Bukan mengada-ngada tetapi ada dikalangan bayi yang tidak boleh berpisah dengan ibunya. Melekat 24 jam dan menangis bila berjauhan.

Sudahnya ibu yang terpaksa bersabar dan mengendong anak ke mana sahaja bagi mententeramkan keadaan. Bagi ‘high demand’ ini dikaitkan dengan masalah .Separation Anxiety’.

Doktor Pediatrik, Dr. Redzal Zainol berkongsi tentang fasa ‘Separation Anxiety’ di mana akan berlaku pada anak yang berusia 6 bulan sehingga 2 tahun lebih. Fasa ini adalah fasa normal.

Anak Jenis Melekat Dengan Ibu, Doktor Kongsikan Tip Main ‘Nyorok-Nyorok’, Memang Menjadi!

Bila mak tinggalkan anak sekejap, terus berlaku 3C ini:

1. Crying (menangis)
2. Cranky (merengek)
3. Clingy (nak berdukung atau melkat je)

Anak Jenis Melekat Dengan Ibu, Doktor Kongsikan Tip Main ‘Nyorok-Nyorok’, Memang Menjadi!

Tapi bila mak muncul balik, terus senyap budak tu. Siap tersengih-sengih lagi.

Ini disebut sebagai fasa ‘Separation Anxiety’.

Dan sebenarnya fasa ini dikira normal antara usia 6 bulan hingga 2 tahun setengah.

Anak Jenis Melekat Dengan Ibu, Doktor Kongsikan Tip Main ‘Nyorok-Nyorok’, Memang Menjadi!

Tambah Dr.Redzal lagi, fasa ini boleh dicegah dengan melakukan beberapa perkara antaranya bermain nyorok-nyorok bersama anak supaya anak faham tentang konsep ‘Object Permanence’.

Tips, kita ajak anak kita tu main nyorok-nyorok. Jadi mak ayah boleh menyorok di belakang pintu ataupun belakang sofa.

Kemudian biarkan anak kita tu sama ada merangkak atau berjalan ke arah kita. Di sini anak akan belajar satu konsep yang dinamakan sebagai ‘Object Permanence’.

Maksudnya walaupun dia tak nampak mak ayah dia di mana, tapi dia faham dan tahu mak dia wujud, sebenarnya ada.

Jadi taklah dia asyik menangis je bila tak nampak mak dia.

Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!

Anak Jenis Melekat Dengan Ibu, Doktor Kongsikan Tip Main ‘Nyorok-Nyorok’, Memang Menjadi!

BK Solat Kembali lagi. Sambut bulan Ramadan dengan persiapan yang sempurna di Kem Solat kami!

Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut di 019 622 2989 atau boleh daftar terus di
https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Kredit: Dr Redzal Zainol

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI