Ads

Anak Jatuh Atas Tilam: Ingat Biasa Rupanya Bahaya, Bibir Bertukar Biru Buat Ibu Ayah Panik

Sebagai ibu ayah, kita selalu fikir jatuh sikit tu perkara biasa. Anak kecil memang aktif, berlari, melompat, bergurau—jatuh itu macam sebahagian daripada membesar. Tapi hakikatnya, ada jatuh yang nampak “ringan” tapi kesannya boleh jadi sangat serius tanpa kita sedar.

Kisah anak jatuh atas tilam ini mungkin nampak biasa, tetapi pengalaman seorang ayah ini membuktikan sebaliknya.

Perkongsian Ayah Tentang Anak Jatuh Atas Tilam

Perkongsian seorang ayah ini mungkin boleh buka mata ramai:

“Aku pernah, main dengan anak aku, bergurau. Tiba-tiba dia jatuh, terlipat ke belakang. Ingat ok, sebab dia gelak-gelak lagi. Lepas tu tiba-tiba senyap.

‘Yang..kenapa bibir Faheem pucat?’

Aku tengok, memang pucat, nak biru dah. Mata lali, macam mengantuk. Aku tepuk-tepuk pipi dia. ‘Faheem jangan tidur..bangun-bangun’. Dalam hati masa ni.. Allah je tau..

‘Yang.. pegi ambik kunci kereta..kita pegi hospital!’

Dalam perjalanan, wife aku tak berhenti tepuk pipi dia, cakap jangan tidur. Anak aku macam lalok…

Sampai emergency, nurse terus ambil, bawa masuk. Doktor tanya apa jadi… aku tak mampu cerita, wife aku yang jawab.

Ads

Lepas check, doktor cakap… ‘Anak awak mungkin terkejut. Pucat, mengantuk tu antara kesan bila oksigen tak sampai ke otak. Tapi bagus awak datang cepat, kita monitor dulu.’

Malam tu anak aku warded, aku tak habis pikir, macam mana jatuh tu buat anak aku jadi macam tu? Bergurau atas katil, jatuh atas tilam cuma terlipat ke belakang, kepala tak kena tilam pon, wife aku “dah la yang, anak ok tu, takde pape, kita dah kat hospital, bagi doktor jaga, ok?”

Sejak hari tu… aku jadi sangat alert.

Doktor pesan satu benda yang aku ingat sampai sekarang. 

‘Kalau jatuh atau apa-apa berkaitan kesihatan, terus pergi hospital. Jangan sedapkan hati kata tak apa. Kalau terlambat, kesan dia boleh jadi buruk.’

Alhamdulillah, esoknya anak aku dah boleh discaj.”

Ads

Bila Anak Jatuh Atas Tilam Bukan Lagi Perkara Biasa

Anak Jatuh Atas Tilam: Ingat Biasa Rupanya Bahaya, Bibir Bertukar Biru Buat Ibu Ayah Panik
Gambar AI

Kes seperti anak jatuh atas tilam ini ramai ibu ayah pernah alami anak jatuh, lepas tu nampak ok, siap boleh gelak lagi. Tapi sebenarnya, ada simptom yang datang lambat dan boleh membahayakan.

Antara tanda yang perlu diberi perhatian:

  • Bibir pucat atau kebiruan
  • Mata layu, macam nak tidur
  • Badan lemah atau kurang respons
  • Mengantuk melampau (bukan penat biasa)

Ini boleh jadi tanda oksigen tak sampai cukup ke otak, atau tubuh sedang mengalami shock ringan selepas anak jatuh atas tilam.

Kesilapan Biasa Ibu Ayah Selepas Anak Jatuh

Anak Jatuh Atas Tilam: Ingat Biasa Rupanya Bahaya, Bibir Bertukar Biru Buat Ibu Ayah Panik

Silap besar yang ramai buat ialah menunggu dan melihat keadaan terlebih dahulu.

Kita selalu pujuk diri:

Ads
  • “Tak apa kot… jatuh sikit je.”
  • “Dia ok lagi ni, boleh gelak.”

Padahal, dalam situasi anak jatuh atas tilam, masa itu mungkin saat paling kritikal.

Dalam banyak kes, kelewatan beberapa minit atau jam boleh bezakan antara keadaan selamat atau komplikasi yang lebih serius.

Pesan Penting Untuk Ibu Ayah

Jika anak jatuh, walaupun nampak kecil, lakukan perkara ini:

  • Jangan ambil ringan perubahan pada muka dan warna kulit
  • Jangan biarkan anak terus tidur jika nampak pelik
  • Perhatikan tingkah laku—aktif atau tiba-tiba diam
  • Jika ragu-ragu, terus ke hospital

Ingat, kes anak jatuh atas tilam pun boleh membawa kesan yang tidak dijangka jika tidak dipantau dengan betul.

Jangan Tunggu Sampai Terlambat

Kita mungkin pakar dalam kerja kita. Tapi bila melibatkan kesihatan anak serahkan pada yang ahli.

Kadang bukan jatuh itu yang bahaya, tetapi apa yang berlaku selepas anak jatuh atas tilam yang kita tak nampak dengan mata kasar.

Semoga kisah ini jadi peringatan kepada semua ibu ayah jangan tunggu sampai terlambat.

Sumber: Pelukan Hati Si Kecil

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Kemalangan Pemandu Mabuk Klang: Pergi Demi Buku Matematik Anak, Isteri Dedah...

Kemalangan pemandu mabuk Klang meragut nyawa seorang ayah yang pergi membeli buku Matematik anak. Isteri dedah detik akhir yang menyayat hati.