Anak Kembar Didenda 100 Kali Lompat Bintang di Tadika Taiwan
Letih, rebah dan muntah, itulah nasib malang yang menimpa sepasang anak kembar berusia empat tahun apabila mereka didenda melakukan lebih 100 kali lompat bintang serta berlari puluhan pusingan di sebuah tadika di Taiwan. Kisah menyayat hati ini bukan sahaja mengundang kemarahan ramai ibu bapa, malah membuka mata masyarakat tentang bahaya hukuman fizikal terhadap anak kecil.
Menurut laporan Must Share News, kejadian itu terbongkar apabila ibu bapa si kembar menonton rakaman CCTV sekolah selepas anak-anak mereka mengadu terlalu penat dan enggan ke tadika. Dalam video yang tular, kedua-dua kanak-kanak itu dilihat bergelut menyelesaikan hukuman fizikal tersebut malah beberapa kali rebah ke tanah kerana tidak mampu meneruskan aktiviti berat itu.
Guru Disiasat Selepas Rakaman Tular
Lebih menyedihkan, apabila salah seorang daripada mereka muntah akibat kepenatan, guru berkenaan hanya menyalahkan anak itu kononnya kerana “makan terlalu banyak”. Hati ibu bapa mana yang tidak remuk melihat anak kecil diperlakukan sebegitu rupa?
Rakaman CCTV menunjukkan pasangan kembar tersebut diarah berlari mengeliling taman permainan. – TVBS
Biro Pendidikan Tainan kemudiannya menjalankan siasatan dan mengesahkan memang berlaku hukuman fizikal di tadika Taiwan tersebut. Dua guru terlibat dikenakan denda seorang sebanyak NT$54,000 (RM7,400) dan seorang lagi NT$48,000 (RM6,600). Mereka juga diwajibkan menghadiri latihan pemulihan sebagai peringatan untuk tidak mengulangi kesilapan sama.
Ads
Namun begitu, ibu bapa kepada anak kembar itu tetap mengambil tindakan undang-undang kerana bimbang anak-anak mereka mengalami kesan emosi dan trauma jangka panjang akibat insiden itu.
Pakar Psikologi: Hukuman Fizikal Tidak Efektif Untuk Anak Kecil
Menurut pakar psikologi kanak-kanak, hukuman fizikal bukanlah cara mendidik yang berkesan untuk usia awal kanak-kanak. Pada usia empat tahun, anak masih belum mampu memahami konsep disiplin secara mendalam. Mereka memerlukan pendekatan lembut, komunikasi yang jelas serta bimbingan berulang untuk memahami peraturan dan tingkah laku baik.
Hukuman fizikal hanya menyebabkan ketakutan, bukan kesedaran. Ia boleh menjejaskan perkembangan emosi serta keyakinan diri anak, malah mencetuskan trauma yang mungkin berlarutan hingga dewasa.
Ads
Pengajaran Untuk Ibu Bapa dan Pendidik
Sebagai ibu bapa, kisah ini perlu dijadikan pengajaran penting. Kita perlu peka terhadap cara guru atau pengasuh mendidik anak-anak di pusat jagaan. Pastikan pendekatan yang digunakan berasaskan kasih sayang, bukan tekanan. Sekiranya anak tiba-tiba menunjukkan perubahan tingkah laku seperti takut ke sekolah, mudah menangis atau enggan bercakap jangan pandang ringan. Itu mungkin tanda mereka sedang mengalami tekanan atau trauma.
Pa&Ma Nasihat: Didik Dengan Kasih Sayang, Bukan Hukuman
Anak kecil tidak perlukan hukuman berat untuk belajar menjadi baik. Mereka perlukan pelukan, penerangan yang lembut dan contoh yang baik daripada orang dewasa. Didiklah dengan hati, bukan dengan marah. Kasih sayang adalah asas sebenar disiplin yang berkesan.
Cepat masa berlalu, dah berusia lima bulan anak kedua Anzalna Nasir. Bagaimanapun yang menjadi perhatian ramai adalah kenyataan Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir yang menyatakan jika ada rezeki dia memang teringin anak ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Anzalna di laman Instagramnya, dia berkongsi gambar comel Mohamad Emirhan yang tak lama lagi akan mula makan.
Apa yang menarik perhatian netizen, pelakon yang berusia 34 tahun itu mengakui dia tidak sabar untuk memberikan anak lelakinya itu adik baharu dan memintanya untuk membesar dengan lebih cepat bagi merealisasikan hasrat yang terbuku di dalam hatinya.
“Selamat berusia 5 bulan Emirhan! Cepat membesar ya, mama tak sabar nak bagi adik! Hahahaha,” ujarnya menerusi ruangan kapsyen.
Mommy beranak ramai pun tak ada masalah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun dengan kecomelan yang dimiliki oleh anak kedua aktres itu.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mendoakan agar hasrat Anzalna untuk menambah anak dimakbukan Allah dan disebabkan kecomelan anak-anaknya, tidak kisah jika pelakon itu ingin anak ramai.
Sebelum ini, ramai yang memuji kecomelan wajah Emirhan selain mengakui dia kelihatan seperti anak orang Turki. Malah ada yang menyatakan anak sulung Anzalna, Eidrees seperti mommy manakala Emirhan ikut baka daddy.
Kredit: Instagram @anzalnanasir88
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Adakah anda mempunyai tabiat menggigit kuku terutamanya ketika berasa gemuruh, cemas, tertekan, atau bosan hingga menjejaskan kesihatan kuku? Ternyata kalian tidak keseorangan!
Untuk makluman, hampir 20% ke 30% daripada populasi umum mempunyai tabiat yang sama, dan tingkah laku ini juga tidaklah sebahaya seperti yang difikirkan.
Tapi jika tidak dirawat, gigitan kuku yang kronik boleh akibatkan pelbagai masalah kesihatan, termasuk jangkitan dan masalah kebersihan lain.
Jadi, apa yang boleh anda lakukan untuk menghentikan tabiat buruk yang menjejaskan kesihatan kuku ini? Jom baca!
Mengapa saya asyik gigit kuku?
Tabiat menggigit kuku juga mempunyai nama saintifiknya tersendiri, iaitu onychophagia.
Menurut Dr. Rebecca Rialon Berry, Ahli Psikologi Berlesen dan Pengarah Tics, Tourette Disorder, and Trichotillomania Program at the Child Study Center di NYU Langone Health, tabiat ini dikategorikan sebagai body-focused repetitive behaviors (BFRBs).
Ia merujuk kepada tingkah laku dandanan diri berulang yang merosakkan kulit, rambut, atau kuku.
Jadi, kenapa anda boleh terjebak dengan tabiat ini?
keburukan menggigit kuku
Kajian menunjukkan, ia berkemungkinan ada kaitan dengan faktor genetik, tetapi sesetengah pencetus (trigger) di persekitaran; stres, kegelisahan, kebosanan, dan bentuk tekanan emosi yang lain turut mempengaruhinya.
Kadang-kadang, seseorang individu boleh terjebak dengan tingkah laku ini apabila mereka rasa terganggu secara emosi, atau kebosanan, tambah Dr. Berry.
Menggigit jari juga boleh menjadi antara salah satu medium untuk melepaskan bebanan emosi yang dirasai.
Tabiat ini biasanya tidak menyebabkan kerosakan kekal. Tetapi ia pasti mempunyai kelemahan tersendiri, seperti:
Kuku tumbuh secara tidak normal: Sekiranya tisu di sekitar kuku dirosakkan, pertumbuhannya akan terjejas, lantas menyebabkan penampilan kuku yang pelik.
Menjejaskan senyuman! Apabila kerap menggigit kuku, gigi anda juga akan mula menerima tempiasnya. Lama-kelamaan, ia mampu menyebabkan masalah rahang!
Boleh jadi punca sakit: Tangan kita adalah ‘sarang’ kuman, dan kuku adalah ‘tempat persembunyian’ yang sempurna. Apabila anda memasukkan jari ke dalam mulut berkali-kali sehari, risiko terjadi pemindahan kuman adalah tinggi.
Apa cara terbaik untuk cegah tabiat gigit kuku?
#1 Kenal pasti pencetus anda!
Sekiranya anda ingin menghentikan tabiat gigit kuku, perkara pertama yang harus dilakukan adalah mengenal pasti pencetusnya! Kalian mungkin akan menyedari, tabiat ini sering dilakukan ketika sedang membaca e-mel, melakukan kerja, atau menonton TV.
Kata Dr. Berry lagi,
“Kami ingin melihat secara khusus perkara yang dilakukan, tempat mereka berada, orang di sekeliling, dan perasaan yang sedang dirasai.”
Kesemua elemen ini saling bersangkut paut, yang berpotensi menyumbang kepada tingkah laku tersebut. Sebaik sahaja anda dapat kenal pasti pemicunya, langkah seterusnya bakal melibatkan usaha untuk mengubah persekitaran bagi menyingkirkan faktor pencetus.
#2 Pastikan kuku sentiasa pendek
Anda mungkin akan mempunyai kecenderungan menggigit kuku apabila ia dibiarkan panjang. Maka, pastikan kuku sentiasa dalam keadaan pendek supaya tabiat tersebut dapat dikurangkan. Kuku yang pendek tidak akan dapat memberikan kepuasan yang diinginkan apabila digigit. Tambahan itu, kuku pendek lebih mudah dijaga dan secara umumnya lebih bersih berbanding kuku yang panjang.
#3 Lakukan rawatan manicure yang bagus
Inginkan alasan tambahan yang kuat untuk hentikan tabiat buruk anda? Laburkan wang untuk menjalani rawatan manicure yang bagus dan mahal di salun kuku! Apabila sudah banyak melabur untuk penampilan kuku, anda pasti tidak mahu merosakkannya dengan menggigit, kan? Walaupun kaedah ini mungkin melibatkan kos, ia mampu mengurangkan dan mencegah tabiat gigit kuku daripada melarat.
#4 Balut/tutup kuku
Sekiranya rawatan manicure masih tidak berkesan untuk menghalang diri daripada menggigit, cuba balut atau tutup kuku menggunakan pembalut luka. Perkara ini akan mewujudkan kekangan dan halangan membuatkannya mustahil untuk digigit, jelas Dr. Berry.
Tidak hanya terhad kepada pembalut luka, kalian juga boleh menjadi kreatif dengan menggunakan sarung tangan, memakai set kuku pressed on dan sebagainya!
#5 Pastikan tangan atau mulut kekal ‘sibuk’
Cara yang baik untuk menghentikan diri daripada menggigit kuku adalah dengan memastikan tangan dan mulut kekal ‘sibuk’ dengan perbuatan atau makanan.
Apabila otak dialihkan perhatian, tenaga itu akan disalurkan kepada aktiviti-aktiviti lain yang sedang dilakukan sama ada mengunyah gula-gula getah atau bersenam.
Selain itu, anda juga boleh cuba menukar tabiat tersebut kepada perkara lain seperti memegang atau memicit barangan tertentu seperti bebola getah atau permainan fidget.
Konklusi
Kuncinya, usah tergopoh-gapah dalam cubaan melawan tabiat buruk ini dan lakukan sedikit demi sedikit okey!
Tetapkan matlamat kecil untuk diri sendiri secara perlahan. Misalnya, cuba hentikan tabiat menggigit kuku selama beberapa hari, kemudian dipanjangkan selama seminggu.
Apabila anda makin selesa dengan perubahan ini secara fizikal dan emosi, tambah lagi tempoh masa kepada beberapa bulan hingga tabiat itu berjaya dihentikan secara kekal.
Namun, jika kaedah ini juga gagal, berbincanglah dengan doktor tentang pilihan terapi yang baik untuk bantu anda menyelesaikan masalah dihadapi.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih lagi tidak dijumpai! Lebih 36 jam berlalu selepas Hud Aryan Mohd Nor Hafifi dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Air Kuala Tiga di sini, namun belum ada petunjuk mengenai keberadaan kanak-kanak berusia 19 bulan itu.
Kehilangan anak kecil ini di rumahnya, terus membuatkan ibu ayah dan ahli keluarga resah dan berduka.
Malah menerusi perkongsian Harian Metro, sejak malam ibunya yang masih tidak keruan dan berharap anak tunggalnya ditemukan dalam keadan selamat.
Menurut ibu saudara bayi itu, Azean Suhaily Ramley, 39, kehilangan Hud Aryan sangat memberi kesan kepada ibunya, Azean Nur Atikah, 34, kerana anak saudaranya itu adalah anak tunggal.
Ujarnya lagi sehingga kini adiknya banyak menangis memikirkan nasib Hud Aryan yang hilang tanpa jejak.
“Atikah berkahwin sejak 2017 lagi dan dua tahun lalu baru berpeluang menimang cahaya mata. Belum puas bermanja, ini pula yang terjadi.
“Kami tidak putus harapan dan masih berdoa sambil berharap ada keajaiban. Tapi dalam masa yang sama, reda dengan ujian ini,” katanya.
Sejak kehilangan Hud Aryan, dalam usaha mencari dan menjejaki Hud, solat hajat terus dibuat sama ada di rumah atau masjid di kampung terbabit.
“Tak henti-henti solat hajat dibuat dan kami tetap berdoa Hud ditemukan walau apa cara sekalipun,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Anjing pengesan Unit K9 bantu cari Hud
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pasukan penyelamat akan diteruskan jam 9 pagi ini dalam usaha mengesan kanak-kanak itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman, berkata operasi akan menggunakan dua anjing pengesan dari Unit K9.
Terdahulu, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi dilaporkan hilang apabila disedari tiada dalam rumah kira-kira jam 7.20 malam Isnin lalu oleh ahli keluarga.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.