masak. Macam pelesit.
Stock cikdyg buat ni kalau rajin masak 2 minggu habis dah. Tapi kalau malas masak, stok ni 3 bulan pun tahan lagi tau. Wajib simpan dalam peti ais.
1. CARA BUAT CABAI KISAR
Gunting cabai kering kecik-kecik lebih kurang 1 inci pastu buang bijik cabai tu. Rebus cabai tu sampai dia lembut. Jangan lupa masukkan garam dah sedikit minyak bagi cepat lembut.
Lepas tu tapis bilas dengan ayaq. Masukkan cabai dalam blender. Blend sambil masuk ayaq bertapis sikitt sekadar bagi blender tu buleh putaq saja.
Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering dan letakkan sedikit asam keping, simpan di dalam peti ais. Boleh tahan hingga 3 bulan ke atas cabai ni tau.
2. CARA BUAT BAWANG BESAR KISAR
1 kilo bawang besaq dan hiris kecil-kecil tau sebab senang nak blend. Blender bawang sikit-sikit bersama dengan minyak.
Anggaran minyak masak lebih kurang separuh dari jumlah bawang. Tapi kalau nak letak ayaq saja pun boleh. Pastikan sikit saja ayaq tu nanti senang kisar bawang. Sebab tu bawang kena potong halus-halus.
Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar sebelum simpan dalam peti ais. Boleh tahan 1 bulan ke 2 bulan bawang kisar ni tau.
3. CARA BUAT BAWANG PUTIH KISAR
Setengah kilo bawang putih. Kupas bawang, cuci dan hiris kecik-kecik. Blender bawang bersama ayaq bertapis anggaran ayaq adalah tak sampai separuh dari jumlah bawang.
Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering. Boleh tahan 2 bulan bawang putih ni tau.
4. CARA BUAT HALIA KISAR
Setengah kilo halia. Buang kulit, cuci dan potong kecik-kecik. Memang wajib potong kecik sebab mudah nak kisar. Blender halia dengan sedikit ayaq. Kalau cikdyg blender dulu separuh halia tu dengan suku air.
Bila halia dah lumat masukkan lagi baki halia yang lain sedikit demi sedikit sampai habis. Halia ni jenis banyak ayaq. Jangan gatai-gatai letak ayaq banyak tau. Dah siap blender, masukkan dalam bekas yang kering. Boleh tahan 2 bulan.
🔪Tips penting untuk lebih bertahan lama.
Setiap kali nak cedok bahan ni. Pastikan guna camca/sudu yang kering dan bersih. Jangan campoq lepas cedok bawang cedok halia pulak. BIG NO!
Kalau nak guna cabai, sedok guna camca asing. Nak cedok bawang putih camca asing. Nak cedok cabai camca asing. Tu lah tips yang tokma bagi kat cikdyg. Untuk elakkan cepat berkulat.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Terapi berkuda dikatakan merupakan salah satu terapi terbaik dapat membantu menambah baik kesihatan fizikal, sensori, emosi, sosial dan komunikasi kanak-kanak istimewa.