Ada waktunya kita selalu salah faham dengan anak. Anak kecil kita tanpa kita sedar rupanya seorang ‘thinker’ yang suka berfikir.
Macam mana nak kenal anak jenis ini? Ini karektor anak thinker yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim menerusi perkongsian videonya.
Anak tu jarang bercakap tapi sekali bercakap memang bikin panas je.. sabor jelah.
Kadang-kadang kita salah faham juga dengan anak jenis thinker ini. Anak jenis thinker ini kebiasaannya dia kurang bercakap sebab dia lebih banyak bercakap dengan dirinya sendiri.
Ads
Fikirannya banyak berfikir dan kurang bercakap. Pun begitu walaupun dia kurang bercakap tetapi karektor keduanya, sekali dia dah cakap, ayat yang keluar itu kebiasaannya di luar kotak.
Adakalanya kita sendiri pun tak boleh terima apa yang anak cakap. Contohnya anak bertanya, “ibu sperma itu apa?”
Yang ketiga, anak jenis thinker ini jenis suka memantau dan melihat dan kemudiannya disusuli dengan pertanyaan yang tidak dijangka.
Ads
Anak jenis thinker ini kadang kala terdiri dari yang kuat menjawab. Jika arahan mak ayah dia rasakan tidak logik atau tak masuk akal, anak akan menjawab.
Anak jenis ini juga sukakan game atau permainan yang mencabar mindanya. Contohnya seperti teka teki atau teka silang kata yang boleh mencabar mindanya. Permainan biasa seperti main congkak, dam aji tidak menjadi pilihannya.
Ads
Inilah lima karektor anak jenis thinker yang kadang-kadang selalu buat mak ayah salah faham tetapi rupa-rupanya ada potensi yang sangat besar dalam diri mereka.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemakaian pelitup separuh muka atau face mask kini diwajibkan jika berkunjung ke tempat-tempat awam atau tempat yang sesak. Ia bertujuan untuk mencegah penularan virus Covid-19 yang meragut ratusan ribu nyawa di seluruh dunia.
Namun pemakaian face mask yang tidak betul juga mungkin boleh menjadi punca anak-anak kita jatuh sakit. Bagaimana dan kenapa? Perkongsian daripada Dr Ahmad Luqman Bukhari mungkin akan membuka mata kita semua.
Beliau juga turut berkongsi dengan pembaca supaya mengajarkan tiga perkara kepada si kecil tentang pemakaian pelitup muka yang betul supaya tidak menjadi punca penyakit buat mereka.
Tambahnya juga, bukan sahaja virus Covid-19 yang kita risaukan, malah banyak lagi virus dan bakteria lain yang mungkin boleh memudaratkan si kecil jika tidak dicegah.
Ikuti perkongsian beliau:
Ingatkan elok dah pakai face mask tapi rupanya tu punca budak tu jatuh sakit.
Kadang tu bila nampak anak kecil duk main-main dengan face mask dia, saya jadi naik risau pulak.
Ada sebahagian anak kita ni, suka duk main buka, pakai, buka, pakai face mask tu. Alih-alih tengok-tengok rupanya dah terbalik face mask tu.
Patutnya lapisan berwarna biru atau hijau tu kat luar dan lapisan putih kat belah dalam.
Tapi bila dah seronok sangat main face mask tu, kita pun tak sedar yang budak tu pakai terbalik. Aduh!
Ni saya nak cerita sikit.
Lapisan berwarna biru atau hijau tu, sebenarnya dicipta khas supaya tak menyerap air (hydrophobic).
Kenalah duk kat belah luar sebab kita nak elakkan titisan wap air yang mengandungi virus atau kuman melekat kat mask tadi tu.
Lapisan putih kat belah dalam tu pulak, direka supaya menyerap air (hydrophilic).
Jadi udara yang penuh dengan wap air bila dihembus keluar dari paru-paru kita terus melekat kat lapisan tu. Kalau ada kuman pun tak adalah merebak pergi merayau berjangkit pada orang lain.
Tapi kalau anak-anak kita pakai face mask tu terbalik, kalian pun boleh bayangkan sendiri apa akibatnya.
Wap air yang penuh dengan debu, kuman atau virus dari luar, akan melekat pada lapisan putih yang mudah menyerap air tu.
Akhirnya bila anak kita tu sedut nafas, risiko untuk kuman tadi meluncur laju masuk ke paru-paru dia jadi makin tinggi.
Masa tu, face mask tu bukan je tak berjaya nak protect dia tapi dah jadi punca utama si kecil tu jatuh sakit pulak.
Sebab tu saya nak mintak tolong sangat-sangat pada parents semua, at least ajarkan 3 perkara ni kat si comel kita tu:
#1. Pesan selalu kat dia supaya jangan duk sentuh bahagian luar topeng muka tu. Mula-mula mungkin dia tak berapa dengar tapi bila dah kerap diperingat, anak kita tu akan terbiasa untuk amalkan cara yang tepat. #2. Beritahu dia supaya pakai dengan aturan yang betul. Lapisan berwarna kat luar. Lapisan putih pulak wajib kat dalam. #3. Latih dia supaya selalu bersihkan tangan dengan air dan sabun atau pun hand sanitizer tiap kali sebelum nak pakai atau selepas tanggalkan face mask tadi.
Pakat beringat ye. Bukan virus Covid19 ni je, tapi ada banyak lagi virus dan kuman berbahaya lain yang boleh jadi punca anak kita tu terlantar kesakitan kalau kita tak ambil berat tentang hal ni.
Tolong #share ilmu mahal ni dengan pasangan masing-masing ye.
EPISOD 1 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA HARI INI!
Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda. Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Saksikan episod pertama dengan topik Anak Legasi Masa Depan pada 26 Ogos 2020 ini, jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124
Kasut getah boleh jejaskan kaki anak, nampak comel tapi bahaya jika dipakai terlalu kerap. Ramai ibu ayah suka memilih sandal getah untuk si kecil kerana harganya murah, ringan, mudah dipakai dan nampak selesa.
Namun, tidak ramai yang tahu kasut jenis ini sebenarnya boleh mengganggu perkembangan kaki anak, terutama ketika mereka masih dalam fasa tumbesaran.
Seorang ibu menerusi perkongsian di TikTok menjelaskan bahawa sandal getah yang kelihatan seperti kasut Cr*cs tidak sesuai untuk kanak-kanak kecil, terutamanya mereka yang baru belajar berjalan. Walaupun nampak “fluffy” dan comel, kasut jenis ini tidak fleksibel serta tiada sokongan lengkung (arch support) yang penting untuk pertumbuhan kaki si manja.
Menurut perkongsian tersebut, pemakaian sandal getah secara berterusan boleh menyebabkan masalah:
Plantar fasciitis – keradangan pada tisu tapak kaki yang menghubungkan tumit dengan jari.
Flat feet (tapak kaki leper) – keadaan yang boleh membawa kepada sakit tumit, lutut dan belakang badan.
Postur tidak seimbang – anak mungkin cepat penat berdiri atau berjalan kerana sokongan kaki tidak kukuh.
Bukan itu sahaja, sandal getah juga sering menjadi punca kaki anak tersangkut pada eskalator. Ini membuktikan bahawa pemakaiannya bukan sahaja menjejaskan kesihatan kaki, malah boleh membahayakan keselamatan mereka.
Untuk memastikan anak selesa dan selamat, pilih kasut yang mempunyai ciri-ciri berikut:
Fleksibel & lembut – mudah melentur ikut pergerakan kaki.
Ada pengudaraan (breathable) – elak kaki berpeluh dan berkulat.
Sokongan lengkung (arch support) – penting untuk elak masalah tapak kaki leper.
Bahagian depan luas – beri ruang jari kaki bergerak bebas.
Saiz tepat – tidak terlalu ketat atau longgar.
Kasut sukan atau kasut lari yang ringan adalah pilihan lebih baik berbanding sandal getah atau selipar Jepun. Pakar juga menyarankan kanak-kanak diberi peluang untuk berkaki ayam di rumah bagi menguatkan otot kaki mereka secara semula jadi.
Selain sandal getah, selipar Jepun juga tidak digalakkan kerana tiada sokongan lengkung, tiada kusyen dan memaksa ibu jari menggenggam (toe-gripping). Ini boleh mengubah cara anak berjalan dalam jangka masa panjang.
Ingat mama papa! Kasut bukan sekadar hiasan. Pemilihan kasut yang salah boleh menjejaskan kesihatan, postur dan tumbesaran anak. Jadi, walaupun kasut getah nampak comel, biarlah kita pilih kasut yang benar-benar selamat dan menyokong perkembangan si manja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam fasa nak membesarkan anak, ibu bapa kena extra perhatikan setiap pergerakan anak. Bukan apa pantang terleka sikit, pasti ada je akal anak untuk buat perkara yang diluar fikiran orang dewasa.
Lagipun anak dalam usia 2 hingga 6 tahun mereka sedang aktif untuk meneroka dan nak tahu sesuatu perkara. Jadi akan ada bermacam-macam kejutan buat ibu ayah sementara tunggu anak besar dan boleh berfikir sendiri mana yang baik dan tak baik.
Menerusi perkongsian ibu ini, Puan Nur Azreen Abd Haris, kisah anak yang tertelan duit syiling ini boleh dijadikan peringatan bersama ibu bapa yang lain.
Pengalaman yang takkan ummi dan abi lupakan sepanjang hayat.
Permulaan:
13/03/2021 Ahad
Dalam pukul 2.00 petang macam tu tiba-tiba terdengar bunyi orang tercekik. Rupanya Umayr. Dia datang sambil tangan dia masuk dalam mulut dan minta tolong ummi.
Masa ni, ummi tengah susukan Aman. Terus duduk dan tepuk belakang dia. Menyirap darah sebab ummi suruh tidur petang. Lain kerja dia buat. Bila tanya Umayr makan apa?
“Duit syiling”.
Hilang nyawa ummi kejap. Terbang terus hilang.. Lepas lari pergi dapur. Dia datang semula,
“Ummi takpe, Umayr dah minum air oren” (dia tahu ummi marah). Sambil pegang punggung dia cakap..
“Ummi, nak berak”(dia panik dan ingat boleh terus keluar). Tanya kenapa makan duit syiling, dia jawab..
“Umayr main kuih-kuih dan hamburger” Imaginasi kau nakk. Terus call abi..hujan ribut petang tu. Seribut hati ummi.
Lepas Maghrib, bawa pergi x-ray. Ummi dekat rumah in ‘denial phase’ sebab antara percaya atau tak percaya. Sehinggalah abi bagitau ada duit syilingnya. Dah masuk dalam perut. Lega sekurang-kurangnya tak tersangkut dekat kerongkong (worst case)
Aduhai anak. Ini bukan mimpi. Risaunya ummi bukan kepalang. Doktor bagi ubat lawas dan masa 3 hari untuk next x-ray.
Pertengahan:
16/03/2021 Selasa
Syiling dah bergerak. Doktor ramal dah masuk dalam usus besar. Jangkaannya duit syiling tu saiz 20sen. Ummi kena refresh balik pasal GI tract dengan doktor.
Disebabkan Umayr sihat dan aktif, masih selera makan dan minum, tak demam, sakit perut, muntah dan cirit-birit maka doktor bagi masa lagi untuk cukupkan seminggu.
Sepanjang seminggu ni semua orang yang terlibat masa dia nak membuang kena cek najis dia. Terpaksa pakaikan diaper sebab nak monitor kalau dia berak. Tapinya, dia nak membuang dekat tandas juga.
Bila dia membuang dia akan cakap sendiri “syiling, mana syiling ni. Bila nak keluar”. Sedih ummi dengar. Pujuk dia suruh makan banyak-banyak dan doa supaya cepat keluar.
Sebelum ni abi kalau beli pisang terpaksa sorokkan sampai kadang tu lupa. Ranum dah boleh buat cekodok.
Sebab anak-anak ni suka sangat makan pisang. Boleh habis sesikat sekejap je. Disebabkan kejadian ni, Umayr dapat makan pisang ‘free-flow’. Budak bertuah. Lepas tu bila orang tanya duit syiling dah keluar ke belum, dia kata belum. Bila semua orang asyik tanya, dia stres. Macam-macam nasihat dia dapat.
Masa terasa lambat bergerak. Ummi masih risau fikirkan dia. Ada masa nangis kat tempat kerja. Salahkan diri sendiri tak jadi ibu yang baik. Abi cakap Insha’Allah semua akan ok.
Pengakhiran:
22/03/2021 Isnin
Terus pergi ke bahagian kecemasan Hospital Shah Alam untuk check keadaan dia. Umayr tetap ceria macam tak ada apa yang berlaku. Siap bergurau dengan doktor. Masa menunggu tu ummi rasa lagi nervous dari nak bersalin.
Alhamdulillah, kami dapat berita gembira. Duit syiling dah tak ada dalam perut Umayr. Rasa ringan bahu terus. Leganyaa..sumpah. Dalam masa yang sama, ummi rasa geram sebab tak nampak duit syiling tu keluar. Gigih kot najisnya.
Balik hospital terus belanja dia makan mee dan belikan toys. Tak apa la ummi bagi peluang. Janji Umayr dah ok.
Apa pun, kejadian ni ummi ambil sebagai “teguran” dan cabaran membesarkan anak. Ada yang bagi sokongan, yang menenangkan hati dan tak kurang juga yang menyalahkan. Bukan kami pinta semua ini terjadi.
Dan ajaibnya ciptaan Allah. Menjadikan sistem tubuh badan dengan sangat hebat. Benda yang agak besar boleh bergerak dalam tempat yang sempit. Amazing!
Terima kasih semua yang sentiasa doakan Ahmad Umayr. Ada di antara doa yang sudah makbul. Alhamdulillah. Insha’Allah, lepas ni akan lebih peka. Bagi yang ada anak kecil, sama-sama kita berhati-hati. Malang tak berbau. Serik dah!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!