Bila berhadapan dengan anak yang kaki memberontak, ibu bapa perlu belajar bertenang dahulu dan belajar untuk lebih terbuka sebelum tanganinya. Anak-anak sikapnya berbeza. Ada yang mudah untuk mendengar kata dan ada yang agak susah sedikit. Namun apa pun kekurangannya pasti ada cara untuk mengatasinya.
Saya ibu kepada empat orang anak. Tiga perempuan dan seorang lelaki. Menjadi kelaziman setiap anak mempunyai perangai masing-masing namun apa yang memeningkan kepala adalah, anak perempuan kedua sering memberontak dan melawan cakap saya berbanding anak-anak yang lain. Anak-anak yang lain terpaksa mengalah jika dia mengamuk. Hampir semua perkara sudah saya lakukan untuk disiplinkannya tetapi tidak berjaya.
Julia – Keramat, Kuala Lumpur
Semua orang mempunyai karakter dan personaliti yang berbeza walaupun dilahirkan oleh ibu yang sama dan mempunyai bapa yang sama. Kadang kala personaliti itu jauh berbeza dengan ibu bapanya. Apatah lagi di kalangan adik-beradik. Mungkin ada sedikit persamaan antara satu sama lain. Namun, ia masih berbeza.
Ada karakter yang sangat kontra dengan adik-beradik yang lain. Anak perempuan puan yang kedua ini mempunyai personaliti yang sangat berbeza dengan adik-beradiknya yang lain. Sekiranya adik-beradik yang lain terpaksa mengalah, bermakna mereka mempunyai karakter yang hampir sama. Ini menunjukkan yang lain sudah dapat melihat perbezaan karakter adik-beradiknya. Justeru, puan perlu menekankan aspek memahami dan menerima perbezaan orang lain.
Ads
Bagi mengurangkan sikap anak suka memberontak, puan perlu terima kenyataan jika salah seorang anak anda ada yang panas baran (istilah untuk orang dewasa). Dengan cara ini, anda akan lebih terbuka dan kurang tertekan. Apabila kurang tekanan, maka anda dapat menangani masalah ini dengan berhikmah.
Jangan membanding-bandingkan anak-anak terutama di hadapan mereka. Ia boleh menyebabkan dia rendah diri, cemburu atau berdendam dengan adik-beradik yang menerima pujian. Perbandingan akan menjadikan dia lebih memberontak dan kuat melawan.
Ads
Sebagai ibu bapa, jadikanlah contoh terbaik. Kadang kala karakter memberontak itu dipelajari daripada kita. Mungkin anda tidak sedar ia berlaku ketika tidak sependapat dengan pasangan. Jadi, anda harus mengawal rasa amarah. Janganlah bergaduh dan bermasam muka di depan anak-anak.
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Antara perkara paling mendebarkan bagi kebanyakan ibu bapa adalah latih anak umur 2 tahun berhenti pakai pampers dan buang air kecil dan besar sendiri di dalam tandas.
Bukan mudah ya, nak latih si kecil membuang najis dan air kencingnya di dalam tandas. Tak semua anak boleh melalui fasa latihan ini dengan cepat. Ada yang langsung tak boleh buang najis bila tidak dipakaikan pampers.
Sebagai ibu bapa anda perlu sabar dan faham perkembangan anak sama ada dia sudah besedia atau belum. Jangan jadikan kejayaan anak orang lain (walaupun umurnya sebaya) sebagai kayu pengukur.
Tapi tak salah kalau nak cuba tips yang dikongsi oleh ibu bapa lain yang telah berjaya melatih anak mereka bebas pampers seperti dikongsi oleh ibu muda ini, Puan Sarah Fadzil yang hanya mengambil masa empat hari sahaja.
Sebagai ibu pertama kali yang melalui fasa ini, sara rasa sangat teruja nak share pada ibu baru dan pertama kali yang akan melalui fasa sama ini seperti sara!
Sara tak sangka rupanya anak anak boleh sangat rupanya potty train dalam 4 hari seperti yang sara jumpa berlaku di barat dalam Pinterest.
So sara nak share sebagai panduan pada ibu yang baru nak mencuba. Apa yang sara belajar, kerjasama suami isteri amat penting. Tak boleh hanya seorang yang bersedia.
1. Berhenti pakai pampers pada hari pertama dan katakan pada dia jika nak terkencing beritahu mama. Beri anak rasa perbezaan tak pakai pampers. Beri anak rasa terkencing pertama kali dalam seluar tanpa pampers. Reaksi menangis, merengek, menjerit adalah biasa kerana anak merasakan ia perkara asing atau berbeza dari kebiasaan dia.Anak akan mula tahu “ooo terkencing tanpa pampers rasa macam ni, I need to go to toilet..” Pertama kali memang anak akan terkencing di dalam seluar selama beberapa kali . Teruskan.
2. Pada hari kedua dan tiga, less mess akan berlaku kerana anak mula boleh beritahu tapi kadangkala terkucil juga jika leka bermain.Tugas kita tanya setiap 2-3 jam atau mudah saja nak cam, jika anak ada minum air sebelum itu dalam 1-2 jam ajak lagi atau tanya lagi.
3. Ketika anak bangun dari tidur, terus bawa ke tandas kerana biasanya anak memang akan kencing ketika ini. Sebelum tidur juga perlu bawa lagi ke tandas.
4. Pada hari keempat, anak mula pandai beritahu untuk semua sesi kencing tanpa terkucil, dan juga sudah mula selesa dan seronok kencing di tandas. Time ni percayalah ibu ibu atau abah abah rasa nak terbang sebab rasa accomplished yang luar biasa. Cuba bawak anak keluar dan test. Kami cuba pakaikan pampers ketika keluar semalam to test, amazingly, anak tak kencing dalam pampers seperti selalu dan meminta untuk kencing di tandas seperti biasa.
5. Untuk berak, ianya mengambil masa, jangan putus asa jika ianya tidak berhasil, teruskan sahaja off pampers dan keep encourage anak untuk menggunakan tandas.
6. Done! Tak perlu pampers lagi!
7. Jom Cuba!
P/S: drama nak ke tandas banyak kali tu biasa. Kejap kejap nak kencing nak berak dalam 3 hari pertama. Kena banyak sabar , dia tengah nak tune.
P/S: Disclaimer : Tak semua boleh potty train at 2 years old. Baca dan research dulu ya. Make sure sensory all develop well and boleh start. Jangan paksa and push anak ya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila raya, tentu kita inginkan rumah sentiasa kemas. Maklumlah tetamu akan datang bila-bila masa untuk meraikan Syawal. Namun jika anak kecil ni, rumah ada yang macam tongkah pecah dengan permainan penuh diruang tamu.
Kadang kala, penat nak mengemas rumah setiap hari. Lebih-lebih hari raya. Perkongsian pasangan suami isteri ini iaitu Encik Fendi Isa dan Puan Maslina ini memberi inspirasi. Mereka mampu menjadikan kediaman mereka sentiasa bersih dan kemas walau pun rumah tersebut dihuni bersama 3 orang anak yang masih kecil. Tentu hari raya tiada masalah buat mereka. Anak-anak telah didik awal mengenai tata tertib kekemasan rumah.
Jom ikuti perkongsian tip ini. Moga tahun depan rumah tak sepah lagi!
ADA ANAK KECIL BUKAN ALASAN UNTUK RUMAH TIDAK SELALU KEMAS
Ramai yg PM saya tanya tips untuk rumah sentiasa kemas bila ada anak kecil yg suka sepah-sepahkan rumah. Ada juga saya terbaca komen pada gambar yg saya post dengan mengatakan ”alaaaa dia xde anak kecik, boleh la deko2 kemas mcm tu…”. Utk pengetahuan, saya ada 3 org anak yang masih kecil, paling kecil umur 1 tahun setengah. So saya kongsikan apa yg saya buat utk ‘maintain’ kekemasan rumah saya:
1.Asuh anak untuk suka mengemas setiap kali main atau sepah-sepahkan mainan. Sgt penting untuk kita tidak menghalang mereka main sepah2, tp tanamkan tabiat suka simpan mainan ke tempat asal selepas main. Biarkan mereka main sepenuhnya.
2.Ajar mereka untuk mengemas sejak dari kecik lagi. Sebagai mak ayah, kita kena sabar bila mereka sepah2kan umah kerana kanak-kanak bwh umo 3-4 tahun masih belum memahami sepenuhnya utk kemas2. So, kita kena konsisten untuk bagi arahan, mesej: kemas selepas main. Mula2 susah untuk mereka akur, tp percaya lah lama2 mereka akan ikut.
3.Tetapkan peraturan yg objektif dan konsisten seperti main hanya kat ruang main, tidak boleh main di ruang makan atau ruang tamu. Terapkan disiplin, sebelum tidur kena pastikan mereka kemas dahulu mainan yg mereka sepahkan, setiap hari setiap malam.
4.Kanak-kanak kecil suka untuk alihkan aksesori kecil seperti lilin, bunga dan hiasan lain. Disini kita kena sentiasa igtkan mereka, ‘jangan main’, ‘jangan sentuh’ nanti jatuh/pecah dan sebagainya setiap kali mereka berbuat demikian dengan nada bersahaja dan tidak marah. Biasanya dlm tempoh 1-2 bulan, anak-anak yang umur bawah dua tahun pasti akan mengulangi perkara yang sama, maka arahan kita mesti konsisten. JANGAN SESEKALI MENENGKING ATAU GUNA NADA MARAH2. Lama kelamaan mereka akan faham dan x akan mengulanginya.
5.Peranan kita sbg ibu bapa. Ada masanya mereka tetap akan sepahkan rumah dan tidak akan kemas balik. Maka, kita sendiri kena pastikan setiap hari sblm tidur, kita sendiri akan kemaskan rumah, letak semua barang di tempat asal. Yg penting, kena rajin dan terus menerus melakukannya setiap hari, bukan sekali seminggu.
6.Kalaupun kita sendiri tiada masa untuk mengemas rumah sbb letih balik kerja, kita cuba gunakan khidmat bibik yg bayar jam, seperti RM50 utk 4 jam sebagai contohnya. Yg paling utama, konsisten dlm menjaga kekemasan rumah dan tidak bertangguh. Sikap bertangguh ini lama kelamaan menyebabkan rumah akan tidak kemas dan deko2 kita yg cantik tidak bertahan lama ?
Nota: semua tips ini adalah berdasarkan pengelaman saya semata-mata dan tidak diambil dari mana2 pembacaan atau rujukan.
Kredit: Fendi Isa via KDIM
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak tunggu anak besar ni, banyak sungguh cabaran. Salah satunya nak handle situasi bila anak buat perangai. Ada je yang dia buat, semata-mata untuk kita marahkan dia. Itulah tandanya anak perlukan perhatian. Biarlah dimarahi sekalipun, asalkan dapat menarik perhatian ibu ayahnya.
Bila anak buat perangai, kadang-kadang pasangan pun buat kita rasa stres. Ditambah pula dengan tekanan lain, ia membuatkan kita merasa stres dan asyik nak marah-marah.
Untuk melembutkan hati anak atau pasangan tidak mudah. Kita harus konsisten mendoakan yang terbaik buat mereka. Berikut adalah perkongsian dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood tentang amalan yang dapat membantu melembutkan hati anak-anak atau insan yang disayangi.
TIP LEMBUTKAN HATI INSAN YANG DISAYANGI
#Mulakan dengan membawa Surah Fatihah sebanyak 3 kali.
#Kemudian lengkapkan dengan Ayat Kursi sebanyak 3 kali.
#Sempurnakannya dengan menyebut selawat Nabi sebanyak 3 kali.
#Usah dilupakan dengan tambahan Surah Taha ayat 1-5 dan baca surah ini sebanyak 3 kali.
#Akhir sekali sudahkannya dengan Surah Al Fath ayat 1-5 yang dibaca sebanyak 3 kali.
#Kemudian hembuskan tiga kali di atas kepala dan ubun-ubun. In shaa Allah dengan izin Allah, mujarab lembutkan hati anak-anak dan pasangan kita. Juga ibubapa kita.
UNTUK BAHAGIA, HARUS BAHAGIAKAN ORANG LAIN
Bila hati anak dan pasangan lembut, barulah hidup makin terasa bahagianya. Untuk kita merasa Bahagia, kitalah yang terlebih dahulu harus membahagiakan orang lain.
Sesuatu yang diberi dan tidak akan berkurang adalah KEBAHAGIAAN. Bahagiakanlah orang lain lalu engkau akan bahagia. Ada seorang sahabat yang datang menemui Nabi صلي الله عليه وسلم:
Dia mengeluhkan akan kerasnya hatinya, dia tidak merasakan kebahagiaan.
Maka jawab Nabi SAW,
“Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut, bahagia, tenang, maka berilah makanan kepada fakir miskin dan usapkan tanganmu di kepala anak yatim.”
Orang yang paling bahagia adalah Rasulullah صلي الله عليه وسلم apabila seluruh waktunya dalam rangka untuk umatnya.
Rasulullah صلي الله عليه وسلم telah menjelaskan dalam satu hadith:
“Amal yang paling dicintai Allah SWT iaitu rasa senang yang engkau masukkan ke dalam hati seorang muslim, atau engkau hilangkan rasa laparnya, atau engkau lunaskan hutang-hutangnya, atau engkau hilangkan kesulitannya.
Sungguh, aku menemani saudaraku untuk memenuhi keperluannya lebih aku sukai daripada i’tikaf di Masjid Nabawi selama sebulan.” [HR. at-Thabrani]
Maka lembutkanlah hati orang-orang yang kita sayang dan bahagiakanlah mereka yang berada di sekitar kita agar kita lebih merasakan kebahagian. Jom azam untuk sama sama perbaiki akhlak dengan mencontohi akhlak Baginda Nabi SAW.
Untuk anak-anak, cubalah kaedah ini untuk membentuk keperibadian yang baik dalam diri mereka. Senjata paling berkuasa adalah doa ibu terhadap anak-anak:
1) Sentiasa keluar perkataan positif dan elak perkataan negatif
Perlu ingat andai perkataan negatif yang ibu ayah label pada anak-anak kerana perasaan marah yang membara di atas kesilapan mereka, bimbang perkataan negatif itu jadi mustajab. Macam mana? Tolonglah elakkan demi kebaikan anak.
Sebaiknya ibu ayah amalkan perkataan yang baik-baik walaupun dalam keadaan nak marah seperti anak bertuah, anak baik, anak mama sayang, anak abah sayang, anak syurga. Insya-Allah jika kata-kata ini sentiasa keluar dari mulut ibu ayah ia seolah-olah satu doa yang baik untuk kesejahteraan anak itu.
2) Tegur anak dengan penuh hikmah dan kasih sayang
Anak-anak ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana kesabaran ibu ayah dalam mendidik amanah yang diberikan-Nya. Kena ingat nak marah sekalipun, tegurlah dengan berhemah.
Percayalah setiap kesabaran Allah gantikan dengan ganjaran yang lebih baik buat ibu ayah. Sentiasa positifkan jiwa dan minda.
3) Amalkan sebut nama Allah dan Rasulullah S.A.W
Contoh anak ibu sayang Allah tak, anak ibu sayang Rasulullah S.A.W tak. Kalau sayang Allah dan nabi jangan tinggal solat. Jangan lawan cakap mak ayah sebab semua nak masuk syurga dan nak dapat syafaat Rasullullah S.A.W.
Jika anak dah terbiasa, secara automatik anak faham dan apa yang dia kena lakukan mestilah yang baik-baik dan perlu dengar cakap orang tua. Ulang dan ulang, lama-kelamaan akan meresap masuk dalam jiwa anak.
4) Banyak berdoa supaya anak sentiasa lembut hati
Nak lembutkan hati anak, ibu ayah kena sentiasa berdoa tanpa putus asa. Doa adalah senjata utama untuk semua dan jika diamalkan selalu keberkatan itu akan diperoleh.
Percayalah ibu bapa yang sayangkan anak jika terus mengamalkan 4 tip ini, anda akan lihat hasilnya. Paling penting ibu bapa kena sentiasa muhasabah diri dan memperbaiki kelemahan masing-masing.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cikgu dedahkan cara betul nyatakan alasan anak tidak hadir sekolah dalam sistem iDME. Ramai ibu bapa terkejut bila tahu “urusan keluarga” tak boleh ditulis sesuka hati.