Alamak, dah pukul 2 pagi, tapi mata masih lagi segar. Susahnya bila tak boleh tidur. Pada waktu ini, kita mesti tertanya-tanya, apa sebenarnya yang membuatkan kita mempunyai masalah tidur malam?

Ibu Hamil Nak Tidur Dengan Lebih Lena? Amalkan Pemakanan Ini

Sebenarnya, tidur mempunyai hubungan yang kompleks dengan aktiviti kita sepanjang hari. Tidak dinafikan, ramai yang tidak sedar bahawa makanan yang diambil pada waktu siang boleh membuatkan kita sukar untuk tidur malam.

Tetapi, untuk wanita yang hamil, masalah tidur boleh membawa bahaya yang tersendiri. Malah, kekurangan tidur boleh mendatangkan pelbagai masalah kepada diri dan juga kandungan.

Masalah tidur malam sering dikaitkan dengan komplikasi seperti preeklampsia yang boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Jadi, jika anda tak boleh tidur malam, inilah masanya untuk memandang masalah ini dengan serius.

Tak boleh tidur malam? Makanan anda mungkin puncanya!

Wanita yang mengandung selalunya akan rasa penat dan letih sepanjang hari. Selalunya, tidur tidak akan menjadi masalah kerana ibu yang berbadan dua ini amat mudah untuk terlelap.

Walaupun begitu, ada juga yang rasa terlalu penat hingga sukar untuk melelapkan mata, lebih-lebih lagi apabila sudah melepasi trimester pertama. Sebab itulah ramai yang sukar tidur malam!

Pada awalnya, ibu mungkin rasa penat disebabkan perubahan hormon, terutamanya hormon progesteron ketika hamil. Dalam masa yang sama, kehamilan juga akan membuatkan tekanan darah dan kadar gula dalam darah menurun.

IKLAN

Namun, selepas trimester pertama berakhir, ibu akan rasa penat disebabkan stres pada badan. Perut yang makin membesar dan memberat juga akan membuatkan ibu rasa letih secara fizikal. Inilah yang akan membuatkan ibu hamil susah tidur malam! Malah, wanita yang mempunyai masalah tidur sebelum ini akan rasa lebih sukar untuk tidur ketika hamil.

Tak boleh tidur malam? Ambil 5 makanan ini!

Jika anda inginkan tidur yang lebih lena, ada beberapa makanan yang amat sesuai dan berkhasiat untuk ibu hamil:

1. Susu suam atasi masalah tak boleh tidur malam

Susu suam merupakan minuman yang amat berkhasiat untuk ibu hamil. Segelas susu mengandungi sejenis asid amino yang penting iaitu tryptophan. Tryptophan boleh menambah penghasilan melatonin, satu hormon yang dapat membantu kita tidur dengan lebih nyenyak. Untuk tidur yang lebih lena, cuba tambahkan sesudu madu ke dalam minuman anda.

2. Makan pisang untuk elak kaki kejang

Kejang kaki ketika hamil merupakan salah satu punca ibu mengandung mengalami masalah tidur malam. Pisang mengandungi potassium yang dapat membantu melegakan masalah kejang kaki. Jadi, jika anda susah tidur malam disebabkan masalah ini, cuba masukkan pisang ke dalam diet anda setiap hari.

IKLAN

3. Bayam, murah dan berkhasiat

Bayam merupakan sayuran kegemaran rakyat Malaysia. Bukan sahaja ia mudah didapati, harganya juga murah dan boleh digunakan di dalam pelbagai lauk-pauk masyarakat kita. Namun, tahukah anda bayam boleh mengurangkan stres dan melegakan kegelisahan?

Bayam mengandungi magnesium, sejenis bahan yang boleh melegakan tekanan dan membantu ibu hamil untuk tidur lebih lena. Magnesium bukan terkandung di dalam bayam sahaja. Ia juga boleh didapati di dalam sayuran hijau yang lain.

4. Makan telur untuk tidur lebih lena

Kadar gula dalam darah yang naik turun juga boleh menjadi punca masalah tidur malam bagi ibu mengandung. Telur merupakan satu makanan yang kaya dengan protein. Ia juga dapat membantu menstabilkan tekanan darah dan membuatkan ibu mengandung tidur lebih nyenyak. Cuba makan telur rebus dengan roti bakar untuk nutrisi lengkap pada waktu pagi.

5. Teh hijau untuk masalah tak boleh tidur malam

IKLAN

Teh hijau merupakan minuman yang mempunyai pelbagai khasiat. Walau bagaimanapun, pastikan anda pilih teh hijau yang tidak mempunyai kafein! Teh hijau mengandungi theanine, sejenis bahan yang mempunyai 1001 kelebihan untuk ibu mengandung. Ia dapat membantu anda untuk tidur lena di samping mengurangkan stres.

6. Ikan salmon, kaya asid lemak omega-3

Salmon merupakan makanan super yang amat berkhasiat untuk ibu mengandung. Bukan sahaja ia mengandungi asid lemak omega-3 untuk membantu menyokong perkembangan bayi, ia juga merupakan ‘ubat’ tidur yang sangat mujarab. Bukan itu sahaja, ikan salmon juga amat baik dimakan pada waktu malam kerana ia boleh membantu menstabilkan kadar gula dalam darah sepanjang malam.

7. Ubi kayu untuk bantu masalah pencernaan

Siapa sangka ubi kayu boleh membawa banyak manfaat kepada ibu hamil. Mereka yang mempunyai masalah tidur boleh cuba makan ubi kayu bakar untuk mendapatkan sumber magnesium dan potassium untuk keperluan harian. Malah, ia juga kaya dengan serat yang boleh membantu melegakan segala masalah pencernaan.

Kesimpulan

Masalah tak boleh tidur malam boleh mendatangkan pelbagai isu kesihatan kepada ibu mengandung. Ia bukan sahaja dapat mengganggu kualiti hidup, masalah tidur juga boleh meningkatkan risiko penyakit kronik seperti diabetes jenis 2, serangan jantung, depresi dan juga peningkatan berat badan.

Menurut kajian, ibu hamil yang tidak mendapatkan tidur secukupnya pada trimester 1 dan 2 lebih berisiko untuk mengalami masalah kesihatan sewaktu menginjak ke trimester 3. Oleh sebab itu, ibu yang mengandung perlu menjaga tidur masing-masing untuk kemaslahatan bayi dalam kandungan. Selain itu, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor sekiranya anda mempunyai masalah tidur sebelum mengandung.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI