Terperangkap lama di dalam rumah ketika dunia dilanda Covid-19 lebih empat tahun lalu membuatkan ada diantara anak-anak kita yang membesar dalam suasana rumah sahaja.

Tidak didedahkan dengan dunia luar diketika itu membuatkan anak-anak kecil kurang pergaulan malah berasa gementar atau takut untuk bersosial dengan rakan sebaya.

Kehidupan mereka hanya dikelilingi ibu dan ayah serta adik beradik lain. Ruang untuk mereka bermain dan juga berinteraksi adalah terhad.

Meneroka dan menikmati dunia luar tanpa ‘orang asing’ lain menjadi satu kerisauan paling mendalam buat mereka.

Anak Jadi Takut, Tak Pandai Bergaul, Kiddocarers Ada Untuk Buat Aktiviti, Bantu Anak Dalam Tingkatkan Kemahiran

Dikala kita sudah boleh keluar dengan bebas dan walaupun masih perlu sentiasa berjaga-jaga, anak-anak harus diberikan kebebasan terutama untuk bergaul.

Apa mak ayah perlu lakukan untuk pastikan pergaulan dan bonding anak-anak usia ini selari dengan rakan sebayanya yang lain disebalik setiap kekangan yang telah berlaku?

IKLAN

Bonding bersama Kiddocare

Jika ada diantara kita yang memilih untuk meletakkan anak di rumah pengasuh atau taska, cadangan baik yang lebih moden serta mengikut arus semasa adalah memilih pengasuh yang datang ke rumah kita iaitu Kiddocarers. Anak-anak pastinya lebih merasa selamat dan selesa apabila dijaga di kawasan rumah persekitaran sendiri.

Dengan cara ini, anak-anak tidak merasa terkejut dengan dunia dan norma baru. Secara perlahan-lahan, Kiddocarers yang berpengalaman pastinya dapat membiasakan anak-anak kecil kita menyesuaikan diri dengan perubahan ini.

Bagi ibu bapa yang tidak tahu, Kiddocare merupakan satu platform penjagaan kanak-kanak bercirikan on-demand atau atas permintaan ibu bapa pilihan utama di Malaysia.

IKLAN

Anak Jadi Takut, Tak Pandai Bergaul, Kiddocarers Ada Untuk Buat Aktiviti, Bantu Anak Dalam Tingkatkan Kemahiran

Ia diasaskan pada tahun 2019 oleh pengasasnya, Nadira Yusoff yang mengilhamkan servis yang membantu ibu bapa hari ini untuk mengambil alih sementara tugas mereka untuk menjaga anak-anak.

Dengan tujuan untuk memudahkan, perkhidmatan lain dari yang lain ini amat membantu ibu bapa dalam menyelesaikan tugas mereka di samping dapat berehat seketika dengan hati yang tenang tanpa memikirkan anak-anak yang bakal ditinggalkan.

Atas dasar prihatin, Kiddocare  memastikan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak menjadi fleksibel supaya keperluan ibu bapa terjamin. Tak hairanlah Kiddocare sentiasa menjadi pilihan ibu bapa hari ini.

IKLAN

Tidak hanya membantu ibu bapa, malah Kiddocare juga membuka peluang pekerjaan untuk mereka terutamanya golongan muda yang ingin menambahkan pendapatan dengan mengambil tugas dan menjaga anak-anak.

Kiddocarers ini bukan sahaja menjaga dan memastikan anak sentiasa berada dalam keadaan selamat, tetapi mereka juga melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat buat anak-anak.

Anak Jadi Takut, Tak Pandai Bergaul, Kiddocarers Ada Untuk Buat Aktiviti, Bantu Anak Dalam Tingkatkan Kemahiran
Antara aktiviti yang disediakan termasuklah bermain dengan alat permainan, menyanyi dan menari, sesi membaca buku dan bercerita, seni dan kraf dan permainan fizikal yang selamat dan bersesuaian mengikut peringkat umur anak-anak.

Peranan utama aktiviti ini bukan sekadar untuk berseronok, tetapi ianya untuk  memberi impak positif seperti meningkatkan kemahiran kognitif, penyelesaian masalah, kemahiran deria dan termasuklah juga kemahiran dalam berkomunikasi dan berinteraksi yang boleh memastikan anak pandai bergaul lebih-lebih lagi Covid-19 yang sudah melanda kita.

Paling utama pastinya kesemua Kiddocarer di Kiddocare ini sudah pun menjalani pemeriksaan latar belakang menyeluruh termasuk rekod jenayah, ujian psikometrik, dan pemeriksaan perubatan.

Kiddocarer juga menjalani latihan oleh pakar industri penjagaan kanak-kanak selain ditapis lebih awal oleh wakil-wakil Kiddocare. Layari laman web, https://kiddocare.my/ untuk maklumat lanjut.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI