Anak ke-13 Ustaz Shamsuri sekali lagi menjadi tumpuan ramai selepas berita gembira tentang kelahiran cahaya mata terbaharu pasangan ini dikongsi oleh Pusat Perubatan An-Nisa’. Dalam dunia serba sibuk hari ini, melihat sebuah keluarga besar hidup dengan penuh tawa dan keharmonian memang beri satu rasa lain tenang, bahagia, dan menyentuh hati. Itulah aura yang terpancar daripada pasangan Ustaz Shamsuri Shafie dan isterinya, Puan Rosnaida Ismail.

Tahun lalu, nama mereka pernah jadi sebutan kerana dikurniakan 12 orang cahaya mata walaupun masih muda. Ramai yang kagum melihat bagaimana mereka membesarkan anak-anak dengan penuh sabar, disiplin dan kasih sayang.

Rezeki keluarga ini nampaknya tidak pernah putus. Dalam suasana yang ceria dan penuh syukur, mereka sekali lagi menyambut kelahiran zuriat baharu anak ke-13!

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Pusat Perubatan An-Nisa’ melalui sebuah video yang tular di TikTok. Menerusi perkongsian tersebut, proses kelahiran berjalan sangat lancar dan dipermudahkan. Tenang wajah ibu, gembira wajah ayah semua terakam sebagai momen manis yang menghangatkan hati ramai orang.

Kelahiran Anak Ke-13 Ustaz Shamsuri Disambut Dengan Suasana Penuh Syukur

Anak Ke-13 Ustaz Shamsuri: Momen Menyentuh Hati Yang Buat Ramai Terharu

Lebih menyentuh hati, pihak hospital turut menitipkan ucapan tahniah buat pasangan ini. Mereka yang pernah menyambut kelahiran anak ke-12 keluarga ini sebelum ini, seolah-olah turut sama merasa dekat dan terharu apabila menerima pasangan ini kembali untuk detik kelahiran seterusnya.

Perkhabaran manis itu dikongsikan oleh Pusat Perubatan An-Nisa’ menerusi sebuah video di TikTok yang memaklumkan proses kelahiran berjalan lancar, penuh syukur dan dipermudahkan.

Ads

Pihak hospital turut menitipkan ucapan penuh bermakna:

“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Tahun lalu dikurniakan zuriat ke-12 dan hari ini bertambah lagi menjadi 13. Rezeki yang tidak ternilai. Semoga anakanda membesar sihat, menjadi anak soleh serta membawa kebahagiaan buat keluarga..”

Yang paling mencuit hati ramai? Tentulah suasana riuh-rendah anak-anak mereka ketika adik baharu itu dibawa pulang. Penuh excited, penuh senyuman, dan penuh rasa syukur. Besar nikmatnya bila lihat adik-beradik saling menyambut ahli keluarga baru dengan hati terbuka.

Reaksi Puan Rosnaida & Perjalanan Kehamilan Yang Mudah

Anak Ke-13 Ustaz Shamsuri: Momen Menyentuh Hati Yang Buat Ramai Terharu

Ads

Dalam ruangan komen, Puan Rosnaida sendiri berkongsi bahawa kehamilannya sentiasa mudah. Tiada alahan, tiada masalah besar, malah proses bersalin juga sentiasa dipermudahkan.

“Alhamdulillah tiada alahan, paras Hb pun memuaskan. Bersalin pun mudah dengan izin ALLAH,” kongsinya.

Masih Cantik Walau Ada 13 Anak” – Netizen Teruja & Tumpang Gembira

Dalam pada itu warganet pula turut memuji seri ibu ini, yang tetap tampak segar dan bertenaga walaupun baru lepas melahirkan. Antara komen:

“Kita boleh tengok isteri dia glow and cantik walaupun ada anak ramai mesti suami jaga baik ni!”

“suami tak stresskan dia ni, sebab cantik sungguh isteri..”

Ads

“Akak ni tetap cantik walaupun ada ramai anak. Mesti suami jaga baik ni..”

Pasangan ini berkahwin sejak usia belasan tahun ketika masing-masing masih pelajar. Sejak awal lagi, mereka memang berimpian membina keluarga besar. Ustaz Shamsuri sering menyebut, anak-anak ini bukan sekadar penyeri rumah, malah pembawa rezeki dan pengikat hubungan suami isteri.

Kisah Inspirasi Disebalik Anak Ke-13 Ustaz Shamsuri

Dan melihat cara mereka membesarkan 13 orang anak dengan penuh ketenangan, ramai yang mula percaya… mungkin benar, kebahagiaan itu luas bila hati kita pun luas. Kehadiran anak ke-13 Ustaz Shamsuri seolah-olah meneguhkan lagi keyakinan ramai bahawa setiap anak hadir bersama rezekinya.

Melihat rutin harian pasangan ini yang sentiasa ceria, ramai warganet mengatakan mereka menjadi inspirasi kepada keluarga muda lain. Dengan cara mereka melayani anak-anak penuh kelembutan dan disiplin, tidak hairanlah mengapa ramai yang menyokong perjalanan keluarga besar ini.

Lebih menarik, pasangan ini juga sering berkongsi momen keluarga dan cara mereka menguruskan rumah tangga besar dengan tenang. Ia membuatkan ramai tertarik mengikuti perkembangan mereka, sekali gus menjadikan kelahiran anak ke-13 Ustaz Shamsuri sebagai berita yang sangat diraikan tahun ini.

Sumber:  Tiktok Pusat Perubatan An-Nisa

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads