Tak senang duduk jadinya bila anak mula buat perangai, berkepit 24 dengan ibu sampai ibu langsung tak boleh uruskan hal lain. Belum lagi dikira ibu hal-hal lain. Anak kita sebenarnya memerlukan masa dalam segala hal. Mereka harus memahami mengapa setiap yang kita lakukan agar mereka dapat berkelakuan baik.

Menurut Ibu Rose-Mesejnya Kasih, anak tidak akan buat perangai tanpa sebab, terutama dengan ibunya berbanding orang lain kerana beberapa sebab tertentu. Malah cara didikan kita juga harus diperbetulkan. Ini yang dikongsikan oleh beliau.

“Anak Kalau Dengan Mak, Mulalah Dia Buat Perangai”, Jangan Label Tapi Betulkan Cara Didikan Kita!


Dikatakan anak berperangai buruk bila dengan ibunya.

“Waa….”

“Leha, kenapa biar anak tu nangis lama-lama? Sian kak long tengok”.

“Ala kak…si kecik ni, asik nangis je. Pantang tak nampak saya. Manja sangat. Kena ajar sikit ni biar jadi berani.”

“Ish ko ni…belajar mana ni? Anak ko baru 1 tahun sebulan. Tak boleh macam tu. Kena cepat tengok kenapa dia nangis. Lagi ko biar lama nangis macam ni, dah besar nanti pun cepat nangis, tantrum.”

“Yeke kak long?. Saya ingat jangan manjakan sangat supaya cepat belajar anak ni.”

Alahai…ramai yang salah sangka begini. Meh..Ibu nak explain lebih lagi.

“Anak Kalau Dengan Mak, Mulalah Dia Buat Perangai”, Jangan Label Tapi Betulkan Cara Didikan Kita!

IKLAN

Bagi anak berumur 1 tahun ke bawah, sebenarnya kita tidak boleh mengatakan dia berperangai buruk jika dia menangis nak ikut anda masuk tandas, atau tidak boleh jauh dari anda langsung.

Pada usia ini, bahagian otak bawah atau reptilian brain yang sedang develop. Bahagian otak ini, menjaga keselamatan dan perlu rasa selamat untuk perkembangan seterusnya.

Bila mama pergi dari dia ke toilet ke atau ke mana, anak itu tengok mamanya hilang dan rasa selamat tergugat. Itu yang dia menangis. Itu bukan manja, jangan salah faham dan bukan juga berperangai buruk. Itu tabii dan perkembangan kanak-kanak.

“Anak Kalau Dengan Mak, Mulalah Dia Buat Perangai”, Jangan Label Tapi Betulkan Cara Didikan Kita!

Anak kecil menangis bukan kerana dia berperangai buruk, dia menangis untuk communicate keperluannya. Maka selidiklah apa yang dia perlukan dan tunaikan.

Ibu, risau bila ibu bapa muda tersilap faham begini, kerana kesannya buruk. Kerana takut anak menjadi manja, sedangkan pada usia ini, anak amat perlukan belaian ibu dan bapa. Dan kerana kononnya takut anak itu manja dibiarkan anak itu sorang-sorang dan menangis melalak beberapa jam. Akhirnya, tahap untuk rasa selamat itu tidak berakhir, sudah 6 tahun pun masih clingy dan esteem diri yang rendah kerana berasa dia tidak penting dan tidak dikasihi.

Anak yang dikatakan berperangai buruk jika sudah lebih 4 tahun, perangainya mungkin menyepak dan merontak-ronta bukan kerana dia berada dengan ibunya. Tetapi kerana dia tidak dididik dengan kasih-sayang dan ketegasan, loving and firm. Kerana anak yang dididik dengan loving and firm, dia tahu had-had kelakuan yang dibenarkan. Yang menjadi berperangai buruk adalah yang dididik TANPA meletakkan had-hadnya atau pun boundaries.

IKLAN

“Anak Kalau Dengan Mak, Mulalah Dia Buat Perangai”, Jangan Label Tapi Betulkan Cara Didikan Kita!

Contoh, tengok TV sampai pukul 2 pagi pun dibenarkan atau bila memukul kawan-kawan, ibu bapa tengok sahaja dan tidak mengambil tindakan memberitahu perbuatan itu salah.

Walaupun pada ketika itu anak itu masih 2 tahun, ibu bapa perlu membetulkan kelakuan anak itu dan mulakan perlahan-lahan. Dan berulang sehingga anak itu faham. Ianya mungkin mengambil masa BEBERAPA BULAN.

Kita hanya boleh mengatakan seorang anak itu berperangai buruk sekiranya anak itu TELAH berusia 4 tahun ke atas kerana pada usia ini, barulah seorang anak itu sudah mula boleh berfikir dan memahami reason. Namun, tidak yang kompleks tapi sudah boleh sedikit. Dan bila sedari kecil ibu bapa berusaha memberi penerangan atau reason, anak itu akan membesar menjadi seorang yang mudah memahami, reasonable.

“Anak Kalau Dengan Mak, Mulalah Dia Buat Perangai”, Jangan Label Tapi Betulkan Cara Didikan Kita!

” children raised with reasons become reasonable”

IKLAN

Yang dikatakan berperangai buruk itu maksudnya anak itu melakukan perkara-perkara yang tidak boleh diterima dalam sosial, seperti memukul kawan, menyepak, merampas, menjerit-jerit marah, berguling-guling hendakkan barang di kedai….namun perlu difahami ini BUKAN kerana anak itu berada dengan ibunya, ia adalah kerana didikan yang diterima sebelum ini lebih kepada PERMISSIVE dimana semuanya tidak mengapa, diikut semua kehendak anak itu. Dan jika anak itu masih kecil di bawah 7 tahun, mungkin perbuatannya itu adalah ledakan emosi yang dia masih belum pandai mengawal.

Jangan lupa, kita sedang berbincang tentang tajuk benarkah anak berperangai buruk bila dengan ibu dan tidak dengan bapa? Dan bukan mengenai adakah anak-anak kecil berperangai buruk?

Setiap perbuatan ada sebabnya. Yang buruk mungkin perlakuan tetapi yang kita jangan buat adalah melebelkan anak itu jahat atau yang seperti itu.

“Anak Kalau Dengan Mak, Mulalah Dia Buat Perangai”, Jangan Label Tapi Betulkan Cara Didikan Kita!

Bila kita membesarkan anak tanpa rules yang jelas, anak akan rentas sahaja dan buat ikut suka hati. Ini dinamakan permissive parenting.

Apa yang kita katakan sebagai ‘permissive parenting’? Permissive parenting adalah anak tidak diajar anak itu dengan peraturan dan contoh perangai baik sejak kecil. Bila dia buat kelakuan yang tidak baik seperti merampas mainan, pukul kawan-kawan, walaupun dia masih kecil, Ibu bapa perlu ambil masa untuk menerangkan. Anak dibawah 4 tahun mungkin belum boleh faham sepenuhnya, namun usaha menerangkan itu menaman benih kefahaman dalam minda mudanya.

Bagi pendapat dan pegangan Ibu, anak berperangai buruk diantara sebab utamanya BUKAN kerana anak itu dengan ibunya atau bapanya, …it is the parenting. Sebab ramai para ibu yang bijak mengendalikan dan mendidik anak-anaknya dan anak tidak berperangai buruk bila dengan mereka.

Jadi, TIDAK BENAR bila dikatakan “Anak ni, kalau dengan maknya, dia buat perangai.”. Tapi adalah tentang GAYA PARENTING mak itu sendiri.

Salam kasih,
Ibu Rose

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI