Baby buat macam kunyah-kunyah bila tengok orang makan seolah-olah terliur. Apakah benar si kecil sudah bersedia untuk ambil makanan pelengkap?
Ramai ibu yang mendakwa anak sudah memiliki berat badannya tertentu. Malah ada yang mendakwa bayinya telah tumbuh gigi. Bayi juga menunjukkan minat untuk makan apabila melihat orang lain makan di hadapannya dengan menggerakkan mulutnya seolah-olah mengunyah.
Ramai yang ambil keputusan untuk memberikan makanan pelengkap kepada si manja tanpa merujuk kepada pakar kanak-kanak atau pakar pemakanan. Ini adalah langkah yang salah dan tidak sepatutnya berlaku kerana boleh memudaratkan anak!
Menurut Dr Mohammad Nazir Abu Bakar, Pakar Pediatrik, SALAM Shah Alam Specialist Hospital, lazimnya gigi akan tumbuh apabila umur bayi mencecah antara 4 hingga 7 bulan. Ada juga bayi yang tumbuh gigi awal iaitu seawal 2 hingga 3 bulan. Sebaliknya ada juga bayi yang lambat tumbuh gigi, sehingga mencecah umur setahun barulah gigi susu mulai tumbuh.
MENGUNYAH TANDA BAYI SEDANG TUMBUH GIGI
Kebanyakan bayi melalui fasa ketika gigi keluar tanpa apa-apa masalah. Tetapi ada juga laporan-laporan daripda ibu bapa yang mengaku bayi mereka mengalami simptom-simptom seperti merengek akibat tidak selesa, air liur mengalir berlebihan. gusi bengkak dan sensitif, berkelakuan seperti mengunyah, kurang menyusu dan mengalami masalah tidur.
3 TANDA BAYI BERSEDIA UNTUK MAKAN
Makanan pelengkap seharusnya mula diberikan kepada bayi apabila umur mencapai 6 bulan. Ini kerana pada usia enam bulan, sistem penghadaman bayi mula matang dan boleh menerima makanan pejal seperti bijirin atau makanan yang dijadikan puri.
Mama dan papa perlu peka dan tidak sewenang-wenangnya memberikan makanan pejal kepada bayi walau pun bayi masih belum bersedia. Menurut Dr Mohammad Nazir ada tiga tanda utama bayi mungkin bersedia untuk menerima makanan pejal iaitu;
1.Berada dalam posisi duduk dengan kawalan kepala yang tegak.
2.Koordinasi mata tangan dan mulut yang baik dan boleh lihat, ambil dan memasukkkan makanan ke mulut dengan sendiri
3.Boleh menelan tanpa mengeluarkan makanan semula dan tidak terkumpul di luar mulut sahaja.
Menurut Dr Nazir, pada kebiasaannya semua perkembangan dan tanda-tanda ini jarang jarang berlaku sebelum bayi mencecah usia 6 bulan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Nampak Bayi Bangun Tidur, Bermain Dengan Jari & Membebel Sendiri Usah Ganggu!
Fasa keresahan pemisahan (separation anxiety) adalah perkembangan normal dan mesti di lalui semua bayi. Ia berlaku seawal usia 6 bulan hingga sekitar 20 bulan dan menyaksikan bayi menjadi lebih 3C: Crying (menangis), Cranky (merengek) & Clingy (nak melekat/berdukung).
Berikut adalah tip yang boleh mengurangkan stres ibu bapa melalui tempoh sukar yang tidak boleh dielakkan ini;
- GALAKKAN PERASAAN BERKUASA PADA BAYI
Bayi boleh, perlu & suka meluangkan masa sendirian. Contohnya bila anda melihat bayi telah terjaga dari tidurnya namun leka termenung, memandang sekeliling,bermain-main dengan jarinya sambil ‘membebel’ sendirian. Usah ganggu moment ini!. Perhatikan dari jauh dan biar bayi menikmati saat ini selama yang dia perlukan. Ruang meneroka dan mengamati suasana sekeliling secara sendirian akan memberi rasa ‘dunia ini ok’, ‘saya ok walau sendirian’ kepada bayi.
- RILEKS IBU!
Bayi sangat awas dan cepat menangkap ekspresi wajah serta gaya tubuh manusia. Contohnya dalam situasi bayi yang sedang belajar untuk meniarap. Anda boleh memilih untuk menjadi salah satu dari ibu berikut: ibu yang membantu bayi membalikkan diri pada setiap cubaannya. Atau menjadi ibu yang meniarap sama aras dengan bayi sambil menyorak kata-kata semangat seperti, ‘sikit lagi..sikit lagi sayang! You can do it! ‘, menunggu reaksi bayi dan hanya bila bayi sudah menangis atau nampak seperti sudah mahu mengalah, ibu bertanya penuh optimis, ‘ adik dah penat?. Nak ibu dukung sekarang?’. Kedua -dua ibu memang berjaya menyampaikan mesej kasih sayang pada bayi mereka. Bezanya, bayi dengan ibu ‘ si tukang penyelamat setiap masa’ akan membuat bayi rasa bahawa ibunya saja yang mempunyai kuasa magik bagi setiap perkara. Manakala ibu ‘si tukang sorak yang optimis’ akan membuat bayi merasa selamat dan yakin diri bahawa dia hanya perlu terus mencuba.
- KEKAL POSITIF
Bayi adalah cerminan ibunya. Ibu yang penuh risau akan berbisik kata-kata ,’ tak ada apa la. Orang tu takkan kacau atau makan adik’ setiap kali berhadapan dengan orang baru/asing. Niat ibu mungkin murni,tapi ketahuilah kata-kata tersebut hanya mengukuhkan lagi apa yang ditakuti atau difikirkan bayi. Ia serupa dengan cuba untuk membuat anak-anak berani melalui kata-kata, ‘ mana ada hantu kat sana’. Memang tak pernah berjaya kan?. Ibu hanya perlu rilekskan gengaman tangan anak dan berbual bersahaja setiap kali berjumpa orang asing seperti ia bukan hal yang besar pun.
- JANGAN SIBUK NAK IKUT ANAK
Di taman permainan, rumah orang atau mana-mana tempat baru, lepaskan anak untuk pergi dan buat apa yang dia mahu. Ibu hanya perlu duduk setempat dan kekal lah disitu memerhati keselamatan anak dari jauh. Perbuatan sibuk mengekori anak ke setiap ceruk akan membuat anak yakin bahawa dia belum layak untuk berpisah dari ibu. Ibu yang kekal duduk juga akan menyampaikan mesej bahawa adalah ok untuk anak pergi, dan dia hanya perlu kembali jika mahukan ibu.
- LAYANNN…
Sepanjang proses untuk menjadi individu bebas, adalah biasa untuk bayi keliru. Dia tidak tahu cara yang tepat dan dia juga tak pasti jika dia telah sedia. Maka amat biasa bayi nampak gembira pada 1 minit, dan mula nak berdukung pada minit yang lain. Bagi ruang untuk bayi menguji dirinya sendiri; dukunglah bila dia perlukan dan lepaskan bila dia mahu bebas.
- JANGAN REMEH ATAU KETEPIKAN PERASAAN ANAK
Perasaan anak itu sah dan wujud. Kita hanya perlu mengakuinya dan bukan meremehkan apa lagi menghukum dengan kata-kata seperti,
‘Tak habis-habis merengek. Kan mama dah main dengan adik tadi?’, ‘shhhh!’, atau ‘ tak ada apa la. Nak nangis kenapanya?’.
Sokong dan hormati perasaan itu sebagai tanda anda faham seperti, ‘ Mama tahu adik sedih. Adik tak nak mama pergi. Mama datang 5 minit lagi ok’. Ramai tidak sedar tetapi menambah pertanyaan ‘ok?’ di belakang memberi bayi rasa ‘hebat’ dan tidak diketepikan kerana anda seperti meminta izinnya. Mengesahkan perasaan anak dengan jelas akan selalu berjaya memperlahan /menghentikan esakan anak kerana anak tahu anda telah faham dan tak perlu dia terus menerus mempromosi perasaan sedihnya.
- BERPISAH DENGAN YAKIN
Selalu berani untuk beritahu anak setiap kali anda perlu pergi. Jangan amalkan mencuri-curi keluar/lari dari anak. Ia hanya mencalarkan rasa percaya anak. Peluk dan cium anak dengan erat tapi pantas, ucapkan kata perpisahan yang singkat seperti, ‘ Mama pergi work dulu. Petang nanti mama ambil adik. Be good ‘ dan terus pergi. Usah teragak-agak, menoleh-noleh lagi atau kembali pada anak yang mula menangis. Keresahan anak mencetus keresahan ibu, yang mana ia mengukuhkan kecerewetan bayi dan seterusnya membentuk pasangan ibu-anak yang selalu resah. Lebih buruk jika ibu mula berjanji bermacam perkara untuk mengawal situasi. Ia hanya memberitahu anak bahawa perbuatan ibu keluar berkerja itu memang salah maka ibu harus menggantinya dengan janji-janji seronok yang lain. Tak mengapa jika anak terpaksa bersedih. Ini realiti hidup. Seronok bukan untuk sepanjang masa. Anak yang gembira bukan bermaksud anak yang tidak menangis langsung. Anak yang gembira ialah anak yang ada kestabilan dan kawalan kendiri terhadap pelbagai emosi.
- USAH TERASA
Sebahagian bayi lebih sensitif terhadap pemisahan berbanding yang lain. Ini soal personaliti bayi dan tiada kaitannya dengan anda. Jadi janganlah cepat terasa dan membandingkan bayi anda dengan bayi lain pada setiap sekecil- kecil perkara. Contohnya jika hari ini anda berharap dan menjangkakan anak anda akan menyertai kawan- kawan yang lain di taman permainan, namun perkara sebaliknya pula berlaku, usah bengang. Lepaskan saja jangkaan awal anda itu dan alu-alukan anak anda yang hanya mahu duduk bersama anda. Biar anak duduk dan memerhati. Usah mempromosi hal bagaimana anak orang lain ok saja bermain dan tak ada apa yang perlu dia takutkan. Bila kita percaya yang anak kita perlu duduk dengan kita pada ketika itu, kita telah bagi keyakinan padanya bahawa kita tidak menafikan rasa resahnya. Maka proses keresahan pemisahan akan menjadi mudah kerana bebas drama , bebas jangkaan. Yang ada hanya realiti.
- LATIH CIPTA SUASANA SELESA
Tempat atau orang baru sentiasa merisaukan bayi. Maka amalkan mencipta rasa selesa pada setiap tempat atau orang baru. Misalnya luangkan masa untuk duduk, berbual-bual dan keluar masuk rumah bakal pengasuh. Lama kelamaan ia membuat bayi sedar bahawa orang atau sesuatu tempat itu telah di ‘luluskan ok’ oleh orang yang paling anak percayai iaitu ibunya.
Sumber: Uswatun Hasanah – baby
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mama Papa Perlu Peka Perkembangan Fizikal & Mental Bayi 0-12 Bulan Dan Belajar Cara Kendali!
Mama dan papa tidak boleh mudah perkembangan mental dan fizikal bayi. Sebenarnya 12 bulan pertama ialah waktu kritikal untuk bayi. Kepekaan ibu bapa mampu mengesan sekiranya ada sesuatu yang tidak normal pada perkembangan mereka.
12 bulan pertama perkembangan bayi anda adalah salah satu daripada tempoh paling dinamik dan menarik. Perubahan yang berlaku adalah besar dan kuat. Walau bagaimanapun, setiap bayi mempunyai kadar perkembangan yang tersendiri. Oleh itu, penting untuk mengenal pasti tahap perkembangan bayi anda supaya anda boleh menggalakkannya/ merangsang serta membantu apa yang perlu untuk perkembangannya. Setiap peringkat perkembangan bayi terdapat dua perkara yang harus diberi perhatian iaitu tumbesaran fizikal dan mental.
Bagi tumbesaran mental, bayi anda perlu disokong dan digalakkan untuk meningkatkan keupayaan mental. Bayi baru lahir sangat bergantung kepada individu yang berada di sekelilingnya. Orang di sekelilingnyalah yang akan memenuhi setiap keperluannya.
Kemampuan untuk berinteraksi dan mempengaruhi lingkungan sekitarnya ini diperoleh dari suatu proses perkembangan. Proses perkembangan dan perubahan pada bayi yang baru lahir ini terjadi dalam beberapa tahap mengikut pertambahan usianya setiap bulan.
SATU BULAN
- Bayi baru lahir sangat bergantung kepada individu yang berada di sekelilingnya.
- Orang sekelilingnya akan memenuhi setiap keperluannya.
- Memberi tindak balas kepada suara anda dengan mengerakkan badannya.
- Sangat suka apabila mendengar suara ibunya berbanding orang lain kerana itulah suara yang didengarinya sejak di dalam rahim lagi.
- Kerap tidur dan terjaga apabila mendengar bunyi yang kuat.
- Boleh mengenali suara dan bau anda.
DUA BULAN
- Mula tersenyum apabila anda bercakap dengannya.
- Mengeluarkan bunyi suara kecil dalam tindak balas.
- Tersenyum menjadi kebiasaan pada tahap usia ini.
- Mula menunjukkan minat pada persekitarannya dengan mencari punca bunyi.
- Melihat objek yang ada di persekitarannya terutama objek berwarna merah dan hitam.
TIGA BULAN
- Bayi anda mula menyedari anggota badannya.
- Sering melihat jarinya dan mengerakkan jarinya sendiri.
- Kaki mula aktif menendang dan menolak objek dihadapannya.
- Bertindak balas dengan senyuman atau mengerakkan badannya apabila mendengar bunyi.
- Mula membuat bunyi-bunyian seperti bercakap.
EMPAT BULAN
- Memahami apa yang anda cakapkan kepadanya.
- Rasa ingin tahu menjadi perkara utama pada usia ini
- Mula mengenali objek permainan kegemarannya.
- Mula memahami rutin harian seperti melakukan penyusuan dalam tempoh tertentu.
- Boleh memberikan ekspresi ketawa kepada orang yang melihatnya.
- Dapat membezakan ekspresi wajah individu yang berada di hadapannya walaupun belum boleh mengenalinya.
- Mengetahui bahawa menangis boleh mendapat perhatian.
LIMA BULAN
- Mulai boleh menikmati permainan mudah seperti bermain air di dalam bilik mandi.
- Suka melihat dirinya dalam cermin. Boleh memegang botol susu sendiri.
- Kebolehan untuk berinteraksi dengan anda meningkat setiap hari.
- Bayi anda sekarang sudah sedar dari mana datangnya bunyi dan dia akan terus berpusing ke arah bunyi baru.
- Mempunyai ikatan yang kuat dengan anda dengan menghulurkan tangannya apabila dia mahu didukung dan menangis apabila anda meninggalkan bilik.
- Bayi anda juga mungkin akan mula memeluk dan mencium anda.
- Mengikuti dengan gerakan mata terhadap orang yang sedang lalu-lalang di hadapannya.
ENAM BULAN
- Perkembangan ikatan emosi semakin meningkat.
- Si manja sudah dapat memilih untuk berhubung dengan seseorang yang lebih disenanginya.
- Merasai perasaan bimbang apabila berpisah iaitu berasa cemas apabila individu yang dekat dengannya tidak ada.
- Apabila mendengar bunyi suara yang berintonasi ceria, bayi akan menunjukkan rasa gembira, dan apabila anda bersuara garang, bayi akan sedih dan boleh menangis.
- Selalu senyum bila bermain dan berinteraksi dengan anda.
TUJUH BULAN
- Bayi sudah mula boleh ‘berbual dengan anda’ dan mungkin akan memulakan ‘perbualan’.
- Bayi sudah mengetahui namanya.
- Cuba untuk menyuapkan makanan sendiri.
- Akan meniru perkara-perkara mudah yang anda lakukan.
- Mula menunjukkan beberapa perasaan seperti takut dan suka kepada sesuatu makanan dan objek.
LAPAN BULAN
- Emosi bayi anda adalah semakin jelas, contohnya, memberi ciuman kepada orang yang dikenalinya. Mungkin akan mengulangi perbuatan itu jika diberi tepukan.
- Bayi anda akan mula menunjukkan reaksi bimbang apabila berhadapan dengan orang asing, terutamanya ketika dia penat atau meragam.
- Penglihatan bayi kini hampir sama seperti orang dewasa dari segi kejelasan melihat sesuatu objek.
- Walaupun penglihatan jarak dekatnya masih lebih sempurna daripada jarak jauhnya, penglihatannya sudah cukup baik untuk mengenali orang dan objek kegemarannya.
- Dapat memanggil nama ringkas antaranya ‘mama’, ‘umi’, ‘papa’ dan ‘baba’
- Ada bayi yang sudah mula merangkak dan duduk pada usia ini.
SEMBILAN BULAN
- Mula memahami perkataan-perkataan yang mudah seperti “tidak” dan menunjukkan tanda-tanda kesungguhan, seperti bergerak ke arah perkara-perkara yang di luar kemampuannya.
- Senyum dan ketawa apabila melihat anda.
- Membuat pelbagai bunyi dengan anda, seolah-olah berbual-bual dengan anda.
- Mulai rasa bimbang dengan perpisahan.
- Jika anak anda menghisap satu ibu jari atau puting untuk menenangkan dirinya atau tidur semasa dia cuba menangani kebimbangannya, itu adalah OK.
- Anak anda akan mula kedengaran seakan-akan perkataan sebenar, termasuklah “ma” dan “da.”
- Bertindak balas kepada namanya dengan memandang sekelilingnya atau dengan menghentikan apa yang sedang dilakukannya untuk mengetahui siapa yang memanggilnya.
SEPULUH BULAN
- Memahami ayat mudah, soalan dan pertanyaan, sebagai contoh, “Berikan buku itu kepada mama, ‘Dapatkan bola adik’, ‘Di mana anak patung adik?
- Belajar perkataan dan isyarat tertentu seperti mengatakan ‘tidak’ dan melambaikan tangan untuk isyarat ‘selamat tinggal’.
- Dapat mencari objek yang tersembunyi. Contohnya, lego yang disorokkan bawah bantal.
- Dapat memadankan bentuk,
- contohnya, meletakkan objek silinder dalam lubang yang hampir sama di dalam bekas.
- Cuba menarik perhatian orang dewasa.
SEBELAS BULAN
- Suka bermain dan sangat aktif.
- Boleh bercakap dengan satu perkataan yang mudah difahami.
- Dia juga boleh menunjukkan kepada anda perkara-perkara dalam buku.
- Menunjukkan minat kepada buku-buku berilustrasi menarik.
- Suka melakukan peniruan yang dilihat di persekitarannya.
- Mula melangkah dan bertatih. Ada sesetengahnya sudah boleh berjalan.
DUA BELAS BULAN
- Menunjukkan minat terhadap buku-buku kegemaran yang mengandungi banyak gambar,
- Boleh memahami soalan yang mudah dan menggelengkan kepala untuk mengatakan ‘tidak’.
- Mula nampak seperti anti-sosial kerana akan menangis apabila ditinggalkan atau gelisah bila berada dalam dakapan orang yang tidak dikenalinya.
- Mengeluarkan atau menghasilkan bunyi perkataan seperti “ma,” “ba,” “na,” “da,” dan “ga?” Menoleh ke arah orang yang memanggil namanya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cabaran Minggu Pertama Bersama Bayi Baru Lahir. Ikuti 5 Tip Ini!
Seminggu pertama kelahiran bayi ialah cabaran utama buat mama dan papa yang pertama kali. Apatah lagi jika Bagaimana nak hadapinya sedangkan anda belum lagi ada pengalaman?
Ketahui 7 tip untuk mengendalikan bayi baru lahir. Tip ini praktikal dan akan membantu mama dan papa menyesuaikan diri dengan perubahan baru ini.
1.KUASA BEDUNG
Kebanyakan bayi suka dibedung dan ia akan membantu mereka tidur dan kurang meragam. Belajar bagaimana caranya untuk membedung bayi. Beli beberapa helai kain bedung yang lembut dan mesra pada kulit bayi dan bedung bayi untuk menenangkannya. Membedung juga memudahkan mama menyusukan bayi.
2.SUSUKAN BAYI DENGAN POSISI PENYUSUAN BETUL
Pastikan mama mempraktiskan posisi penyusuan yang betul. Paling utama pelekapan yang tepat untuk mengelakkan masalah puting merekah dan sebagainya di kemudian hari. Dapatkan bantal penyusuan untuk mengelakkan sakit belakang.
3.MANDIKAN BAYI
Mama dan papa boleh membuat jadual giliran untuk tugas ini. Bayi tidak perlu dimandikan kerap, cukup dua kali sehari sahaja. Misalnya jika pagi mama mandikan, petang papa boleh ambil giliran memandikan bayi pada sebelah petang.
4.WAKTU TIDUR
Mama bahagikan tugas dengan papa. Buat perbincangan tentang perkongsian tugas termasuk tugas menyusukan bayi setiap tiga jam. Biarkan papa (atau ibu atau sesiapa yang membantu) memberi bayi susu pada tengah malam dan 6 pagi manakala mama ambil giliran pada jam 9 malam dan 3 pagi. Jika anda menyusu, perah untuk tujuan ini. Ini cara supaya mama dapat tidur sekurang-kurangnya satu dari kedua-dua waktu menyusu.
5.STORAN SISTEMATIK
Wujudkan sistem yang sistematik seperti tempat penyimpanan lampin, pakaian dan keperluan bayi yang mudah diambil dalam keadaan pantas dengan sebelah tangan.
6.KATIL BAYI
Dapatkan peralatan yang diperlukan seperti katil bayi, pam payudara, penggendong bayi, dan sebagainya perlu disediakan awal untuk mengelakkan kelam kabut. Katil bayi atau play pen amat mustahak jika anda mempunyai anak lain di rumah. Ia penting bagi mengelakkan bayi tercedera atau kemalangan disebabkan anak yang lain.
7.ELAKKAN SUASANA BISING
Bayi baru lahir memerlukan tidur yang lama. Mama dan papa cuba wujudkan suasana yang tenang untuknya tidur. Gangguan bising boleh menyebabkan dia mudah terjaga dan tidak mendapat tidur yang cukup. Tidur amat penting untuk perkembangan otak bayi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI