Bakal menyambut kelahiran anak keduanya sedikit masa lagi, usahawan dan pengacara, Neelofa dilihat sudah pun membuat beberapa persiapan untuk menyambut kelahiran yang dinanti itu.

Malah beberapa perkongsian di Insta Storynya, Neelofa dilihat sudah pun membuka beberapa barangan dan keperluan bayi milik anak sulungnya, Muhammad Bilal untuk digunakan semula oleh anak keduanya.

Pun begitu kata Neelofa di Insta Story, ketika berkongsi video, ramai pula pengikutnya yang memohon untuk memberikan pakaian lama itu kepada mereka.

“Anak Kedua Saya Nak Guna” Neelofa ‘Recycle’ Baju Bilal Untuk Anak Kedua Tapi Ramai Minta Hadiahkan!

“Anak kedua saya nak guna,” demikian respons balas Neelofa ekoran ramai yang memintanya menderma pakaian bayi anak sulungnya, Bilal sekiranya tidak digunakan lagi.

IKLAN

Menurut ibu cantik manis ini, dia bukan enggan ‘menderma’ tetapi mahu kesemua barangan itu termasuk pakaian akan digunakan semula oleh bayi keduanya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

“Anak Kedua Saya Nak Guna” Neelofa ‘Recycle’ Baju Bilal Untuk Anak Kedua Tapi Ramai Minta Hadiahkan!“Saya buka semula bungkusan barangan yang Bilal guna ketika bayi.

“Ramai pula yang mesej saya meminta. Kenapa pula saya nak beri orang sedangkan mahu guna untuk anak kedua.

“Mungkin ada yang tak tahu saya mengandung ketika ini dan sangka hanya perut buncit sahaja,” katanya menerusi InstaStory.

IKLAN

“Anak Kedua Saya Nak Guna” Neelofa ‘Recycle’ Baju Bilal Untuk Anak Kedua Tapi Ramai Minta Hadiahkan!

Bahkan kata Neelofa lagi, dia juga menerima banyak permintaan sebegitu menerusi ruangan mesej dalam media sosial daripada sesetengah wanita yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi.

“Ini untuk anak saya puan,” kata Neelofa tegas.

Terdahulu, Neelofa mendedahkan kehamilan anak keduanya pada Mac lalu selepas beberapa foto baby bump yang jelas kelihatan tular di media sosial.

IKLAN

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

“Anak Kedua Saya Nak Guna” Neelofa ‘Recycle’ Baju Bilal Untuk Anak Kedua Tapi Ramai Minta Hadiahkan!

Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI