Anak berumur setahun dua bulan. Kepala kerap berpeluh sehingga basah rambutnya. Kadang-kadang boleh menyebabkan bau masam hingga terpaksa syampu rambutnya setiap hari. Adakah ia normal atau ada tanda penyakit lain?
Berikut jawapan dari Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa Tajuddin
Tubuh manusia mempunyai hampir 3 juta kelenjar peluh (eccrine sweat glands) yang menghasilkan cecair jernih iaitu peluh. Tujuan peluh dihasilkan untuk mengawal suhu dengan cara menghilangkan haba yang berlebihan melalui proses “evaporation”.
Ads
Terdapat anggaran 1-3% dalam populasi manusia yang mengalami masalah perpeluhan yang berlebihan yang dipanggil ‘hyperhidrosis’ sama ada primer atau sekunder. Sekiranya anak puan hanya mengalami perpeluhan yang banyak di bahagian kepala sahaja, ini dipanggil “craniofacial hyperhidrosis”.
Ads
Antara punca yang dikenal pasti berkaitan dengan perpeluhan yang berlebihan ini ialah jangkitan kuman yang menyebabkan suhu badan menjadi panas, rembesan hormon tiroid yang berlebihan (hyperthyroid), cystic fibrosis, kandungan gula berlebihan dan kegagalan jantung (heart failure).
Namun, selalunya kanak-kanak yang mengalami masalah ini tidak ada kaitan dengan sebarang penyakit dan mereka selalunya cergas dan terlalu aktif. Sekiranya mereka menghidapi penyakit seperti yang tersebut di atas, mereka turut menunjukkan gejala lain seperti makan banyak tetapi tetap kurus, kehilangan berat badan, atau kurang selera makan atau lemah dan cepat berasa penat dan sebagainya. Puan tidak perlu risau jika anak tiada tanda-tanda sebarang penyakit, namun sebaiknya bawa anak berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut.
Ads
Pastikan anak puan tidak terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu panas, sentiasa berada dalam bilik atau kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik. Elakkan anak memakai pakaian yang sangat ketat, tebal atau jenis kain yang panas, tidak memakaikan penutup kepala seperti topi serta sentiasa membawa tuala kecil untuk mengelap peluhnya (di kepala atau badan). Penjagaan kebersihan tubuh badannya perlu dititikberatkan untuk mengelakkan mendapat jangkitan seperi kulat kepala atau ruam kulit.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa yang mempunyai anak ekzema pasti tercari-cari punca yang menyebabkan berlakunya ekzema pada si manja mereka. Selain faktor keturunan dan juga persekitaran, kebanyakan pencetus ekzema adalah berpunca daripada pemakanan.
Kajian menunjukkan bahawa anak kecil akan kurang cenderung mendapat ekzema jika ibu mereka ada mengambil probiotik semasa hamil. Malahan, bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif dalam tempoh enam bulan pertama kelahiran juga adalah kurang cenderung mengalami ekzema.
Kebanyakan doktor akan menyarankan ibu bapa untuk mengelakkan sebarang faktor pencetus ekzema bagi kanak-kanak. Salah satunya adalah dengan menjaga pemakanan anak. Ketahui kesan pengambilan gula berlebihan bagi kanak-kanak ekzema.
Gula diketahui bukan sahaja memberikan kesan negatif kepada kesihatan tubuh manusia, bahkan juga pengambilan gula berlebihan turut mempunyai kaitan dengan mereka yang menghidap ekzema, termasuk juga bayi dan kanak-kanak.
Makanan tinggi gula boleh menjadi pencetus terjadinya ekzema. Gula menyebabkan tahap insulin anak anda melonjak, yang mana mengakibatkan keradangan. Antara makanan yang mengandungi kandungan gula tinggi termasuklah kek, sesetengah jenis minuman kopi, soda, sesetengah jenis smoothie dan makanan segera seperti burger.
Gula berlebihan dalam badan juga boleh memberi kesan kepada kulit, disebabkan ia menjadi penyebab kepada kandungan tinggi keradangan dalam tubuh. Keradangan yang berlaku ini boleh menghasilkan ekzema pada kulit bayi. Apabila tubuh gagal untuk memetabolismekan glukosa seperti yang sepatutnya ia berlaku, ini akan menyebabkan terjadinya glikasi. Glikasi boleh menjurus kepada kulit memecah dan lemah, serta menyebabkan kerosakan kulit seperti kekeringan dan juga kulit menipis. Semakin banyak gula yang anak anda makan, semakin cepat glikasi memasuki kulit anak anda. Disebabkan itulah, ibu bapa yang mempunyai anak ekzema perlu mengehadkan karbohidrat ringkas dan gula sebanyak mungkin pada pemakanan si manja.
Selain gula, bayi anda juga mungkin boleh mendapat ekzema melalui makanan pencetus lain seperti:
Jika anda khuatir bayi anda akan mengalami ekzema, semasa awal kelahiran lagi, ibu yang menyusukan bayi perlu berjaga-jaga dengan pengambilan makanannya. Anda perlu mengelak daripada makan makanan yang mengandungi pencetus ekzema seperti susu lembu, kacang dan kerang. Berjumpalah dengan doktor jika bayi anda ada menunjukkan tanda-tanda ekzema. Sebaik-baiknya, pencegahan awal adalah lebih baik untuk si manja.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Agak lama tidak mendengar perkhabaran mengenai adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin. Bayi comel yang kini beransur pulih selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulut pada hari raya Aidilfitri lalu dilihat semakin sihat dan membesar dengan baik.
Lama Ainul tak bersiaran
Bapa Ainul, Ahmad Safiuddin ada memuat naik wajah terbaru anak sulungnya itu yang comel berbaju kuning dan nampak sihat seperti bayi-bayi seusia dengannya.
Perkembangan baik walaupun perlahan
Menerusi kapsyen yang dinyatakan oleh bapa Ainul, dia memberitahu perkembangan kesihatan Ainul konsisten walaupun agak perlahan.
Selain itu, Safiuddin juga sempat memohon agar orang ramai sama-sama mendoakan kesihatan anaknya terus bertambah baik bagi membolehkan dia bernafas dan makan seperti biasa tanpa bantuan daripada tiub sokongan.
Menerusi perkongsian di instagram ibu Ainul, Nurul Erwani, Ainul kini sedang melakukan terapi untuk menguatkan otot badannya agar perkembangannya lebih baik.
“Alhamdulillah. Ainul Mardhiah sentiasa dalam keadaan sihat. Sentiasa dalam jagaan Allah SWT.
“Mama dan Walid tak ada pun Ainul boleh berdikari sendiri. Tak susahkan sesiapa pun. Anak yang sangat cerdik. Semakin hari semakin banyak improvement dari Ainul.
“Terima kasih juga kepada @gymcademy yang bantu Ainul dan tak jemu mengajar Ainul perkara perkara baharu”, kongsinya.
Berat Ainul dah capai 5 kilogram
Memandangkan masalah kesihatan yang dialami sebelum ini berat Ainul juga agak perlahan naik. Namun selepas pembedahan nampak perubahan yang ketara pada selera makannya walaupun agak terhad dan tidak seperti bayi lain.
Menurut Safiuddin, Ainul dah capai 5 kilogram sekarang dan mereka sekeluarga bersyukur.
“Alhamdulillah makin membesar anak mama dan walid ni. Semoga terus sihat dan sentiasa memberi senyuman buat semua orang,” jelasnya.
Apabila anak dah tak menyusu badan, kerisauan utama ibu-ibu adalah memilih susu terbaik pada anak-anak. Antara yang dibimbangkan adalah sesuai atau tak jenama susu ni dengan anak? Saya takut anak sembelit la, dan macam-macam lagi.
Bagaimanapun menurut Kaunselor Penyusuan, Intan Shafina ramai ibu-ibu silap dan tak tahu susu yang terbaik selepas anak berumur dua tahun.
Kalau nak tahu anak selepas dua tahun pilihan hanyalah freshmilk tuk pun sehari 3x sahaja. Say no to FORMULA MILK. Jangan taksub dengan step 1 sampai 7 tahun. Itu adalah marketing strategi masing-masing. Yang penting kita yang tak mudah di pengaruhi. Pastikan freshmilk jenis pasturized. Bukan jenis freshmilk perahan dari lembu terus bagi anak. Risiko contiminated sangat tinggi.
Selepas tamat belajar sebagai kaunselor penyusuan, Intan terus tukar susu anak kepada fresh milk. Kalau bawah 2 tahun hanya susu ibu. Jika 1 tahun ke atas jika susu ibu tiada susu fresh boleh dimulakan selepas 1 tahun kerana 1 tahun kanak-kanak dah mula makan ayam kerana molekul protein ayam lebih besar dari molekul protein freshmilk. Jadi atas satu tahun boleh jika tiada alahan.
Tetapi ingat 1 tahun ke atas harus di utamakan diet seharian dia dan susu hanya sampingan. Boleh gantikan diet dengan cheese ke, nasi goreng cheese ke kan. Sebab cheese 3x ganda lebih tinggi kalsium dari secawan susu segar. Formula milk akan buat anak anda tolak real food.
Dan kalau nak tahu, ikan bilis kaya dengan kalsium ,vitamin E dan D. Malah lebih baik dari tuna serta siakap kerana kurang kadar pencemaran merkuri kerana ikan bilis jangka hayatnya pendek. Malah kalau makan 10 ekor ikan bilis je dah dapat 80 gram kalsium. Korang makan ikan bilis kira tak?
Makan sayur yang tinggi kalsium dan magnesium seperti brokoli dan superfood seperti chiaseed. Kerana jika anak dapat kalsium sahaja tanpa sumber magnesium tetap tidak akan membantu menguatkan tulang. Seeloknya amalkan magnesium oil setiap hari. Sapu di tapak kaki anak setiap malam.
Susu Formula Lebih Tinggi Kandungan Gula
Menurut pakar kanak-kanak, Formula Milk lebih tinggi gula dari Fresh Milk. Malah lebih tinggi gula dari susu kotak dutch lady perasa strawberi mahupun coklat yang korang takut nak bagi anak minum sebab tinggi gula katanya. Sedangkan Formula Milk lagi tinggi gula dari susu kotak tu. Ingat ye, hidden sugar.
Susu formula terlalu banyak lemak trans dan HIDDEN SUGAR tinggi karbo, malah ada laktosa, sukrosa,maltosa,maltodextrin. Lagi ada Sugar cane. Ada juga corn syrup solid.Tetapi malangnya mempunyai peratus protein yang rendah. Jadi bancuhan kene tepat.
Dapat bayangkan tak bagaimana cecair boleh tukar jadi serbuk? Sebab tu macam sebelum ni Intan pernah cakap mengapa susu formula kene bancuh dengan suhu 70°C dan ke atas? Malah tak boleh campur dengan air masak langsung?Kerana nak mematikan kuman Esakazaki. Kuman tersebut hanya boleh mati pada suhu 70°C ke atas.
Nutrisi formula milk bukan dari bahan semulajadi dan khasiatnya akan berubah-rubah apabila dengan suhu 70°c. Guidline KKM dan UNICEF menyarankan bancuhan susu hanya dengan air panas 70°C dan ke atas. Kerana dari pentingkan nutrisi lebih baik fikirkan keselamatan anak-anak.
Dan korang tahu tak AHA DHA susu formula yang diiklankan dari mana? iaitu dari ALGA sejenis kulapuk.
Berbanding susu ibu AHA DHA dari sumber asli ikan dan daging. Iaitu dari sumber si ibu yang hari-hari makan. So dari lahir sehingga 2 tahun susu ibu sangat keutamaan. Kalau lepas pantang susu drop carilah Kaunselor penyusuan. Bukan Susu Formula. Pilihan lain untuk bawah dua tahun hanya ibu susuan bukan susu formula. Tapi tak semua orang boleh terima kan? Teman seangkatan saya mempunyai 5 anak susuan yang bukan ada ikatan persaudaraan. Saya pula baru mempunyai seorang anak susuan.
Sebab tu kadang-kadang dengan susu formula kita sering dapat masalah sembelit atau cirit sebab ada mende alah ni. Yang buat perut irritate dengan segala jenis unsur gula. Perut sangat sensitif dengan gula. Sebab itu gula adalah pembunuh no 1 rakyat Malaysia.
Kalau pilih fresh milk mesti yang ikut peraturan pasturization dan KKM approve tau. Bukan yang beli-beli semborono aje.
Ada baca nutri.facts sejenis susu formula jenama A. Macam Kita kononnya mahukan 3 scoop je biar anak tak sembelit. Tapi tahu tak jenama A perlukan 6 scoop per serving untuk lengkapkan keperluan protein secukupnya untuk nutrisi kanak-kanak. CAKNA label pada susu anak.
Saya sudah. Anda bila lagi? Pilihan di tangan anda. Ingat, bawah dua tahun sebaiknya ialah SUSU IBU
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.